BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


LAPORAN AUDIT !!! TERBUKTI !!! LIM GUAN ENG ABAI PERUMAHAN BUMIPUTERA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 18 Oct 2012 12:00 PM PDT


Setelah Laporan Audit dibentangkan,Lim Guan Eng,Ketua Menteri tidak lagi boleh berdolak dalih kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap perkauman dan meminggirkan bangsa Melayu yang mewakili majoriti berpendapatan sederhana,rendah dan miskin di negeri itu.Terdedah kini,sejumlah RM33.36 juta Akaun Amanah Perumahan Bumiputera telah tidak dibelanja.Jumlah ini adalah bersamaan dengan peningkatan 58% dari tahun sebelumnya iaitu RM21.11 juta.Tindakan Guan Eng untuk 'menyimpan' peruntukan tersebut menunjukkan yang beliau begitu tega mempertahankan prinsip perkauman partinya.Sedangkan,di masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang begitu giat membina dan merancang berbagai pembangunan lain.Bumiputera di Pulau Pinang seharusnya mengambil laporan ini secara serius kerana ia melibatkan survival bangsa di negeri tersebut secara keseluruhan dan jangka panjang.Apakah kita sanggup melihat satu lagi negeri kita menjadi milik orang ??? 

Walaupun DAP adalah parti politik di dalam Malaysia dan pemimpinnya warga Malaysia tetapi sikap mereka yang ingin mengenepikan bangsa lain di dalam pemerintahan menjadikan mereka sebagai penjajah.Kata orang,ada dua cara untuk menjajah sesuatu bangsa iaitu sama ada dengan 'membunuh' atau 'merampas segala apa yang membentuk identiti bangsa tersebut'.Oleh itu,dengan menyingkirkan semua bangsa lain selain Cina dari Pulau Pinang,DAP berharap dapat menghapuskan terus identiti bangsa asal,iaitu Melayu dari negeri tersebut.Ini adalah konsisten dengan usaha mereka untuk mengubah sejarah termasuk cuba menunjukkan yang kaum Cina adalah antara pendatang awal ke negara ini.Tindakan ini boleh dibaca melalui apa yang dilakukan oleh 'abang' mereka di Singapura,iaitu PAP di mana sejarah negara tersebut yang bermula lama sebelum Parameswara (1344), dengan sedaya upaya cuba dipadamkan mereka, hanya kerana ia membawa identiti dan bukti pendudukan dan kekuasaan bangsa Melayu. Sebaliknya, sejarah Singapura cuba ditulis semula dengan bermula dari tahun 1781 iaitu kedatangan Sir Thomas Stamford Bingley Raffles seorang negarawan British.

Ini menyerlahkan sifat kaum Cina itu yang tidak rela mengakui kekuasaan Melayu,walaupun ia hanya tinggal sejarah tetapi boleh menerima ketuanan barat.Sifat yang sama kekal terpahat dalam diri Lim Guan Eng dan roh DAP secara amnya.Justeru,kaum bumiputera di Pulau Pinang wajar mengenali hati budi dan nurani Ketua Menteri dan parti yang memerintah mereka dengan sebaik-baiknya.Segala tindakan Guan Eng di Pulau Pinang perlu dikaji dan diteliti kesannya terhadap kaum bumiputera dalam jangka panjang.Agenda Guan Eng itu adalah jelas dan kezamannya untuk mencapai matlamat 'ketuanan Cina' di Pulau Pinang adalah benar.Bumiputera Pulau Pinang kini berhadapan dengan ancaman pengusiran secara halus. Mereka bakal kehilangan segala-galanya dari tanah sehinggalah ke identiti dan juga maruah.Namun,semua ini boleh dihalang dengan membuat keputusan yang tepat dalam PRU yang akan datang. Tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan diri kita sendiri.Masa depan anda di tangan anda, iaitu di kertas undi.Tepuk dada tanyalah minda,apa yang benar,apa yang dusta,apa yang kabur dan apa yang nyata.Yang pasti,laporan audit adalah nyata dan penafian Guan Eng ternyata dusta.Apakah ada yang masih ingin menafikannya ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH @YAAKOBANGGERIK A.K.A SAPARI KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Oct 2012 08:24 AM PDT


Saya merujuk kepada kenyataan Exco Pertanian Selangor YB Dr Yaakob Sapari di laman web rasmi kerajaan Selangor yang menyifatkan saya seorang menteri yang jahil dan tidak tahu soal urusan pentadbiran dalam isu projek IADA bagi Kolam Takungan di Barat Laut Selangor. 


Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak dimaklumkan berkenaan projek tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang Exco yang tidak melakukan kaji selidik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau.Untuk makluman projek IADA ini telah mendapat kelulusan selepas Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menghantar surat kepada IADA memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO-MTES bil 33/2010 bertarikh 8/9/2010 telah meluluskan permohonan pewartaan tanah bagi rizab kolam takungan.Pejabat Tanah dan Galian Selangor melalui surat Bil.(8)dlm PTGS/PT 11/8/07-2011 memaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor secara rasmi meluluskan permohonan mewartakan tanah kerajaan bagi rizab kolam takungan.Saya sertakan kronologi isu pemberhentian kerja tapak oleh Jabatan Pehutanan Negeri Selangor bermula dari tahun 2009 sehingga 2012.

 



Ini adalah bukti bahawa pemimpin PKR hanya pandai bercakap dan mempolitikkan semua isu. Suka saya menasihatkan Exco Pertanian supaya pergi belajar dulu cara-cara menjadi pentadbir di dalam kerajaan sebelum mempertikaikan orang lain.Ini satu bukti yang jelas pemimpin PKR terus membohongi rakyat seperti mana Menteri Besar Selangor membohongi rakyat mengenai akaun UNISEL 

Terima Kasih 

 Datuk Seri Noh Omar 
 Chennai,India.

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! BUKTI PUAK DAP SAMSENG TERSEBAR !!!

Posted: 18 Oct 2012 07:02 AM PDT


Kalau perangai macam ini bukan samseng kah? Warga emas Simon Thong yang berumur 62 tahun menceritakan bagaimana beliau telah dibuli.Cikgu Simon mengomen di blog ini

"After my police report, they hung 20 posters of me at the boomgate and on the fence in front of my house. The posters have been there 9 days, and counting… It's character defamation, of course. "No, things are not getting better. Still, this is my home and I won't be chased out."

DAP menggertak media

Cikgu Simon juga menceritakan:

 "My wife and I are alone,deep inside Taman Kaya. [...] Only my wife and I stay here.Neither my children nor my grandchildren are allowed to come within 500 meters of this danger zone. That is our decision: to protect them from danger. Even former students have been urged not to visit as we fear for their safety. This Christmas and then, Chinese New Year, will be quiet festivals: nobody is coming."

Portal Media Perak yang melaporkan peristiwa di atas telah disaman-malu oleh pengerusi cawangan DAP dan isterinya. Surat tuntutan loyar oleh Lee Chee Seng dan isterinya, disebut oleh Media Perak sebagai bekas setiausaha Wanita DAP Ipoh Barat (sebuah kawasan Parlimen DAP) boleh dibaca di posting awal, "Indian pariah" reporter: Pemberita pula yang disaman RM1juta oleh orang DAP".Tempat kejadian iaitu Taman Kaya terletak di Ipoh Timur (kawasan Parlimen Lim Kit Siang). Cara DAP beroperasi dengan licik sekali ialah melalui urusan saman berjuta-juta ringgit ke atas wartawan dan blogger sebagai langkah menggertak.Baca posting bulan Julai bertajuk 'Dear Leader mentors Khalid' di mana saya menulis bahawa politikus Pakatan begitu bingkas bertindak, "Sue sue here, sue sue there, here sue, there sue, everywhere sue" ibarat lagu Old MacDonald had a farm yang lembu-lembunya, "Moo moo here, moo moo there".


Mak oi!! MCA

Aduhai MCA, 

Tolong lah, boleh tak lu tengok kejap lu punya paper? 

The Star ni bukan main bodek orang DAP. 

ni (lihat bawah) lu punya paper ada susun rentetan peristiwa : Belasan kali – (screenshot bawah) nama yang digariskan merah – lu punya Star reporter petik kenyataan Lee Chee Seng:

"Lee Chee Seng cakap ni, Lee Chee Seng cakap tu …

" Cerita yang keluar di Star hanya ikut sedap mulut Lee Chee Seng semuanya.



FMT ada lapor Lee Chee Seng ini pengerusi cawangan DAP Ipoh Garden East. Kenapa The Star tak hendak sebut butiran ini? Kenapa sesama wartawan pun The Star tidak minta tahu atau menyiarkan olahan pemberita Media Perak yang telah dilontarkan tohmahan "Indian pariah", kononnya? Liputan The Star tentang isu Taman Kaya nyata berat sebelah memihak kepada puak DAP. 

ANDA NAK LAGI KEJADIAN SEBENAR ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! PEMIMPIN PAS MAHU NIK AZIZ SEGERA BERUNDUR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Oct 2012 05:28 AM PDT


Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal,Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan. Menurut Dr Nik Mazian,amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan.Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat.Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua,ada sakit pula.Macam kita inilah sudah tua,ada penyakit pula.Kita akan mati,siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ??? Kita mesti timbulkan kepimpinan baru,muda-muda, hebat-hebat,sihat-sihat".

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.Masakan tidak,apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya,tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu,ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan,setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan. Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal,Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS,cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri,tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSLUSIF !!! ANWAR IBRAHIM KECEWA DUNIA IKTIRAF KEPIMPINAN PM @NAJIBRAZAK

Posted: 18 Oct 2012 05:28 AM PDT


Setelah 11 tahun bertungkus lumus menjadi perantara yang ikhlas dan berdedikasi untuk menyelesaikan konflik berdarah antara kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil dengan termeterainya Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro 15 Oktober lalu.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wakil Malaysia berdiri menyaksi upacara menandatangani perjanjian tersebut di Istana Malacanang dengan penuh kebanggaan,Kesyukuran dan keinsafan sambil disaksikan juga Presiden Benigno Aquino dan Ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),Murad Ebrahim.Malaysia berasa syukur kepada ALLAH SWT kerana usaha yang dimulakan dengan niat yang baik dan suci akan menghasilkan natijah yang baik jua.Malaysia berasa insaf kerana negara akan menerima nasib yang sama sekiranya tidak berhati-hati terhadap segala usaha elemen subversif sekarang yang bermaharajalela di dalam masyarakat.Bayangkan pimpinan MILF baru kini menyatakan hasrat supaya Malaysia membantunya membangunkan satu pembangunan tanah seperti skim Felda yang telah terlaksana sebelum merdeka lagi. Negara yang huru hara,penuh dengan kacau bilau dan tidak ada kestabilan politik akan tidak berpeluang untuk menikmati kemajuan bagi rakyat apatah lagi mampu untuk mengecapi hasil titik peluh daripada usaha tersebut.Malaysia berasa bangga kerana bak kata Perdana Menteri,negara ini adalah model dan ikutan kepada negara-negara lain di rantau ini bahkan di seluruh dunia kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju,stabil dan progresif.

Kata beliau yang sarat dan penuh bermakna terserlah apabila Datuk Seri Najib mengatakan mana mungkin Malaysia menjadi contoh yang baik jika ia sendiri bergolak dan terbelit dalam konflik yang berpanjangan.Sesungguhnya perjanjian yang menamatkan konflik yang menelan lebih daripada 150,000 nyawa serta membawa bersama persengketaan tersebut kerugian yang tidak ternilai harganya adalah satu lagi bukti kejayaan Barisan Nasional membangun negara ini sejak merdeka ke tahap yang amat dibanggakan kini.Malaysia adalah model kejayaan sebuah negara yang dahulunya berlandaskan kepada pertanian asas kepada negara perindustrian menuju dan seterusnya kepada negara berpendapatan tinggi.Malangnya semua kejayaan ini akan terancam dan musnah sekiranya pembangkang mengambil alih kepimpinan negara.Bukan sahaja pihak pembangkang merubah segala polis dan dasar yang baik bagi semua lapiran rakyat tetapi yang menjadi mangsa pertama adalah bangsa Melayu sendiri. Jika pembangkang menang, jam kemajuan Malaysia akan dikebelakangkan lebih teruk daripada konflik kerajaan Filipina dan MILF kerana impak kerosakan dan kemusnahan institusi yang telah dibina kukuh selama lima dekad akan lebih dahsyat. Kemusnahan dan kebinasaan yang dimaksudkan bukan dalam bentuk fizikal tetapi kehancuran masa depan bangsa Melayu daripada bangsa yang cemerlang dan megah kepada bangsa yang menggemis di bumi sendiri.Dasar pembangkang yang di bawa oleh Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang sememangnya seperti halwa telinga sedap didengar, manis disebut bibir dan terpesona dipandang.Namun apabila dihalusi dengan pengamatan yang realistik dan keinsafan seperti cadangan bajet alternatif pembangkang akan membawa negara ke lembah kehancuran.Janji pembangkang tidak ubah seperti kata pepatah pujangga Melayu yang mengatakan disangka intan rupanya kaca yang tidak bernilai.

PAS nampaknya menyanjung tinggi usaha kerajaan Malaysia bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina itu tetapi Ketua Pembangkang sepi dengan komennya. Mungkinkah Anwar kecewa kerana Datuk Seri Najib yang ditakdirkan penghargaan untuk menyaksikan perjanjian tersebut dan bukan dirinya ??? Itulah akibatnya apabila niat di dalam hati tidak lurus dan ikhlas kerana Tuhan sentiasa menolong hambanya yang dizalimi dengan nikmat kemuliaan. Malah Anwar bingung apabila dunia termasuk negara yang dicintainya,Amerika Syarikat memuji kepimpinan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib di atas kejayaan membawa keamanan di Nusantara. Ini merupakan pukulan hebat kepada Anwar hingga menyebabkan mulutnya tidak dapat berkata-kata dan kepalanya tidak mampu mencari kata-kata untuk menyanggah penghargaan yang dilimpahkan seluruh dunia kepada Malaysia.Di bawah pentadbiran Perdana Menteri telah mengejutkan dunia dengan pelbagai strategi pembangunan negara dan kebajikan rakyat yang unik dan innovatif.Daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) hinggalah kepada pemberian wang tunai BR1M serta program KR1M,Klinik 1Malaysia,TR1MA,KADS1M dan lain-lain kemudahan untuk rakyat, dunia terpegun dan mengiktirafkan kemampuan Datuk Seri Najib menawarkan penyelesaian bertaraf antarabangsa dikala negara-negara lain di dunia bergelut dengan pelbagai kemelut dan krisis ekonomi. Inilah bezanya dengan retorik dan tin kosong Anwar dengan kesungguhan Perdana Menteri menjana kejayaan melalui perancangan dan usaha yang gigih.Akhirnya rakyat akan memilih yang mana satu manikam dan yang mana satu kaca

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! NIK AZIZ MAHU JADI MURSYIDUL AM PAS SAMPAI MATI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 18 Oct 2012 05:27 AM PDT


Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu.Serentak dengan itu juga,Hasan menobatkan Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam.Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas.Nik Abduh,yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS.Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya menerajui PAS,sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendiri bukan lagi seorang ahli parti.Secara umumnya bagi pemimpin dan ahli PAS serta penyokong mereka,apabila Hasan menimbulkan polemik soal siapa pengganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS maka ia dianggap sebagai satu propaganda politik untuk memecah belahkan barisan kepimpinan parti itu. 

Malah apabila pemimpin PAS Kelantan yang juga ADUN Gaal,Dr Nik Mazian yang secara sinis menyuruh Nik Aziz berundur atas faktor sudah lanjut usia dan masalah kesihatan, pun jua dikatakan hanyalah propaganda semata-mata.Bak kata Pesuruhajaya PAS Johor,Dr. Mahfodz Mohamed,kepimpinan Nik Aziz tetap diperlukan oleh parti malah tiada cacat celanya.Maksudnya betapa sempurna sekalilah Nik Aziz sebagai manusia sampaikan sedikitpun tak timbul isu kelemahan atau cacatnya. Mulia sungguh.Pendek kata,seolah-olah bagi PAS,kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am parti itu sudah muktamad,tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dipertikaikan.Bunyi macam mereka mahu Nik Aziz kekal sampai mati sebagai Mursyidul Am PAS. Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman PAS yang dipetik oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan bahawa Nik Aziz sendiri menyatakan akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya.Jelas sekali,Nik Aziz masih terlalu amat menyayangi kuasa duniawi kalau boleh mahu saja dibawanya masuk ke liang lahad. Januari tahun ini pun sebenarnya,Nik Aziz telah menegaskan betapa tinggi gelodak nafsu duniawinya apabila secara terbuka mengakui akan mengekalkan jawatan dan khidmatnya sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS sampai mati atas alasan jawatan politik tiada had masa atau tempoh persaraan.Kiranya bagi Nik Aziz, dia sendiri dah mengakui amat bernafsu besar untuk terus menikmati kuasa duniawi sambil menongkat langit sampai mati sekalipun sejak bertahun lepas,untuk berjalan pun Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada bantuan tongkat. 

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! LAPORAN AUDIT KEDAH !!! BUKTI PAS TIDAK MAMPU MEMERINTAH TERBONGKAR !!!

Posted: 18 Oct 2012 05:27 AM PDT


Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh PR menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka.Namun begitu,rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang 'tidak masuk akal'.Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir,tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras.saya pun tak faham bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor,dalam pemberian projek jutaan ringgit.Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam.Selain tidak berdaftar,Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.Bukan itu sahaja,audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain.Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana,yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud.

Selain itu,penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan saya menggeleng-gelengkan kepala.Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.Entah bagaimana dan kenapa,pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah,bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap. Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.saya tidak berniat untuk mengulas panjang,tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja.

Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme,korupsi,ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah.Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato' Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri,untuk apa dan ke mana akhirnya.Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010,menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011.Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran.Namun,dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah,tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme.Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri. 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH PAKATAN HARAM BERKENAAN SUBSIDI BERAS !!!

Posted: 18 Oct 2012 05:26 AM PDT


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyangkal dakwaan beberapa portal pro-pembangkang yang cuba memutar belitkan fakta berhubung pemberian subsidi beras dibawah kementeriannya.Bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen,beliau berasa agak kecewa dengan budaya memberi persepsi buruk terhadap kerajaan.Menurut Noh,pemberian kontrak benih padi kepada beberapa syarikat yang berkenaan dilaksanakan dengan telus. Perlaksanaan tender terbuka adalah bukti jelas ia (tender) tidak dimanipulasikan mana-mana pihak terutamanya pihak kerajaan Barisan Nasional sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang itu turut menjelaskan,pemberian kontrak tersebut telah diberi kelonggaran mengikut syarat yang ditetapkan

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...