tun faisal dot com |
- [Video] Ustaz Rasul - Orang Islam Penyokong Demonstrasi Bersih termasuk golongan rosak aqidah?
- Bekas S/U Sulit Anwar kata Anwar jumpa Soros untuk jadi balaci, tak sama macam @NajibRazak ?
- [Gambar] Orang agama yang keluar Pas vs Kartun Politik yang masuk Pas
- Shahnon Ahmad - Pas sudah sesat sejak berkawan dengan PR?
[Video] Ustaz Rasul - Orang Islam Penyokong Demonstrasi Bersih termasuk golongan rosak aqidah? Posted: 13 Oct 2012 08:30 PM PDT Melantik Ambiga sebagai ketua untuk menghancurkan pemimpin Islam Malaysia melalui demonstrasi jalanan akan rosak aqidah? Orang Islam dalam Pas, PKR dan DAP perlu bertaubat? |
Bekas S/U Sulit Anwar kata Anwar jumpa Soros untuk jadi balaci, tak sama macam @NajibRazak ? Posted: 13 Oct 2012 06:30 PM PDT Anwar pening bila rakyat kata hanya balaci yang keluar kenyataan sokong negara Zionis tanpa syarat? AIDCNews – 13/10/12 – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma 'jumpa Soros' dengan 'bekerja untuk Soros' kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York. "Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group. "Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam," kata Rahimi. Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari. "Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan. "Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,"katanya. Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa. "Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,"katanya lagi. Baru-baru ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), badan berdaftar yang menyalurkan wang kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) menerima dana dari empat sumber antarabangsa , termasuk dari badan milik Soros, Open Society Institute (OSI), di New York yang mempunyai pangkalan di Asia Tenggara, di Burma melalui Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara. Portal Mkini dotcom juga turut mengakui menerima dana dari Soros untuk melaksanakan kerja-kerja media di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Bekas Penolong Setiausaha Pemuda keadilan, Lokman Noor Adam mendedahkan Tian Chua sendiri mengaku kepadanya menerima duit dari Soros untuk menggerakkan SUARAM. Menurut Lokman, Tian Chua sepatutnya dihukum gantung kerana menerima duit Soros denganmelakukan kerja-kerja jahat untuk menghuru-harakan negara. Anwar sendiri bekerja dengan NGO milik Soros, ICG sejak tahun 2006 hingga sekarang. Satu pucuk surat bertarikh 11 Mei 2006 daripada Gareth Evans, ketika itu Presiden ICG kepada Anwar Ibrahim, membuktikan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam organisasi tajaan Soros itu. Ketika surat pelantikan untuk menganggotai ICG, Anwar merupakan pensyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS). Kenyataan media ICG pada 26 Mac 2007 di Vancouver turut mengesahkan Anwar merupakan salah seorang anggota ICG yang bersetuju dengan resolusi 'two state solution' iaitu satu konsep yang mengiktiraf negara Israel dan Palestin merdeka bersama-sama sebagai penyelesaian konflik Israel/Palestin di Timur Tengah. "Mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut," begitulah resolusi ICG yang ditandatangani Anwar. Kehadiran Anwar bersama Soros dalam menjalankan kerja-kerja ICG dirakamkan oleh wartawan veteran Dateline Australia, George Negus yang turut dipaparkan di laman maya. "Lembaga ICG (yang dipengerusikan Gareth Evans) dianggotai penggerak dan penggoncang dunia yang berprofil tinggi seperti jutawan dermawan George Soros; tokoh empat bintang, Jeneral Wesley Clark; bekas Gabenor British di Hong Kong, Chris Patten; bekas Presiden Chile, Ricardo Largos; bekas Perdana Menteri Kanada, Kim Campbell; bekas Perdana Menteri Belanda, Win Kok. Dan bekas 'anak emas' politik Malaysia, yang baru keluar dari penjara, Anwar Ibrahim," lapor wartawan Dateline. Wartawan Australia itu turut memasukkan nama Shlomo Ben Ami, bekas Menteri Luar Israel sebagai anggota ICG. "Apa yang perlu kita capai adalah satu penyelesaian politik di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan sempadan antara Israel dan dunia Arab. Adakah keamanan di seluruh Timur Tengah dijaga sepenuhnya ? Saya tidak percaya perkara itu kerana terdapat banyak masalah-masalah lain. Anda perlu berfikir dari segi kestabilan rejim, integrasi rakyat jelata, persoalan demokrasi," kata bekas Menteri Luar Israel itu. Bukan setakat berjumpa dan bermesyuarat, namun turut dibuktikan Anwar pernah menghantar surat kepada Soros untuk kepentingan peribadi dan jawatan organisasi yang disandangnya itu. Anwar pernah menghantar surat kepada Soros Fund Management (yayasan milik Soros) pada 15 Disember 2006. "Saya berasa amat gembira bertemu tuan baru-baru ini dan berkongsi serta bersama merenungkan kedudukan isu kebertanggungjawaban dalam politik dan secara lebih meluas, dalam pembangunan", kata Anwar dalam mukadimah suratnya. Anwar turut memaklumkan kepada Soros bahawa kini beliau telah dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility dan beliau meminta persetujuan daripada Soros untuk mempertemukannya dengan pengasas dan Ketua Eksekutif (CEO) AccountAbility, Dr. Simon Zadek. Selain CEO AccountAbility, Simon Zadek adalah Ahli Lembaga Pengarah Penasihat Generation Investment Management (GIM), sebuah organisasi kawalan Al Gore. Menurut Anwar, AccountAbility merupakan organisasi yang bukan bertujuan untuk membuat untung dan sudah semestinya bantuan kewangan diperlukan untuk menjayakan visi dan misi organisasi itu. "Organisasi kami bukan bertujuan untuk membuat untung….Dengan sokongan daripada beberapa buah dana, termasuk kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada, kami telah berjaya membangunkan rangka bidang kerja untuk perkongsian-perkongsian umpama itu. "Tahun hadapan kami berharap mendapatkan rakan dan sokongan kewangan bagi menaja beberapa siri perbincangan mengenai inovasi dalam kebertanggungjawaban yang perlu untuk bertahan dan maju pada abad ke-21. "Siri perbincangan tersebut akan dipimpin ketua-ketua perniagaan dan ahli politik kanan. "Saya yakin usaha tuan (Soros) dan misi AccountAbility adalah sehaluan dan berharap tuan akan merasakan begitu juga. "Jika ini benar, saya mencadangkan kita memanjangkan perbincangan ini ke tahap lebih praktik di mana kerjasama akan menjadi lebih sesuai", kata Anwar kepada Soros. |
[Gambar] Orang agama yang keluar Pas vs Kartun Politik yang masuk Pas Posted: 13 Oct 2012 11:48 AM PDT |
Shahnon Ahmad - Pas sudah sesat sejak berkawan dengan PR? Posted: 13 Oct 2012 04:25 AM PDT Jangan sokong dengan PR kerana Pas yang kononnya Islam, telah tolak Islam dan ulama sejak bersahabat dengan PR dan syaitan. Pas telah menolak ulama sebenar dan mengekalkan ulama boneka di dalam Pas. Mungkin itu yang menyebabkan kekecewaan Ahli Seumur Hidup Pas. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment