UMNO Online - “Education Most Powerful Instrument In Facing Challenges – Muhyiddin” plus 9 more | |
- Education Most Powerful Instrument In Facing Challenges – Muhyiddin
- Umum Calon Lebih Awal Di Kawasan Kalah Beri Impak Positif Kepada BN
- Orang Ramai Tidak Khuatir, H1N1 Terkawal – Rosnah
- FRU Dicadang Bantu Banteras Kegiatan Jenayah – Shahrizat
- Pendidikan Mampu Ubah Nasib Seseorang – Najib
- Gov’t To Review Procedure To Expedite Registration Of Nurseries, Says Najib
- Govt Will Hold Discussions On Nutp’s Demands Soon – Muhyiddin
- Get Rid Of Prejudice, Perlis Raja Muda Advises Religious Leaders
- Cold Relationship Between Fed Gov’t And Opposition-Held States Hampers Development – Shafie
- Hubungan Tidak Selari Kerajaan Pusat-Negeri Bawa Kesan Tidak Sihat Kepada Rakyat – Shafie
Education Most Powerful Instrument In Facing Challenges – Muhyiddin Posted: 03 Nov 2012 08:10 AM PDT KUALA LUMPUR,Nov 3 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin described education as the most powerful instrument to bring about the change needed towards producing citizens capable of facing present and future challenges. “And leaders capable of making the best decisions for global well-being,” he said during the opening of the second 2012 Malaysia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco) Day, here today. Also present at the event were Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim, Minister in Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Education Deputy Minister Datuk Dr Wee Ka Siong and Unesco representative Dr Hubert J.Gijzen, who is also the director of the Unesco office in Jakarta, Indonesia. Muhyiddin, who is also Education Minister, said with the occurrence of increasing conflicts worldwide, present education systems must equip future generations with the highest skills and enable them to appreciate a peaceful, harmonious and quality life. Although Malaysia was on the right track to achieve Education For All by 2015, the national education system should nevertheless move in tandem with the country’s aspirations and compete with other countries who continuously improved theirs, he said. “Malaysia has taken steps to review its national education system since Oct 2011, by preparing the Preliminary Report on the National Education Blueprint 2013-2025, which was launched by the Prime Minister on Sept 11 2012, in order to face the challenges in the competitive 21st century global environment, ” he added. Muhyiddin said the report was the result of a comprehensive effort and included the views of local and overseas independent panels, as well as education experts from Unesco. Touching upon Malaysia’s membership in Unesco, he said Malaysia held seats in the International Bureau of Education (IBE) and International Oceanographic Commission, and for the first time had been selected as a member of the World Heritage Committee (WHC) from 2012 to 2015. “WHC is one of Unesco’s most prestigious committees which is responsible for evaluating and approving world heritage site nominations,” he said. The two-day Malaysia Unesco Day includes various exhibitions and performances and is being held at the Kuala Lumpur City Centre (KLCC) park. |
Umum Calon Lebih Awal Di Kawasan Kalah Beri Impak Positif Kepada BN Posted: 03 Nov 2012 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Nov – Tindakan mengumumkan calon lebih awal bagi 82 kawasan Parlimen yang kalah pada pilihan raya umum 2008 mampu memberi impak positif kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Ahmad Maslan. Ketua Publisiti dan Penerangan BN itu berkata pengumuman calon lebih awal dapat memperkenalkan sebaiknya calon kepada penduduk di Parlimen itu seterusnya memberi lebih masa kepada penduduk mengenali calon BN di kawasan itu. “Bagaimanapun cadangan menamakan calon lebih awal belum dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi BN atau Umno setakat ini. “Namun ada eloknya ada pertimbangan ke atas cadangan umum calon lebih awal di kawasan kita kalah. Kawasan kalah kurang kontrovesi umum calon lebih awal,” kata Ketua Penerangan Umno itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan francais Shahnaz Husain Sinature Salon di Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay K Gokhale dan pengasas syarikat itu Shahnaz Husain Sinature Salon merupakan francais menjual produk kecantikan serta kesihatan berasaskan ayurveda dan menggunakan bahan berasaskan herba. Francais yang dari India itu kini mempunyai lebih 800 outlet di seluruh dunia. Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. |
Orang Ramai Tidak Khuatir, H1N1 Terkawal – Rosnah Posted: 03 Nov 2012 04:03 AM PDT KOTA KINABALU, 3 Nov – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan penularan wabak Influenza A(H1N1) di negara ini, khususnya di Sabah, kerana ia adalah terkawal. Beliau berkata kebanyakan kes yang berlaku adalah terpencil dan perkembangannya dimaklumkan kepada orang ramai setiap hari bagi membolehkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan tiada kematian berlaku. “Keadaan H1N1 terkawal iaitu untuk tahun 2012 setakat epid ke-44, enam kes dilaporkan termasuk tiga di Penampang, satu di Lahad Datu Datu dan satu di Kota Kinabalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keselamatan Makanan 2012 peringkat Sabah di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini. Rosnah berkata tiada kes baru dilaporkan setakat 30 Okt lepas di Penampang berikutan kes yang berlaku tidak menjurus kepada keadaan berbentuk wabak. Katanya, jangkitan virus itu semakin menurun, iaitu enam kes dilaporkan pada tahun ini berbanding 26 bagi tempoh sama tahun lepas, selain 145 kes pada 2010 manakala 944 kes pada 2009. Dalam perkembangan lain, iaitu kes keracunan makanan di sekolah, Rosnah berkata sehingga kini, 0.89 peratus daripada 10,019 sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dilaporkan kerana pengendalian makanan yang tidak bersih dan tidak disimpan dengan baik. Beliau berkata sepanjang 2011, terdapat sejumlah 45 kes keracunan makanan di Sabah yang melibatkan 46.7 peratus keracunan di sekolah membabitkan 944 pelajar berbanding 39 kes melibatkan 849 pelajar setakat Okt lepas. “Namun, ini tidak bermakna kita harus selesa kerana program kesedaran mengenai keselamatan dan bagaimana pengendalian kantin secara sihat sentiasa kita digalakkan, dan kita akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi memperbaiki langkah untuk memperluaskan kesedaran (pengendalian kantin) di sekolah,” katanya. Beliau berkata kementerian juga sentiasa memantau pasaran tempatan dan import bagi memastikan makanan yang dikeluarkan dan dijual di negara ini selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr Mohd Yusof Ibrahim berkata jabatannya akan terus bekerjasama, termasuk dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, untuk berperanan sebagai pemudah cara bagi mempertingkat taraf industri makanan negeri tanpa kompromi ke atas keselamatan makanan. |
FRU Dicadang Bantu Banteras Kegiatan Jenayah – Shahrizat Posted: 03 Nov 2012 03:30 AM PDT KOTA BAHARU, 3 Nov – Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dicadangkan turut dilibatkan untuk membanteras kegiatan jenayah yang masih membimbangkan terutama di kawasan bandar. Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata maklumat balas yang diperoleh wanita BN daripada masyarakat akar umbi, mencadangkan supaya FRU digerakkan untuk membantu polis membanteras kegiatan jenayah seperti samun, ragut dan rogol. “Mereka mencadangkan di kawasan di mana kadar jenayah tinggi, FRU turun untuk membantu. Ini cadangan yang diberi kepada wanita BN terutama di kawasan bandar apabila kita tengok peratusan jenayah walaupun ada penurunan tetapi masih membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua anggota polis yang cedera ditembak penjenayah baru-baru ini, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini hari ini. Dua anggota polis yang dilaporkan dalam keadaan stabil itu, ialah L/Kpl Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, dari Balai Polis Paloh, Gua Musang dan Kpl Mat Raduan Mat Hassan, 50, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang. Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno, berkata penglibatan anggota FRU bersama polis dan pasukan sukarelawan berkaitan akan menakutkan penjenayah daripada melakukan jenayah. “Kita jangan khuatir untuk mengeluarkan FRU dari markas, FRU bukan hanya untuk masa nak berperang (rusuhan dan perhimpunan haram)..tak ada. Kehadiran ramai anggota keselamatan yang beruniform di khalayak ramai di kampung dan bandar akan memberi kesan positif untuk menakutkan penjenayah. “Saya rasa bahawa isu keselamatan menjadi isu yang besar, mana-mana saya pergi wanita BN memberi maklum balas daripada rakyat termasuk (lawatan) dari rumah ke rumah, rakyat mahu kerajaan beri tumpuan kepada isu keselamatan terutama terhadap penjenayah seperti samun, ragut dan rogol,” katanya. Shahrizat berkata wanita BN mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bekerja kuat untuk keselamatan rakyat dan negara. Mohd Samsul Anuar cedera parah di bahagian dada selepas ditembak dua penyamun dalam satu sekatan jalan raya di Paloh, Gua Musang pada awal pagi 30 Oktober lepas. Mat Raduan pula cedera di tangan dan rusuk kanan selepas terkena tembakan dalam kejadian berbalas tembak dengan seorang penjenayah di Kilometer 45 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di Kampung Kemuning, Machang, pada Rabu lepas. Penjenayah terbabit ditembak mati oleh polis. |
Pendidikan Mampu Ubah Nasib Seseorang – Najib Posted: 03 Nov 2012 03:04 AM PDT PEKAN, 3 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan terhadap bidang pendidikan kerana menyedari pendidikan mampu mengubah nasib seseorang itu kepada lebih baik. “Wahana paling berkesan untuk mengubah seseorang dan bangsa adalah melalui pendidikan. “Di Malaysia…individu yang berlatar belakang sederhana atau miskin boleh mengubah (nasib) kepada yang lebih baik (menerusi pendidikan”, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian surat tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa dan Penyerahan Geran IPT Yayasan Pahang bagi kawasan Parlimen Pekan, di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata pendemokrasian pendidikan di negara ini dilihat antara yang terbaik di dunia dalam membentuk mobiliti sosial yang mapan. Beliau berkata di negara ini, menerusi pendidikan sesuatu generasi itu mampu mengubah untung nasib mereka untuk berada lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Najib berkata kos pendidikan di negara ini juga dilihat masih rendah berbanding negara lain termasuk kos melanjutkan pengajian tinggi. “Di Malaysia kos pendidikan tinggi adalah sederhana…kerajaan juga telah melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini di mana pendidikan percuma untuk pelajar sekolah rendah dan menengah serta pemberian RM 100 kepada setiap pelajar, akan kita teruskan pada tahun hadapan,” katanya. Mengenai inisiatif UiTM itu, beliau berkata ia memberi peluang kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Pada majlis itu, 350 pelajar dari seluruh Pahang diberikan surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran peringkat pradiploma di UiTM cawangan Jengka, Pahang. |
Gov’t To Review Procedure To Expedite Registration Of Nurseries, Says Najib Posted: 03 Nov 2012 02:59 AM PDT KUANTAN, Nov 3 – The government is to facilitate and expedite the registration of nurseries without the need for the prior approval of technical agencies so long as they meet the minimum standard set by the Social Welfare Department, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today. Najib, who is also minister of women, family and community development, said the review of the registration procedure was most necessary to ensure that more nurseries could be opened in the future. “So long as a nursery meets the standard requirements, its registration can be approved so that it can start operating,” he said at the launch of the Astro Kasih Knowledge Zone programme at the Sultanah Hajah Kalsom Children’s Home in Penor, near here. Nursery operators must now obtain the approval of the technical agencies, such as the local authority, health department and fire & rescue department before the nurseries can registered by the social welfare department. Najib said that under the new initiative, 372 new nurseries could be registered, bring their total number to 1,767. “All these nurseries will benefit almost 53,000 children throughout the country who will receive quality and wholesome early childhood education and care,” he said. Also present at the event were Najib’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor; Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob; Deputy Women, Family and Community Development Minister Senator Heng Seai Kie and Astro chairman Tun Zaki Tun Azmi. Najib also said that the government allocated RM10 million for providers of early childhood education centres to open new nurseries of quality so that the other children were given the opportunity to develop just like the more fortunate. “Through this initiative, the government expects to be able to help set up 1,000 new nurseries at the rate of RM10,000 per nursery to benefit almost 30,000 children beginning next year,” he said. He also said that under the Astro Kasih Knowledge Zone programme, Astro provided a B.yond decoder and its installation and a monthly subscription of a family package free of charge to all welfare homes registered with the social welfare department. Astro would also set up a reading corner with reading material at 24 children’s welfare centres throughout the country, he added. |
Govt Will Hold Discussions On Nutp’s Demands Soon – Muhyiddin Posted: 03 Nov 2012 02:52 AM PDT KUALA LUMPUR, Nov 3 – The government will be holding discussions soon with the National Union of the Teaching Profession (NUTP) on the nine demands made by the union today including on the School-based Assessment system, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, who is also Education Minister, said the Education Ministry would be a fixing a date for the meeting in a week or two to enable senior ministry officials to meet NUTP representatives. “We have a secretary-general and Education director-general…we can appoint several ministry representatives. I will only receive the report on conclusion of the discussions. “This is what we normally do. Even before when there were proposals from the NUTP, discussions will be held at the ministry level,” he told reporters after attending the Malaysian-level World Teachers’ Day celebration at the CIDB Convention Centre here. Muhyiddin said demands suitable to be implemented would be forwarded to the Public Service Department and if financial implications were involved, it would brought to the attention of the Finance Ministry. NUTP president Hashim Adnan at the gathering had made known the demands encompassing among others improving the teaching profession including in the aspects of management, administration, remuneration, and promotion opportunities. On improving the School-based Assessment (PBS)system, Muhyiddin said he had anticipated this based on the feedback received by the ministry when it was rolled out. He said the ministry would evaluate the matter including from the technical aspects which were deemed burdensome to teachers. Under the PBS, students’ performance will be continuously assessed by teachers and no longer depends on examination results per se. At the same time, Muhyiddin said the ministry alway kept an open mind and had never sidestepped any suggestion or demand made by any party. Asked if the matters raised by NUTP would be added to the Preliminary Report of the Malaysia Education Blueprint 2013-2025, Muhyiddin said:”If it is not too late and can be done if necessary.” Earlier, in his speech, Muhyiddin said that he was confident that problems related to the PBS could be overcome so that the system could be executed well. “It means we can move on to a system whereby students’ peformance can be assessed on their capabilities at the school level guided by the Malaysian Examinations Board so that the type of questions used are in tandem (with the needs of the system). “This will change our education system to to one that focuses on students’ performance than just examination results,” he said. |
Get Rid Of Prejudice, Perlis Raja Muda Advises Religious Leaders Posted: 03 Nov 2012 02:48 AM PDT KANGAR, Nov 3 – The Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail has called on religious leaders to eliminate prejudice of race and religion to foster unity, understanding and harmony nationwide. He said, they should also avoid anything that could raise tension and hostility amongst the various races and religions. He was speaking at the opening of the 2012 Gerbang Muhibah Antara Agama in Mata Ayer here. The programme, aimed at bringing together the leaders of various religions, was organised by the Perlis Al Islah Association, together with the Malay Custom Council (Maips). Tuanku Syed Faizuddin, who is also Maips president, said that harmony would prevail if the people did not interfere with each other’s internal affairs and respected the sensitivities of other races and religions. He urged the people to be united and love the country and state, by fostering the spirit of loyalty and patriotism. Also present at the ceremony were the Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. |
Cold Relationship Between Fed Gov’t And Opposition-Held States Hampers Development – Shafie Posted: 03 Nov 2012 02:45 AM PDT SEMPORNA, Nov 3 – Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said today the bulk of the federal government road maintenance aid to opposition-held Selangor and Kelantan had been used for some other purpose. Only a small portion of the allocations had been utilised for maintenance of roads in the two states, he said, pointing out that the not so cordial relationship between the federal and state governments undermined federal government help to bring development for the people. The cold relationship between the federal and Selangor governments was obstructing efforts to build the Langat 2 water treatment plant, he told reporters after attending the launch of seaweed cluster farming by Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar. Shafie, who is the rural and regional development minister, said a project of his ministry to supply water to the Orang Asli community in Gua Musang, Kelantan, had run into problems due to the cold relationship with the state government. He also said that at one time when the government in Sabah was not aligned with the federal government, development in the state suffered due to difficulty in getting funds from the federal government. |
Hubungan Tidak Selari Kerajaan Pusat-Negeri Bawa Kesan Tidak Sihat Kepada Rakyat – Shafie Posted: 03 Nov 2012 02:30 AM PDT SEMPORNA, 3 Nov – Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan tidak selari atau tidak akrab antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri boleh menjejas usaha kerajaan pusat membantu memajukan rakyat. Beliau berkata banyak projek untuk rakyat di beberapa negeri yang ditadbir kerajaan pakatan pembangkang termasuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 menghadapi masalah disebabkan hubungan kerajaan pusat dan negeri yang tidak mesra. “Sebagai contoh, bantuan yang kita berikan kepada negeri Selangor dan Kelantan untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu tidak digunakan untuk jalan tetapi untuk kepentingan lain. Sebahagian kecil sahaja untuk tujuan asal,” katanya. Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pelancaran Kluster Rumpai Laut Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. Menurut Shafie projek bekalan air untuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, di bawah kementeriannya juga menghadapi masalah disebabkan tindak-tanduk kerajaan negeri yang tidak mesra dengan kerajaan pusat (persekutuan) meskipun projek itu untuk rakyat. Katanya suatu masa dahulu, ketika Sabah ditadbir oleh kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, pembangunan di negeri itu terbantut disebabkan kesukaran mendapat dana atau bantuan sehingga merugikan Sabah dan penduduk negeri itu sendiri. “Nak atasi masalah air di negeri Selangor, (tetapi) dia (kerajaan Selangor) cuma melihat dari sudut politik dan kuasa yang ada mereka. “Dia tidak fikir kepentingan rakyat, bukan sahaja di Selangor tetapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kawasan sekitarnya,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri Selangor perlu lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah air di negeri itu dan bukan mempolitikkan isu air semata-mata untuk meraih undi. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment