PISAU.NET

PISAU.NET


Jangan Pertahankan Islam Dan Tegur DAP Nanti Lidah Panjang - Nik Aziz

Posted: 14 Oct 2012 01:30 AM PDT

Tok guru korang dah buka mulut, pertahankan Islam dan lawan DAP nanti jadi lidah panjang..oleh itu mana mana ahli PAS atau pakatan yang takut disumpah menjadi lidah panjang rasanya berhentilah ..

Jangan tegur lagi DAP..nanti ketulahan seperti tok guru korang kata kat Ustaz Nasha dah jadi lidah panjang ...


Dalam bahasa yang lebih mudah,Nik Aziz tu gelarkan Nasha lidah biawak gamaknya..kesian Nasha itulah yang memandai nak lawan DAP apahal..dah tu terhegeh hegeh pertahankan Islam.. ada untungnya sokong DAP contohnya serupa Khalid Samad..untung beb..

Korang jangan sokong PAS..sokong DAP lagi bagus..betui tak?

Nasharudin 'lidah panjang' - Nik Aziz

KOTA BHARU 13 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai seorang yang 'lidah panjang' iaitu orang yang suka menghasut ekoran tindakannya sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti.

Pada masa yang sama, Nik Abdul Aziz juga mempersoalkan tindakan Nasharudin kerana tidak berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sehingga mencetuskan isu yang boleh melemahkan parti itu.

"Dia ini mengarut, mengapa timbul sekarang mengapa tak timbul dulu. Buat apa sekarang baru timbul, masa menjadi calon Pas di Bachok, kenapa tidak timbulkan masa itu. Dasar lidah panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Keluarga Mawaddah di sini hari ini.


Pisau kata "Nik Aziz pukul anak sindir menantu la tu..dia kata kat Guan Eng sama"

Rahimi Osman : Ada Beza Jumpa Soros Dengan Bekerja Untuk Soros

Posted: 13 Oct 2012 11:30 PM PDT

AIDCNews – 13/10/12 – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma 'jumpa Soros' dengan 'bekerja untuk Soros' kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.


Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.


"Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.


"Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam," kata Rahimi.


Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
"Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.


"Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,"katanya.


Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.


"Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,"katanya lagi.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), badan berdaftar yang menyalurkan wang kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) menerima dana dari empat sumber antarabangsa , termasuk dari badan milik Soros, Open Society Institute (OSI), di New York yang mempunyai pangkalan di Asia Tenggara, di Burma melalui Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.


Portal Mkini dotcom juga turut mengakui menerima dana dari Soros untuk melaksanakan kerja-kerja media di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.


Bekas Penolong Setiausaha Pemuda keadilan, Lokman Noor Adam mendedahkan Tian Chua sendiri mengaku kepadanya menerima duit dari Soros untuk menggerakkan SUARAM.
Menurut Lokman, Tian Chua sepatutnya dihukum gantung kerana menerima duit Soros denganmelakukan kerja-kerja jahat untuk menghuru-harakan negara.


Anwar sendiri bekerja dengan NGO milik Soros, ICG sejak tahun 2006 hingga sekarang.
Satu pucuk surat bertarikh 11 Mei 2006 daripada Gareth Evans, ketika itu Presiden ICG kepada Anwar Ibrahim, membuktikan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam organisasi tajaan Soros itu.

Selanjutnya klik sini




George Soros Minta Nak Jumpa Saya – PM

Posted: 13 Oct 2012 08:23 PM PDT

Usaha sebuah portal pembangkang hendak belit dan putar satu pertemuan 'courtesy call' yang pernah diadakan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan George Soros nampaknya tidak begitu menjadi. Semua orang faham kenapa portal yang didakwa ada terima dana dari orang yang dilabel sebagai penyangak mata wang itu begitu gairah hendak menjadikan pertemuan itu satu isu.


Senang cakap umpamanya beginilah gambaran yang cuba dipancarkan…kalau kamu tuduh kami terima wang dari Soros…yang kamu jumpa dia itu kenapa?


Bodoh sangatlah pengendali portal itu tidak faham politik dan urusan kerja seorang Perdana Menteri dimana ada orang itu dan orang ini hendak bertemu dengannya.Ini termasuk sewaktu lawatan ke luar negara.


Semua orang tahu setiap tahun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng datang ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri.Apakah itu bermaksud ada apa-apa antara mereka.
Atau Najib pernah minum teh tarik sejenak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik VIP Parlimen tidak lama dulu.Apakah itu sudah tanda mereka OK.


Sebab itu Perdana Menteri nampak relaks sahaja ketika soalan mengenai laporan portal itu berhubung pertemuannya dengan Soros ditujukan wartawan padanya semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC Jumaat malam.
Portal itu melaporkan pertemuan itu berlangsung pada 27 September 2010 semasa Najib menghadiri sidang Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.


Beliau mengesahkan memang benar mereka ada bertemu.Katanya ia cuma ' courtesy call' (kunjungan hormat) atas permintaan Soros sendiri.


"Ya, memang saya berjumpa dengannya. Apa salah dengan itu?. Ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak,"katanya.


Beliau juga selamba secara berjenaka kata ,"tak perlu dibimbangi. Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat."

Menurut Perdana Menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah juma dengan Soros – Agendadaily



Pisau kata "kalau bukan bodoh bukan haprak pakatan namanya"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...