UMNO Online - “Petronas Says Its National Role Will Be Compromised If Royalty Payments Increase” plus 9 more

UMNO Online - “Petronas Says Its National Role Will Be Compromised If Royalty Payments Increase” plus 9 more

Link to UMNO Online

Petronas Says Its National Role Will Be Compromised If Royalty Payments Increase

Posted: 11 Oct 2012 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 11 – The sustainability of Petroliam Nasional Bhd (Petronas)’s ability to contribute to the nation will come into question should royalty payments to the states be increased from the present rate of five per cent to 20 per cent.

Petronas, in a statement here today said this increase will result in lower petroleum income tax payments.

It said the company’s profits will also be reduced, thereby potentially affecting its ability to pay dividends to its shareholders.

Petronas said the increase in royalty payments will also reduce the profitability and economic viability of all current and future oil and gas projects under development.

This in turn will deter Petronas and production sharing contract (PSC) contractors from further investing in these projects.

“Over the next five years, planned projects with a total capital expenditure worth about RM170 billion are at risk of being cancelled. Coupled with declining production from maturing domestic fields, this will actually result in lower royalty payments to the states over time,” said the state-owned oil company.

It said a reduction in the oil and gas production will also threaten the energy security of the nation.

Apart from this direct impact, the resulting slowdown will have an adverse multiplier effect on the domestic oil and gas industries such as service companies as well as spin-off industries, leading to a reduction in employment opportunities for the people residing in those states.

Tipu Sana, Tipu Sini… SUARAM Bakal Didakwa Di Perancis

Posted: 11 Oct 2012 05:11 AM PDT

SUARAM telah pun mengaku bahawa mereka menerima dana dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) iaitu NGO asing yang mana misi utama mereka adalah melakukan  'pertukaran rejim' di negara-negara yang mempunyai nilai ekonomi dan sosial bagi mencapai matlamat Yahudi untuk menguasai dunia.

Kebimbangan mengenai usaha Yahudi untuk menguasai dunia bukanlah satu paranoia umat Islam, tetapi ianya telah disebut dengan tegas di dalam Al-Quran.

Peringatan Allah SWT kepada kita ialah agar bersikap hati-hati kepada bangsa Yahudi kerana mereka tidak akan rela kepada kaum muslim sampai kaum muslim tunduk serta mengikuti kemahuan dan keinginan mereka.

Hari ini, bukan sahaja umat Islam tetapi ramai di kalangan barat sendiri meragui kaum Yahudi, lalu mengkaji dan mendedahkan niat dan strategi Yahudi untuk menakluk dunia melalui berbagai-bagai NGO yang menggunakan berbagai nama yang kononnya membawa niat murni seperti memperjuangkan hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya.

Bertitik tolak dari itu, pada 1 Oktober lepas, Rusia telah bertindak tegas dengan mengambil tindakan menutup pejabat NED di negara itu setelah menyedari NGO dari Amerika tersebut mempunyai agenda jahat dan terlibat dalam pengubahan wang haram yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Selain NED, semua rangkaiannya seperti International Republican Institute (IRI), the National Democratic Institute (NDI), the Center for International Private Enterprise (CIPE) and the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) juga turut ditutup.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bukan hanya negara-negara Islam seperti Tunisia, Libya, Mesir atau Syria yang disasarkan oleh Yahudi, tetapi juga negara bukan Islam.  Dan tentu sekali, Malaysia, sebagai satu-satunya negara Islam yang maju dan aman tidak mungkin terlepas dari menjadi sasaran mereka.

Hari ini, hubungan langsung NED dan juga OSI dengan SUARAM dan pembangkang Malaysia bukan lagi rahsia.  Ini terbukti apabila Ketua Pembangkang sendiri, iaitu Anwar Ibrahim tidak segan silu dan langsung tidak bersembunyi atau berahsia mengenai hubungan baiknya dengan pihak ini.

