PISAU.NET

PISAU.NET


ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL

Posted: 13 Oct 2012 08:56 AM PDT

Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.


Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.


Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.


Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.


Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.


Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.


Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.


Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.


Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.


Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.


Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.


Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.


Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.


Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.


Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.


Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.


Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.


Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.


Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.


Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.


Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.


Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.


Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.


Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.


Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.

Nik Aziz Sahkan DAP Parti Tonggak Pakatan Rakyat

Posted: 12 Oct 2012 10:33 PM PDT

Beberapa bulan lepas, kita pernah dikejutkan dengan kebocoran maklumat pembahagian kerusi di antara parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) yang mana DAP telah mendapat kuota bertanding kerusi parlimen yang paling tinggi berbanding PKR dan PAS.

Pada awalnya, PR berkeras menyatakan maklumat dalaman yang hangat diperkatakan umum tika itu hanyalah propaganda BN, namun selepas itu tiba-tiba sahaja PR telah mengadakan mesyuarat tergempar meminda semula kuota pembahagian kerusi parlimen di antara mereka. Pelik bukan?

Pendedahan tersebut menarik perhatian ramai kerana sejak wujudnya PR, segala tindak tanduk gabungan itu dilihat condong mengikut dasar liberal DAP, sementara PKR sinonim sebagai pendukung DAP, manakala kehadiran PAS pula kelihatan sekadar bertaraf balaci suruhan sahaja.

Dengan kata lain, DAP telah berubah menjadi tonggak utama dan mendominasi arah tuju PR, sedangkan sepatutnya sebagai parti yang paling tua dan dilihat lebih kuat berbanding parti lain dalam PR, sewajarnya PAS yang menjadi penentu haluan dan dasar PR.

Setelah reda seketika isu dominasi DAP dalam PR, tidak semena-mena Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula tampil menyuarakan kekesalannya kerana PAS kini diibaratkan seperti pak turut kepada DAP.

Shahnon yang pernah mewakili PAS sebagai Ahli Parlimen di Sik, Kedah tanpa berselindung mengkritik kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah bercanggah dengan tuntutan Islam.

Katanya, pendekatan di zaman Rasulullah SAW yang bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik waktu itu langsung tidak sama seperti kerjasama PAS dengan DAP tika ini kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

Jelas Shahnon teramat kecewa melihat senario semasa di mana PAS terlalu mengikut rentak DAP sehingga mengorbankan banyak prinsip dan dasar perjuangan Islam.

Kenyataan Shahnon itu sebenarnya secara tersurat dan tersiratnya telah mengesahkan parti utama yang sedang menguasai halatuju PR sekarang ini ialah DAP dan bukannya PAS.

Namun kritikan dan kekesalan Shahnon nampaknya tidak berbekas di hati Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat apabila dalam reaksi balasnya, beliau mempertikaikan kritikan itu dengan mengaitkan konon Shahnon telah terpengaruh dengan propaganda media UMNO.

Orang PAS sendiri yang mempertikaikan hubungan parti itu dengan DAP, alih-alih UMNO pula yang dijadikan kambing hitam. Ajaib, unik dan pelik benar sikap pemimpin tertinggi PAS ini.

Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan, dalam kenyataan balasnya itu juga secara terbuka mengakui peri pentingnya kerjasama PAS dengan DAP demi untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika ditanya perihal kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengkritik dasar PAS yang terlampau mengutamakan kuasa dan amat bergantung harap pada DAP berbanding prioriti mendahulukan prinsip Islam, Nik Aziz secara terbuka mengakui PAS memerlukan sokongan pengundi Cina DAP untuk menjamin kemenangan duniawi.

Jelas dari kenyataan MB Kelantan itu, betapa besar harapannya pada DAP. Dengan kata mudah, pengakuan Nik Aziz itu mengesahkan tonggak sebenar PR adalah DAP dan PAS pula hanyalah balaci dan keldai tunggangan semata-mata.

Berpuluh tahun dulu kita tidak lupa dengan sikap PAS yang cukup alergik dan fobia melihat kerjasama antara UMNO-MCA-MIC yang membentuk PERIKATAN kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.

Saban hari waktu itu pemimpin PAS menghasut orang Melayu Islam supaya menjauhi UMNO kerana didakwa telah jatuh kafir selepas redha mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam.

Kini, PAS menjilat kembali ludahnya malah dimasa yang sama secara sedar telah mengiktiraf kepentingan DAP sebagai tonggak utama demi membolehkan PAS mengejar kuasa duniawi. Prinsip negara Islam dan hukum hudud hilang entah ke mana, sebaliknya yang menjadi tatapan sekarang ialah, PAS terus kekal sebagai balaci DAP.

Nyawa PAS di Tangan DAP?

Posted: 12 Oct 2012 03:57 PM PDT

Malaysian Malaysia Bagus!
Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian, bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS, telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak. 


Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah, PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP. 


Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain.   Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.  
Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa. 


Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya. 



Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama. 
Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT.  


PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia.  Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap hambaNya. 




Bagi yang benar-benar fanatik atau 'totok PAS' mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya. 


Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional, mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.

 

Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR.  Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima 'kegilaan' PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz. 



Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut.

 

Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka. 



Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas.  Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam. 



Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam.  Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka.  



Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa.  


Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah, sedangkan DAP menentangnya?
Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar?  


Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya. 


Justeru, inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP.


 Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya.   Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya.  Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya.  


Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka. 



Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham, menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...