Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Malam Pertama Yang Tak Mungkin Kita Lupa!!
- TUDIAA!! Pas Beli Kereta Mewah Dengan Duit Tabung Derma?
- HANGAT!! Bila Ahli Seumur Hidup Pas Mula Kecewa Dengan Parti!!
- TUDIAA!! Wanita Pas ni Bertudung Tapi BerBoogel!!
- PANASS!! Video Seks Pemimpin Pakatan Perak Tersebar??
- EKSKLUSIF!! Pendedahan SUK Negeri Kedah Melancong Ke Luar Negara? #TukarKedah #PasBodoh
HOT!! Malam Pertama Yang Tak Mungkin Kita Lupa!! Posted: 13 Oct 2012 08:15 AM PDT
Satu perihal sebagai renungan kita bersama.. Untuk merenungkan betapa indahnya malam pertama kita.. Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata.. Bukan juga malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa.. Akan tetapi malam pertama kita di dalam kubur.. Satu malam yang meninggalkan hiba tangis sanak saudara.. Hari itu..kita sangat dimanjakan.. Mandipun..harus dimandikan.. Seluruh aurat badan kita di buka.. Tidak ada sehelai benang pun menutupinya.. Tidak ada sedikit pun rasa malu.. Seluruh badan kita digosok dan dibersihkan.. Kotoran dari setiap lubang, juga dubur dikeluarkan.. Bahkan lubang-lubang itu pun pasti ditutupi kapas putih.. Itulah 'susuk' kita.. Itulah rupa jasad kita waktu itu.. Setelah kita dimandikan.. Kita dipakaikan pula kain cantik berwarna putih.. Pakaian itu..jarang orang memakainya.. Pabila dipakai..kita tak dapat pula melihatnya.. Pakaian yang sangat terkenal bernama kafan.. Wangian ditaburkan ke baju kita.. Bahagian kepala, badan dan kaki kita diikatkan Tataplah..renunglah..itulah wajah kita.. Keranda pelamin kita terus disiapkan.. Kita bersanding sendirian.. Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga dan sanak saudara.. Menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah lemah seluruh keluarga.. Serta rasa haru para handai taulan Bacaan syahdu bersyairkan azan dan kalimah zikir.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahad.. Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba lebih awal.. Siraman air mawar sebagai penghantar akhir kerinduan.. Dan akhirnya..tiba masa pengantin.. Menunggu dan ditinggalkan sendirian.. Untuk dipertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan kita.. Malam pertama yang indah atau meresahkan.. Ditemani rayap serangga dan cacing tanah.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan selepas 7 langkah telah pergi.. Mungkar dan Nangkir menghampiri kita lalu bertanya.. Kita tidak tahu apakah kita akan memperoleh nikmat kubur.. Ataukah kita akan memperoleh seksa kubur.. Kita tidak tahu... Dan tidak seorang pun yang tahu.. | ||||||||||||||||
TUDIAA!! Pas Beli Kereta Mewah Dengan Duit Tabung Derma? Posted: 13 Oct 2012 05:38 AM PDT Kalau sembang bab duit dengan pemimpin pas, dah tentu keluar jawapan Pas miskin tak ada duit..Tapi bila difikirkan, mana pergi duit duit yang Pas kutip setiap kali ceramah? Akhirnya dengan terjumpanya gambar ini dapatlah jawapannya serba sikit mana perginya duit lebihan derma tabung tin milo tu.. Mampu pulak Pas beli kereta yang termasuk dalam ketegori mewah ni..Hyundai Starex Royale bukan calang calang kereta..Harganya saja mencecah 160 ribu..Ini baru kereta untuk DPP bukan lagi kereta pemimpin Pas..Kalau DPP mampu beli kereta hebat ni, apatah lagi tok ketuanya.. Agaknya berapa jumlah kutipan setiap kali ceramah dalam satu satu kawasan..Kalau collection macam gambar kat bawah ni, aku rasa elok lah para penderma suruh badan audit bebas tolong audit akaun parti Pas ni.. Sumber asal Medan Tempur | ||||||||||||||||
HANGAT!! Bila Ahli Seumur Hidup Pas Mula Kecewa Dengan Parti!! Posted: 13 Oct 2012 02:16 AM PDT Dulu Shahnon ni sangat sangat sangat sangat setia dalam perjuangan Pas. Hingga sanggup terbitkan buku 'SHIT' khas untuk menghina PM terdahulu. Namun kini beliau berpatang arang, berkerat rotan. Tentunya beliau pasrah dan faham apa yang terjadi dalam Pas sekarang. Kalau tak faham, takkan beliau sanggup 'menghentam' parti kesayangan dia sendiri? Alahai la Pas Pis Pus.. | ||||||||||||||||
TUDIAA!! Wanita Pas ni Bertudung Tapi BerBoogel!! Posted: 12 Oct 2012 11:17 PM PDT Gambar diatas contoh terbaik seorang wanita yang sedang mandi bertudung, kononnya menutup aurat tetapi sebenarnya berbogel. Apakah dia tak sedar, bahawa seluar yang dia pakai tu lutsinar bila terkena air, bila basah ianya menampakkan bentuk seluruh kaki hingga ke seluar dalamnya. Selamatlah seluar dalam hitam, kalau warna putih, sampai ke 'tut' pun nampak sekali. Begitu juga perihalnya Pas sekarang. Luaran nampak benar-benar mengikut Islam. Nama parti saja pun dah Islam, pakaian Presiden, Musyridul Am nya, semuanya berjubah dan berserban. Nama-nama jawatan dalam organisasi parti pun 'dialek' arab menonjolkan imej Islam. Kiranya jika atas kertas, Keislam Pas tu memang sempurna habis la. Namun pada hakikatnya, Pas sama seperti perempuan dalam gambar tu. Nampak bertudung, baju menutup aurat, tetapi pada hakikinya mereka sedang berbogel. Pas sudah meninggalkan perjuangan Islamnya. Sejak Pas bersalaman dan berpelukkan dengan Dap, perjuangan menegakkan Syiar Islam sudah terkubur. Kepimpinan Ulamak yang selalu mereka agung-agungkan kini hanya tinggal pada nama. Dewan Ulamak kini hanya tinggal pada nama. Ulamak Pas terus dipinggir. Artis pula disanjung, dijulang. Cuba lihat ceramah Pas sekarang. Ceramah yang dikunjungi oleh Artis, penuhh.. tapi ceramah yang dibuat oleh Ustaz dan Ulamak Pas, nak sampai 100 orang pun payah. Apakah itu contoh ahli Pas menyanjung Ulamak? Perjuangan parti pun dah berbeza sangat dari dulu. Kalau dulu, Pas berpecah peluh, sanggup bermandi darah untuk perjuangkan Islam. Namun kini, Pas bermandi darah untuk menyokong perjuangan Anwar dan Dap. Dalam himpunan Bersih, dari siri satu sampai ketiga. Ahli dan penyokong siapa paling ramai? Siapa yang paling ramai ditangkap? Siapa pula yang dilembukan untuk memprovok polis hingga terpaksa mengunakan kekerasan? Apakah himpunan Bersih itu satu perjuangan yang dituntut Islam? Siapa pula ketuanya? Ambiga, siapa Ambiga? Peguam yang menyokong umat Islam murtad. Jadi kenapa Pas perlu sokong perbuatan yang sia-sia dan mengancam keamanan negara? Banyak lagi perkara yang Pas boleh perjuangankan. Perjuangkan isu umat Islam murtad, gerakan anti Islam dan gerakan memurtadkan umat Islam. Semua itu perlukan perjuangan. Kenapa Pas tak perjuangkan itu semua? Kerana isu-isu tersebut tak bersangkutan dengan kepentingan politik. Jadi tak ada kepentingan untuk Pas perjuangkan. Kalau macam tu, buat apa Pas guna nama Islam untuk berpolitik? Kita kembali pada perenggan diatas. Gunakan topeng Islam untuk menghalalkan cara. Paling tepat, matlamat menghalalkan cara!! Itulah Pas sekarang, jadi jika ada orang kata Pas itu Islam. Mc nak suruh orang tu pi terjun lombong! Islam otak apa!! Jadi, Mc nak seru pada semua umat Islam di seluruh Malaysia janganlah terpedaya dengan imej Pas yang menonjolkan Islam tu. Sudah-sudah la kena tipu!! Paling terbaru, Pas akan mencalonkan Paderi dalam PRU ke 13, sedangkan Ulamak seperti Ustaz Nasha makin dipinggirkan. Apakah itu perjuangkan Islam? McTheory: Islam kepala atuk puak Pas!! | ||||||||||||||||
PANASS!! Video Seks Pemimpin Pakatan Perak Tersebar?? Posted: 12 Oct 2012 08:16 PM PDT Panas dari blog Tokguru86 mendedahkan seorang pemimpin pakatan rakyat Perak melakukan adegan seks di Indonesia dengan pelacur Indonesia seperti dibawah: Untuk yang pertama kali entri ini, gua hanya upload gambar dan video yang sudah disensor. Gambar ini menunjukkan adegan seks salah seorang pemimpin PR Perak yang dikenali umum. Hasil sumber yang diperolehi, gambar ini dirakam dalam sebuah hotel di Indonesia. Pemimpin PR ini dikatakan pergi bercuti ke Indonesia bersama rakan-rakan parti. Siapa pasangan beliau dalam video dan gambar tersebut? Dikatakan pasangannya adalah minah Indon atau ringkasnya ada pelacur dari Indonesia. Panas..... Memang panas... Gua yakin individu ini tengah panas punggung. Gambar dan video ini dalam simpanan rakan baik beliau yang kecewa kerana sebab tertentu. Kepada pemimpin tersebut yang kononya alim, bersedialah anda untuk sebaran ini. Siapa makan cili dia akan rasa pedas. Lain kali kalau nak buat jahat, jangan ajak kawan-kawan. Dalam politik, kawan boleh jadi lawan bila kita gagal bantu dia. Masih terlalu awal untuk memberitahu siapa pemimpin ini? Hahaha.. Yang pasti pemimpin PR Perak. Selanjutnya tunggu entri gua selanjutnya. Tiada yang rahsia di blog tokguru86. Yang hak pasti berdiri dan yang bathil kita bakal bongkarkan. Tungguuuu... Sg Rapat | ||||||||||||||||
EKSKLUSIF!! Pendedahan SUK Negeri Kedah Melancong Ke Luar Negara? #TukarKedah #PasBodoh Posted: 12 Oct 2012 06:16 PM PDT Sekarang tengah hangat kisah SUK Negeri Kedah yang dikatakan 'Orang UMNO'. Blog Medan Tempur ada cerita menarik. Mula-mula kita ucap terima kasih kepada kesemua blogger Kedahla, merangkap pegawai urusetia penerangan negeri Kedah, lebih-lebih lagi khasnya kepada Ton Non a.k.a Zulkifli Yahaya yang tak habis habis menyerang pegawai KCS Negeri Kedah iaitu Datuk Rasli merangkap SUK Negeri. MTK ada terbaca satu posting di blog kedahla yang pada mulanya agak menarik untuk dibaca. Tajuk yang begitu gah dan isi kandungan posting itu penuh dengan kata seakan akan Datuk Rasli tidak layak untuk berkhidmat sebagai SUK yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah. Tetapi apabila masuk saja perenggan ke 4, penulis blog Kedah la yang dikenali sebagai ENGGANG QADHA menulis tentang sikap Datuk Rasli yang suka melancong ke LUAR NEGARA, antaranya Timur Tengah, Helsinki, Acheh dan terbaru Korea. Baca petikan dari blog Kedah La yang menyentuh tentang perkara tersebut. "Kegemarannya untuk melancong keluar negara menghabiskan duit rakyat Kedah bukan baru, Sampai masa nanti ENGGANG QADHA akan dedahkan senarai perjalanannya keluar negara". Untuk pengetahuan semua, MTK rasa penulis Blog Kedahla itu sebenarnya tersalah orang. Tak payah tunggu sampai masanya nak dedahkan senarai perjalanan SUK ke luar negara. Kali ni MTK dedahkan gambar siapa sebenarnya yang suka melancong dan menghabiskan duit rakyat Kedah. Orang yang dimaksudkan bukannya SUK tetapi SETPOL MB Kedah Sanusi Md Nor.. Tudiaa.. Jeng jeng jengg Mari kita lihat siapa yang kena!!
Inilah negara negara yang sama seperti apa yang ditulis oleh blogger Pas kedah. Tapi tiada langsung kelibat muka SUK yang nampak semuanya muka SETPOL MB dan beberapa Exco negeri Kedah, serta pegawai pegawai lantikan pas di Wisma DarulAman.. Ini baru sikit saja, tak termasuk lagi gambar gambar beberapa pemimpin Pas di Jakarta, Medan dan sekitar dengannya. MTK dan rakan lain dalam Team Media Kedah sebenarnya malas nak campur tangan hal pentadbiran negeri Kedah, hangpa nak buat apa pun buat la. Tapi disebabkan puak puak lebai pas yang kemaruk kuasa dan mengamalkan pemerintahan zalim dengan menindas orang tak sepatutnya, maka kami terpaksa melakukan sesuatu, bagi membalas segala tohmahan puak lebai pas yang gila kuasa dan kejam, terhadap KCS yang mendapat perkenan Tuanku Sultan untuk berkhidmat. Artikel ini bukan untuk mengaibkan Setpol, tetapi cara blogger Pas yang menerima gaji bulanan dari Pejabat MB ni seolah olah membuka pekung kelemahan pentadbiran Pas. Jadi inilah salam permulaan TMK dengan blogger Kedahla untuk menafikan gambar gambar diatas diambil dari luar negara..hehehe Lu Orang Jual, Kita Orang Beli Bro.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment