UMNO Online - “Pembangkang Bergelut Bertelingkah Di Ambang Kekalahan” plus 9 more

UMNO Online - “Pembangkang Bergelut Bertelingkah Di Ambang Kekalahan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pembangkang Bergelut Bertelingkah Di Ambang Kekalahan

Posted: 08 Oct 2012 05:59 AM PDT

Pertelingkahan antara Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim semakin meruncing.

Kata mengata, cacai mencaci sesama sendiri nampaknay sudah menjadi suatu budaya yang lumrah di kalangan pemimpin pembangkang.

Tahap kritikal dilihat berlaku apabila Azmin yang juga orang nombor dua dalam parti itu secara terangan menyatakan kemungkinan besar Khalid tidak lagi akan menjadi menyandang jawatannya sekarang jika pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Dengan angkuhnya Azmin berkata menteri besar yang hanya berjawatan sekadar ketua cabang di dalam struktur PKR di Selangor akan dipindahkan ke pusat.

Bayangkan betapa merah padamnya muka Khalid apabila Azmin yang hanya menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri iaitu PKNS boleh menentukan kedudukan dan nasib politik seorang yang bergelar menteri besar.

Seperti biasa apabila berita tersebut sudah menjadi satu isu politik yang memakan diri sendiri, mangsa yang paling senang dijadikan kambing hitam ialah media dan para wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka secara profesional.

Azmin lalu menyalahkan media kerana salah tafsir atau silap dengar apa yang beliau ucapkan minggu lalu.

Yang menjadi persoalannya siapakah bakal mengisi kekosongan jawatan MB jika Khalid ke Pusat?

Tidak lain tidak bukan jawatan idaman itu akan jatuh ke riba Azmin kerana sejak dahulu timbul desas desus beliau amat kecewa apabila tidak diberi jawatan itu oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim.

Kini perasaan marah dan sengketa antara dua pemimpin pembangkang itu tidk dapat diselindung lagi apabila Azmin sudah menendang Khalid keluar dari Selangor sebelum PRU lagi.

Malah lebih mengecewakan Khalid, nama beliau tidak pun disenaraikan di dalam Kabinet Bayangan pembangkang ang tersiar di dalam internet baru-baru ini.

Malah lebih mengecewakan Khalid, nama beliau tidak pun disenaraikan di dalam Kabinet Bayangan pembangkang ang tersiar di dalam internet baru-baru ini.

Pimpinan PAS Selangor pula pula mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak keberatan menerima Azmin sebagai menteri besar yang baru menggantikan Khalid, malah ia juga menaruh harapan jawatan itu jatuh kepadanya.

Jadi jawatan MB Selangor akan menjadi pertaruhan antara puak Azmin dan Khalid di dalam PKR dan juga PAS yang sememangnya bercita-cita merampas takhta politik daripada sekutunya itu.

Sudah tentu Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR dan sekutu kuat Khalid tidak akan berdiam diri apabila kepentingannya tergugat.

Walaupun tidak memberi apa-apa komen mengenai perkara ini namun Wan Azizah tidak kurang liciknya dalam berpolitik kotor demi mempertahankan kroni dan kepentingannya.

Kemungkinan beliau akan menggunakan senjata politik dengan mengenengahkan anaknya Nurul Izzah sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun depan.

Jika ini berlaku, kemungkinan besar Nurul Izzah akan menang kerana Azmin dibenci oleh segolongan besar ahli pada peringkat akar umbi disebabkan pembabitannya dalam politik wang dan konspirasi dalam pemilihan parti pada 2010.

Tahun 2013 adalah tahun penentu bagi Azmin kerana sekiranya PKR kalah teruk pada PRU 13 kelak, kesalahan akan diletakkan pada bahu beliau selaku pengarah pilihan raya pusat.

Tahun 2013 adalah tahun penentu bagi Azmin kerana sekiranya PKR kalah teruk pada PRU 13 kelak, kesalahan akan diletakkan pada bahu beliau selaku pengarah pilihan raya pusat

Ini akan melemahkan kedudukannya menjelang pemilihan parti apatah lagi bila berdepan dengan senario Selangor jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional.

Bak kata pepatah Melayu, yang di yang dikejar tak dapat yang digendong pula keciciran.

Jangkaan ini semakin menjadi realiti apabila dilihat daripada kemelut politik yang berpanjangan di Selangor antara pimpinan PKR.

Bukan sahaja Khalid di dakwa sebagai gagal mengurus negeri itu dengan baik malah Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi juga turut gagal membawa sebarang kemajuan ekonomi kepada negeri terkaya itu.

Jika Anwar gagal, Azmin sebagai budak suruhan beliau yang setia juga akan sama-sama kecundang kerana Azmin hanyalah burung kakak tua bagi Anwar dan tidak lebih daripada itu.

BN pula semakin mendapat keyakinan untk kembali berkuasa di Selangor setelah dihukum rakyat pada 2008.

Malah rakyat merasa tersilap menghukum BN empat tahun lalu dan tidak sabar agar BN memperbetulkan porak peranda akibat penyelewangan dan salah urus Pakatan Rakyat di negeri itu.

Memang benar telahan sesetengah pihak yang mengatakan tatkala di ambang kekalahan pemimpin pembangkang akan bertelagah sesama mereka, menuding jari menyalahkan orang itu dan ini tetapi tidak pernah menunjukkan jari pada diri sendiri.

Mirza Mahamood

Pemilih Pos : SPR Mahu Bukti Terperinci

Posted: 08 Oct 2012 05:44 AM PDT

PUTRAJAYA, 8 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu maklumat terperinci daripada pihak yang mempertikai kedudukan 64,100 pemilih pos yang didakwa tidak dimasukkan dalam Daftar Pemilih pada 9 April 2010.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana dakwaan yang dikemukakan itu hanya secara umum dan menyukarkan SPR untuk menyiasat secara terperinci.

“Jadi SPR meminta perkara itu dibuktikan dengan menyerahkan semua 64,100 maklumat pemilih dengan terperinci bagi membolehkan SPR menyemak rekod tersebut dalam daftar pemilih SPR,” katanya di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan akhbar Suara Keadilan bertarikh 2 Oktober lepas bertajuk “Audit Sahkan SPR Menipu-Anwar” menyatakan penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam Daftar Pemilih pada 9 April 2010 berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

Mengulas laporan itu yang turut mendakwa 77,246 nama pengundi baru tidak ada dalam daftar Pilihan Raya Umum ke-12, Abdul Aziz menjelaskan setiap permohonan perlu melalui proses tertentu dan bukan bermakna permohonan itu akan terus diterima oleh SPR.

“Setiap permohonan akan melalui proses pendataan, penetapan lokaliti dan pameran untuk tuntutan dan bantahan sebelum diwartakan. Kemungkinan ada nama-nama yang menerima bantahan kerana bila ada bantahan nama pengundi itu tidak boleh didaftarkan dan perlu melalui siasatan awam terlebih dahulu,” katanya.

Abdul Aziz berkata sudah tentulah jika perbandingan dibuat pada awal tahun dengan yang baru pasti ada perbezaan sama ada untuk pengundi pos atau pengundi biasa.

Mengenai dakwaan 304,136 pemilih pos dengan nombor kad pengenalan tidak sepadan dan janggal tarikh permohonannya, SPR menjelaskan sehingga Suku Tahun 2/2012 hanya 274,247 Pemilih Tidak Hadir (PTH) dalam Daftar Pemilih SPR iaitu anggota tentera (161,756), anggota polis (110,055) dan luar negara (2,436).

“Ini bermakna fakta angka 304,136 pemilih pos yang dikatakan oleh Anwar itu adalah tidak tepat, jadi Anwar perlu menyatakan butiran terperinci mengenai perkara itu dan Daftar pemilih mana yang digunakan,” katanya.

Mengenai 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka pula, beliau berkata SPR dari semasa ke semasa berusaha mendapatkan maklumat nombor Kad Pengenalan 12 angka bagi semua anggota tentera dan polis dalam daftar pemilih.

“Sehingga sekarang iaitu 5 Oktober lepas masih berbaki 1,042 orang, iaitu 420 orang anggota polis dan 622 orang anggota tentera yang belum mempunyai maklumat tersebut dalam Daftar Pemilih SPR,” katanya.

Hampir 1,500 Tenaga Profesional Ditarik Pulang Oleh TalentCorp

Posted: 08 Oct 2012 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Sejumlah 1,420 orang tenaga professional tempatan di luar negara berjaya dibawa balik untuk berkhidmat di negara ini oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) di bawah Program Kepulangan Pakar (REP) bagi tempoh Januari 2011 hingga September tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata bilangan itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,130 orang yang ditarik balik untuk tempoh 10 tahun REP dari tahun 2001 hingga 2010.

“Sebahagian tenaga profesional itu kini berkhidmat di sektor kewangan dan perbankan, sektor minyak dan gas, sektor perkhidmatan perniagaan, sector komunikasi dan infrastruktur, sektor perubatan dan lain-lain,” katanya ketika menjawab soalan John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

John ingin tahu jumlah golongan profesional yang berjaya ditarik balik bekerja di Malaysia sejak program REP di bawah TalentCorp itu dilancarkan.

Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata, jaringan kerjasama TalentCorp dengan syarikat-syarikat tempatan dalam sesi temuseru (outreach) antarabangsa telah menyumbang kepada kejayaan membawa pulang pakar-pakar tempatan.

“Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peluang pekerjaan profesional di syarikat antarabangsa, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya sambil menambah bahawa TalentCorp akan terus memainkan peranan sebagai pemudahcara untuk memenuhi keperluan tanaga mahir di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Menjawab soalan tambahan daripada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Nor Mohamed berkata perbezaan gaji ilaha antara faktor penyebab golongan professional tempatan lebih berminat untuk menetap dan bekerja di luar negara.

“Memang dari satu aspek, gaji dan pendapatan yang lebih menjadi satu tarikan, tetapi kita dah mengkaji secara mendalam, persepsi mereka yang kerja di luar begitu berbeza pendapatan, (sebenarnya) gaji mereka mungkin lebih, tetap kos kehidupan juga lebih,” katanya.

Opposition Leaders In Politics For Power

Posted: 08 Oct 2012 05:18 AM PDT

SANDAKAN, Oct 8 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said opposition leaders were in politics just for power but not capable of serving the people effectively.

“Look at Selangor, once a progressive state, but when Pakatan Rakyat took over, they failed to resolve problems faced by the people. Hence, the people should not readily believe and be influenced by the opposition’s lies,” he said after visiting the Taman Airport election machinery here today.

He said the opposition were just pulling wool over the people’s eyes with their claims that there had been no development under the Barisan Nasional (BN) government.

Musa cited major projects like the Education Hub in Sungai Batang that was implemented in the district as an example.

“In the past, villages did not have paved or concrete roads, or electricity and water supply, but we have provided all these facilities now,” he cited.

Lagi Bukti Pembohongan… Tiada Perbicaraan Berhubung Scorpene Di Perancis – Yves Charpenel

Posted: 08 Oct 2012 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

“Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua “hakim siasatan” bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta “hakim siasatan” untuk menyiasat.

“Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata ‘ya’ atau ‘tidak’. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia. “Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya.

“Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Charpenel. Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya, “Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media.

“Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia. “Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

“Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai.”

Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

“Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain,” kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.

Pas Dan PKR Hanya Umpama Pencuci Mulut Bagi DAP Di Pulau Pinang

Posted: 08 Oct 2012 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Tindakan DAP yang terus bersikap angkuh dan sering tidak menghormati rakan pakatannya terutama di Pulau Pinang kerana mereka yakin masih mempunyai kekuatan walaupun tanpa sokongan PKR dan Pas.

Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia, Mohd Faizal Ramly berkata tindak-tanduk DAP sejak kebelakangan ini khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13 sehingga menimbulkan rasa kurang senang PKR dan Pas berpunca dari sikap tamak DAP yang sebenarnya tidak ikhlas membentuk pakatan pembangkang.

Jelas beliau lagi DAP sendiri sebenarnya tidak mempercayai PKR dan Pas berdasarkan beberapa rekod pemimpin parti itu sebelum ini yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tetap.

"PKR dan Pas bagi DAP umpama pencuci mulut saja.. kalau tak ada pun tetap kenyang.  Sebab itu agenda utama DAP sekarang adalah untuk menambah kerusi bagi memastikan mereka boleh memerintah sendirian sebagai langkah berjaga-jaga terhadap tindak tanduk PKR dan Pas pada masa hadapan.

"Kita yakin rakyat boleh menilai sejauh mana ikatan mereka dalam pakatan pembangkang hari ini yang penuh dengan saling curiga mencurigai antara satu sama lain," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut Faizal yang juga Ketua Pemuda Teluk Kemang seterusnya menambah keakraban yang ditunjukkan pakatan pembangkang kepada umum sebenarnya hanyalah sekadar lakonan dalam usaha mengaburi mata rakyat.

"Kerjasama pembangkang dalam pakatan sekarang macam orang tiup belon makin lama makin membesar dan tunggu masa untuk meletup dan pecah..

"Mereka boleh terus berlakon bersandiwara tapi lakonan mereka itu tidak mampu untuk menipu rakyat bagi jangka masa yang panjang,” katanya. -MediaUMNO

Orang Melayu Perlu Bersyukur Dengan Jasa Kerajaan Selama Ini – Tun Mahathir

Posted: 08 Oct 2012 04:39 AM PDT

MELAKA, 8 Okt –  Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bimbang dengan sikap orang Melayu, khususnya generasi muda yang tidak bersyukur dan menghargai jasa kerajaan selama ini dalam memberi keselesaan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sebaliknya golongan tersebut menolak dan menuduh kerajaan sebagai “penindas”.

Sebagai contoh katanya, apabila mereka dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke tanah air, mereka menolak kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka kononnya kerajaan tidak adil dan menindas orang lain.

“Kalau kita bersyukur, akan mendapat banyak lagi nikmat, sebab itu, kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya,” katanya ketika sesi soal jawab pada majlis sarapan bersama alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka 1982-1986, di sini, Isnin.

Katanya ramai dalam kalangan generasi muda juga mudah terpengaruh dengan pihak tertentu dan gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.

“Selain daripada ilmu pengetahuan, apa yang lebih penting ialah nilai moral kerana ilmu saja tidak akan membentuk mereka menjadi sesuatu yang baik…ilmu tidak menjamin generasi muda dan akan datang untuk memimpin kemajuan negara,” katanya.Sehubungan itu katanya pelajar perlu disemai dengan nilai-nilai positif serta mempelajari sejarah agar mampu mempertahankan diri daripada pengaruh negatif.

Dr Mahathir berkata pembangunan dan keharmonian dikecapi hari ini tidak akan kekal jika rakyat hidup dalam suasana bertelagah dan berpecah-belah.

Keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum merupakan anugerah yang tidak ternilai kerana tidak semua negara menikmatinya, katanya

Muhyiddin Gesa Gerakan Dakwah Sebar Mesej Perpaduan

Posted: 08 Oct 2012 04:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gerakan dakwah di Malaysia boleh memainkan peranan utama dalam menyebarkan mesej perpaduan secara meluas kepada segenap lapisan masyarakat.

Beliau berharap peranan itu boleh dilaksanakan dengan berkesan kerana sifat gerakan dakwah yang bebas dan mempunyai pengaruh merentasi batas politik.

“Saya yakin perpaduan ummah akan dapat dicapai sekiranya semua pihak ikhlas dalam memperjuangkannya tanpa ada tujuan lain selain melihat Islam terus dimartabatkan dan syiar Islam ditegakkan di negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Muhyiddin turut mengingatkan umat Islam di negara ini supaya mengelakkan perpecahan sesama sendiri dan mengekalkan perpaduan sedia ada memandangkan ia faktor terpenting yang menentukan kesejahteraan ummah.

“Janganlah kita membiarkan perbezaan fahaman atau pandangan politik menyebabkan kita bersengketa sesama sendiri, berpecah belah dan akhirnya merugikan umat Islam. Pertahankanlah nikmat kesejahteraan yang kita kecapi hari ini dengan mengekalkan perpaduan yang kita ada,” katanya. Timbalan perdana menteri dalam pada itu menegaskan bahawa umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk aspek budaya, ideologi dan akidah.

Katanya cabaran paling ketara muncul akibat penyebaran fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang antara lain menganjurkan supaya umat Islam membebaskan diri daripada kepercayaan dan peraturan agama.

“Pendukung fahaman ini menghalalkan pergaulan bebas, amalan perkahwinan sejenis, perbuatan murtad dan segala bentuk kemungkaran yang lain kononnya atas nama kebebasan individu dan hak asasi manusia.

“Fahaman ini jika dibiarkan menular akan menyebabkan berlakunya keadaan di mana masyarakat tidak lagi menjalani kehidupan berasaskan perpaduan dan pedoman agama,” katanya.

Justeru, Muhyiddin berkata gerakan dakwah di negara ini perlu diperkasa untuk memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat supaya tidak terkeliru dengan fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada ajaran agama yang sebenar.

Bagi tujuan itu, tambahnya, para ulama, ilmuan Islam dan pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam perlu sama-sama berganding bahu, di samping kerajaan yang akan terus menyokong usaha itu.

Muhyiddin berkata hubungan yang akrab antara para ulama, gerakan dakwah dan kerajaan membolehkan syiar Islam berkembang pesat di negara ini, berbeza dengan beberapa negara yang mengamalkan dasar sekular yang memperlihat golongan dakwah sentiasa ditekan oleh pemerintah.

Beliau berkata pendekatan dakwah yang bijaksana itu dikagumi para ulama dan badan-badan Islam antarabangsa yang melihat Malaysia sebagai sebuah negara contoh kerana mampu menjadi antara negara Islam termaju dan pada masa yang sama memberi tumpuan seimbang kepada aspek perpaduan dan pembangunan ummah.

Beberapa ulama luar yang datang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini berharap umat Islam Malaysia mempertahan apa yang dinikmati hari ini, di samping memberi ingatan bahawa pergolakan yang sedang melanda beberapa buah negara Islam lain tidak harus dibiarkan berlaku di negara kita, kata Muhyiddin.

Beliau kemudian melancarkan tiga buah buku terbitan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang juga penganjur seminar berkenaan.

Seminar dua hari itu yang mengumpulkan para ilmuan Islam dari seluruh negara bertujuan mencari landasan yang betul untuk mengembalikan Malaysia sebagai koridor wacana keilmuan, keintelektualan dan menjadi pusat dakwah Islamiyyah yang dihormati.

30 More KR1M Outlets To Open In Sarawak

Posted: 08 Oct 2012 02:31 AM PDT

KUCHING, Oct 8 – The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (MDTCC) will open another 30 1Malaysia People’s Shop (KR1M) outlets in Sarawak which is expected to cost RM45 million.

Its minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, said the target was for all parliamentary constituencies in Sarawak to have a KR1M outlet by end of 2013.

“At the moment, there is only one KR1M in Kuching and the number will be increased so that all the 31 parliamentary constituencies in Sarawak will have a KR1M before end of next year.

“This is to allow the people, especially in the rural areas, to buy goods at cheaper prices,” he told reporters after the ministry’s monthly meeting here today.

He said the ministry was allocated RM87 million under the 2013 Budget to expand KR1M in Sarawak, Sabah and the Federal Territory of Labuan.

Ismail Sabri said a RM299 million allocation was also set aside for the Price Standardisation programme to reduce the living cost of the people in Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan.

He said RM150 million of the allocation would be spent for Sarawak, covering 70 new areas.

Rakyat Sabah Jangan Terpengaruh Pembohongan Pembangkang – Musa Aman

Posted: 08 Oct 2012 01:55 AM PDT

SANDAKAN, 8 Okt – Rakyat di negeri ini diminta tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan parti pembangkang yang hanya tahu membohongi rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata mereka hanya tahu bercakap dan menabur pelbagai tohmanan yang mendakwa tiada pembangunan dilakukan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Mereka sengaja membutakan mata mereka terhadap pembangunan yang dilakukan B Nkerana mahu memastikan hasrat mereka memerintah negara ini tercapai, katanya ketika melawat Markas Jentera Pilihan Raya Zon Taman Airport, di sini, Isnin.

“Dahulu terdapat kampung-kampng tidak mempunyai jalan berturap atau bersimen, tiada bekalan elektrik dan air tetapi hari ini kemudahan asas itu telah kita sediakan.

“Pelbagai projek besar lagi kita laksanakan seperti yang ada di Sandakan seperti Hab Pendidikan di Sungai Batang,” katanya.

Beliau juga meminta penduduk Sabah melihat Selangor yang pada satu ketika dahulu adalah negeri yang maju, namun kini menghadapi pelbagai masalah selepas diteraju pakatan pembangkang kerana mereka gagal menunaikan janji kepada rakyat.

“Oleh itu, mereka jangan cuba membohongi rakyat Sabah kerana rakyat Sabah bukanlah bodoh tetapi bijak dan matang untuk memilih mana satu berlian dan intan,” katanya.

Musa menegaskan pemimpin parti pembangkang merupakan orang yang gila kuasa dan tidak memperjuangkan kepentingan rakyat di negeri ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...