PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
PANAS! KETUA DEWAN ULAMA PAS:NASHARUDIN CAKAP PERKARA BETUL Posted: 10 Oct 2012 07:02 PM PDT Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul. "Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan," katanya kepada Sinar Harian semalam. Kelmarin, Ahli Parlimen Bachok itu mengingatkan Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi banyak pihak sehingga ada andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal. Harun berkata, Pas tidak pernah lari daripada perjuangan asal dan masih menjadikan Islam sebagai pegangan utama. Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka. "Beliau bebas... boleh kata apa sahaja, beliau juga ahli Majlis Syura. Tidak salah beliau gunakan Majlis Syura untuk suarakan pandangan ini. "Apa yang berlaku sekarang ini ramai yang berkata atas kepentingan diri sendiri,"katanya. Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan apa yang dikatakan Nasharudin itu sebagai perkara biasa. "Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita," katanya. Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan Pas. Tambah beliau, kuasa yang ada akan memberi parti jalan untuk memerintah. |
PANAS!! FOTO GRO JADI KAMBING HITAM PAKATAN BUAT ONAR KAT MAHKAMAH??! Posted: 10 Oct 2012 01:59 AM PDT wanita berpakaian tak senonoh berpeleseran di mahkamah membawa sepanduk bergerak di belakangnya Bergedik dia berjalan, GRO provok upahan. Tak manis, tak sopan. - buat lagu ala rahimah rahim ( gadis dan bunga) Tengok gambar di atas!!!! Hari ini perbicaraan kes Dato Shahrizat Saman Rafizi. Menurut info keadaan tenang sahaja di mahkamah. Namun, seperti biasalah, pakatan ni tak tenang kalau keadaan tenang sahaja. Sukakan kekecohan yang boleh mengglamourkan strategi mereka. Dahsyat juga strategi mereka ni, kawasan mahkamah yang adil ini, mereka membuat provokasi nak mencetus huru hara dengan menghantar 1 minah gedik. Dahler baju sekerat, tunjuk punggung. Takper part tu belum panas. Tapi ayat yang ditampal pada belakang baju baby shirt minah gedik tu. Kalau orang nak gurau kat minah ni, sekrang bulan hari April Fool. Dah tu, takkan minah ni tak sedar orang pasang kain bertulis menggunakan pin kat belakang baju dia.? Dia memang dipasang nak memulakan pergaduhan antara penyokong UMNO dan pakatan di mahkamah tersebut! Low class punya strategi! Pakatan memang low class dalam buat serangan provokasi. depa bukan ada maruahpun. Dah dijual oleh Anwar. GRO mana rafizi upah ni yer? Tak per, dah kena angkut polis. Lepas ni sah akan terbongkar siapa upah dia!!!! Mata yang gatal. Memang suka bebenor tengok dari belakang! Opppsss ayat ni mengingatkan pu3 pada peminat 'belakang' pula. Adussssss Peliknya GRO tadi.. Boleh lak datang dengan seorang lagi minah bertudung. Ni pemantauker? Infomer pu3. Tengah mengekori sebab tu tunjuk gambar dari belakang je. Kot minah bertudung ni, minah jambu rafizi juga. Alahai cik kak. Janganlah menjatuhkan standard kaum hawa yang bertudung. Memalukan sungguh! SETERUSNYA |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment