UMNO Online - “Tiada Pergolakan Dalam Politik Sabah, Ahli UMNO Utamakan Parti” plus 9 more

UMNO Online - “Tiada Pergolakan Dalam Politik Sabah, Ahli UMNO Utamakan Parti” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tiada Pergolakan Dalam Politik Sabah, Ahli UMNO Utamakan Parti

Posted: 18 Oct 2012 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Okt – Tidak berlakunya pergolakkan politik di sabah sama ada di peringkat UMNO mahu pun Barisan Nasional seperti yang digembar-gemburkan kerana semuanya berdasarkan keputusan ramai dan diputuskan oleh pucuk kepimpinan parti.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden berkata tidak timbul berlakunya perselisihan, semua pihak ada hak untuk mengemukakan apa sahaja dan akan patuh kepada apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti kerana perlu diutamakan bukannya kepada individu atau mana-mana pemimpin.

Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh parti, maka setiap pemimpin perlu patuh dan menghormati keputusan parti walau ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju, setiap pemimpin perlu bersepakat bagi memastikan parti terus kukuh.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi berkata sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa sahaja berhak untuk berkata-kata termasuk andaian pembangkang yang menyatakan mereka akan dapat menawan Sabah pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat Sabah bijak memilih dan menilai siapa yang mampu membawa kemajuan untuk mereka dan beliau berkeyakinan bahawa rakyat Sabah akan terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan turut mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak membuat sesuatu yang boleh menghuru-harakan negara kerana sejak merdeka dahulu Barisan nasional telah berjaya membuktikan bahawa rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dtanpa sebarang masalah.

Ikuti butiran lanjut temubual bersama Datuk Bung Mokhtar di youtube umno.

Rakyat Kelantan Sedia Hukum Pas Pada PRU 13

Posted: 18 Oct 2012 04:15 AM PDT

Tuan Pengarang…

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.

Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.

Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.

Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.

Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.

Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.

Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.

Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.

Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.

Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.

Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.

Red Warrior Tumpat

SAR Ke SABK – Bukti Malaysia Bukan Negara Sekular, Prihatin Sekolah Agama

Posted: 18 Oct 2012 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Okt – Usaha kerajaan untuk  menukar status Sekolah Agama Rakyat (SAR) kepada Sekolah Agama bantuan Kerajaan (SABK) secara automatiknya menolak tuduhan pembangkang yang mengatakan sistem pemerintahan negara ini adalah pemerintahan sekular.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Abdul Shahrir Samad berkata kerana dalam sistem pemerintahan sekular, kerajaan tidak boleh menggunakan perbelanjaan negara untuk aktiviti keagamaan seperti yang berlaku di negara jiran yang mengamalkan sistem pemerintahan sekular.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan itu tidak harus dipolitikkan kerana perkara itu termaktub dalam perlembagaan negara kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi berperlembagaan yang sudah dilaksanakan sejak merdeka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri berkata penukaran status berkenaan tidak harus dipolitikkan kerana ia adalah suatu usaha kerajaan untuk memartabatkan pendidikan negara yang turut meliputi pendidikan agama.

Menurutnya, usaha kerajaan adalah suatu yang baik kerana mampu mempertingkatkan bukan sahaja di peringkat pendidikan malah turut membabitkan prasarana sekolah berkenaan yang bakal diterima oleh pelajarnya yang selama ini hanya menerima bantuan daripada kerajaan negeri.

Katanya, di Johor semua SAR mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan dengan adanya komitmen daripada Kementerian Pendidikan untuk menjadikan SABK, ia adalah satu transformasi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk tranformasi pendidikan.

Ikuti butiran lanjut temu bual bersama Datuk Shahrir dan Ir Hamim di youtube umno.

Sedikit Peruntukan Masjid Menjadikan DAP Lebih Baik Dari UMNO?

Posted: 18 Oct 2012 04:00 AM PDT

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, memberitahu sidang DUN negeri Cik Siti Wang Kembang itu bahawa DAP lebih baik dari UMNO.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 di sidang DUN Kelantan itu, Husam memuji-muji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyalurkan beberapa peruntukan kepada beberapa masjid di negeri Kelantan.

Dan hanya disebabkan "peruntukan-peruntukan" itulah maka Husam mendakwa bahawa DAP lebih baik dari UMNO, dari sudut kaca matanya…

Begitulah tanggapan terkini Husam Musa, pemimpin PAS yang paling kanan dan paling rapat dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai DAP setelah mereka bergabung di dalam Pakatan Haram sejak 2008.

Saya tertanya-tanya, apakah hanya kerana peruntukan yang disalurkan kepada beberapa buah masjid di Kelantan itu maka DAP layak dianggap lebih baik dari UMNO?

Saya ingin bertanya kepada Husam, apakah dia buta, pekak, tuli atau cacat akal fikirannya untuk menilai tentang sumbangan serta jasa baik UMNO kepada umat Islam di negara ini sejak zaman berzaman?

Apakah Husam tidak dapat melihat bagaimana Islam diimarah dan dibangunkan oleh UMNO secara wasatiyyah serta menepati ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Jika tidak, takkanlah Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam contoh sehingga banyak negara-negara Islam dunia yang datang untuk belajar dari Malaysia yang diberi gelaran "mini Madinah" di zaman moden ini?

Kalau bantuan dan peruntukan kepada masjid-masjid menjadi ukuran, sudah tentu UMNO jauh lebih baik dari DAP. Malah jasa UMNO yang tidak pernah putus memberikan peruntukan kepada rumah-rumah Allah di seluruh negara membuktikan juga bahawa UMNO jauh lebih baik dari PAS.

Lagipun, apalah sangat jasa PAS yang hanya membina dua buah masjid saja di Kelantan di sepanjang pemerintahan Nik Aziz sedangkan UMNO sudah membina beribu-ribu masjid di seluruh negara, termasuk di negeri Kelantan!

Husam tidak sepatutnya lupa bagaimana DAP menghapuskan perjuangan PAS untuk membina sebuah Daulah Islamiyyah dan hukum Hudud di mana partinya terpaksa melupakan dasar yang menjadi "darah daging" mereka sejak di zaman merdeka lagi.

Husam juga sewajarnya melihat dan sedar tentang sikap "chauvinis ultra kiasu" yang diamalkan oleh para pemimpin DAP yang dilihat mampu menggugat keharmonian kaum yang selama ini berjaya disemai dengan subur oleh Kerajaan UMNO/BN.

Husam juga perlu mengenang tentang kenyataan-kenyataan pucuk pimpinan DAP yang menentang dasar-dasar yang mementingkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu serta hak-hak bumiputera di negara ini.

Apakah Husam lupa bagaimana bencinya Nik Aziz terhadap DAP sehingga "Tok Guru"nya itu pernah melabelkan DAP sebagai "syaitan"?

Dan kini, dengan "syaitan" itulah yang PAS berpeluk dan "syaitan" itulah juga yang dipuji-puja oleh Husam. Wajarkah DAP dikatakan lebih baik dari UMNO?

Husam perlu kaji semula ilmu agamanya kerana Islam menggariskan di dalam ajarannya supaya umat Islam berkasih sayang di antara sesama mereka dan bertindak tegas serta adil terhadap golongan bukan Islam.

UMNO merupakan parti yang disokong oleh saudara seagamanya manakala DAP pula merupakan parti yang mengamalkan dasar membenci dan menafikan kepentingan Islam serta umatnya di negara ini?

Jadi, wajarkah sebagai seorang muslim, Husam berpandangan songsang dengan ajaran yang disampaikan oleg Rasulullah SAW itu?

Rasanya, Nik Aziz belum cukup memberikan tarbiyah terhadap "anak buah"nya yang seorang ini, tapi mungkin juga hasil didikan Nik Azizlah maka Husam jadi "songsang" begini, kan?

mykmu.net

DAP Lebih Baik Dari UMNO – Kenyataan Separuh Masak Husam Musa Memalukan

Posted: 18 Oct 2012 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Kenyataan Husam Musa yang mendakwa bahawa Parti DAP adalah lebih baik dari UMNO disifatkan satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ahli politik yang beragama Islam, apatah lagi yang menjadikan parti politik Islam sebagai platform karier politiknya.

Menurut Pengerusi Penyelaras Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, di mana asasnya kenyataannya yang mengatakan bahawa DAP itu lebih baik dari UMNO, sedangkan parti tersebut secara jelas tidak memperlihatkan sikap yang lunak terhadap Islam, bahkan seringkali mengkritik dan memperlekehkan ajaran dan undang-undang Islam.

"Dari sudut apa Husam membandingkan antara DAP dan UMNO, sehingga mengatakan bahawa DAP lebih baik dari UMNO. Apa jasa DAP di dalam negara, selain terlibat dalam mencetuskan sejarah huru hara negara dalam peristiwa 13 Mei. Dari dasar dan prinsip politik pula, DAP dilihat sebagai sebuah parti yang mendukung kuat fahaman sekular dan menolak pengamalan Islam di dalam negara.

"Bahkan kenyataan terbuka kritikan dan penolakkan DAP terhadap perlaksanaan hudud dan negara Islam bukan saja telah mengguris hati ahli-ahli Pas, malah telah membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dalam negara ini.

"Bagi saya, kenyataan ini hanyalah satu kenyataan politik dari Husam yang bagi saya agak separuh masak. Husam tidak boleh menolak kebenaran, biarpun kini dia menjalinkan hubungan rapat dengan DAP di dalam Pakatan Pembangkang, tetapi dia tidak boleh menolak hakikat jasa-jasa UMNO dalam menegakkan syiar Islam, membela bangsa Melayu dan memakmurkan negara," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Seterusnya beliau menegaskan, Husam tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan DAP lebih baik dari UMNO, hanya bersandarkan peristiwa Lim Kit Siang menentang usul akta darurat 1978 di Kelantan itu sahaja.

"Sebab itu saya lihat, Husam hanya bercakap berdasarkan pandangan yang begitu sempit. Apakah dengan sebab tindakan Lim Kit Siang itu, DAP dilihat lebih baik dari UMNO? Bagaimana pula kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin mereka yang mengkritik perlaksanaan Islam di dalam negara?

"Bagaimana pula kenyataan-kenyataan pemimpin DAP yang menyentuh hak dan sensitiviti orang Melayu, terutama hak-hak istimewa orang Melayu yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Melayu, Cina dan India ketika negara mencapai kemerdekaan dulu? Apakah Husam, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, bersetuju dengan DAP dalam hal-hal kritikannya terhadap Islam dan usaha untuk menghapuskan institusi Melayu di negara ini?," soal beliau.

Beliau turut meluahkan rasa kesal, apabila ada kepimpinan berbangsa Melayu di dalam Pakatan Pembangkang, yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan menolak perpaduan dengan UMNO semata-mata kerana nafsu politik untuk menguasai pentadbiran negara.

"Perjuangan DAP amat jelas dengan menolak sebarang perlaksanaan Islam di negara ini. Mereka juga cuba untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, serta cuba memutar belitkan sejarah seperti mana yang berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Malah, janji-janji DAP yang kononnya akan menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat miskin, hanyalah satu pembohongan semata-mata untuk meraih kuasa, kerana sehingga hari ini, tiada rakyat miskin yang terbela di bawah kepimpinan DAP di Pulau Pinang," tegas beliau. -MediaUMNO

Kerajaan Tegas Uruskan Hutang Negara – Ahmad Husni

Posted: 18 Oct 2012 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt  - Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam pembayaran setiap pinjamannya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata ini dapat dilakukan kerana kerajaan tegas dalam menguruskan hutang negara termasuk memastikan pendapatan yang diperolehinya adalah melebihi perbelanjaan mengurus.

“Dalam erti kata lain, kita (kerajaan) tidak meminjam untuk bayar gaji. Kita hanya meminjam untuk tujuan pembangunan yang memberi kesan berganda,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya kerajaan juga sentiasa memastikan setiap hutang yang diambil mampu dibayar semula berbanding hanya melihat dari aspek ‘leverage’ apabila memohon pembiayaan.

“Dalam menguruskan hutang, kita begitu tegas. Kita cantum kedua-duanya dan pastikan ia tidak melebihi 55 peratus. Kita waspada dan serius tangani hutang,” katanya.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga tegas dalam menentukan nisbah hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) agar tidak melebihi kadar 55 peratus.

Berasaskan kepada Akta Pinjaman Domestik, beliau berkata pinjaman domestic mesti tidak melebihi 55 peratus berbanding KDNK manakala pinjaman luar tidak lebih RM30 bilion.

Beliau juga berkata kerajaan dalam proses memindahkan pinjaman perumahan penjawat awam ke pihak bank, yang dijangka dapat mengurangkan kira-kira RM6 bilion hutang negara setiap tahun.

Persidangan Dewan disambung Isnin ini.

Isu Suaram : Tony Pua ‘Bacul’ Tak Berani Berdepan Ismail Sabri

Posted: 18 Oct 2012 02:49 AM PDT

KAJANG, 18 Okt –  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebagai ‘bacul’ berikutan tindakannya mengusulkan pemotongan gaji beliau atas dakwaan salah guna kuasa dan memilih dalam memfailkan dakwaan ke atas syarikat.

“Saya sendiri berada di Parlimen semalam bagi menjawab isu Suaram dan Suara Inisiatif. Kalau dia berani dia akan datang berhadapan dengan saya tapi saya anggap dia seorang yang bacul dan tak faham apa yang dia cakap,” katanya  selepas menutup Simposium Gerakan Pengguna Malaysia 2012 di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) di sini, Khamis.

Ketua Publisiti DAP itu pada Rabu mengusulkan agar RM10 dipotong daripada gaji Ismail Sabri kerana didakwa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti dalam siasatan berhubung Suara Inisiatif Sdn Bhd, sedangkan tidak mengambil tindakan ke atas beberapa syarikat lain yang turut melakukan kesalahan.

Ismail Sabri yang menafikan bahawa beliau memilih dalam memfailkan pendakwaan terhadap mana-mana syarikat, menegaskan dalam tempoh setahun terdapat lebih 200 syarikat yang diambil tindakan dan Suara Inisiatif hanya merupakan satu daripadanya.

Beliau berkata apa saja kes yang melanggar peraturan dalam Akta Syarikat 1965 akan disiasat dan diambil tindakan.

“Saya harap Tony Pua jumpa saya, boleh saya ajar mengenai prosedur-prosedur. Saya tak tahu sama ada dia peguam atau tidak tapi kalau dia bukan peguam mungkin saya boleh bantu dia dari segi pemahaman tentang Akta Syarikat 1965,” katanya.

Tiga Projek PPR Bernilai Lebih RM128 Juta Dilaksana Di Perlis

Posted: 18 Oct 2012 02:32 AM PDT

KANGAR, 18 Okt – Sebanyak tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) bernilai lebih RM128 juta akan dilaksanakan di Perlis dengan satu daripada projek itu dilaksanakan tahun ini dan dua lagi pada tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata kesemua projek yang membabitkan pembinaan 850 unit rumah itu bertujuan menyediakan kemudahan perumahan yang lebih selesa kepada penduduk.

Berucap pada majlis pecah tanah projek PPR Kuala Perlis di Kampung Wai yang membabitkan 200 unit rumah bernilai RM24.4 juta di sini hari ini, beliau berkata dua lagi PPR akan dibina di Arau dan Simpang Empat.

Projek PPR Kuala Perlis yang akan dibina atas tapak seluas lapan hektar dijadual siap pada Julai 2014.

Md Isa berkata, PPR Arau yang membabitkan 500 unit dan PPR Simpang Empat sebanyak 150 unit akan mula dibina tahun depan dengan kos bagi kedua-dua projek itu dianggarkan RM104 juta.

Beliau berkata, semua unit PPR akan dijual kepada rakyat berpendapatan rendah atau setinggan pada harga tidak melebihi RM35,000 seunit atau disewa pada kadar sewaan RM124 sebulan.

Menteri Besar berkata bagi PPR Kuala Perlis, keutamaan akan diberikan kepada 180 mangsa kebakaran di Kampung Puju dan Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis kira-kira 16 tahun lalu.

Mangsa kebakaran itu kini tinggal di penempatan sementara di pinggir Sungai Perlis dengan mendiami unit rumah yang hanya mempunyai satu bilik tidur.

Menteri Besar berkata, jika ada di kalangan penduduk Kuala Perlis yang tidak dapat membeli rumah PPR di Kampung Wai, mereka juga boleh memohon untuk membeli rumah PPR di Arau atau Simpang Empat.

Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Mohd Padzil Hashim  dalam ucapannya berkata sebanyak 88 projek PPR telah dibina di seluruh Negara membabitkan 66,000 unit rumah.

Di samping itu, katanya, 31 projek baharu mengandungi 16,000 unit rumah sedang dalam pelaksanaan sementara rancangan sedang dibuat untuk melaksanakan tambahan 45 projek lagi membabitkan 20,000 unit rumah bermula tahun depan.

BN Youth Dares State Govt To Proceed With New Conditions Over Land Purchase

Posted: 18 Oct 2012 02:24 AM PDT

GEORGE TOWN, Oct 18 – The Penang Barisan Nasional (BN) Youth wing is challenging the state government to proceed with the new conditions, imposed on the BN for the purchase of a land in Taman Manggis, to any party who are interested to purchase the land in the future.

Its chief, Oh Tong Keong said the state government had set new conditions on the BN compelling it to make full payment on the balance of RM22 million within 30 days from the date of purchase of the 0.445 hectares land, on Oct 3.

“We have received a letter from the state government dated Oct 5, with new conditions after we purchased the land. However, we want to follow the previous rules and regulations.

“If the state goverment insists on setting new conditions to BN, the same conditions must also apply to other parties who want to purchase the land, to show that the state government is fair and not deliberately troubling the BN and the poor in the state,” he said in a media conference, here, today.

On Oct 3, Penang BN had paid earnest money of RM224,073 in cash or one per cent of the sale price of RM22,407,300 to the state government as a sign of agreement to the state government’s offer.

The Taman Manggis land issue arose as a result of the Phase Two of the proposed People’s Housing Project (PPR) site being sold by the DAP government to a private company for the development of a 19-storey hotel, a six-storey private hospital and a five-storey car park.

Oh also slammed Chief Minister Lim Guan Eng’s arrogant attitude for claiming that the sale and purchase transaction on the land owned by the state government, did not require any discussion or approval by the State Executive Council or exco Meeting.

PM Launches ‘NAJ1B’ Concept

Posted: 18 Oct 2012 02:21 AM PDT

LUMUT, Oct 18 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today launched the ‘Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu’ concept, or NAJ1B for short, an extension of the Aman Jaya Plan practised in the Perak government administration.

NAJ1B, initiated by Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, was launched in conjunction with the “Promises Fulfilled” luncheon here.

It was one of the events attended by the prime minister during his visit today to Teluk Intan, Seri Manjung and Lumut.

Zambry said the NAJ1B concept would consolidate the slogan ‘None Missed, None Marginalised’ in ensuring that all the people enjoyed the prosperity of the state under the Barisan Nasional administration.

He also said that the concept was a translation of the 3P approach of ‘Padang, Perasaan dan Penyelesaian’ of going down to the ground, understanding the people’s problems and finding solutions.

“Eventually, through these approaches, the people will enjoy peace and success and contribute to the objective of a united Malaysian nation through the 1Malaysia concept,” he said.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...