PISAU.NET |
Posted: 18 Oct 2012 05:39 AM PDT Seperti yang semua orang tahu didalam dunia ini mana ada yang layak selain daripada Nik Aziz menjadi Mursidol Am PAS. Telah dibangkitkan sebelum ini bahawa tahta Nik Aziz mahu dibawa hingga ke lubang kubur. Dari jawatan Menteri Besar Kelantan hinggalah kepada jawatan Mursidol Am PAS semua ini adalah hak mutlak dinosour politik yang semua orang tahu beliau tidak tahu makna rumah kata pergi kubur kata mari.. Untunglah BN kerana sedar akan peri pentingnya perubahan pucuk pimpinan yang lama sanggup berhenti dan beri peluang kepada yang muda.Zaman berubah ,transformasi sedang dalam pembikinan. Pisau cadangkan agar istilah "dinosour","barang lama " kamus dewan bahasa diabadikan nama Nik Aziz supaya anak cucu kita tahu siapa si tua ini.. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai 'terlajak cakap' apabila menyatakan tiada sesiapa yang layak menggantikan beliau memegang jawatan tersebut. Masihkah anda ingat selepas PRU11 Hj Hadi pernah menyindir dan memperlekehkan DAP, beliau dengan sombongnya berkata DAP sebuah parti dinosor yang menghampiri kepupusan. Setelah bebasnya Anwar Berahi,dengan taktik ala yahudi,beliau berjaya memperbodohkan kedua parti DAP dan PAS,maka tunduklah PAS apabila diarahkan Anwar supaya berkerjasama dengan parti dinosor DAP. Hj Hadi bersama PAS tika itu terpaksa menadah diri habuan selingkohan DAP parti yang digelar dinosor, bayangkan maruah dan prinsip mereka bagaikan dijentik dan diterajang begitu saja oleh golongan chauvanist ultrakiasu. Disuruh duduk maka duduklah PAS,disuruh berdiri dan tunduk maka diturutilah PAS. Kesemuanya adalah tindak tanduk hamba kepada tuannya,PAS bukan saja terkesima dengan tuan DAP yang digelar dinosor,sebaliknya rela melakukan apa saja demi memenuhi kehendak tuannya. Semua orang tahu betapa puak khawarij ini pernah menolak untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak dengan berMBkan seorang PAS,sebaliknya lebih rela ditunggangi oleh Ultra Kiasu Chauvanist DAP. Maka lahirlah seorang gila yang digelar Nizar Komunis. Hasil perhubungan haram maka lahirlah produk haram seperti Nizar Komunis, Khawarij ini lebih rela menghasut kaum lain agar membenci bangsanya sendiri . Sekarang ini,walaupun Khawarij PAS sedar mereka tidak akan sama sekali berjaya memperjuangkan kearah negara Isle versi PAS,tetapi atas dasar prinsip machivieli ,demi mencapai matlamat memperolehi kuasa, apa saja sanggup dilakukan dan dihalalkan. PRU13 khawarij PAS bakal ditolak oleh orang melayu, semua orang melayu sudah melihat betapa parti kasta paling rendah didalam pakatan sanggup memperhambakan diri kepada DAP. Mengapa Pisau mengutarakan isu ini, kerana didalam pemukiman PAS di Port Dickson 2 tahun lepas ternyata Khawarij PAS tidak bercakap benar dihadapan umum hatta kepada ahli mereka. Apa perlunya membuat kenyataan bahawa mereka masih mendapat sokongan orang melayu,jika realitinya berlaku penolakan besar besaran. Dan seperti biasa mereka seperti didalam denial syndrome telah membuat kenyataan didalah Haprak Daily lidah bercabang PAS menyatakan orang melayu masih menyokong khawarij PAS. Ingatlah,menurut sumber berdasarkan culaan sulit yang dijalankan oleh juak pakatan sendiri, amat jelas orang melayu sudah sedar dan menjauhkan diri daripada politik gampangan pakatan haprak. | ||
SPRM Tolong Segera Siasat PTSK & Kerajaan PAS Kelantan Posted: 17 Oct 2012 05:30 PM PDT Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu. Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut. Dalam ucapannya di majlis tersebut, Nik Aziz mendakwa pembangunan di Lembah Sireh itu akan dilaksanakan itu dibuat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri serta tidak membabitkan unsur pembaziran mahupun rasuah. Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. Apa cerita? Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan, ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek PTSK di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan. Sehingga bulan November 2011, Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul. Menurut Laporan Audit, kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu. Tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang secara cuai melakukan proses tukar hak milik tanah tersebut amat menimbulkan syak dan keraguan khalayak yang menuntut pihak SPRM serta pihak berkenaan melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan jawapannya. Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut. Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu. Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi. Lapan bulan lalu, iaitu pada 15 Februari 2012, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dalam reaksinya ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung kemelut isu PTSK Lembah Sireh ini pernah memberi jaminan akan memberi jawapan rasmi selepas Laporan Audit dikeluarkan. Sekarang Laporan Audit sudahpun dibentangkan, jadinya kita minta Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini. Sementara itu, pihak berkuasa khususnya SPRM perlu pro aktif untuk menyiasat segala kelemahan projek pembangunan di Lembah Sireh ini, berkemungkinan benar dakwaan ramai memang wujud penyelewengan dan unsur salah guna kuasa dalam isu ini oleh pihak tertentu dalam Kerajaan PAS Kelantan. |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment