PISAU.NET

PISAU.NET


Tak Salah Amal Nepotisme Bila Terkena Batang Hidung Sendiri

Posted: 08 Oct 2012 01:00 AM PDT

Setelah menantunya kantoi menyeleweng,Nik Aziz kata dibolehkan kronisme .Nah sekarang Mursidol DAP pula berfatwa kroni dibolehkan.Ini semua satu lagi contoh politik gampang menghalalkan cara yang diamalkan oleh puak pakatan.

Apa korang rakyat Malaysia bodoh sangatkah boleh terima alasan pemimpin haprak pakatan apabila terkena batang hidung sendiri...

Tidak salah amal nepotisme - Karpal

PULAU PINANG 6 Okt. - Amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga seperti dipraktikkan dalam pakatan pembangkang tidak perlu dibimbangi.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik.

Menurutnya, berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.

"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng telah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang.
"Jadi saya fikir nepotisme dalam pakatan pembangkang tidak perlu dikhuatiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.

Berdasarkan senarai tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri bukan sahaja menyenaraikan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri malah, turut meletakkan anaknya, Nurul Izzah sebagai anggota Kabinet.

Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menjelaskan, pakatan pembangkang tidak percaya pada senarai sedemikian.

"Kami percaya kepada realiti. Apabila tiba masanya nanti, pakatan pembangkang akan mendedahkan senarai Kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang."Kami tidak percaya kepada wayang kulit," ujarnya.-Utusan

Pisau kata " kerajaan anak menantu..."

Pegawai JUSA Ditekan Hingga Berhenti Kerja Kerana Tak Mau Sembah Tokong LGE

Posted: 07 Oct 2012 11:00 PM PDT



Kakitangan awam di zalimi hanya kerana tidak mahu mengikut kehendak tokong DAP si Lim Guan Eng.


Pisau ambil contoh iaitu Hj Zaini Husain,Timbalan SUK di Bahagian Pembangunan seorang berpangkat JUSA telah dikenakan tindakan digantung tugas pada awal Mac 2012.


Malang buat Hj Zaini apabila keputusan mengantung dibuat melalui mesyuarat Exco negeri apabila mengeluarkan arahan agar beliau dilarang melaksanakan tugas tugas rasmi termasuk menghadiri mesyuarat yang dpengerusikan oleh tokong Lim Guan Eng.


Regim DAP memberi tekanan kepada Hj Zaini dan paling sadis beliau hanya diberikan tugas melaksanakan kerja kerja pentadbiran kewangan sahaja.Setelah dimalukan,ditekan dan dilayan sebegitu rupa ,Hj Zaini telah memohon untuk bersara pilihan pada March 2013. Mulai bulan ini Hj Zaini telah mula bercuti.


 Kesemua ini puncanya hanya kerana Hj Zaini enggan mematuhi arahan tokong Lim Guan Eng untuk melaksanakan projek projek yang tidak mengikut prosedur. Hanya kerana pegawai ini berintigiriti dan tidak mahu menyeleweng atau bahasa lebih mudah kawtim dengan Guan Eng beliau telah ditekan sebegitu rupa.


Sebenarnya ini hanya sebahagian cerita bagaimana pegawai pegawai kanan melayu yang menerima nasib yang sama di SUK Negeri Pulau Pinang hanya kerana mereka menegakkan intigriti dan mematuhi tatakerja. Mereka ini menjadi mangsa hanya kerana tidak mahu menyeleweng seperti mana kehendak tokong Lim Guan Eng.

Kediktatoran,chauvanis dan ultrakiasu para pemimpin DAP cukup memualkan.Ramai yang pernah berurusan dan juga bekerja dibawah mereka mengalami nasib yang sama. Bayangkan jika puak ultrakiasu ini menjadi pemerintah negara ini....


Pisau kata " hanya yang sanggup tunduk yang selamat dibawah DAP"

Apa Kelulusan Anwar Semasa Di UM ?

Posted: 07 Oct 2012 06:00 PM PDT

AIDCNews – 06/10/12 – Ramai yang bertanya apakah kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menuntut di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Melayu) Universiti Malaya (UM) pada tahun 1967 hingga 1971.


Pertanyaan itu dianggap wajar kerana kebanyakan penulis dan wikipedia hanya menumpukan kepada kegiatan Anwar di Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM) tetapi tidak ada rekod tentang pencapaian akademik Anwar semasa di UM.


J. Victor Morais dalam bukunya bertajuk "Anwar Ibrahim Cekal dan Tabah" yang diterbitkan pada tahun 1984 turut menyingkap persoalan ini, namun jawapannya juga masih samar-samar.
Morais menemui dua orang sahabat baik Anwar, 2K, Kamaruddin Mohamed Noor, (ketika itu Naib Presiden ABIM) dan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung ABIM).


"Apabila ditanya tentang kejayaan Anwar dalam bidang akademiknya, khususnya di Universiti Malaya, Encik Kamaruddin (Mohamed Noor) berkata Anwar adalah pemegang ijazah dengan kepujian tetapi (Encik Kamaruddin menambah kata) Anwar mungkin dapat berbuat lebih baik lagi jika beliau (Anwar) tidak begitu bergiat dalam masalah sosio-ekonomik,"tulisnya.


Sebagai perbandingan, Morais menceritakan secara terperinci kelulusan Kamaruddin Jaafar.
"Beliau (Kamaruddin Jaafar) memegang ijazah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Sains Politik, Universiti Malaya sebelum memasuki Universiti Kent di Coutenbury, England).
"Kemudian beliau memasuki School of Oriental dan African Studies, Universiti London, di mana beliau beroleh Sarjana dalam Sains Politik.


"Ketika beliau balik dari England dalam tahun 1977, beliau menjadi pensyarah di Jabatan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Bangi," tulisnya lagi.


Pada tahun 1971, tulis Morais, Anwar bersama lima orang rakannya, Kamaruddin Mohamed Noor (KM), Ismail Mina Ahmad, Osman Bakar (Perak), Mohd Zaki Abdul Rahman dan Ahmad Fakri Abdullah telah menubuhkan sekolah swasta yang diberi nama Yayasan Anda Akademik di No A1-2, Bangunan UDA, Jalan pantai Baru, Kuala Lumpur.


Setelah Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982, jawatan Pengarah Yayasan Anda Akademik diserahkan kepada sahabat baiknya, KM.

Hari ini, Yayasan Anda Akademik hanya tinggal pada nama sahaja.



Ismail Mina : Kenal Anwar Sejak Universiti Malaya…
Anwar mengaku jadi tool CIA sejak zaman pelajar – The Thinker
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...