Untuk itu, Anwar, bagi pihak SUARAM telah ke Perancis baru-baru ini semata-mata untuk 'menjemput' seorang peguam bernama William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM yang sedang berhadapan dengan undang-undang Malaysia dalam kes menerima dana asing yang diragui.

William Bourdon adalah juga peguam kepada George Soros pemilik OSI iaitu seorang penyangak matawang berfahaman liberal yang radikal.  Beliau diketahui umum menjadi 'kilang wang' bagi semua operasi pertukaran rejim yang dirancang oleh rangkaian Yahudi.

Tidak seperti Rusia, NED bergerak di Malaysia melalui perkakasnya iaitu SUARAM dan pembangkang.  Oleh itu, yang bakal menerima akibat jika didapati bersalah dalam kes ini ialah SUARAM dan bukannya NED.

Dan malang bagi SUARAM kerana NED telah tersilap dengan memandang rendah akan kekuatan sebuah kebenaran serta kebijaksanaan pemimpin Malaysia.  Akibatnya, SUARAM bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan undang-undang Malaysia, tetapi juga Perancis.

Sumber dalaman memberitahu bahawa Mahkamah Perancis dikatakan bakal mendakwa SUARAM setelah mengambil kira beberapa fakta, antaranya:

1.  SUARAM telah dengan sengaja mewar-warkan apa yang dipanggil mereka 'kertas siasatan' yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144, kononnya diperolehi dari pejabat Pendakwaraya.  Sedangkan, siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia.  Jika benar wujud 'kertas siasatan' tersebut, maka tindakan SUARAM mewar-warkannya adalah salah dari segi undang-undang.

2. Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka SUARAM telah dengan sengaja dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat pendakwaraya Perancis.

3. SUARAM juga telah dengan tidak bertanggungjawab mengada-adakan cerita tentang perbicaraan di Perancis, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

4.  SUARAM bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis, Le Loire, sesuka hati dalam pembohongan mereka.

5. SUARAM mengadakan perbicaraan melalui media dengan mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis.

6. SUARAM menipu menggunakan nama mahkamah Perancis dan membangkitkan persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia.

7. SUARAM dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap polis Perancis dengan menyatakan bahawa Altantuya memasuki negara tersebut yang mana menyanggah kenyataan rasmi polis Perancis yang menafikannya.

Berita ini membawa makna bahawa pembohongan SUARAM hanyalah setakat ini sahaja.  Nampaknya, selepas ini, NED dan OSI perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangkang Malaysia untuk meneruskan agenda mereka di negara ini.

Namun, dengan hubungan pembangkang dengan Yahudi yang begitu jelas, apakah mereka yakin yang rakyat masih akan terpedaya?

isuhot.com

Penularan Liberalisme, Pluralisme Perangkap Halus Pihak Luar Jatuhkan Negara

Posted: 11 Oct 2012 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt. – Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan buku berfahaman liberal secara halus mendedahkan wujudnya penularan fahaman terbabit dalam Pas dan dalam negara ini.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan melihat isu berkaitan aliran fahaman liberalisme tidak boleh dipandang mudah kerana ia adalah antara perangkap pemikiran masyarakat yang digunakan oleh pihak luar bagi menjatuhkan negara.

"Ini bukan hanya berkaitan isu idealogi politik yang berbeza tetapi yang lebih besar lagi melibatkan agama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau melalui fahaman tersebut ia memberikan hak sama rata kepada semua agama sedangkan dari sudut akidah pun sudah salah dan dalam pecahan pluralisme itu sendiri ada multi-lingualisme yang mana amalannya adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara ini.

"Dalam Perlembagaan kita jelas bahawa agama rasmi adalah Islam dan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu sedangkan amalan konsep yang cuba diterapkan oleh fahaman tersebut adalah memberikan hak sama rata kepada semua sama ada percakapan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya," katanya lagi.

