BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! PAS PATUT BUANG ULAMA YANG CALONKAN PADERI DI SABAH !!!

Posted: 11 Oct 2012 08:30 AM PDT


Tidak perlu bagi seseorang itu untuk menjadi pakar atau pemerhati politik untuk mengagak kesudahan gabungan PAS-DAP/PKR.Cukup bagi seorang biasa yang rasional untuk mengetahui dengan lebih awal bahawa gabungan tersebut bakal membawa kecelaruan di dalam masyarakat Islam,walaupun tidak kemusnahan secara rasmi.Sebagai parti yang kononnya lahir kerana Allah SWT dan berpaksikan agama Islam,keputusan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR samalah ertinya dengan membuat perjanjian dengan syaitan.Mungkin ini berlaku kerana 'masinnya mulut Tok Guru Nik Aziz' yang pernah membuat kenyataan sanggup bekerjasama dengan syaitan sekali pun,demi untuk menjatuhkan UMNO.PAS suatu ketika dahulu menampilkan imej ekstrem,mengambil sikap memusuhi bukan Islam termasuk orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka, atas alasan jahil dan kafir.Kata PAS ketika itu, hanya Ulama yang layak memerintah dan memimpin umat dan masyarakat. Jika BN meletakkan calon Cina dari MCA atau India dari MIC bertanding PRU dalam sesuatu kawasan,PAS akan bermati-matian berkempen mengingatkan orang Islam tentang dosa mengundi bukan Islam.Tetapi,itu cerita lama.PAS kini adalah PAS baru yang lebih terbuka untuk disesuaikan dengan arus politik semasa. 

Segala pendirian yang ektremis kini tidak lagi relevan,malah Negara Islam dan hudud juga sudah menjadi perkara subjektif.PAS kini tidak lagi memusuhi bukan Islam tetapi berpelukan hangat dengan Lim Kit Siang. Pemimpin tidak semestinya di kalangan Ulama tetapi PAS bersedia menjulang peliwat dan penzina yang berfahaman liberal sebagai Perdana Menteri.Haram halal sesuatu sumber hanyalah tertakluk kepada UMNO, manakala bagi PAS, adalah 'sunat' untuk mengaut keuntungan politik dari dana Yahudi dan Soros yang disalurkan kepada SUARAM, BERSIH dan lain-lain lagi.Pendekatan PAS juga dilihat jauh lebih 'mesra' maksiat dari UMNO jika dilihat dari jumlah pusat hiburan yang tumbuh sejurus selepas PR mengambil-alih Selangor. PAS telah mengtidak-apakan penggunaan nama Allah SWT dalam kitab-kitab agama lain serta menyokong pengedaran injil berbahasa Melayu sekali gus membantu penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam. Tahniah diucapkan kepada PAS kerana berjaya membuktikan bahawa parti itu adalah jauh lebih terbuka dari UMNO sendiri. Kini, PAS tidak lagi meletakkan Islam sebagai hak ekslusif parti, tetapi menerima bukan Islam ke dalam parti dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dan kemuncak keterbukaan PAS ini boleh dilihat melalui kesanggupan parti itu meletakkan Padri Kristian sebagai calon PRU ke-13 nanti. Keterbukaan yang ditunjukkan PAS ini adalah konsisten dengan sikap parti itu yang begitu berat untuk bekerjasama dengan JAIS dalam membendung kegiatan memurtadkan umat Islam oleh puak-puak Kristian. Antara Padri Kristian yang dikenalpasti akan menjadi calon PAS melalui DHPP ialah Pastor Otou @ Francis Singoron.

Beliau diletakkan sebagai calon di DUN Pitas,Sabah di mana 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan,Dusun dan Murut beragama Kristian.Gerak kerja kempen atau lebih tepat, dakwah,Pastor Francis banyak dibantu oleh dua rakan pendakwah Kristiannya iaitu Ondon Mangajil dan Rakilin Mahuda @ Melvin.Tidak mustahil jika Pastor Francis menang,maka pecahan penduduk DUN Pitas dari segi agama akan memperlihatkan peningkatan dalam peratusan penduduk beragama Kristian,sekali gus pengurangan dalam peratusan penduduk beragama Islam.Begitulah 'terbukanya' PAS hari ini sehingga sanggup mengenepikan Ulama,menjunjung artis,mengangkat Syiah,golongan 'professional',peliwat,penzina berfahaman liberal,hatta Paderi Kristian juga,sebagai pemimpin masyarakat,parti mahupun negara.Walau apapun,tidak perlulah untuk kita merasa terkejut dengan perkembangan terbaru di dalam PAS ini kerana apalah pengakhiran boleh diharapkan dari sebuah perjanjian dengan syaitan ??? Ke mana lagi sang syaitan boleh membawa manusia,melainkan ke neraka…

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! PAS AKAN MEMECAT DR. SHAHNON AHMAD DN HARON DIN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Oct 2012 05:00 AM PDT


Laman Suara PR mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam.Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen,Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS.Selain Shahnon,Dato' Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.Kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti PKR,DAP dan PAS yang membawa imej parti berbilang kaum dan kepercayaan. Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS.Bagaimanapun,mereka agak 'segan' untuk menyanggahnya secara terang-terangan,bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan. 

Dari kacamata politik PR,apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi nyata.Kedua-dua mereka nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala tuju PAS juga.Oleh itu,tindakan mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat PR itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah.Ini bermakna,PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini. Justeru tindakan Haron Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah PR,sekali gus PAS itu sendiri. Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.Kewujudan individu seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut. 

Apatah lagi dengan keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.Sehingga kini,kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri.Mungkin pening memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan Anwar atau menjejaskan PR.PAS cukup maklum bahawa Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu.Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS. Sedangkan bala yang bernama Datuk Dr. Hasan Ali juga,PAS masih terkial-kial untuk menepis.Memandangkan PRU hampir tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.Justeru,Haron Din dan Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan perjuangan. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan,kecualilah jika diri mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan tidak bernyawa. 

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PERJANJIAN DAMAI MILF-FILIPINA !!! MEMBUKTIKAN KEHEBATAN MALAYSIA !!!

Posted: 11 Oct 2012 01:30 AM PDT



Dengan pengumuman perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),maka penduduk Bangsamoro akhirnya mampu mengimpikan melihat cahaya di hujung terowong.Pengumuman berhubung rangka perjanjian itu dibuat berikutan rundingan peringkat awal antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang diadakan di ibu negara Malaysia pada 2 hingga 7 Okt.Sebanyak 32 rundingan telah diadakan sebelum kedua-dua pihak dapat mencapai situasi menang-menang bagi menamatkan 40 tahun penderitaan yang membawa kepada lebih 120,000 kematian.Melalui perjanjian ini,sebuah entiti politik akan ditubuhkan di barat daya Filipina di mana majoriti penduduknya adalah Islam.Melalui entiti ini, mereka yang selama ini memegang senjata diharap akan dapat menumpukan tenaga mereka untuk mengusahakan tanah,menjual hasil tanaman,mengendalikan berbagai jenis pekerjaan dan membuka peluang kepada semua golongan untuk hidup bersama.Secara tidak langsung ini akan membantu entiti terbabit menjana pendapatan dan cukai levi bagi pentadbiran. 

Selain itu, sistem mahkamah sivil akan dipertingkatkan dan sistem mahkamah syariah untuk umat Islam akan diperkembangkan. Di masa yang sama, kerajaan Filipina mempunyai kuasa ke atas hal ehwal pertahanan,keselamatan, polisi asing, polisi kewangan, kewarganegaraan dan sistem pos. Walaupun Malaysia adalah negara asing yang tidak terlibat dengan krisis di Filipina, namun tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia berkongsi kemenangan yang dicapai oleh kedua-dua pihak dalam rundingan ini dan tidak salah juga jika digelar Datuk Seri Najib sebagai arkitek Perjanjian Damai MILF-Filipina berdasarkan komitmen beliau dalam usaha ini yang bermula sejak 2001 melalui penubuhan Pasukan Pemantau Antarabangsa.Pada tahun 2004,Datuk Seri Najib sendiri menjadi peneraju kepada Pasukan Pemantau Antarabangsa dalam isu MILF ini dan apabila menjawat jawatan Perdana Menteri,beliau secara peribadi memastikan Jabatan Perdana Menteri meningkatkan usaha ini agar matlamat kedamaian dapat dicapai seberapa segera sehingga akhirnya membawa kepada perjanjian ini. 

Justeru, tidak hairanlah kenapa Datuk Seri Najib begitu teruja untuk turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersejarah ini. Dari sudut yang lebih luas, perjanjian ini dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia dalam memperjuangkan keamanan dunia.Malaysia telah menempa nama sebagai agen keamanan yang dedikasi dan komited di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan telah berkhidmat dengan cermerlang dari Somalia hingga ke Balkan.Malah,sumbangan Malaysia kadangkala lebih daripada luar jangkaan, contohnya, di Afghanistan,di mana Malaysia memainkan peranan dalam pemulihan semula sebuah negara dengan menghantar pegawai perubatan wanita Islam yang amat diperlukan.Di selatan Thailand pula Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk membantu pembangunan sosioekonomi di empat wilayah yang majoritinya penduduk adalah orang Islam. Dalam usaha memerangi keganasan global pula, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan proaktif dalam memastikan Malaysia tidak menjadi sama ada sebagai tempat tumpuan dan begitu juga sebagai sebuah pusat transit untuk operasi pengganas. Dengan sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia serta pengalaman Datuk Seri Najib dalam menangani isu-isu keamanan,kita yakin yang nama Malaysia akan terus mengharum sebagai negara yang mempromosi keamanan melalui tindakan dan bukan retorik atau sekadar ucapan.Semoga Malaysia di bawah teraju Datuk Seri Najib dapat terus mempertingkatkan usaha yang dimulakan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam menjadikan Malaysia sebagai teladan dalam isu-isu keamanan sekali gus membawa kemakmuran di rantau ini. 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SUARAM BAKAL DIDAKWA DI PERANCIS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Oct 2012 10:00 PM PDT


SUARAM telah pun mengaku bahawa mereka menerima dana dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) iaitu NGO asing yang mana misi utama mereka adalah melakukan 'pertukaran rejim' di negara-negara yang mempunyai nilai ekonomi dan sosial bagi mencapai matlamat Yahudi untuk menguasai dunia.Kebimbangan mengenai usaha Yahudi untuk menguasai dunia bukanlah satu paranoia umat Islam,tetapi ianya telah disebut dengan tegas di dalam Al-Quran.Peringatan Allah SWT kepada kita ialah agar bersikap hati-hati kepada bangsa Yahudi kerana mereka tidak akan rela kepada kaum muslim sampai kaum muslim tunduk serta mengikuti kemahuan dan keinginan mereka.Hari ini,bukan sahaja umat Islam tetapi ramai di kalangan barat sendiri meragui kaum Yahudi, lalu mengkaji dan mendedahkan niat dan strategi Yahudi untuk menakluk dunia melalui berbagai-bagai NGO yang menggunakan berbagai nama yang kononnya membawa niat murni seperti memperjuangkan hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya. 

Bertitik tolak dari itu,pada 1 Oktober lepas,Rusia telah bertindak tegas dengan mengambil tindakan menutup pejabat NED di negara itu setelah menyedari NGO dari Amerika tersebut mempunyai agenda jahat dan terlibat dalam pengubahan wang haram yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Selain NED, semua rangkaiannya seperti International Republican Institute (IRI),the National Democratic Institute (NDI),the Center for International Private Enterprise (CIPE) and the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) juga turut ditutup. Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bukan hanya negara-negara Islam seperti Tunisia,Libya, Mesir atau Syria yang disasarkan oleh Yahudi,tetapi juga negara bukan Islam. Dan tentu sekali, Malaysia, sebagai satu-satunya negara Islam yang maju dan aman tidak mungkin terlepas dari menjadi sasaran mereka. Hari ini, hubungan langsung NED dan juga OSI dengan SUARAM dan pembangkang Malaysia bukan lagi rahsia. 

 Ini terbukti apabila Ketua Pembangkang sendiri,iaitu Anwar Ibrahim tidak segan silu dan langsung tidak bersembunyi atau berahsia mengenai hubungan baiknya dengan pihak ini. Untuk itu, Anwar, bagi pihak SUARAM telah ke Perancis baru-baru ini semata-mata untuk 'menjemput' seorang peguam bernama William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM yang sedang berhadapan dengan undang-undang Malaysia dalam kes menerima dana asing yang diragui. William Bourdon adalah juga peguam kepada George Soros pemilik OSI iaitu seorang penyangak matawang berfahaman liberal yang radikal. Beliau diketahui umum menjadi 'kilang wang' bagi semua operasi pertukaran rejim yang dirancang oleh rangkaian Yahudi.Tidak seperti Rusia,NED bergerak di Malaysia melalui perkakasnya iaitu SUARAM dan pembangkang.Oleh itu,yang bakal menerima akibat jika didapati bersalah dalam kes ini ialah SUARAM dan bukannya NED Dan malang bagi SUARAM kerana NED telah tersilap dengan memandang rendah akan kekuatan sebuah kebenaran serta kebijaksanaan pemimpin Malaysia. Akibatnya, SUARAM bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan undang-undang Malaysia, tetapi juga Perancis. Sumber dalaman memberitahu bahawa Mahkamah Perancis dikatakan bakal mendakwa SUARAM setelah mengambil kira beberapa fakta,antaranya : 

1. SUARAM telah dengan sengaja mewar-warkan apa yang dipanggil mereka 'kertas siasatan' yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144,kononnya diperolehi dari pejabat Pendakwaraya.Sedangkan,siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia. Jika benar wujud 'kertas siasatan' tersebut,maka tindakan SUARAM mewar-warkannya adalah salah dari segi undang-undang.
2. Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka SUARAM telah dengan sengaja dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat pendakwaraya Perancis. 

3. SUARAM juga telah dengan tidak bertanggungjawab mengada-adakan cerita tentang perbicaraan di Perancis,sedangkan ia tidak benar sama sekali. 

4. SUARAM bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis,Le Loire,sesuka hati dalam pembohongan mereka. 

 5. SUARAM mengadakan perbicaraan melalui media dengan mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis. 

6. SUARAM menipu menggunakan nama mahkamah Perancis dan membangkitkan persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia. 

 7. SUARAM dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap polis Perancis dengan menyatakan bahawa Altantuya memasuki negara tersebut yang mana menyanggah kenyataan rasmi polis Perancis yang menafikannya. 

Berita ini membawa makna bahawa pembohongan SUARAM hanyalah setakat ini sahaja. Nampaknya, selepas ini,NED dan OSI perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangkang Malaysia untuk meneruskan agenda mereka di negara ini.Namun,dengan hubungan pembangkang dengan Yahudi yang begitu jelas,apakah mereka yakin yang rakyat masih akan terpedaya ??? 

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! DAP PARTI MAFIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Oct 2012 07:00 PM PDT


Kenyataan terbuka bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra,R. Vellasamy Rasu yang melabelkan DAP sebagai sebuah parti mafia merupakan satu dakwaan yang agak serius dan tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan begitu sahaja.Menurut Vellasamy,DAP sebenarnya bukanlah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sebaliknya lebih kepada parti mafia yang didokong kuat oleh kumpulan gengster yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin tertentu.Jelasnya lagi ahli-ahli bawahan seperti sengaja ditakut-takutkan dengan kehadiran sekumpulan gengster dalam mesyuarat parti dengan demikian setiap keputusan atau tindak tanduk pemimpin atasan akan dituruti tanpa dikritik atau dipersoalkan oleh ahli bawahan.Dakwaan tersebut bagaimanapun sehingga kini belum mendapat ulasan balas atau penafian dari pihak DAP.



Namun jika dikaji dan diimbas semula beberapa peristiwa dan kontroversi sebelum ini,tidak dapat tidak sedikit sebanyak kesahihan dakwaan itu kelihatan ada benarnya.Antaranya ialah isu sensasi melibatkan kematian Teoh Beng Hock (TBH) akibat terjatuh dari bangunan SPRM tidak berapa lama dulu,yang kiranya diteliti dan dikaji besar kemungkinan membabitkan elemen gengsterisme yang didakwa telah menguasai DAP.TBH yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada seorang pemimpin kanan DAP Selangor sebagaimana kita ketahui merupakan saksi penting dalam membantu siasatan SPRM berhubung salah guna kuasa dan rasuah yang dilaporkan membabitkan penyelewengan tender kerajaan negeri untuk kontraktor Bumiputera.Pastinya wujud ketakutan dan kerisauan dalam diri TBH terhadap kemungkinan tindakbalas gengster yang mempunyai kaitan rapat dengan DAP berikutan langkahnya membocorkan maklumat penting penyelewengan yang berlaku kepada SPRM semasa sesi siasatan dijalankan. Berikutan kematian mengejut TBH selaku saksi penting kes tersebut,kesannya menyebabkan siasatan SPRM terpaksa dihentikan dan kes itu gagal diselesaikan, jelas sekali senario itu amat menguntungkan DAP di masa yang sama menyelamatkan imej pemimpinnya dari dikaitkan dengan kes rasuah. 

Amat tidak logik untuk kita menerima dakwaan karut dan propaganda murahan pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP kononnya kematian TBH disebabkan oleh anggota SPRM.Tidak begitu wahai pembaca Badut Rakyat ??? Dalam isu lain yang mirip dengan unsur gensterisme,tidak berapa lama dulu juga bekas orang kepercayaan Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan serba sedikit kes kematian rakannya,Datuk Patrick Wong yang disyaki mempunyai kaitan rapat dengan skandal perlombongan pasir di Selangor.Selain itu,kita juga sedia maklum kegiatan gengsterisme juga mempunyai hubungan langsung dalam menjaga dan memberi perlindungan untuk pusat maksiat seperti rumah urut, pusat pelacuran,kelab malam dan tempat perjudian tanpa lesen.Seringkali kumpulan gengster atau kongsi gelap tertentu merupakan pihak yang mengaut keuntungan berlipat ganda hasil memberi perlindungan kepada pusat-pusat maksiat, manakala hasil keuntungan pusat maksiat sedemikian acapkali menjadi sumber kewangan bagi menampung keperluan sesebuah organisasi atau pertubuhan politik. 

sejak pasca PRU 2008,negeri Selangor,Kedah dan Pulau Pinang yang jatuh kepada pakatan pembangkang yang dikenali sebagai PR,kita dapat lihat wujudnya pertambahan mendadak banyak rumah urut, pub dan pusat judi tanpa lesen di negeri terbabit.Jumlah pusat perlacuran juga meningkat berlipat ganda bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Malah sejak PR berjaya mengumpul kekuatan politiknya hasil tsunami politik 2008, lagak dan pembawaan pemimpin mereka khususnya dari DAP dan PKR amat jelas begitu kuat membela penjenayah.Mereka juga agak aktif menekan,menyerang dan mempertikaikan urusan dan tugasan pihak polis.Impak dari serangan mereka yang bertali arus itu,akibatnya imej pihak polis tercalar dan masyarakat seperti semakin hilang hormat pada pihak keselamatan.Akibatnya dalam tempoh yang sama juga kegiatan jenayah meningkat berkali ganda dan penjenayah semakin berani melakukan kegiatan mereka disebabkan yakin setiap tindak tanduk mereka apastinya mendapat pembelaan dari kalangan pemimpin pembangkang. Jika dilihat pada semua peristiwa dan kontroversi di atas,jelas ada kebenaran dan kesahihan disebalik dakwaan bekas pemimpin DAP R. Vellasamy bersabit kegiatan gengsterisme yang kini telah menguasai DAP sekaligus melayakkannya merangkul gelaran sebagai parti mafia.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BUKTI PAS ANJING DAP TERSEBAR !!!

Posted: 10 Oct 2012 03:54 PM PDT


Acapkali apabila khalayak umum memanggil PAS sebagai anjing DAP,sepantas kilat para pemimpin PAS mencipta seribu satu alasan dan hujah itu ini termasuklah memanipulasi ayat suci Al-Quran serta sejarah Nabi Muhammad s.a.w bagi menafikan dakwaan itu. Kalangan pemimpin PAS juga akan berusaha mencipta gambaran baik kepada penyokong dan khalayak kononnya hasil hubungan terlarang PAS dengan parti racist Cina itu,telah berjaya merubah watak ekstrim dan sikap keras DAP terhadap Islam dan umatnya. Realiti sebenar tidakpun seperti yang cuba dipotretkan oleh pemimpin PAS. Bak kata pepatah, jauh langit dari bumi.Hakikatnya,sebagaimana resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya, begitulah senario sebenar bila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut. Malah Sasterawan Negara,Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen PAS Sik,Kedah juga telah mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui PAS tika ini. Katanya PAS telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP. 

Menurut Shahnon,"apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam".Kenyataan ahli seumur hidup PAS memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status PAS semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.Lagipun sejak PAS bersekongkol dengan parti juara kroni dan nepotisme itu,sudah acapkali PAS membuktikan dirinya adalah sebijik sama seperti anjing kepada DAP.Buktinya,bukankah sehingga kini PAS sudah terasa malu alah dan segan-segan untuk mendirikan negara Islam ???  Bukan itu sahaja,para pemimpin PAS juga terpaksa mengalah bila pemimpin Cina DAP dan PKR telah berjaya menekan dan memaksa PAS menerima tuntutan mereka yang mahu menggunakan kalimah Allah S.W.T bagi pihak gereja Kristian. 

PAS juga semacam hilang jantannya bila mana dengan rela hati menurut sahaja perintah DAP yang mengarahkan botol arak yang dirampas dari Kedai Serbaneka 7 Eleven Seksyen 8,Shah Alam dipulangkan kembali sekalipun sudah termaktub jelas peraturan penjualan arak yang melarang minuman keras dipamer atau dijual dalam kawasan penduduk majoriti Melayu Islam. Begitu juga semasa heboh isu rumah sembelih babi di Kedah,disebabkan takutnya PAS terhadap kekuatan DAP sama seperti takutnya seekor anjing pada tuannya, maka arahan penutupan rumah sembelihan babi itu ditarik balik oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.Demikian jua bila kita mengimbas kembali isu kouta rumah 50% untuk orang Melayu di Kedah,akhirnya dibatalkan gara-gara ancaman DAP yang mahu menarik diri dari PR sekiranya PAS meneruskan hasrat menetapkan kuota 50% kediaman khas untuk Melayu Islam.Paling tidak dapat dilupakan,tatkala menyaksikan pemimpin PAS semacam anjing kelaparan sebulan tidak menjilat tulang,mana tidaknya,bila mana isu hudud menjadi polemik umum,PAS akan segera memberi reaksi tunduk patuh pada bantahan DAP.Berdasarkan imbasan beberapa fakta-fakta kes di atas, ternampak jelas dan terbukti sudah,selayaknya PAS telah memenuhi tabie seekor anjing peliharaan kalau tidakpun setaraf dengan dengan anjing kurap yang setia dan taat pada tuannya yakni DAP.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...