"Letak Jawatan" : PKR Selangor Desak MB Ambil Tindakan ke atas Faekah. Habis le Faekah

SHAH ALAM 9 Okt. - Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin sepatutnya berundur dari terus memegang jawatan sedia ada akibat keterlanjurannya mengkritik secara terbuka terhadap pimpinan PKR sehingga menimbulkan kekeliruan dalam Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah menegaskan, jawatankuasa PKR Selangor telah memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan susulan ke atas Faekah.

"Kami selaku pemimpin-pemimpin PKR Selangor mendesak agar pimpinan pusat mengambil tindakan keras terhadap Faekah. Faekah perlu meletakkan jawatannya dengan serta-merta dan kami faham kuasa penuh ada di tangan Menteri Besar untuk membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya pada sidang media di pejabat PKR Selangor di sini baru-baru ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan berani Faekah membuat kenyataan sedemikian walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

"Faekah perlu ingat bahawa Azmin mengeluarkan kenyataan berdasarkan kapasiti selakuTtimbalan Presiden, Pengerusi Majlis pimpinan Negeri merangkap Pengarah Pilihan Raya. Perkara ini dah berlaku berulang kali dan kita harap Faekah lebih teliti pada masa akan datang sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Sebarang komen perlu dirujuk terlebih dahulu kerana kita khuatir perkara seumpama ini boleh menimbulkan pertelingkahan," jelasnya lagi.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...