Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Mee Kaki Katak dan Mee Ulat Hidup, Sapa Nak Makan Oii!!

Posted: 11 Oct 2012 08:16 AM PDT



Tak payah la kita nak terhegeh-hegeh lagi nak pi makan kat Old Town ni. Banyak lagi kedai kopi melayu lain yang boleh kita makan. Tapi kalau rasa nak makan kaki katak dengan ulat hidup tu, boleh la pi Old Town. he he..

Buruk dan busuknya makanan yang dihidang, sama dengan perut tuan punya kedai tu sekali. Cari makan di Malaysia negara Islam, tapi dia sendiri anti Islam. Orang macam ni kita nak bagi dia hidup senang ke?

Tak payah la kita support orang macam ni lagi. Pi saja makan kat kedai lain. Kebersihan pun teruk, halalnya pun ragu-ragu. Bila dah ragu-ragu, tu dah jatuh haram. Soo umat Islam tak boleh makan kat Old Town ni.

Gunakan kuasa penguna Islam untuk ajar orang kurang ajar macam ni!!

PANASS!! M. Nasir Ialah Ahli PKR? Gubah Lagu Khas Untuk PKR?

Posted: 11 Oct 2012 05:38 AM PDT


Sekian lama kita tidak mendengar kisah selebriti menyertai parti politik. Terbaru ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini dikatakan semakin aktif dalam aktiviti berpolitik bersama-sama barisan parti pembangkang.

Tak percaya blogger Kamera Kupang ada membongkarkan you tube M. Nasir yang direka khas untuk puak PKR.

Tambahan pula Azmin Ali telah memuat naik sebuah video lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan sendiri oleh M. Nasir.



Walaupun tidak dinyatakan pada penerangan video, namun ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir serta lagu tersebut dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan kepada pencipta bagi lagu Awan Nano.

Kita sendiri tidak mengetahui tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung bersama Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini hanya sekadar projek seni beliau yang lainnya.

Minta M. Nasir tampil untuk berikan penjelasan. Sebelum perkara ini menjadi semakin parah!! 


McTheory:
Dah cari makan kat sini, lagi tak reti nak berterima kasih ke?

TUDIAA!! Ustaz Azizan Masuk Hospital Lagi? #TukarKedah

Posted: 11 Oct 2012 02:15 AM PDT


Azizan yang dikhabarkan masih mengalami masalah kesihatan ternyata tidak dapat menumpukan kepada perhatian kepada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri. Dalam minggu ini Azizan berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Jalan Langgar, Alor Setar.

Kelihatan kereta Azizan (KBV 8) dan beberapa pegawai kanan azizan berada di hospital tersebut semalam.

Azizan diberitakan, melakukan pembedahan terhadap masalah matanya. Sesiapa yang berkelapangan datanglah melawat Azizan di HSB di wad 6 C. Untuk mengetahui keadaan Azizan di KMC boleh klik Baca seterusnya.

Setahu Mc, Azizan memang tiap minggu ke KMC untuk rawatan susulan. Kesihatan MB Kedah memang tak berapa baik, namun Mc menyokong Azizan terus memegang takhta MB Kedah, selagi Pas memerintah, kerana jika bagi kat Phahrol atau konco-konconya, Mc percaya Kedah bertambah rosak!!

Baru jadi exco pun, dah banyak kacau bilau yang dia buat. Bila jadi MB nanti, rasanya Kedah pun dia jual kot.


McTheory:
Phahrol tu nak pangkat sebab nak menyamun saja..

TUDIAA!! Untuk Jadi Menteri Mahfuz Omar Sanggup Ambil PMR Semula??

Posted: 10 Oct 2012 11:16 PM PDT


Mahfuz Omar menduduki peperiksaan PMR? betui ka ni? Dengar cerita, Mahfuz dulu frust, sebab masa dia ambil peperiksaan SRP dulu, dia gagal, tiga kali dia cuba, tapi gagal juga. Sebab tu kali ni beliau bertekad nak cuba PMR pulak. he he.. mana tau ada rezeki dia lulus pulak. Biasalah orang nak jadi Menteri, mestilah kena ada sijil akademik yang elok sikit. Tak dapat SPM, PMR pun jadilah.. he he..

Kalau nak tau cerita sebenarnya, boleh klik kat SINI


McTheory:
ha ha ha.. jangan marah Mat Put.. kami buat lawak saja noo..

GEMPAR!! Isu Air Selangor! Khalid Gagap Ni Tak Reti Bahasa Ke Apa? #AirSelangor

Posted: 10 Oct 2012 08:15 PM PDT


Menteri Besar Selangor Khalid Gagap rasanya menghadapi masalah mental atau masalah jiwa, apabila beliau tidak faham, atau sengaja buat-buat tak faham mengenai masalah penstrukturan air yang beliau sendiri cadangkan. Masalah yang beliau sendiri buat, dan cuba campakkan kepada orang lain.

Beliau mahu melakukan penstrukturan air di Selangor. Tiada halangan dari kerajaan Pusat, malah TPM Muhyiddin Yasin dan Menteri KeTTHA Peter Chin pun tak kisah kerajaan Selangor ambil alih syarikat konsesi air di Selangor, cuma mahu MB Selangor itu perlu membeli syarikat konsesi berkenaan dengan upayanya sendiri, bukan campur tangan pusat.

Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan, kerana kalau campur tangan, kesannya sudah tentu tidak baik untuk urusan perjanjian kontrak dan pelaburan semasa pada masa akan datang. Jika begini kaedahnya, pelabur asing bimbang trend campur tangan ini akan terus wujud, dan tidak berani untuk menjalankan bisnes di negara ini.

Yelah, serba-serbi boleh berubah dan ditukar mengikut suka hati Menteri Besar dan kerajaan Pusat. Apa gunanya perjanjian kontrak jika semuanya boleh ditukar? Dah serupa negara tiada undang-undang la pulak ya.

Sebab itu Mc kata, Khalid Gagap ni mengalami masalah mental, seorang yang pernah menjadi tokoh korporat besar dengan memimpin Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Guthrie tak mungkin sudah lupa proses penggabungan dan pengambilalihan syarikat? Hilang ingatan ke? Atau dah kena sampuk hantu air!

Sebenarnya Mc sendiri tak faham atas sebab apa Khalid Gagap nak sangat beli syarikat konsesi air Selangor tu. Masalah air di Selangor bukannya disebabkan syarikat konsesi, masalah air di Selangor disebabkan tiada penambahan kepada infrastruktur air. Negeri yang maju ini memerlukan sumber air mentah dan loji rawatan air tambahan untuk menampung pertumbuhan populasi dan ekonominya.

Bermakna, apa yang ada sekarang tak cukup untuk tampung kegunaan rakyat Selangor kelak. Jadi apa perlu beliau sibuk sangat untuk membeli syarikat konsesi? Saja nak alihkan isu asal ke?

Soal penstrukturan, memanglah Parlimen dah luluskan undang-undang penyusunan semula industri air. Untuk laksanakannya, ikut lah proses, jangan nak main redah jer.. Lagipun Pusat dah bagi "restu" buatlah.

Patutnya Khalid Gagap tumpukan perhatian pada projek Langat 2. Bincang dengan Adnan Yaakub MB Pahang mengenai perjanjian air diantara Selangor dan Pahang, supaya simpanan air cukup untuk rakyat Selangor. Bukannya dengan sibuk nak beli syarikat konsesi.

Andaikata beliau dah beli syarikat terbabit pun, apakah masalah air Selangor akan selesai? Boleh bertambahkah kuantiti air di empangan jika Khalid beli syarikat konsesi berkenaan. Mungkin beliau rasa, ada sudut yang boleh beliau jaga dan jimatkan, tapi apakah ia mampu menyelesaikan masalah air di Selangor?

Kalau nak beli sangat, belilah sendiri, ini tidak, nak beli dengan harga yang beliau tetapkan, malah terma dan syarat pun nak ikut suka hati MB Selangor, mana ada orang nak ikut. Apakah beliau tidak tahu, Penstrukturan air adalah satu aktiviti jual beli yang melibatkan Kerajaan negeri dan pemegang-pemegang konsesi atas dasar "willing buyer willing seller".

Jadi berundinglah dengan syarikat konsesi untuk mendapatkan persetujuan mereka kalau rasa pembelian syarikat konsesi air tu berbaloi dan perlu. Namun dari sudut pandangan Mc, usaha untuk penstrukturan air dan membeli syarikat konsesi ni hanyalah satu lagi drama politik Pakatan untuk mengalih usaha kerajaan pusat untuk selamatkan Selangor dari masalah air.

Puak Pakatan ni mana tahu apa pun, apa yang mereka tahu hanyalah berpolitik atas politik. Hinggakan masalah serius macam ni pun, masih lagi nak bersilat politik. Atau mungkin Khalid Gagap dah nampak beliau dan kerajaan Pakatan Selangor ni dah tak lama, sebab tu beliau hanya mencari alasan untuk tangguhkan projek Langat 2 tu. Khalid nak suruh kerajaan BN Selangor yang laksanakan kot.. mungkin itu yang beliau fikirkan. Agaknyalah ye..

PANASS!! Kamera AES JPJ Akan Jadi Punca Rakyat Bencikan Kerajaan Malaysia!!

Posted: 10 Oct 2012 05:36 PM PDT


Mc tak tahu nak mulakan cerita ni dari sudut mana. Nak rasa bangga atau rasa sedih dengan pencapaian JPJ yang berjaya dengan kamera barunya AES (kamera Automated Enforcement System). Canggih memang canggih, hebat memang hebat, hinggakan dalam masa dua hari 2900 saman dapat JPJ keluarkan. wow!!

Tapi apa untungnya kamera AES kepada rakyat Malaysia? Benarkah dengan menyediakan kamera saman had laju sebegitu, rakyat Malaysia akan memandu dengan lebih berhati-hati? Dengan adanya kamera canggih sebegini, peratusan kemalangan di negara kita akan kurang?

Mc percaya, pemandu di Malaysia ni tidak berminat untuk mengetahui apa kelebihan AES. Bagaimana ia berfungsi untuk menghantar gambar, bagaimana ia digunakan untuk saman pemandu yang langgar had laju dan bla bla bla bla.. Semuanya hanya menyakitkan hati.

Mc tak memandang perkara ini dari sudut mata kerajaan, tetapi Mc memandang perlaksanaan kamera AES ini sebagai salah satu perkara yang membebankan rakyat. Kalau dalam masa dua hari, kamera AES sudah menyakitkan hati 2900 orang rakyat Malaysia, dalam masa seminggu rasanya berapa puluh ribu orang yang akan menyumpah saranah, kamera baru AES JPJ yang canggih ni?

Cuba fikir pula dalam masa sebulan? Dua Bulan? Setahun? Berapa juta orang yang akan memaki JPJ dan kerajaan Persekutuan kerana membenarkan perlaksanaan kamera ini.

Apa yang Mc nampak, kesan kamera AES untuk mengurangkan kemalangan, belum lagi kelihatan, tetapi kesan kamera AES ni mengurangkan sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan Pusat, rasanya lebih jelas dari sepatutnya.

Entah siapa punya idea bodoh, diwaktu Datuk Seri Najib bertungkus lumus mengambil hati rakyat Malaysia dan menyakinkan bahawa kerajaan Malaysia sekarang berjiwa rakyat. Tiba-tiba muncul satu idea bodoh dari celah mana tah, yang boleh melingkupkan segala usaha Datuk Seri Najib.

Bukan idea Kamera AES ni tak bagus, tapi tak kena masa. Wrong time broo..

Mc minta, dengan segala kebijaksanaan Pengarah JPJ dan Menteri yang berkaitan, tolong fikirkan tentang kamera AES ini betul-betul. Jangan hanya pandang perkara ini dari sebelah sudut sahaja, kita perlu pertimbangkan perkara ni dalam segala sudut yang berkaitan. Jika perlu ditangguh perlaksanaannya, tangguhkan dulu. Tolong cari masa yang sesuai. Letih la bro nak menjawab

Pembangkang dah pandang perkara ini sebagai 'point' besar mereka untuk kempen PRU ke 13. Jika isu ini dimainkan, jenuh berbuih mulut kita nak jawab nanti.

Mc tahu Datuk Solah, tengah bangga dengan kamera barunya ni, tetapi Datuk Solah perlu fikirkan orang lain juga. Apa kesan kamera barunya ni pada kerajaan, pada rakyat Malaysia yang lain, pada orang sekeliling. Apakah tujuan sebenarnya dicapai, atau kamera AES ni hanya untuk menambah pendapatan JPJ sahaja?

 Apa pun tujuannya, bagi Mc sebagai rakyat Malaysia, ia amat tidak relevan pada masa sekarang. Perlu difikirkan habis-habis, sebelum kita rugi kerana kesilapan kita sendiri.


McTheory:
Sapa punya idea gamaknya tu.. tak cerdik langsung!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...