Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Ceramah Pas di Taja Tiger Beer?

Posted: 10 Oct 2012 08:16 AM PDT


Hebat Pas sekarang ni, kalau dulu pendapatan penceramah Pas hanya dengan kutipan derma dana akhirat. Sekarang ni ceramah Pas sudah ada tajaan. Hebat-hebat.. sejak bersahabat dengan Dap, Pas dah tak kisah halal atau haram.

Pasukan bola sepak England, Liverpool pun dah buang tajaan dari Carlsberg. Tapi parti ISLAM Pas kat Malaysia ni, sanggup pula ditaja oleh Tiger Beer.. memang terbaik la bro..


McTheory:
Sama-sama la kita Take Beer bersama Pas!! Pas for All!

PANASS!! Anwar dan Pakatan Haram adalah Anjing Soros Yahudi?

Posted: 10 Oct 2012 05:39 AM PDT



Satu pendedahan menarik yang patut di baca oleh semua rakyat Malaysia. Mahukah kita dijajah semula? Mahukah kita duduk bawah yahudi laknattulah?

Sudah jelas lagi bersuluh sememangnya pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, dijadikan proxy kepada yahudi untuk menjajah Malaysia semula. Pendedahan dari Tun Dr Mahathir ini, benar-benar membuka mata kita rakyat Malaysia!

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.

Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan.

Bagi Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

''Mungkin sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday Times hari ini.

Dr. Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open Society Institute.

Dr. Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang.

''Jelas sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam kerajaan Malaysia.

''Apa yang kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya.

Tegas beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros.

''Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan Hungary. - Utusan


McTheory:
Rupanya Anwar dan Pakatan Haram ni anjing pada Soros..

PANASS!! Isu Scorpene Terbukti Pembangkang Malaysia Pembohong Paling Besar!!

Posted: 10 Oct 2012 02:38 AM PDT



SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.

Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua 'hakim penyiasat' bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM. Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis. Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.

Dalam usaha SUARAM 'mengenakan' kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum. SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung. Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing. Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi 'pertukaran rejim' di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan.

TUDIAA!! Haron Din dan Shahnon Ahmad Sudah Kena Beli Dengan UMNO!!

Posted: 10 Oct 2012 12:16 AM PDT



KUALA LUMPUR  - "Cuma satu harapan kita agar jangan ada sesiapa mengatakan kedua-dua tokoh ini dibayar oleh UMNO atau kedua-dua kenyataan ini adalah agenda UMNO.

"Sebab, perkara itu tidak berlaku dan kita juga tidak ada masa untuk menggunakan orang dan janganlah merendahkan kredibiliti dan tahap intelektual kedua-dua pemimpin Pas tersebut", demikian pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim bagi mengulas tindakan dua pemimpin Pas mengenai tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerjasama Pas bersama DAP yang dilihat bercanggah dengan kehendak Islam.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din semalam meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Beliau yang dipetik dari sebuah portal berita AntaraPos.com menegaskan demikian ekoran kenyataan Mobashar yang didakwa meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara ketika majlis itu di ibu negara, baru-baru ini.

Manakala Sasterawan Negara yang juga ahli Pas seumur hidup Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula berkata perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Shahnon berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

"Kita percaya ia datang dengan satu kesedaran dan pemerhatian yang cukup jitu terhadap Anwar Ibrahim dan perjuangan Pas di kala ini.

"Kita yakin perjuangan Pas semakin terpesong kerana pimpinan yang ada itu adalah mereka yang sama-sama mempertahan dan memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim," ujar Razali ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata Pas mempunyai kekuatan, kelebihan dari segi agama, cuma menggunakan agama dalam politik yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

"Jadi sudah sampai masanya mereka memperbaiki keadaan, bukan pasal politik tetapi pasal kedudukan agama Islam itu sendiri, dengan kuatnya politik maka kita memperjuangkan agama Islam.

"Begitu juga dengan meletakkan Islam di kedudukan yang betul, Insya-Allah dari segi kuasa iaitu politik, dapat kita kekalkan samaada mereka ingin bersama atau tidak, itu akan menjelaskan pendirian mereka yang sebenar", katanya.

Beliau seterusnya percaya selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang maka parti itu akan terpecah dua.

Justeru tegas beliau jangan pula UMNO atau Barisan Nasional dipersalahkan atau menuduh apa yang dinyatakan kedua-dua pemimpin Pas ini sebagai sandiwara UMNO.

"Syukur Alhamdulillah, jika kesedaran itu datang dari pemimpin Pas sendiri sebab kita dah sebut perkara ini dah lama, cuma kreabiliti kita diserang hebat sampai orang tidak percaya tetapi kita ada juga penyokong yang taksub yang hanya mendengar pemimpin mereka sahaja.

"Jadi apabila Haron Din berkata bahawa Anwar Ibrahim akan membuat pendekatan yang menguntungkan dia (Anwar Ibrahim) sahaja, saya rasa bersyukur sebab perkara itu kita dah nampak lama, sejak dia di dalam UMNO pun kita dah Nampak", ujarnya.

Justeru beliau berharap pengikut dan penyokong parti Pas menilai balik apa yang telah diluahkan oleh kedua-dua pemimpin Pas ini. -MediaUMNO


McTheory:
Harun Din kena beli dengan UMNO? Sapa yang kata tu memang la tak waras!!

PANASS!! Phahrolrazi Ajak Mat Sabu Bunuh Diri Sesama Di Kedah!! #TukarKedah

Posted: 09 Oct 2012 09:15 PM PDT

Berani Phahrolrazi mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengalukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Memang dahulu, Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen Kuala Kedah pada satu penggal, namun selepas itu beliau lari ke Kelantan apabila rakyat Kuala Kedah menolaknya. Kuala Kedah tolak Mat Sabu, sebab beliau hanya pandai cakap, tapi kerja tak buat pun.


  Mc tak nafikan, Mat Sabu ni mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ahli Pas yang menyokong ajaran syiah. Namun lebih ramai ahli Pas yang tidak mahu Mat Sabu datang ke Kedah, lebih-lebih lagi Pendang.

Kenapa Mc kata begitu? Ketika Mat Sabu berceramah di Pendang, dan orang-orangnya berkempen untuk kukuhkan tapak Mat Sabu di Pendang. Tersebar risalah anti-syiah dan anti Mat Sabu. Seperti digambar di bawah.


Tidak cukup dengan risalah di kampung, surau, masjid dan kaki lima. Ahli Pas Pendang membuat surat terbuka kepada Pas negeri dan Pas pusat untuk mempertimbangkan hasrat untuk meletak Mat Sabu sebagai calon di Pendang. Seperti dibawah, surat terbuka itu, tersebar dimerata pelusuk alam maya. Di mana penyokong dan ahli Pas yang menentang Mat Sabu, menyebarkan surat tersebut dengan meluas.

komen dari penyokong pas pada 28 julai yang lalu

Atas sebab demikian, Mc tabik spring kepada Phahrolrazi, yang berani mengeluarkan kenyataan se'umpama' menyokong Mat Sabu untuk bertanding di Kedah.

Phahrolrazi sendiri pun masih terumbang-ambing di Kuala Kedah. Masih lagi bergelut sesama sendiri, hingga melarikan diri untuk menetap di Kuala Lumpur, namun dalam masa yang sama berani untuk menyatakan sokongan pada Mat Sabu.

Mungkin Phahrol fikir, dia boleh menumpang populariti Mat Sabu. Jika itu yang Phahrol fikirkan, sememangnya dia silap. Rakyat Kedah menolak Mat Sabu disebabkan Mat Sabu tu syiah, yang keduanya, Mat Sabu ni cakap saja pandai, kerja haram tak buat. YB Pas kat Kedah pun dah banyak macam tu, tak payah nak tambah lagi.

Tapi Mc sebagai penyokong UMNO/BN mengalu-alukan kedatangan Mat Sabu ke Kedah. Lebih-lebih lagi Pendang. Tak perlu UMNO Pendang nak bersusah payah nak 'tarnish' imej calon parlimen Pas Pendang nanti, sebabnya akan ada orang Pas sendiri yang akan tolak calon Pas sendiri. he he.. kan senang tu..

Dah la imej Phahrolrazi kat Kedah ni dah memang teruk. Tambah pula bergabung dengan Mat Sabu.. memang buruk habis la imej dua ekor ni nanti.

Rasa-rasanya la, Azizan Razak nak tengok saja ka, dua orang musuhnya ni berdrama dalam negeri Kedah? he he he.. confirm dia kerat habis laa.. confirm!!


P/s: Memang sahih la Phahrol dan Mat Sabu, nak bunuh diri..


McTheory:
Syok bila tengok Pas dok kerat Pas ni.. macam drama bersiri pulak.. heh..

GEMPAR!! Ustaz Nasha Dedahkan Dap Anti Islam!!

Posted: 09 Oct 2012 05:38 PM PDT


Menarik, memang menarik. bekas Timbalan Presiden Pas yang kontroversi Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kembali menghangatkan persada politik tanah air dengan kenyataan demi kenyataannya yang boleh kita anggap tepat dan tajam.

Kita fokus terhadap ucapan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin mat Isa yang membentangkan kertas kerja dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Fokus terhadap Nasha ditumpukan dengan tajuk "Nasha dakwa ada pihak anjur doa 'M'sia jadi negara Kristian" dan 'Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir'

Memetik kata-kata Nasha yang mendedahkan terdapat satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu dengan menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," kata Nasha.


Manakala untuk fokus kedua, kita memetik kata-kata Nasha yang berdialog dengan rakan pimpinan partinya berkenaan dengan undi kafir.

"Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?

"Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri," katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu.

Nasha juga dilapor turut membangkitkan persoalan motif golongan bukan Islam yang kini berbaik-baik dengan umat Islam, adakah untuk "untuk kesenangan bersama" (marriage of convenience) dalam percaturan politik semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi.

"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang di imani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?," soalnya.

Turut dilaporkan tentang komen Nasha yang bersedia dikenakan tindakan disiplin tentang kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

"Jadi tindakan daripada parti terpulanglah. Ya (bersedia jawatan dilucutkan). Bagi saya Islam itu yang harus dipertahankan, keahlian perkara nombor dua," kata Nasha

Nasha memberi komen terhadap pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

McTheory:
Nampak sangat Dap nak jajah Malaysia.. jadi negara Kristian la kalo dorang jajah!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...