BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! GOLONGAN ANWARIS DAN ERDOGAN JADIKAN PAS PAK TURUT ??? APA CERITA NI ???

Posted: 13 Oct 2012 12:00 PM PDT


Penguasaan golongan Anwaris dan Erdogan dalam kepimpinan PAS menyebabkan parti itu kini menjadi 'pak turut' kepada DAP dan PKR,kata ahli seumur hidup PAS,Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.Katanya,keadaan menjadi parah apabila golongan ulama disisihkan daripada kepimpinan PAS pusat menyebabkan parti itu hilang kredibiliti selaku parti yang mempertahankan syariat islam. "Ini menyebabkan orng melayu terutama ahli PAS sendiri mula mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hokum hudud dan konsep Negara islam yang diperjuangankan sejak lima dekat lalu." Katanya. 

Pentingkan undi bukan melayu Beliau berkata, perjuangan PAS sudah jauh menyeleweng kerana terlalu mementingkan undi bukan melayu."Kepimpinan PAS pusat sekarang sudah dikuasai golongan Erdogan dan Anwarinas yang angenda utama mereka ialah kuasa, kebendaan dan pekara duniawi. "Kumpulan ini membisu apabila bedepan dengan DAP dan PKR demi merealisasikan impian menawan Putrajaya, sehingga menyebabkan PAS kini dilihat sebagai pengikut dala pakatan," katanya ketika bertemu BH disini semalam. 

Shahnon yang juga sastrawan Negara mendedahkan kebanyakan ahli PAS, Khususnya diperingkat akar umbi kurang selesa dengan DAP, tetapi tidak mahu bersuara kerana tidak mahu dianggap melawan dasar parti. Katanya, kesetiaan ahli PAS kepada perjuangan parti boleh tergugat berdasarkan tindak tanduk parti parti ituyang banyak mengalah kepada DAP dan PKR. "saya yakin ini tidak akan berlaku jika golongan ulama kembali memimpin jawatan kuasa PAS pusat, selain pelbagai isu membabitkan akidah dan akhlak boleh kita selesaikan. "malah, saya yakin kerjasama dengan UMNO juga boleh menjadi kenyataan kerana ulama mementingkan perpaduan ukhuwah sesame Muslim dan bukanya Erdogan atau Anwarinas yang hanya mengimpikan Putrajaya," katanya. - BH

HOT VIDEO !!! ADIK ELI WONG SERBU BANGUNAN UMNO ??? APA CERITA NI ???

Posted: 13 Oct 2012 08:43 AM PDT


 

APA CERITA NI ???

gadis yang menyerupai ELIZABETH WONG ini cuba lakukan dengan menyelinap masuk ke bangunan UMNO dan di depan baju nya bertulis "BN. MEMUPUK SAMSENG + MAFIA! MALAYSIA MUSNAH! " dan "CORRUPETD UMNO ATTACKED SULTAN POWERS IN 80s - 90s. WHO IS TRAITOR OF MALAYSIA"


Inilah strategi puak pakatan haram nak jatuhkan kerajaan.mana bukti semua tu ??? habis tu apa cerita DAP Samseng dn Mafia ??? sikit-sikit UMNO dan BN.Nampak sangat nak hasut kononnya kerajaan malaysia ni tak bagus dan kerajaan ni hancur.kalau tak bagus,adakah Malaysia ni huru hara ??? cuba fikirlah wahai puak pakatan haram 

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KAPAL SELAM SCORPENE !!! APA SEBENARNYA YANG TERJADI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Oct 2012 08:44 AM PDT


SUARAM 'ditampar' lagi dengan berita penolakan mahkamah Perancis terhadap permohonan mereka untuk menjadi plaintif bagi dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene.Seperti yang diketahui,SUARAM,iaitu pertubuhan yang diterajui pemimpin-pemimpin pembangkang serta didalangi oleh Yahudi dan penyangak matawang telah membuat aduan kepada mahkamah Perancis bahawa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas dalam pembelian kapal selam scorpene Dan mengikut undang-undang negara tersebut,semua aduan perlu diterima dan disiasat sewajarnya oleh hakim penyiasat.Sekiranya aduan tersebut didapati berasas,maka kes tersebut mungkin dibawa ke mahkama Dan hari ini,terdedah sudah bahawa mahkamah Perancis telah menolak permohonan SUARAM sejak dari awal lagi iaitu pada 13 Mac 2012. 

Ini bermakna,setelah membuat pertimbangan atas permohonan SUARAM,mahkamah mendapati bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dilayan. SUARAM bagaimanapun, memfailkan semula aduan yang sama di mana jawapannya masih belum diterima sehingga kini. Dalam ertikata lain,aduan ditolak dan tiada kes yang difailkan.Justeru,dari mana datangnya kisah mengenai perbicaraan ??? Sepina ??? Saksi dan dokumen bukti ??? Dari imaginasi Anwar ??? Atau dari imaginasi Soros ??? Malah,akhbar Suara Keadilan 9 Oktober 2012 masih lagi memomokkan rakyat dengan menyiarkan senarai tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri dan kononnya sepina telah diterima oleh salah seorang saksi.Kadangkala saya hairan,sejauh manakah lagi SUARAM ingin memperbodohkan rakyat ??? Bukankah tindakan mereka meneruskan penipuan yang telah terdedah berkali-kali, menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang bodoh ??? 

Jelas sekali di sini bahawa pihak Yahudi yang menjadi dalang di belakang SUARAM benar-benar memandang rendah terhadap intelektualiti rakyat Malaysia.Sangka mereka,kita semua boleh ditipu hidup-hidup hanya kerana ada segelintir yang berjaya diperdaya mereka.Atas perancangan Yahudi,SUARAM telah melakukan penipuan secara besar-besaran yang mana ia bukan sahaja membabitkan mahkamah dan juga kerajaan kepada dua buah negara tetapi juga wang yang bukan sedikit. Bayangkan, berapakah upah peguam-peguam tersohor luar negara yang mana salah seorangnya adalah juga peguam kepada George Soros sendiri.Mereka ini semuanya meletakkan bayaran mengikut jam dan bukannya mengikut kes.Ini belum termasuk kos sampingan seperti penginapan, pengangkutan bagi peguam-peguam terbabit dan juga pegawai-pegawai SUARAM untuk berulang-alik antara Perancis-Malaysia dan juga Thailand dan kini Singapura dan entah ke mana lagi yang dipilih oleh SUARAM untuk membuat sidang media atau kenyataan mengenai kes yang tiada kes ini. Kita sedia maklum bahawa SUARAM menerima dana secara langsung dua dari rangkaian operasi pertukaran rejim di bawah pihak yang pada hakikatnya sedang menguasai dunia. Oleh itu, kos yang tinggi bagi mencipta dan meneruskan satu penipuan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh SUARAM dengan pihak ini sebagai dalang. 

Atau, secara dasarnya,bolehlah dikatakan bahawa SUARAM mempunyai dana yang tiada hadnya. Dan ini membawa kepada satu lagi persoalan iaitu dengan dana yang sebegitu banyak, kenapakah SUARAM perlu menganjurkan program-program untuk mengumpul dana dari rakyat Malaysia untuk menampung penipuan mereka? Perkara ini boleh dirujuk sendiri di laman rasmi pertubuhan itu,di mana mereka telah beberapa kali menganjurkan makan malam mengumpul dana kononnya untuk digunakan bagi 'mendapatkan keadilan dalam kes scorpene'.Memandangkan kes scorpene sebenarnya tidak wujud, maka ke manakah semua dana tersebut dibelanjakan ??? Atau ke poket siapakah ianya disimpan ??? Mana-mana rakyat yang terpedaya menyumbang wang kepada SUARAM untuk menampung kos kes yang tiada kes ini,wajar tampil ke hadapan untuk menuntut kembali wang mereka.Cukup-cukuplah minda anda terpedaya dengan penipuan SUARAM tetapi janganlah sampai terpaksa membayar pula untuk menampung kos penipuan itu.Kalaupun begitu benci dengan kerajaan,janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT AND FULL VIDEO !!! TONY PUA DI HENTAM KAW-KAW OLEH DATUK ABDUL RAHMAN !!!

Posted: 13 Oct 2012 08:44 AM PDT


Video Penuh : Wacana Sinar Harian Bertajuk Bajet 2013 Yang Diadakan Di Karangkraf.Moderator,Dr Maszlee Malek,Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Panel Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN,Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Publisiti DAP,Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Dan Wan Saiful Wan Jan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas)

JOM LIHAT MACAM MANA TONY PUA KENA HENTAM DI ATAS PENIPUAN BELIAU !!!

 

RENUNG-RENUNGKAN

KHALID GAGAP KANTOI !!! BUKTI AIR EMPANGAN MEROSOT TERSEBAR !!!

Posted: 13 Oct 2012 08:45 AM PDT


Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim A.K.A Gagap pernah mengarahkan Exco kanannya,Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya.Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut,kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan dan sungai masih dipenuhi dengan air.Hakikatnya,tujuan sebenar tinjauan itu dilakukan hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat Selangor daripada isu sebenar berkaitan bekalan air terawat yang semakin kritikal di kebanyakan loji rawatan air di seluruh negeri.Satu perkara yang tidak diceritakannya kepada khalayak ialah,air mentah yang memenuhi empangan dan sungai tidak akan selamanya akan penuh atau kekal parasnya pada takat tertentu.Ada tikanya akan surut sama ada kerana perubahan cuaca,disebabkan penggunaan harian yang tinggi selepas dirawat dan dibekalkan loji rawatan kepada pengguna ataupun disebabkan proses penyejatan. 



Berdasarkan maklumat terkini (Lihat Bacaan Paras Air Empangan,08 Oktober 2012) dan bila dibandingkan dengan bacaan paras air empangan pada 2 Julai 2012 lepas,jelas menunjukkan adanya penurunan paras air di beberapa empangan. Paling ketara di Empangan Sungai Selangor yang merosot teruk dari bacaan 217.35 juta meter jatuh ke paras bacaan 199.7 juta meter, agak hampir kepada paras kritikal yang kiranya berterusan akan memberi kesan besar terhadap loji rawatan air yang merawat sumber air mentah dari empangan ini.Manakala Sungai Tinggi pula sekarang berada di paras 54.94 juta meter, juga mengalami kemerosotan takungan air berbanding bacaan pada 2 Julai lalu ialah 58.7 juta meter. Hanya empangan Sungai Semenyih sahaja yang menunjukkan peningkatan daripada 95.61 juta meter kepada paras maksima 111 juta meter.Baki 4 empangan lain juga berlaku penurunan paras bacaan tapi tidaklah terlalu ketara. Dalam pada itu, mengikut makluman yang diterima, portal MyNewsHub juga ada membuat laporan eksklusif berkaitan perkara ini selepas mereka melakukan tinjauan ke beberapa empangan dan sungai sekitar Selangor. 

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, menurut kenyataan terbaru dari MB Selangor pada 7 Oktober lalu, katanya, rakyat tidak perlu cemas dengan penyusutan paras air yang dilaporkan berlaku di beberapa empangan dan loji rawatan air tika ini.Katanya,kerajaan negeri telah maklum perkara tersebut dan telah siap sedia untuk melakukan proses pembenihan awam seandainya hujan masih tidak turun dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober 2012 lepas.Tidak diketahui kenapa perlu menunggu 22 hari sebelum melakukan proses tersebut,apakah perlu ditunggu empangan dan sungai kering dahulu baru mahu bergegas untuk mencari jalan alternatif lain menyelesaikannya ??? Walau apapun,perkembangan terbaru ini tentulah menambah lagi sesak di kepala rakyat Selangor.Belum pun selesai isu air terawat yang semakin kritikal di loji rawatan sedia ada,terpaksa pula menunggu lebih tiga minggu untuk melihat kerajaan negeri bertindak mengatasi masalah penyusutan paras air mentah di empangan.Susah betul hidup berketuakan orang politik yang hanya pandai bercakap dan tahu mencipta seribu satu alasan tapi begitu lemah sekali dalam menyegerakan tindakan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...