BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! DR. YUSUF AL-QARDAWI HARGAI SUMBANGAN MALAYSIA !!!
- HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM AKAN MEMIKUL ISU SCORPENE SETELAH ISU SUARAM GAGAL ??? APA CERITA NI ???
- BONGKAR !!! KENYATAAN PAS TIADA KAITAN DENGAN TINDAKAN ANWAR IBRAHIM !!! NAMPAK SANGAT HARON DIN NAK MENIPU DIRI SENDIRI !!!
- BONGKAR !!! DAP BAKAR SENTIMEN AGAMA UNTUK HURU HARAKAN MALAYSIA !!!
- HOT VIDEO !!! USTAZ NASHA MEMBELASAH PAS DAN DAP DI PWTC !!!
- HOT NEWS !!! PENDAKWA PERANCIS SAHKAN PR MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!
- HOT VIDEO !!! ISU BUAH PALA !!! PEMIMPIN BN DAN BEBAS BELASAH PEMIMPIN PR DI PARLIMEN KAW-KAW !!!
HOT NEWS !!! DR. YUSUF AL-QARDAWI HARGAI SUMBANGAN MALAYSIA !!! Posted: 10 Oct 2012 01:28 PM PDT KUALA LUMPUR : Tokoh ulama terkemuka,Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia,Nasharudin Mat Isa,surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut,Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. ''Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin. Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia. ''Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya.- Utusan Malaysia |
HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM AKAN MEMIKUL ISU SCORPENE SETELAH ISU SUARAM GAGAL ??? APA CERITA NI ??? Posted: 10 Oct 2012 01:21 PM PDT Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.Terbaru,Yves Charpenel,seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis,DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan. Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin. Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.Sehari selepas kenyataan Charpenel,balaci Anwar,Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.Bak kata orang kalau sudah mula berbohong,maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib pada pilihan raya umum ke 13 kelak.Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang. Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya. Tian Chua,Sivarasa,Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar. Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.Jika ini berlaku,kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal. Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 10 Oct 2012 01:21 PM PDT Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan 'pesanan' kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India,Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie,The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.Bagi saya,jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar,mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur,maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jati diri bangsanya,India.Namun,saya bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.Malah,dari kenyataan Haron Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar,secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis. Justeru,apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek 'Anwar' ini.Kata Haron Din,"Tidak mengapa,itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah.Kita pun tidak campur hal PKR.PAS dengan PAS,PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP dan Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam.Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS,semuanya kita rujuk kepada Islam." Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika PR menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini.Lebih dahsyat,PAS bukan saja perlu mengambil kira,tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri. Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Haron Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR ??? Hakikatnya,bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah,tidur sebilik,menjalani kehidupan,mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.Nampaknya,Haron Din masih berada dalam keadaan 'penafian' (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS,terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal,plural,perasuah,peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri. Ketahuilah bahawa Haron Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Haron Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen.Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.Ketika itu,terpulanglah kepada Haron Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi.Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri,air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.Pada ketika itu juga,jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! DAP BAKAR SENTIMEN AGAMA UNTUK HURU HARAKAN MALAYSIA !!! Posted: 10 Oct 2012 02:04 AM PDT Strategi DAP dengan membakar sentimen agama dikalangan rakyat Malaysia amatlah merbahaya. Sebelum ini mereka dengan bangganya mengangkat komunisme sebagai satu perjuangan yang benar walaupun dengan terang dan nyata komunis telah membunuh ramai rakyat Malaysia.Sebenarnya perjuangan DAP jelas berlandaskan keganasan. Dengan itu isu keagamaan dimainkan sekali lagi oleh DAP amnya dan Guan Eng khasnya. Sejak zaman dahulukala isu keagamaan boleh membawa keganasan dan kesengsaraan yang tiada penghujungnya. Oleh kerana keganasan dan kemusnahan merupakan matlamat DAP maka isu ini telah ditiup dengan begitu kencang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mari kita lihat perutusan Lim Guan Eng pada Hari Wesak dan Hari Natal (screenshot bawah). Guan Eng dengan berani menyerang "racists" dan "extremists" di mana dia menuduh Barisan Nasional menyemai perasaan benci dan keganasan ("preach hate and violence"). Dia mendakwa Utusan menghasut dengan niat memupuk perasaan benci terhadap orang Kristian. Dia juga mendakwa Ibrahim Ali menjadikan orang Kristian "an object of hate" lantaran Perkasa melancarkan perang jihad ("crusade") terhadap golongan Kristian — lihat petikan: "… Ibrahim Ali an extremist for launching this crusade against Christians". Strategi Guan Eng adalah membayangkan orang bukan Melayu dan bukan Muslim dianiaya di negara kita: "Are non-Malays and non-Muslims an easy target to be blamed and kicked around based on lies just to distract attention from the real problems affecting 27 million Malaysians?" Pesanan Lim Guan Eng pada Hari Wesak 2011 : "…DAP calls on all Malaysians to stand up for peace and harmony by uniting against extremists and harmony that wants to see Malaysia burn with hatred and violence." Pesanan Lim Guan Eng pada Hari Natal 2010: "Malaysians must reject those who preach hate and violence to the extent of calling for the bloody May 13 tragedy to be declared as a sacred day that should be celebrated. "Let us reject these pseudo-Malaysians who are extremists, racists and greedy cronies of corruption." Guan Eng mempelawa kerjasama MCA menentang [pendokong] perang jihad, iaitu orang Melayu Perkasa dan Utusan. Katanya: "DAP is willing to work with all Malaysians including non-UMNO component members in BN to oppose this crusade and demand action against Utusan Malaysia and Ibrahim Ali's reckless opportunism and irresponsible adventurism." http://dapmalaysia.org/english/2011/may11/lge/lge1282.html http://www.penang.gov.my/index.php/en/pusat-media/kenyataan-akhbar/148-christmas-message Keamanan yang dipupuk oleh Barisan Nasional dari zaman Malaysia mengecapi kemerdekaan cuba di musnahkan oleh DAP dengan bantuan anjing-anjing seperti PAS dan PKR. Selama ini semua agama di Malaysia saling menghormati satu sama lain dengan mendokong bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan dijaga dengan sewajarnya. Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang bencikan keganasan dan kehancuran diseru untuk menolak pakatan haram dan DAP khasnya yang berterusan cuba menganggu gugat keharmonian di Malaysia.- Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
HOT VIDEO !!! USTAZ NASHA MEMBELASAH PAS DAN DAP DI PWTC !!! Posted: 10 Oct 2012 02:04 AM PDT Mungkinkah kerana ucapan ikhlas yang di ucapkan oleh Ustaz Nasha akan menyebabkan Ustaz Nasha di kenakan tindakan tegas dalam masa terdekat ??? Apa yang pasti,Ustaz Nasha tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Bachok selepas PRU13 ni,memandangkan tempatnya bakal digantikan Nik Abduh dalam PRU13 nanti.anda lihat video di bawah.mungkin ada orang PAS juga ada di dalam dewan tu :-) RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PENDAKWA PERANCIS SAHKAN PR MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! Posted: 09 Oct 2012 07:00 PM PDT SUARAM,sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros,terkantoi lagi dan lagi dan lagi,dalam isu pembelian kapal selam scorpene.Tetapi,walaupun telah berapa kali kantoi,setiap kali juga mereka akan menafikan,menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media,rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak,maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya. Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor,Yves Charpenel yang dikeluarkan kelmarin bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia,dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang.Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini,bahawa apa yang berlaku ialah dua 'hakim penyiasat' bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM. Ini kerana mengikut undang-undang,semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.Walaubagaimanapun,hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.Oleh itu,bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti,menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia. Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu,SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis. Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan,kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka. Dalam usaha SUARAM 'mengenakan' kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku Dan kini,SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.Sebaliknya,Anwar Ibrahim,Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis,William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing. Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.Secara langsung,tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata,sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi 'pertukaran rejim' di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT VIDEO !!! ISU BUAH PALA !!! PEMIMPIN BN DAN BEBAS BELASAH PEMIMPIN PR DI PARLIMEN KAW-KAW !!! Posted: 09 Oct 2012 04:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment