UMNO Online - “Rakyat Terengganu Tidak Akan Lupa Pengalaman Berharga “1999-2004“” plus 9 more |
- Rakyat Terengganu Tidak Akan Lupa Pengalaman Berharga “1999-2004“
- Pas Tiada Kaitan Dengan Tindakan Anwar : Haron Din Menipu Diri Sendiri
- Hanya Ahli Akar Umbi Boleh Selamatkan Pas Dari Perjuangan Mabuk Kuasa
- Musa To Table “Best Budget” On Oct 19 Taking Into Account People’s Wants
- Bajet Pakatan Salah Mengikut Perkiraan, Kata Ahmad Husni
- Lebih 400 Mohon Bayar Pinjaman PTPTN Sekali Gus
- MB Perak Beri Amaran Pembangkang Tabur Fitnah Keterlaluan
- Karpal Diselar Cuba Bangkitkan Kes Sedang Dibicara Di Mahkamah
- Gula-gula Lama Politik Pembangkang Gagal Saingi Realiti Bajet BN 2013
- Isu Scorpene Yang Dijaja Pembangkang Bertaraf Pembohongan 16 Sept
Rakyat Terengganu Tidak Akan Lupa Pengalaman Berharga “1999-2004“ Posted: 10 Oct 2012 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Okt – Pemuda UMNO Kemaman yakin rakyat Terengganu khususnya di kawasan berkenaan akan terus bersama Barisan Nasional (BN) setelah melalui pengalaman yang cukup berharga berada selama sepenggal di bawah pemerintahan Pas pada satu ketika dahulu. Ketuanya Mohd Hisham Hj Zubir berkata ditambah pula dengan komitmen kerajaan yang ada hari ini pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang cukup prihatin dengan nasib rakyat, tentunya akan menyukarkan lagi tugas pembangkang pada pilihan raya umum nanti. Menurut beliau bukanlah pihaknya untuk mendabik dada malah jauh sama sekali untuk bersikap angkuh, namun itulah hakikat sebenar yang mana kerajaan pimpinan BN mengambil sikap bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul. "Dari sudut golongan muda pula, kerajaan negeri hari ini cukup mesra sama sekali. Pelbagai program dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi agensi mereka termasuklah kita menerusi sayap parti turut mengambil pendekatan yang sama. Dengan kata lainya golongan muda di negeri ini cukup bertuah. Begitu juga golongan lain yang sama sekali tidak pernah dipinggirkan," katanya kepada UMNO-Online di sini. Mengulas persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang, Mohd Hisham menegaskan pihaknya berada dalam keadaan siap sedia dan segala perancangan ke arah itu telah lama dilaksanakan. "Pengundi muda telah kita kenalpasti.. begitu juga pengundi luar telah pun kita kenalpasti dan begitu juga soal-soal berkaitan yang lain. Insyaallah apabila parlimen dibubarkan, Pemuda Kemaman sedia menggalas amanah dan tugas yang diberikan untuk memastikan kemenangan BN demi kepentingan rakyat," katanya. -MediaUMNO |
Pas Tiada Kaitan Dengan Tindakan Anwar : Haron Din Menipu Diri Sendiri Posted: 10 Oct 2012 04:52 AM PDT Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan 'pesanan' kepada masyarakat agar jangan kaitkan Pas dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal. Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan. Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India. Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan Pas dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis. Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau Pas dalam menangani subjek 'Anwar' ini. Kata Harun Din, "Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. Pas dengan Pas, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," dan, "Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam Pas, semuanya kita rujuk kepada Islam." Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan Pas angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.
Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, Pas perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, Pas bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri. Dan Pas juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana Pas sering mengalah kepada DAP. Ditambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari Pas maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR? Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan Pas dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri. Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara. Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut. Begitulah juga kerjasama Pas-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja. Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan 'penafian' (denial) mengenai hubungan Pas dengan Anwar dan juga DAP.
Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam Pas, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan Pas atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar. Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri. Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok Pas yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan Pas dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua. Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka Pas mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat Pas lakukan. Tidak mustahil Pas tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus. Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din. Mr Beruang Biru |
Hanya Ahli Akar Umbi Boleh Selamatkan Pas Dari Perjuangan Mabuk Kuasa Posted: 10 Oct 2012 04:34 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Okt – Ahli di peringkat akar umbi Pas serta ulama di dalam parti berkenaan disaran bangkit dalam usaha memperbetulkan hala tuju perjuangan parti tersebut yang kini dilihat tersasar. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin berkata kenyataan dan juga pandangan daripada tokoh-tokoh veteran mereka sahaja tidak cukup sebaliknya perlu disusuli dengan desakan diadakan muktamar agung khas. "Kita tengok beberapa veteran Pas yang ada ketokohan dan kewibawaaan menegaskan bahawa perjuangan Pas sudah tersasar. Bagi saya kenyataan tidak cukup….sudah tiba masanya ahli-ahli Pas di akar umbi bangkit nyatakan pandangan mereka tentang perjuangan memandangkan pimpinan Pas hari ini kemaruk kuasa dan hilang hala tujunya. "Ini soal prinsip perjuangan. Jadi saya saran kepada ahli akar umbi mendesak diadakan muktamar agung khas bincang hala tuju sebenar Pas nak ke mana. Dengan kenyataan tokoh-tokoh seperti ini tidak cukup lagikah..ini bukan kenyataan tokoh-tokoh UMNO..kecuali kalau parasit-parasit seperti biasalah dengan retorik mungkin akan kata Pak Shahnon dibayar oleh UMNO. "Saya kira ahli Pas akar umbi perlu sedar dan bangkit untuk mempertahankan hak dan perjuangan mereka serta yakin selepas ini akan ada tokoh-tokoh veteran yang akan bersama dan berkongsi pendapat dengan Pak Shahnon," katanya di Lobi Parlimen di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Shahnon semalam tentang perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP. Menurut Shahnon, tindakan Pas menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam. Zulkifli turut menyarankan sudah tiba masanya Pas 'mufaraqah' daripada kebatilan dan kemungkaran. "Ini termasuklah kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semalam semalam yang dikatakan memberitahu jangan samakan pendirian Anwar dengan Pas (soal liberalisme dan pluralism)…. Itu tidak cukup….kalau tidak mahu samakan kena pisahlah. "Itu hukum yang mana-mana tak payah ulama….mana-mana yang belajar agama pun tahu. Apabila satu Imam sudah melakukan perkara yang wajib 'dimufaraqah' mesti 'mufaraqah'. Jadi pada saya sekadar kenyataan tidak cukup. "Sudah tiba masanya mereka ambil pendirian untuk memisahkan diri daripada kebatilan dan kemungkaran. Itu yang patut dilakukan sekarang. Soal politik berpolitiklah…kalau nak menang pilihan raya buatlah cara sendiri. Islam tidak pernah menang selain cara yang diajar oleh rasulullah S.A.W”, katanya. (Ikuti temubual lanjut menerusi MediaUMNO di Youtube)
|
Musa To Table “Best Budget” On Oct 19 Taking Into Account People’s Wants Posted: 10 Oct 2012 04:25 AM PDT KOTA KINABALU, Oct 10 – The State Budget 2013 will be tabled in the State Legislative Assembly on Oct 19, taking into account the interests and wants of the people from all strata of society. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said he would table the best budget as it would be the last budget before the 13th general election was held. “So, we will table the best budget, taking into account the wishes of the people from all walks of life,” he told reporters after chairing the weekly state cabinet meeting today. Musa, who is also State Finance Minister, had said that the state government was prepared to consider paying bonus to civil servants and would discuss the matter with State Treasury officials to make provision for bonus in the budget. Tabling the 2013 Budget in Parliament on Sept 28, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced one-and-a-half-month bonus to civil servants which will be paid in December and January. A half-month bonus was already paid for Hari Raya Aidilfitri celebrations in August. On another issue, Musa said the state cabinet has agreed to lower by 30 per cent the parking fee for areas under the Kota Kinabalu City Hall jurisdiction. |
Bajet Pakatan Salah Mengikut Perkiraan, Kata Ahmad Husni Posted: 10 Oct 2012 04:11 AM PDT PUTRAJAYA, 10 Okt – “Mengikut perkiraan” bajet bayangan 2013 Pakatan Rakyat mengelirukan, dan pasti akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) masing-masing kepada 7.2 peratus dan 57.8 peratus, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata dakwaan oleh Pembangkang bahawa bajet cadangannya akan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus merupakan satu contoh “lemah matematik” yang baik. “Perbendaharaan meneliti kedua-dua bajet. Kami dapati bajet kerajaan menyeluruh dan jelas. “Dengan demikian, kami berpendapat kerajaan tidak harus menunggu lebih lama lagi untuk tampil ke hadapan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia, yang manakah bajet yang serius dan bertanggungjawab. “Bajet mereka (Pakatan) tidak lengkap. Mereka tidak memasukkan kebanyakan daripada perbelanjaan kendalian dalam bajet mereka. Itulah sebabnya Pakatan boleh mencatatkan perbelanjaan mengurus yang lebih rendah,” katanya kepada pemberita. Ahmad Husni berkata bajet cadangan Pakatan itu akan memaksa kerajaan menanggung perbelanjaan mengurus sebanyak RM224.3 bilion, jauh lebih tinggi daripada RM185.3 bilion yang didakwa oleh Pembangkang. Beliau berkata bajet bayangan itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar prestasi kewangan kerajaan dan juga tidak mengambil kira rancangan-rancangan yang diumumkan oleh Pembangkang dalam bajet khusus mereka itu. Bajet cadangan Pakatan yang menunjukkan pengurangan emolumen penjawat awam sebanyak RM2.6 bilion kepada RM56 bilion juga bererti pengurangan sebanyak 72,000 pekerjaan berdasarkan andaian gaji purata RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun, katanya. “Antara rancangan-rancangan yang tidak diambil kira dalam membuat perkiraan defisit negara itu ialah cadangan pelarasan gaji minimum, pemberian bonus tahunan bagi warga emas, penghapusan tol, dan hutang yang akan ditanggung oleh kerajaan berikutan penghapusan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara),” tegasnya. Ahmad Husni berkata jika cadangan pelarasan gaji minimum itu dilaksanakan, kerajaan akan memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM4.4 bilion manakala penghapusan tol akan menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan sebanyak RM6 bilion melalui subsidi yang lebih tinggi. “Mereka bercakap tentang pengurangan subsidi dan mendapatkan pendapatan daripada situ. Tetapi rancangan yang mereka umum tidak akan mengurangkan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya meningkatkannya dengan ketara. “Rancangan mereka untuk mengurangkan subsidi juga tidak berdaya maju kerana ini bererti harga barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan petrol terpaksa naik kerana barangan itu merupakan kira-kira 61 peratus daripada mekanisma subsidi sekarang,” ujar beliau. Mengenai PTPTN, Ahmad Husni berkata jika ia dimansuhkan, kerajaan perlu menanggung hutang PTPTN sekarang yang berjumlah RM31 bilion dan pada masa yang sama menyediakan dana sebanyak RM5 bilion untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar baharu institusi pendidikan tinggi. Bajet Pakatan akan juga memaksa nisbah hutang berbanding KDNK melonjak kepada 57.8 peratus, jauh lebih tinggi daripada had maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu pada 55 peratus. “Jika nisbah hutang berbanding KDNK meningkat begitu, penarafan kerajaan Malaysia akan jatuh ke paras lebih rendah dan ini akan mengakibatkan kos pinjaman menjadi lebih tinggi manakala tahap keyakinan di kalangan pelabur asing akan menurun,” katanya. Ahmad Husni juga berkata jika rancangan Pembangkang menaikkan royalti negeri kepada 20 peratus dimasukkan dalam pengiraan defisit fiskal, ada harapan ia melonjak naik hingga ke lapan peratus. “Jika itu diambil kira, ia akan menyebabkan penyusutan perolehan daripada cukai petroleum serta dividen kepada kerajaan Persekutuan. Dengan demikian, defisit akan meningkat selanjutnya. “Itu juga akan mengakibatkan penyusutan perolehan syarikat petroleum nasional, Petronas Bhd. Untuk itu, saya jangka Petronas akan mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan cara-cara untuk berhadapan dengan rancangan Pakatan ini. “Pendek kata, jika kesemua rancangan oleh Pakatan ini dilaksanakan tanpa pengurusan fiskal yang betul dan lebihan pendapatan yang mantap, Malaysia mungkin menjadi muflis,” tegas Ahmad Husni. |
Lebih 400 Mohon Bayar Pinjaman PTPTN Sekali Gus Posted: 10 Oct 2012 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Okt – Seramai 424 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setakat ini memilih untuk melunaskan hutang pinjaman mereka sepenuhnya berikutan tawaran rebat 20 peratus diumumkan pada Belanjawan 2013 baru-baru ini. Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata bilangan pemohon itu membabitkan pinjaman berjumlah RM4.6 juta. “Sejak pengumuman itu, PTPTN telah meluluskan 179 permohonan membabitkan RM1.7 juta dengan jumlah diskaun diluluskan sebanyak RM325,809. “Sehingga hari ini, PTPTN menerima bayaran (daripada peminjam yang memohon melalui tawaran rebat 20 peratus) RM1.303 juta dengan jumlah diskaun RM325,000,” katanya di lobi Parlimen hari ini. Pada pembentangan Belanjawan 2013, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun diberikan. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata diskaun 20 peratus itu juga boleh dinikmati peminjam yang telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen. Menurutnya, dengan pengumuman diskaun itu, kadar bayaran balik pinjaman PTPTN akan mencecah 70 peratus. “Bilangan peminjam yang membuat bayaran balik sekarang adalah 49.01 peratus,” katanya. Beliau menarik perhatian 132,801 peminjam langsung tidak mengendahkan notis yang dihantar PTPTN, dan ini melibatkan pinjaman RM2.11 billion. |
MB Perak Beri Amaran Pembangkang Tabur Fitnah Keterlaluan Posted: 10 Oct 2012 04:01 AM PDT IPOH, 10 Okt - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Rabu memberi amaran kepada pembangkang agar tidak menabur fitnah keterlaluan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) itu jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang. Beliau juga mahu agensi dan jabatan kerajaan negeri itu mengambil tindakan serupa jika mereka menjadi mangsa fitnah melampau pembangkang. “…agensi-agensi perlu ambil tindakan kerana jika dibiarkan perkara ini, orang akan percaya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini Rabu. Zambry berkata beliau mendapati sejak kebelakangan ini pembangkang semakin rancak membuat kenyataan berbentuk pembohongan sebagai strategi politik peringkat akhir menjelang pilihan raya umum ke-13. “Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sekarang ini adalah supaya pihak media ambil maklum perkara itu dan menyebarkannya kepada umum bagi tujuan menanam kebencian rakyat terhadap pimpinan BN,” katanya. Beliau juga menegaskan kerajaan negeri memandang serius semua tuduhan yang dilontar pembangkang menerusi pelbagai medium termasuk laman sosial dan blog. “Mereka perlu ingat bahawa mungkin pelanduk boleh lupa jerat tapi jerat tidak lupa pelanduk, jadi berhati-hati,” katanya. Ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa kroni BN terbabit dalam projek kerajaan negeri, Zambry berkata tindakan itu bertujuan menakut-nakutkan kerajaan negeri ketika mahu meluluskan projek pembangunan di Perak. “Ini supaya tidak berlakunya pembangunan di Perak dan ia memudahkan mereka pula untuk menyatakan bahawa pemerintahan di bawah pimpinan BN di Perak ini tiada pembangunan langsung dan ini akan dijadikan satu hujah untuk mewajarkan apa yang mereka katakan sebelum ini,” katanya. |
Karpal Diselar Cuba Bangkitkan Kes Sedang Dibicara Di Mahkamah Posted: 10 Oct 2012 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Okt – Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu hangat apabila seorang penyokong pembangkang cuba mempersoal kredibiliti saksi pembelaan bagi sebuah kes yang sedang berlangsung di mahkamah. Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 cuba menimbulkan isu kredibiliti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi saksi pembelaaan dalam perbicaraan membabitkan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Karpal yang cuba bertegas bahawa beliau membangkitkan perkara itu atas kepentingan umum, ditempelak beberapa Anggota Parlimen lain termasuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) dan N.Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai), sambil menyifatkan Karpal mempunyai agenda tersendiri. Karpal, antara lain, berkata: “Kenapa pendakwaan dalam kes (bekas menteri pengangkutan Tun Dr) Ling Liong Sik bersetuju untuk adakan satu penangguhan untuk bolehkan representasi dibuat (pembelaan) kepada Peguam Negara atas (berdasarkan) keterangan Dr Mahathir sahaja?” katanya. Zulkifli yang bangun mencelah berkata: “Saya rasa Bukit Gelugor dah nyanyuk. Dia sedang serang kredibiliti saksi pembela. Jika itu tidak menjejaskan kepentingan kes itu, pihak tertentu, apakah ia?” Beliau berkata: “Dia (Karpal) amat arif. Dia putar belit prosedur, berselindung di sebalik perundangan untuk serang saksi.” Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian meminta Karpal untuk berhenti kerana berpendapat kenyataannya melanggar peraturan mesyuarat. Beliau meminta peguam terkenal itu tidak membincangkan di dalam Dewan perkara-perkara yang sedang dibicara di mahkamah. “Mungkin di luar Dewan apa jua pendapat perundangan boleh (disuarakan), tapi jangan gunakan Dewan dan katakan kebebasan bersuara, kepentingan awam. Saya tak rasa itu saya boleh benarkan,” katanya. Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) turut bangun dan meminta Karpal beralih ke perkara lain. Ketika menjadi saksi pembelaan Selasa bagi kes Dr Ling yang dituduh menipu jemaah menteri berhubung projek PKFZ, Dr Mahathir dilaporkan berkata bekas menteri pengangkutan itu adalah seorang yang jujur dan melakukan tugas yang baik terutama dalam membangunkan Pelabuhan Klang. Peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Dr Ling dalam perbicaraan itu, memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mengemukakan satu representasi bagi memohon pendakwaan menimbang semula tiga pertuduhan terhadap bekas menteri berkenaan. |
Gula-gula Lama Politik Pembangkang Gagal Saingi Realiti Bajet BN 2013 Posted: 10 Oct 2012 03:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Okt. – Pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan kebajikan telah terbukti sebagaimana Malaysia hari ini mampu berdiri gah sebaris negara-negara maju jika dibandingkan dengan peranan pakatan pembangkang yang terlalu kecil. Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein melihat pakatan pembangkang seringkali cuba untuk mencipta rekod baru bagi menyaingi BN termasuklah dalam mengutarakan intipati bajet sebagaimana yang telah mereka paparkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyempurnakan Bajet 2013 BN di Parlimen. "Bajet BN praktikal iaitu dilakukan berdasarkan kepada kedudukan kewangan negara tanpa mengusik rezab simpanan yang ada, perancangan yang sangat komprehensif untuk kepentingan semua peringkat berbanding dengan bajet pembangkang yang hanya ibarat mengeluarkan semula 'gula-gula' lama yang masih tak diusik," katanya kepada UMNO-Online. Jelasnya yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), jika dilihat dari segi kedudukan pembentang bajet pakatan pembangkang iaitu ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjawat Menteri Kewangan dan melakukan pembentangan bajet untuk BN ketika itu maka itu bukan jaminan bahawa apa yang diperkatakan mampu dilunaskan. "Adakah dengan latar belakangnya melayakkan beliau untuk menentukan bajet sedangkan dari segi kredibilitinya sendiri dapat dilihat bahawa semasa zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, negara ini berdepan dengan suasana ekonomi yang sangat teruk dan cadangan yang beliau lakukan adalah berhutang dengan bank dunia, namun mujurlah itu tidak berlaku. "Pengalaman yang negatif dalam negara bukan jaminan sebagaimana statusnya memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang mana dengarnya aset negeri terbabit makin susut ekoran pencairan yang dilakukan demi mendapatkan wang segera untuk agenda yang bukan kepada rakyat," katanya lagi. Antara janji bajet pembangkang 2013 ialah harga semua jenis kereta akan diturunkan, bayaran tol di kesemua laluan lebuh raya akan dihapuskan dan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) pula akan dimansuhkan. "Benda tak nampak jadi mereka boleh main cakap sebagaimana bajet yang mereka bentangkan sedangkan mereka sendiri tidak tahu keadaan mikro dan makro ekonomi negara, tentunya ada pakar-pakar yang membuat penilaian atas kemampuan negara tetapi pembangkang boleh cakap apa saja sebab mahu menarik perhatian rakyat," katanya. Beliau mengajak rakyat menilai pentadbiran kerajaan pembangkang di Selangor untuk dibandingkan dengan apa yang BN laksanakan kerana Menteri Besarnya hari ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim arif dalam hal-hal pengurusan dan selok-belok perniagaan. "Malangnya apa yang dijanjikan oleh mereka tidak dilaksanakan sehinggakan rakyat terpaksa membawa isu-isu berkaitan penurunan tarif air yang disebutkan dalam manifesto mereka ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan ekoran kegagalan melunaskan janji. "Pembangkang tak berkuasa maka mereka bolehlah menjadikan ayat-ayat bombastik sebagai janji tetapi sebagai kerajaan yang memegang tampuk amanah, BN sentiasa menyediakan bajet berimbang, mampu dilaksanakan dan memberi kepuasan kepada masyarakat seluruhnya," katanya lagi. – MediaUMNO. |
Isu Scorpene Yang Dijaja Pembangkang Bertaraf Pembohongan 16 Sept Posted: 10 Oct 2012 03:24 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Okt – Pembohongan pembangkang berhubung isu pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002 dilihat sama taraf kedudukannya dengan isu pembohongan mereka mengenai 16 September. Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata itulah pembangkang yang hanya hidup di atas persepsi, fitnah semata-mata dalam usaha menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap kerajaan hari ini. Menurut beliau budaya mereka yang hanya menimbulkan fitnah dan sebagainya lagi menunjukkan kepada rakyat bagaimana sikap serta tidak tanduk mereka yang hanya memanipulasi isu-isu sensasi untuk kepentingan mereka. "Pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di negara itu sebenarnya tidak berlaku itu menyerlahkan kepada umum seolah-olah mereka sengaja timbulkan isu sensasi dengan tujuan timbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. "Pada saya inilah tindak-tanduk mereka…..timbulkan kegelisahan di kalangan rakyat untuk menghidupkan parti mereka. Mereka hidup atas pembohongan. Sebab itu budaya politik mereka ini adalah budaya yang benar-benar tidak sesuai dan tidak matang dan tidak sepatutnya diterima oleh rakyat di negara ini. "Walapun berbeda politik, untuk menuju politik matang sepatutnya kita mesti bercakap perkara yang benar. Jika mereka tunjukkan budaya sebegini, rakyat boleh nilai sewajarnya wajah sebenar pembangkang," katanya kepada UMNO-Online di sini. Shamsul seterusnya menegaskan sebagai pemimpin, mereka seharusnya berintegriti dan bercakap soal yang betul. "Kalau kita tunjukkan kepada rakyat sedemikian rupa kita tidak boleh menjadi ahli politik yang baik dan tidak diterima oleh rakyat. Harapan saya rakyat mesti menolak budaya sebegini kerana apa yang disebutkan oleh mereka dalam soal tersebut adalah tidak benar sama sekali," katanya. Semalam seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan. “Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media,” katanya kepada Bernama. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment