BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! TIADA PERBICARAAN BERKENAAN DENGAN ISU SCORPENE DI PERANCIS !!!

Posted: 08 Oct 2012 12:00 PM PDT


KUALA LUMPUR,8 Okt - Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal,menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis,mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan. 

"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA),berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia,yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu,beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.Charpenel berkata di Perancis,seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang,semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis,Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia,dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama.Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel. 

Beliau menjelaskan di Perancis,seperti di tempat-tempat lain,perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya,"Di Perancis,masa keadilan berbeza daripada masa media.Sudah tentu,media perlu data-data,maklumat,berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza.Ia adalah sama,sama ada di Perancis atau di Malaysia Dan ia menjadi rahsia.Kami kini dalam langkah pertama, mungkin,kami dapat satu lagi langkah,mungkin tidak,dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi".

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya,Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara,bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya. "Dia bebas bercakap dengan media,itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia.Tetapi dia bukan seorang pendakwa.Dia juga bukan seorang hakim siasatan.Dia bukan seorang pegawai.Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan. - Bernama

@NOHOMAR MENCABAR KERAJAAN NEGERI SENARAIKAN PELABUR ASING YANG MASUK KE SELANGOR !!! ADA BERANI ???

Posted: 08 Oct 2012 09:43 AM PDT


Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar membidas kenyataan kerajaan negeri yang kononnya berjaya menarik pelaburan asing serta mencabar kerajaan negeri menyenaraikan syarikat-syarikat yang kononnya ke negeri Selangor sebagaimana yang didakwa kerajaan negeri sebelum ini.Soalnya,adakah syarikat-syarikat atau kilang-kilang ini sudah beroperasi di Selangor hari ini ??? 

"Saya mengambil contoh,ada 129 kilang,hari ini saya difahamkan telah meningkat kilang yang sepatutnya telah beroperasi tetapi sehingga ke hari ini kilang ini tidak boleh beroperasi.Tidak boleh nak mula pun pembinaannya.Jika mereka dah mula bina tahun lepas,tahun 2014 ini atau dalam masa dua hingga tiga tahun dibina, kilang ini akan memberi peluang pekerjaan baru kepada 12000 orang rakyat Selangor tetapi kilang ini, betul ia nak melabur RM3.8bilion,pelaburan yang hendak dibuat tetapi sampai hari ini kilang ini tidak dapat beroperasi, development order tak boleh bagi sebab air tidak ada," ujarnya dalam interbiu eklusif bersama UMNO-Online baru-baru ini. 

Tambahnya,bila air tidak ada,manakala Syabas pula tidak boleh memberi jaminan ada air.Bayangkan, apa akan jadi dengan masa depan negeri Selangor.Bila tidak ada pelaburan baru berlaku kerana air tidak ada, peluang pekerjaan akan tertutup, maka pengangguran akan banyak di negeri Selangor.

"Pelabur asing tak boleh nak masuk, maka pendapatan rakyat negeri Selangor akan menurun.Pengeluaran tinggi,pendapatan menurun, jadi ke mana arah tuju negeri Selangor.Akhirnya negeri Selangor yang maju ini akan lebih teruk dari negeri Kelantan.Itu sebagai contoh.Tetapi kerajaan negeri ini tak mengaku salah. Mereka menyalahkan Syabas sebaba tidak ada air,kita kata buat loji Langat 2,tetapi mereka kata loji Langat 2 ini tidak perlu buat,kena buat penstrukturan semula," tambahnya. 

Ujarnya,loji Langat 2 ini tidak ada kena-menggena dengan isu penstrukturan semula ini.Mengapa nak dikaitkan ??? "Loji Langat 2 ini untuk membekalkan air kepada rakyat Selangor.Kalau tidak lama-lama nanti tidak ada air.Macam-macam alasanlah dia bagi,dia kata kalau buat loji Langat ini nanti kroni BN akan dapat projek berbilion membinanya.Kita dah buat pengumuman,tidak ada kroni,tender terbuka.Jadi masuklah," tambahnya lagi.

HOT NEWS !!! KABINET BAYANGAN PR !!! KENAPA PR MELOMPAT DAN KENAPA BN NAK SIBUK ???

Posted: 08 Oct 2012 04:54 AM PDT


Kabinet bayangan merupakan satu topik hangat yang dibincangkan oleh Rakyat Malaysia sama ada di Parlimen ataupun di kedai-kedai kopi. Kalau disemak dariapada kebanyakan negara-negara di luar termasuklah negara maju seperti Jepun sendiri pun tidak wujud istilah Kabinet bayangan.Ada cakap-cakap yang yang mengatakan sistem dua parti yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat,Australia dan Britain pernah wujud kabinet bayangan.Benarkah perkara tersebut? 

Terdapat pelbagai versi yang diutarakan di media massa,akhbar portal,blog dan media sosial berkenaan Kabinet bayangan yang bakal dipraktiskan oleh Pakatan Rakyat.Penulis sendiri ada menerima e-mail daripada orang dalaman parti PKR yang mengatakan kononnya senarai di bawah adalah senarai terkini Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat. 

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 
Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) 
Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP) 
Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak) 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Dr Tan Seng Giaw (DAP)
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 
Datuk Mustafa Ali (Pas) 
Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP) 
Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR) 
Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas) 
Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas) 
Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR) 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR) 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas) 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas) 
Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP) 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas) 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas) 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR) 
Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR) 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR) 
Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas) 
Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR) 
Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR) 
Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP) 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP) 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP) 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR) 
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR) 
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR) 
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP) 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mencabar Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Katanya,sehingga kini janji Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menafikan atau mengesahkan senarai Kabinet bayangan yang disebarluas di internet.Pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS masing-masing masih bermain sandiwara kerana masing-masing ingin meletakkan semaksimum mungkin pemimpin daripada parti mereka untuk menganggotai Kabinet. 

Agak tidak logik bagi DAP ingin menerima senarai Kabinet bayangan seperti di atas memandangkan pastinya mereka akan memperolehi Ahli Parlimen yang teramai berbanding sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat, selepas PRU13, dengan sokongan kuat pengundi-pengundi Cina.Ironinya,Rakyat Malaysia amnya tidak perdulikan sama ada Kabinet bayangan ini wujud atau tidak.Apa yang mereka mahu tahu,walau sesiapapun yang memerintah masa depan mereka sebagai Rakyat Malaysia akan terjamin.Rakyat Malaysia sudah muak dengan politik saban hari yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Mereka ingin meneruskan kehidupan dengan aman tanpa perlu memikirkan hal politik 24/7.

Sebagai Rakyat Marhaen, Penulis sendiri mahukan agar PRU13 dipercepatkan oleh Perdana Menteri.Kita sudah muak dengan politiking yang tidak sudah-sudah saban hari.Tidak perlu Pakatan Rakyat untuk melompat untuk menafikan atau mengelak untuk membicarakan tentang Kabinet bayangan.Mereka pastinya akan berperang besar apabila Pakatan Rakyat memenangi PRU13.Barisan Nasional juga tidak perlu terhegeh-hegeh untuk meneka secara rambang Kabinet bayangan yang akan dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Lebih baik Barisan Nasional tumpukan kepada memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan Rakyat. Lagi satu untuk apa Barisan Nasional sibuk-sibuk menolong Pakatan Rakyat menyediakan Kabinet bayangan.Lebih baik tentukan sekali siapa bakal jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13 - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! DAP GUNAKAN KRISTIAN UNTUK MENJATUHKAN BARISAN NASIONAL ??? APA CERITA NI ???

Posted: 08 Oct 2012 03:41 AM PDT


DAP memang sebuah parti yang cukup bangsat bila mana mereka mempergunakan agama untuk tujuan politik.Setelah mereka puas kerana telah berjaya melacurkan Islam dengan bantuan pemimpin PAS maka mereka meneruskan agenda mereka kepada melacurkan Kristian pula untuk menawan beberapa negeri seperti Sabah dan Sarawak.Dalam sejumlah 16 PRK yang dijalankan selepas PRU Mac 2008,Pakatan menang lapan,BN menang lapan. Pakatan menang semua dalam tahun 2008-9 kecuali satu kerusi pribumi di Sarawak manakala BN menang semua dalam tahun 2010-11 kecuali satu kerusi Cina di Sarawak.


Sepanjang tahun 2009 bermula daripada kejayaan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sehingga Salleh Man (PAS) di Permatang Pasir – kedua-dua kerusi Pulau Pinang dimenangi pakatan.Akan tetapi selepas kejayaan awal tersebut,komponen Melayu-Islam gabungan itu tidak lagi mampu mengugat kebertahanan Umno.


Selepas 2009, Pakatan tidak menang apa-apa PRK kecuali Sibu di mana rombongan politikus evangelis DAP telah bertandang dari semenanjung ke Sarawak untuk bermain politik Kristian.Selepas titik peralihan Isa Samad pada penghujung 2009,Umno secara konsistennya mengalahkan PAS dan PKR.Sedangkan orang yang bangsa dan bahasa mereka sama pun boleh bertelagah gara-gara perbezaan agama,inikan pula di Malaysia di mana Chan Li Lian, Pegawai Khas Guan Eng, mentweet "I think all Christians shud march for all the persecution they had done to us and our Lord". 

http://helenang.files.wordpress.com/2012/10/coptichurchbombed1.jpg?w=455&h=640

Sumber gambar (ikut pusingan jam): AFP, 247, Photo News, AFP, Reuters

Serangan berlaku (ikut susunan gambar) di Alexandria,Mesir (1 Jan 2011), Jos, Nigeria (7 Mac 2010), Garissa, Kenya (1 Julai 2012), Kaduna, Nigeria (18 Jun 2012) dan Otite, Nigeria (7 Ogos 2012).

Tambahan pula, Sebuah gereja di Mardan,Peshawar dibakar oleh beribu orang Muslim pada Sept 21 serentak dengan tunjuk perasaan di Pakistan terhadap filem hina Nabi. Turut dibakar ialah St Paul's high school, sebuah perpustakaan serta tempat kediaman empat orang paderi yang kesemuanya terletak di kawasan yang sama.Naskah-naskah kitab Injil, buku doa dan ikon-ikon Kristian dibawa keluar daripada St Paul's Lutheran Church itu untuk dimusnahkan dan dibakar. Seorang anak remaja pastor yang dibelasah oleh perusuh terpaksa dimasukkan ke hospital(sumber: sini)


Gereja dibakar di Pakistan minggu lalu (sumber gambar: sini)

Hakikatnya DAP secara terang-terang menyeru masyarakat Kristian menyokong agenda keganasan mereka dimana api perkauman dan api keagamaan ditiup dengan begitu kencang.DAP cuba dengan bersungguh-sungguh mencetuskan keganasan dan kekacauan seperti yang berlaku pada 13 Mei dengan menyuntik kebencian pada penganut kristian demi cita-cita politik yang begitu keji. - Selangor Daily


Dr. Thomas Phillips 

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.Bishop Gereja Lutheran Evangelical,Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata,permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang,Malaysiakini semalam,hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.Menurutnya,kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian. "Gereja ialah tempat yang sangat suci.Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.- Utusan Malaysia 

RENUNG-RENUNGKAN 

PRU 13 !!! AZMIN ALI KEMARUK !!! KHALID GAGAP TERPINGGIR !!! MUSAPHA ALI KENA KETUK !!! APA CERITA NI ???

Posted: 08 Oct 2012 02:35 AM PDT


Belum pun wisel PRU 13 ditiupkan secara rasmi,kem-kem pihak berkepentingan dalam PR sudah bertelagah sesama sendiri berhubung perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini sedang disandang Khalid Ibrahim.Semuanya gara-gara kenyataan Timbalan Presiden PKR yang menyatakan Selangor akan mendapat MB baru selepas PRU 13 serta turut mengesahkan perkara tersebut sedang dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.Kenyataan Azmin Ali itu kemudian menjadi kontroversi memaksanya membuat 'pembetulan' terutama sekali selepas Setiausaha Agong PAS,Mustapha Ali menegurnya kerana bimbang kenyataan Timbalan Presiden PKR itu akan mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.Namun demikian, dikalangan rakyat Selangor tak ada yang keliru pun kerana umum mengetahui Azmin telah agak lama mengidam dan begitu kemaruk sekali untuk mengambil alih jawatan tersebut.Kontroversi kali ini hanyalah lanjutan dari beberapa konflik dalaman yang pernah tercetus sebelum ini.Melihat pada rekod dan sejarah Azmin dalam membelasah musuhnya dalam PKR dan PR hingga lunyai,tidak sukar untuk kita jangkakan Khalid juga akan mengulangi nasib yang sama sebagaimana pernah di alami Zaib Ibrahim dan Hasan Ali.Zaid yang diawal kemasukannya dalam PKR disambut meriah bagai pahlawan akhirnya terpelanting keluar selepas dilihat berpotensi mencabar populariti dan kewibawaan Azmin dalam PKR.Hasan pula disepak terajang oleh PAS selepas Azmin memberi kata dua kepada pemimpin PAS supaya mengambil tindakan keras berikutan kenyataan Hasan yang menolak demonstrasi 901 pada Januari lepas. 


Selepas PRU 13 sama ada PKR kekal atau rebah di Selangor,tetap tiada maknanya dunia politik untuk Khalid. Sama ada dia akan terpinggir sendiri atau dipinggirkan secara terhormat, semuanya menjurus kepada kejatuhannya dari hierarki kepimpinan PKR.Dalam pada itu,keterlanjuran Mustapha Ali menegur Azmin nampaknya mengundang padah apabila dalam satu mesej tweeternya kepada seorang pembacanya,Azmin memperlekehkan teguran pemimpin PAS itu sebagai kenyataan dari orang yang mudah melatah disebabkan faktor usia yang semakin tua.Reaksi Azmin itu agak keras seumpama satu ketukan yang agak menyakitkan singgah di atas kepala Setiausaha Agong PAS. Satu penghinaan yang agak memilukan hati barangkali. Tapi nasib Mustapha boleh dikira masih baik kerana cuma diketuk sahaja dan bukannya dibicarakan dan dipecat dari parti tanpa bela diri seperti mana dialami bekas Naib Presiden PAS,Hasan Ali. Namun tentunya ia mengundang amarah dikalangan penyokong dan ahli PAS tapi percayalah, dalam keadaan sekarang di mana PAS hanyalah ibarat keldai tunggangan untuk PKR dan DAP,tiada apa yang dapat PAS lakukan dalam menghadapi sikap Azmin yang kurang ajar dan terlampau ego itu.Apapun,PRU 13 belum pun membuka tirai namun dikalangan pemimpin PR sudah berperang merebut jawatan yang belum tentu akan kekal di tangan mereka lagi.Nampak sangat nawaitu perjuangan politik terlebih-lebih mengutamakan kepentingan perut sendiri berbanding khidmat bakti untuk rakyat. Sama-samalah kita tunggu PRU 13 dan kita akan saksikan di antara mereka bertiga ini,Azmin,Khalid dan Mustapha,siapa yang masih kekal berpaut di dahan kering atau tak mustahil kesemua mereka dicampak oleh rakyat jauh terperosok ke dalam longkang.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU PKNS !!! RAKYAT SELANGOR MENGAMUK !!! APA CERITA NI KHALID GAGAP ???

Posted: 07 Oct 2012 07:00 PM PDT


Barisan Nasional (BN) Selangor meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim jangan memandang rendah desakan pembeli rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya perbadanan itu membantu menyelesaikan hutang mereka dengan bank. Timbalan Pengerusinya,Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan Selangor sepatutnya lebih peka dalam menjaga kebajikan rakyat,terutama golongan berpendapatan rendah, dan bukan mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.

"Inilah budaya yang dicipta oleh kerajaan pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat)… kerajaan negeri Selangor ternyata memandang remeh isu yang dibangkitkan oleh rakyat. "Rakyat nak tuntut kepakaran MB (Menteri Besar), dan kenapa beliau tak cari jalan bagaimana nak selesaikan hutang rakyat kepada PKNS itu," katanya mengulas demonstrasi lebih 200 penduduk rumah pangsa di Seksyen 7, 16, 18 dan 20 Shah Alam baru-baru ini,yang meminta PKNS melupuskan hutang pembeli kediaman terbabit bernilai RM19 juta. Noh berkata jika kerajaan Selangor boleh menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad bernilai RM392 juta, mereka juga sepatutnya turun padang membantu mengambil alih hutang penduduk berpendapatan rendah di negeri ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...