Beliau yang melakukan kajian dalam bidang sosio-budaya menekankan bahawa wujudnya agensi luar yang berselindung atas nama-nama tertentu misalnya, keadilan, kebebasan, kesamarataan, hak asasi dan sebagainya bagi mempengaruhi pemikiran masyarakat.

"Idealogi ini jugalah yang sebenarnya telah dibawa oleh anasir luar bagi memerangkap pemikiran negara-negara Islam di Timur Tengah sehingga runtuhnya sebuah kerajaan sebagaimana di Libya, Mesir, Syria dan beberapa negara lain.

"Barangkali kerana 'terikatnya' Pas kepada pakatan pembangkang maka Dr Haron telah mengeluarkan kenyataan atas harapan mahukan Pas menjadi satu parti politik yang tidak terikat."

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar adanya seminar dan perbincangan secara terbuka melibatkan semua pihak sama ada part-parti politik, NGO dan lain-lain lagi untuk mengupas dan menerangkan berkaitan liberaslisme dan pluralisme tersebut. - MediaUMNO

Belanjawan Pakatan Pembangkang Buat Pelabur Luar Hilang Keyakinan Kepada Malaysia

Posted: 11 Oct 2012 04:36 AM PDT

MIRI, 11 Okt  - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata belanjawan bayangan 2013 yang dibentangkan pakatan pembangkang sehingga menambah deficit fiskal dan hutang Malaysia berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) masing-masing kepada 7.2 peratus dan 57.8 peratus boleh memberi impak negative kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika dilaksanakan, ia akan menyebabkan pelabur asing tidak yakin dengan pengurusan ekonomi negara berikutan kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi seterusnya memberi kesan kepada rating ekonomi Malaysia.

“Belanjawan pembangkang mengelirukan dan tidak berasaskan prinsip belanjawan yang baik,” katanya selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tanjung Bungai, Bekenu di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, kekeliruan belanjawan dibentangkan pakatan pembangkang adalah bukti kukuh mereka sentiasa memberi janji yang tidak realistik dan gagal menguruskan ekonomi negara.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dipetik sebagai berkata,dakwaan pembangkang bahawa belanjawan cadangannya akan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus merupakan satu contoh “lemah matematik” yang ketara.

Ahmad Husni berkata belanjawan cadangan pembangkang itu akan memaksa kerajaan menanggung perbelanjaan mengurus sebanyak RM224.3 bilion, jauh lebih tinggi daripada RM185.3 bilion yang didakwa oleh pembangkang.

Beliau berkata belanjawan bayangan itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar prestasi kewangan kerajaan dan juga tidak mengambil kira rancangan-rancangan yang diumumkan oleh pembangkang dalam belanjawan khusus mereka itu.

Belanjawan cadangan pembangkang yang menunjukkan pengurangan emolument penjawat awam sebanyak RM2.6 bilion kepada RM56 bilion juga bererti pengurangan sebanyak 72,000 pekerjaan berdasarkan andaian gaji purata RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun, katanya.

“Antara rancangan-rancangan yang tidak diambil kira dalam membuat perkiraan defisit negara itu ialah cadangan pelarasan gaji minimum, pemberian bonus tahunan bagi warga emas, penghapusan tol, dan hutang yang akan ditanggung oleh  kerajaan berikutan penghapusan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara),” katanya.

Ahmad Husni berkata jika cadangan pelarasan gaji minimum itu dilaksanakan, kerajaan akan memerlukan peruntukan tambahan RM4.4 bilion manakala penghapusan tol akan menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan sebanyak RM6 bilion melalui subsidi yang lebih tinggi.

Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, kekeliruan dalam belanjawan dibentangkan pakatan pembangkang adalah bukti kukuh mereka sanggup menabur janji tidak realistik.

“Mereka sanggup menjanjikan bulan dan bintang,” katanya sambil menambah ekonomi negara boleh menjadi lemah dan tidak berkembang jika ia dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk menambah baik infrastruktur pelancongan di Sibuti sebagai permulaan untuk menjalankan projek menambah baik infrastruktur pelancongannya.

Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg di dalam majlis yang sama mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk menyediakan peruntukan RM8 juta bagi menambah baik infrastruktur pelancongan di Sibuti.

“Dengan lokasi di tepi pantai, potensi pelancongan Sibuti amat besar,’kata Abang Johari.

C.A.T – Cakap Sahaja Apa Pun Tak Ada

Posted: 11 Oct 2012 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Okt – Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang diperkenalkan oleh pentabiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah sekadar slogan untuk mengaburi rakyat yang kononnya mereka lebih baik daripada kerajaan sebelum ini sedangkan perkara sekadar slogan sahaja.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata sejak memerintah Pulau Pinang, tiada perubahan yang dibuat oleh mereka, malah semakin banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

"Apa yang sudah dibuat oleh mereka untuk rakyat, kononnya menjadi pembela rakyat. tetapi apa yang dilakukannya untuk rakyat, yang banyak dibela hanyalah golongan kaya, masyarakat bawahan terus  tertindas dengan pelbagai peraturan sehingga menyukarkan mereka untuk mencari rezeki.

"Kita lihat apa yang berlaku kepada peniaga-peniaga kecil yang berniaga sejak bertahun-tahun tanpa sebarang masalah tetapi sejak DAP perintah Pulau Pinang pelbagai peraturan baru yang dibuat sehingga menyukarkan mereka untuk mencari makan dengan pelbagai alasan yang diberi.

"Malah tindakan yang dibuat itu tidak setara, mereka pilih kasih, ada segelintir yang tindakan dikenakan tindakan walaupun berniaga di kawasan yang berhampiran, mana dia kepimpinan C.A.T,  setahu saya C.A.T itu hanya `cakap apa pun tak ada'," katanya.

Beliau yang juga Adun Bertam ingin tahu berhubung pemberian rasuah terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sehingga kini tiada sebarang jawapan atau pejelasan diberikan oleh mereka yang terbabit terutamanya Guan Eng.

"Mereka kata mereka amalkan C.A.T dalam pentadbirannya, bagaimana membabitkan pendedahan Tunku Aziz berhubung cubaan merasuahnya oleh pegawai Ketua Menteri, jika benar mereka telus sudah pasti mereka menafikankannya dan menyaman Tunku Aziz kerana buat fitnah.

"Guan Eng ini hanya pandai cakap sahaja, bila kena `batang hidung sendiri', mereka diam, kalau tidak bermacam cara mereka lakukan, malah sanggup menyaman mana-mana pihak tetapi kes Tunku Aziz taiada sepatah pun yang kita dengar dari mereka," katanya.

Menurutnya, banyak lagi kepincangan kepimpinan Guan Eng sejak mentadbir Pulau Pinang, bila perkara itu dipersoalkan sama ada di dalam Dewan Undangan Negeri ataupun di luar dewan , mereka hanya menyalahkan kerajaan Persekutuan untuk menutup kelemahan. -MediaUMNO

Desecrating Flag An Attack On Nation’s Sovereignty – Raja Nazrin

Posted: 11 Oct 2012 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 11 – The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah today likened the act of desecrating the national flag, Jalur Gemilang, which is one of the national symbols, as an attack on the nation's sovereignty.

“Whatever our political or ideological differences, our national symbols belong to all citizens. By allowing these symbols to be trashed, we are opening ourselves up to a host of consequences, including the possibility of inflaming passions, inviting tit-for-tat retaliation and so forth.

“Hate and anger are some of the most powerful human emotions. When they take hold of society, they are difficult, and oftentimes impossible, to control.

“Our national symbols should therefore be placed above the political fray,” he said at the launching of the “Brand Transformer” and Malaysia Brand Forum 2012, here, today

Raja Nazrin said thus, the act of desecrating a flag was more than one individual's statement of disrespect and criticism.

“The act is deliberately designed to insult what many others treasure and consider a source of pride and joy. Whatever one may think of the rights of individuals to express themselves, the larger consequences of their actions cannot and should not be ignored,” he said.

Raja Nazrin said some countries had enacted specific laws to protect their national symbols, such as Austria, France, Germany and Switzerland which had imposed specific penalties for the desecration of their national flags.

“Other countries protect their national symbols under existing general laws aimed at ensuring law and order, preventing subversion and hate crimes,” he added.

Raja Nazrin also expressed concern over the tendency of some quarters to discredit and undermine the national symbols that play such an important role in Malaysian national life.

“I am also concerned about the extent to which some are pushing against the institutional pillars that are holding up this nation.”

He said there were at least two reasons why this might be the case. One is a fundamental misunderstanding of how individual rights and freedoms are to be exercised within the context of a nation.

The other is the impact of generational change in eroding the significance, meanings and value of nation building and its symbols.

Raja Nazrin said human beings had always craved for freedom, however, “if boundaries are disregarded in the exercise of individual freedoms, we will end up weakening rather than strengthening the bonds that bind us as a nation. We need to instil in our young a sense of responsibility and community”.

As with generational change, he said: “With each passing generation, people become less familiar with the circumstances around which this country was formed and built. That is why I cannot over-emphasise enough the need for both well-thought and well-taught history in our schools.

“In this way, our students can better appreciate and respect the national institutions and symbols around us. This appreciation and respect are clearly missing when national symbols are deliberately desecrated.”

Raja Nazrin said as a mutlicultural and multireligious country, Malaysia’s national symbols such the Jalur Gemilang, National Coat of Arms or Jata Negara, the royal institution, the Yang di-Pertuan Agong and the nine Malay Rulers, were important as more than just cultural artefacts and reminders of historical traditions.

“The national symbols we have constructed with such care and invested with such great social meaning play a much larger and critical function to this nation.

“That function is to serve as an anchor for us to hold on to, and a guidepost to give us direction, whenever we face challenges and crises as a nation.

“They therefore do not just belong to the past but are relevant – even essential – to our nation's present and future. They are, if you like, the Template of the Nation,” he said.

Raja Nazrin also said that good nation-building was all about political, economic and social inclusiveness, and the national symbols that had been devised were specifically designed to promote this inclusiveness.

“They must therefore be cherished, respected and protected, as their aim is to unify rather than keep apart, to integrate rather than to segregate,” he added.

Wakil Rakyat BN Sedia Turun Padang Dedah Kelemahan Belanjawan Pembangkang

Posted: 11 Oct 2012 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini berkata mereka akan turun padang untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai apa yang disifatkan sebagai penipuan yang terkandung dalam belanjawan alternatif pihak pembangkang.

Dalam satu sidang media khas di Parlimen, wakil rakyat itu berkata mereka berasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa janji-janji pembangkang dalam belanjawan itu tidak langsung membela rakyat.

“Banyak perkiraan yang begitu mudah pun mereka (pembangkang) boleh salah. Janji mereka langsung tidak disertakan dengan sumber kewangan,” kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan meminta kerajaan supaya tidak menunggu lebih lama untuk tampil menjelaskan kepada rakyat kelebihan Belanjawan 2013 yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini berbanding belanjawan pembangkang itu.

Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan berkata belanjawan pakatan pembangkang adalah tidak bertanggungjawab dan, berbeza dengan kerajaan, ia tidak memberi alternatif berhubung isu hutang negara.

“Kerajaan ketika ini telah pun mempunyai pelan untuk menghadapi hutang, tetapi tidak bagi mereka. Saya sendiri didatangi pihak industri kecil sederhana yang merayu supaya pembohongan pembangkang dihentikan kerana boleh menyebabkan industri mereka lingkup.

“Keyakinan pelabur boleh jatuh dengan belanjawan mereka ini yang kononnya mampu tampung hutang negara walhal (ia) tidak mampu berbuat demikian,” katanya.

Anggota Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata penjelasan perlu dibuat bagi menunjukkan kepada rakyat kaedah yang digunakan BN dalam mengurus tadbir ekonomi negara selain membuat perbandingan dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

“Kita mahu rakyat tidak terus ditipu, mereka harus tahu realiti sebenar dan menilai sendiri sama ada belanjawan pembangkang menguntungkan atau melingkupkan negara,” katanya.

Bagi Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Muttalib, belanjawan yang diketengahkan kerajaan BN adalah rasional dan mengikut kemampuan sebenar kerajaan.

140 Pendduk DUN Senallang Di Semporna Terima Geran Tanah

Posted: 11 Oct 2012 02:38 AM PDT

SEMPORNA, 11 Okt – Sebanyak 140 pemohon tanah atau waris mereka dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang menerima geran tanah masing-masing hari ini, selepas permohonan mereka diluluskan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Penyampaian dilakukan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran pada satu majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Osman Jamal di sini.

“Tanah-tanah ini memang sudah lama mereka usahakan namun disebabkan banyak perkara yang perlu diteliti dan diperhalus oleh Jabatan Tanah dan Ukur maka geran dapat diserah hari ini,” kata Nasir kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Katanya kira-kira 60 pemohon lagi akan menerima geran masing-masing dalam masa terdekat.

Setakat ini terdapat lebih 4,000 permohonan bagi daerah Semporna, namun tidak bermakna semua permohonan akan berjaya kerana sesetengah kawasan yang dipohon termasuk dalam kawasan hutan simpan atau tanah kerajaan, katanya.

Nasir yang juga Anggota DUN  Senallang, berkata pemberian geran tanah  itu adalah bukti kerajaan yang diteraju Barisan Nasional (BN) benar-benar berusaha membantu menyelesaikan  masalah rakyat.

Menurut beliau pemberian geran tanah berkenaan juga membuktikan setiap janji yang diberi oleh  kerajaan dan pemimpin BN akan ditunaikan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Nasir menasihatkan penerima geran tanah berkenaan supaya menjaga, mengusaha dan memajukan tanah masing-masing sebaik mungkin agar dapat diwariskan kepada anak cucu selain memastikan tanah itu tidak jatuh ke  tangan orang lain.

Seorang penerima, Amir Salleh,59, dari Kampung Tonggulangan, berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana permohonan memiliki tanah tanah seluas 4.45 hektar yang diusahakannya sejak tahun 1975 diluluskan.

Bapa kepada lapan anak itu berkata beliau mengemukakan permohonan pada 1979 dan kini tanah itu ditanam dengan kelapa sawit yang memberi hasil sehingga 10 tan kelapa sawit sebulan dan menjana pulangan bersih antara RM4,000 dan RM5,000.

Fatimah Hj Samah,53, dari Kampung Bubul yang mewakili ayahnya Haji Sama Bulatok, pula berkata mereka meneroka tanah seluas enam hektar pada 1974 dan mengemukakan permohonan geran pada 1980-an.

Katanya beliau amat berterima kasih dengan kerajaan atas kelulusan geran tanah berkenaan dan akan berusaha  menjaga dan membangunkan tanah berkenaan sebaik mungkin.

Dosa Khalid Ibrahim Sebagai Anak Selangor – Halang Pembinaan UiTM Di Serendah

Posted: 11 Oct 2012 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anak Selangor yang sangat berdosa dan tidak boleh diampunkan apabila beliau dan kerajaan negeri Selangor menghalang dan menolak pembinaan UiTM di Serendah, Hulu Selangor.

"Kita semua tahu, UiTM ini untuk siapa? Kita nak masukkan 200,000 pelajar, itu merupakan satu usul yang dibuat oleh UMNO empat tahun lepas seperti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Razak yang mahu memberikan peluang kepada 200,000 anak-anak kita belajar di UiTM.

“Sebab itu UiTM begitu banyak dibuat di setiap negeri. Negeri Selangor, sebuah negeri maju, belum ada lagi cawangan UiTM, yang ada di Shah Alam dan di Puncak Alam, itu kampus induk. Sebab tu kita belanjakan RM400 juta, buat UiTM di Serendah, di tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kalau nak harap tanah kerajaan negeri, jangan harap dapat," ujarnya kepada jentera BN Bahagian Ampang pada Majlis Forum Isu Air di Ampang, di sini malam tadi.

Tambahnya, usaha kerajaan untuk membina UiTM di tanah YBK pun dihalang, ditolak dan akhirnya Datuk Ali Rustam yang untung kerana projek UiTM itu terpaksa dipindahkan ke Jasin, Melaka.

"Tambah satu lagi UiTM di Melaka. Siapa yang rugi? Orang Selangor yang rugi, anak-anak kita yang rugi. Jika dibuat di sini, ia akan memberi peluang untuk anak-anak kita masuk di UiTM.

“Nak tolak takpelah, tapi janganlah jadi penyamun. Dah tolak macam samseng, jadi penyamun pula, dia rampas tanah YBK walaupun YBK nak bayar premium tanah, dia tolak.

“Tapi Alhamdulillah, berkat doa orang-orang miskin di Selangor, baru-baruini mahkamah beritahu rompakan tanah, rampasan tanah YBK oleh kerajaan negeri tidak mengikut undang-undang dan kerajaan negeri kena pulangkan tanah tersebut kepada YBK," tambahnya. -MediaUMNO

PAKIM Desak Polis Ambil Tindakan Terhadap Ngeh Koo Ham

Posted: 11 Oct 2012 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia (Pakim DiRaja) Serampang Tiga hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP negeri Perak, Ngeh Koo Ham selain mengecam kenyataan dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem “Innocence Of Muslims”.

Ahli Majlis bahagian Serampang Tiga (PAKIM) Wilayah Persekutuan, Datuk Daniel Lee Kong Sing yang telah membuat laporan polis tersebut, mendesak pihak berkuasa khususnya pihak Polis untuk mengambil tindakan segera terhadap Ngeh Koo Ham memandangkan tindakan beliau dan kenyataannya dalam twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem “Innocence Of Muslims”, mengancam dan boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan agama di dalam negara kita.

"Kami berharap polis mengambil tindakan yang sewajarnya kerana ahli politik dari DAP, beliau harus faham bahawa komen-komennya tersebut boleh menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia.Beliau seperti tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam sedangkan beliau merupakan ahli politik yang dianggap senior di negara ini, apatah lagi DAP mempunyai pakatan dengan parti Pas.

“Ngeh pastinya sudah dapat membaca reaksi umat Islam yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan kesucian agama Islam dan dalam konteks di negara ini ianya diterjemahkan melalui demontrasi dan ia juga diadakan di kebanyakan negara Islam yang lain," ujarnya kepada pihak media selepas membuat Laporan Polis Di Balai Polis Jinjang sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Ahli Majlis PAKIM DiRaja Negeri Melaka, YB Senator Datuk Haji Saat Hj Abu berkata, soal agama Islam tidak boleh dikompromi dan tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan politik.

“Dalam negara kita ini, kita membina negara berasaskan kepada perpaduan kaum. Kita minta ahli-ahli politik dalam negara kita, bukan sahaja dalam pihak kerajaan malah dari pihak pembangkang, bertanggungjawab bersama-sama menjaga keharmonian yang telah kita bentuk selama 55 tahun.

“Isu yang paling penting sekarang ialah sensitiviti agama, kita minta ahli-ahli politik jangan mainkan isu agama yang menjadi asas perpaduan dalam negara kita. Jika ada pihak yang cuba bermain api memainkan isu agama ini, kita melihat ini satu titik tolak yang boleh menghancurkan negara jika ianya tidak dibendung dari terus berlaku," ujarnya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...