tun faisal dot com

tun faisal dot com


Harun Din - Anwar dan PKR bakal hancurkan Islam di Malaysia?

Posted: 08 Oct 2012 03:00 PM PDT

Post Pic



Islam liberal Anwar akan cetus sesalan berpanjangan

pada 08-10-2012 01:10 Ditulis Oleh Sharifudin Jamil



[ULASAN] Rumusan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai caragaya politik Anwar Ibrahim amat serius. Bagi beliau Anwar ada cara tersendiri bagi mengaut laba politik dan pendekatannya itu tidak berlandaskan Islam.

Sesungguhnya Dr Haron seorang ulama dan ahli akademik yang amat berhati-hati ketika berhujah. Justeru dalam kes Anwar ini, beliau nampaknya begitu fokus dalam pemerhatiannya.

Bagi Dr Haron, Anwar kian cenderung melandaskan pemikiran politiknya pada pemikiran Islam liberal yang dianggapnya agak memudaratkan kepentingan Islam.

"Jangan kita rujuk kepada orang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Ye lah Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan," katanya.

Dr Haron berharap umat Islam di Malaysia, terutama penyokong PAS, tidak terkeliru hingga menyamakan fahaman liberal yang dibawa oleh Ketua Umum PKR itu dengan perjuangan PAS yang mahu menjadikan Islam sebagai asas membentuk sebuah negara.

Dr Haron berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang diundang oleh Anwar ke Malaysia baru-baru ini.


Pada majlis Selasa lalu itu Anwar juga bersetuju melancarkan buku tulisan Akbar berjudul Tinderbox: The Past and Future of Pakistan.

Akbar yang kini Pengarah Editorial akhbar berbahasa Inggeris terbesar jualannya di benua India  -- India Today -- mendakwa Islam adalah agama menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Dalil yang beliau gunakan ialah jika Islam boleh menyatukan umat untuk membentuk sebuah daulah atau negara Islam, sudah pasti di dunia hari ini ada 32 negara Arab yang masing-masing mendakwa negara Islam.

"Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya.

Pendirian Dr Haron ini amat jelas dan tegas. Meskipun sejarah hubungan peribadi beliau dengan Anwar sudah terjalin sekian lama, ketegasan Dr Haron mengatasi seberang sentimentaliti dengan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.

Malah ketika ditanya adakah PAS bersetuju dengan fahaman syarahan Akbar tersebut, Dr Haron menambah mana-mana pihak yang amalkan fahaman sebegitu perlu mengubah persepsi mereka mengenai Islam.

"Jangan ambil begitu...yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap, maknanya apa sahaja kehidupan manusia, Islam menawarkan termasuklah penubuhan negara Islam 
yang lengkap. Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi," katanya.

Pendirian Dr Haron ini meninggalkan banyak kesan terhadap imbangan politik  negara hari ini. Ketika negara dikatakan menuju ke arah sistem dua parti, Pakatan Rakyat yang memperhebat cabaran terhadap Barisan Nasional nampaknya masih belum muktamad platfom politik mereka.

Mungkin terbuai dengan desakan mahu memperkukuhkan persamaan pemikiran politik, PKR di bawah pimpinan Anwar semakin ghairah menjadikan isu Hak Asasi manusia sebagai wadah kerjasama politik dengan PAS dan DAP.

Keadaan ini amat bermanfaat kepada DAP yang mendapati kini lebih mudah baginya meluaskan penerimaan rakyat berfahaman liberal akan perjuangannya kerana kini diperakui oleh seorang ikon politik Melayu seperti Anwar Ibrahim.

Anwar pula nampaknya cuba memanfaatkan kerjasama dengan DAP di atas slogan hak asasi manusia ini untuk mengaut lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu bagi mengimbangi monopoli Umno terhadap undi Melayu.

Apa jua kesannya, Anwar nampaknya semakin liberal pemikiran politiknya dan mungkin ini yang mendorong Dr Haron untuk menyimpulkan Anwar lebih senang bermain dengan konsep keadilan yang universal sifatnya dan ini nampaknya menjarakkan beliau daripada pemikiran Islam yang lebih syumul.

Sikap inklusif politik Anwar mungkin mendekatkan dirinya di hati pengundi bukan Islam dan Melayu, tetapi jika dibiarkan diadun dengan pandangan "rojak" orang seperti MJ Akbar, Anwar mungkin menjadi Pak Kaduk yang "menang sorak tapi kampung tergadai".

Dr Haron sudah bersuara, Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula bila lagi? Memenangi pilihan raya umum adalah satu hal yang diimpikan tetapi menggadai maruah Islam dengan "mengambil mudah" semangat dan syariah Islam, adalah satu pemikiran yang berbahaya dan akan mencetuskan penyesalan berpanjangan bagi PAS dan umat Islam di Malaysia, setidak-tidaknya.


[Video] Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bersatu di belakang pemerintah, bukan sokong pemberontakan, demonstrasi?

Posted: 08 Oct 2012 01:50 AM PDT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...