Sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal
Kuala Lumpur: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dan menolak Islam sebagai asas penubuhan negara.
Ini berikutan Anwar melancarkan sebuah buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan karya penulis yang juga bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali dengan nama MJ Akbar, minggu lalu.
Kuala Lumpur: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan penulis Islam berfikiran liberal dan menolak Islam sebagai asas penubuhan negara.
Ini berikutan Anwar melancarkan sebuah buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan karya penulis yang juga bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali dengan nama MJ Akbar, minggu lalu.
Meremehkan Islam
Malah pemimpin pembangkang itu juga membenarkan penulis terbabit meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda perjuangan PAS.
Haron yang dipetik portal berita AntaraPos berkata, beliau kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.
Bukan direstui PAS
Beliau turut meminta rakyat supaya tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.
"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.
"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.
"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar dan dia tiada asas politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," katanya dipetik portal berita itu.
Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR malah menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara sempurna.
"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari ketika mengulas perkara itu berkata, apa yang dilakukan Anwar itu bukan sesuatu yang baru malah ini bukan kali pertama Anwar tidak menghormati pandangan rakan sekutu khususnya PAS.
"Tindakan yang dilakukan Anwar itu bertujuan menjaga hati rakannya dari Barat terutama mereka yang rancak melancarkan pemikiran Islam liberal di kalangan umat Islam," katanya.
Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu sebegini kerana ia membabitkan prinsip dan perjuangan parti.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment