PISAU.NET |
- Tun M Dah Nyanyuk - Tony Pua
- Ali Rustam Buat Kerja Gila Halau Ahli Syurga.
- Padan Muka Nasha..Hentam Lagi DAP
- PAS Tiada Kaitan Dengan Tindakan Anwar: Haron Din Menipu Diri Sendiri
- OPEN WAR WITH PAS, ANWAR IS DESPERATE TO STRENGTHEN DAP TRUST
Posted: 10 Oct 2012 06:00 AM PDT Tony Pua hina Dr. Mahathir, anggap nyanyukKUALA LUMPUR 8 Okt. - Ketua Publisiti DAP, Tony Pua hari ini dengan nada sombong menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk dan tidak relevan.Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas kenyataan negarawan tersebut dalam sebuah akhbar semalam yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam. "Saya tidak ingin melibatkan Perdana Menteri lalu kerana dia tidak lagi relevan dalam politik kini tetapi kata-kata yang dibuat Tun Dr. Mahathir itu adalah kata-kata yang saya rasa seorang yang telah nyanyuk," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Semalam, bekas Perdana Menteri itu menegaskan Soros menggunakan wang untuk meletakkan calon pilihannya bagi memerintah negara-negara yang disasarkan sebagaimana yang dilakukan melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah di Georgia. Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa menerima sumbangan daripada Open Society Institute dan turut dipersoalkan adalah pembiayaan Soros terhadap Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang. Pua bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan pakatan pembangkang dengan penyangak mata wang Yahudi itu dan beliau turut memberitahu pembangkang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin ke atas (kekejaman) rejim Zionis. Dalam sidang akhbar itu, Pua juga mempersoalkan usaha Dr. Mahathir sebelum ini yang menyarankan Soros menyokong Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dalam kempen menjadikan Perang Adalah Jenayah. "Beliau (Mahathir) hanya mencemarkan nama baik dia sendiri, apa yang masih tertinggal dan mengurangkan persepsi baik antara kalangan orang ramai terhadap beliau di dalam tahun-tahun terakhir ini," katanya. | ||
Ali Rustam Buat Kerja Gila Halau Ahli Syurga. Posted: 10 Oct 2012 03:00 AM PDT Ali Rustam memang buat kerja gila..adakah patut disuruhnya puak khawarij tinggalkan parti.. PAS tu dah janjikan syurga..Apa pak Ali berani janji syurga kah? Kalau penyokong PAS tinggalkan parti mereka..sanggupkah DAP atau PKR tawarkan syurga?
Beliau berkata perjuangan Pas dilihat lebih mementingkan kuasa dan undi daripada memperjuang agama Islam. | ||
Padan Muka Nasha..Hentam Lagi DAP Posted: 10 Oct 2012 01:00 AM PDT Dek kerana terlalu sayangkan Islam dan pertahankan perjuangan prinsip parti PAS,Ustaz Nasha memang sengaja mencari nahas.Apatah lagi melawan mursidol am DAP Karpal Singh. Akibatnya beliau akan disaman,paling menarik Khalid Samad kata lantak kau la Nasha siapa suruh pi hentam DAP...kalau comolot kan senang...
Pisau kata " buat malu PAS jer.." | ||
PAS Tiada Kaitan Dengan Tindakan Anwar: Haron Din Menipu Diri Sendiri Posted: 09 Oct 2012 11:00 PM PDT Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan pesanan kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal. Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan. Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India. Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis. Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek Anwar ini. Kata Harun Din, Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP dan Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam. Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang. Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri. Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP. Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR? Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri. Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara. Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut. Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja. Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan penafian (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar. Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri. Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua. Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan. Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus. Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din. | ||
OPEN WAR WITH PAS, ANWAR IS DESPERATE TO STRENGTHEN DAP TRUST Posted: 09 Oct 2012 06:00 PM PDT Now it is an open war between PAS and PKR, the two parties that had worked together to deprive BN of several Malay seats in the 2008 general election. The war is expected due to the differences in their political ideologies one is Islamic fundamentalism and the other liberal two ingredients that cannot mix even in a cooking pot. The fundamentalists in PAS, comprising the veterans, have been quietly defending the fort while watching closely Anwar Ibrahim men, who have been planted to undermine the party, taking positions of authority in the party during past party elections. Along the way, these liberals, who are supposed to steer the party struggles from fundamentalism to lslamic liberalism, knocked out several die-hards such as Datuk Hassan Ali and Nasharuddin Mat Isa. The fundamentalists, headed by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, have been putting up with the liberals, knowing who is behind them and knowing what they are aiming for. For sometime, they waited and watched, hoping for the liberals to have some respect towards them, have some decorum in scrambling for positions, but what they saw is hungry intellectuals side-stepping religious and normal Malay culture scrambling to turn take over the party to achieve their master objective. PAS deputy Ulamak council chief Dr Haron Din open statement about Anwar and his ways which PAS would not follow is considered an open warÖa declaration that may see the two parties parting ways soon. Anwar would now try to tone down and console PAS leaders as he needs the party support so much to achieve his ambition to head Putrajaya. With only DAP support, Anwar may not even managed to win one-third of the total parliament seats to lead him to Putrajaya. As war with PAS is inevitable, Anwar party PKR is having problem with DAP in Penang as the DAP views PKR with distrust after knowing the minds of PKR state chief Mansor Othman in the leaked minutes of a meeting in April. This has affected their co-operation and also created silent animosity between the Chinese and Malay members in PKR as the leaked was certainly done by a Chinese member to gain favour from DAPís Lim Guan Eng. Thus the scenario in Penang is volatile for PKR while in Selangor, the party is facing an internal squabbles that may see no ending because the ëbad bloodí started two years ago during the party election and drags until today. Given such a scenario, Anwar has no choice but to earn the trust of DAP by doing anything including selling the Malay race and religioní. |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment