BADUT RAKYAT |
- HOT VIDEO !!! PEMIMPIN BN DN BEBAS MEMBELASAH TONY PUA BERKENAAN GELARAN TUN MAHATHIR NYANYUK !!!
- KANTOI !!! KRONISME !!! KARPAL SINGH MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM ???
- EKSKLUSIF !!! APA MASALAH DENGAN KERAMAT MALL ??? WAJIB BACA !!!
- PR DESAK PEMBINAAN PETROKIMIA DI BACHOK DAN BANTAH PETROKIMIA DI PENGERANG !!! NAMPAK SANGAT PR PUTAR BELIT !!!
- HOT NEWS !!! AZMIN ALI VS KHALID IBRAHIM !!! BUKTI PAKATAN DI AMBANG AKAN TUMBANG PADA PRU 13 !!!
- HOT NEWS !!! M NASIR NYANYI LAGU RASMI UNTUK PKR ??? APA CERITA NI ???
HOT VIDEO !!! PEMIMPIN BN DN BEBAS MEMBELASAH TONY PUA BERKENAAN GELARAN TUN MAHATHIR NYANYUK !!! Posted: 09 Oct 2012 11:53 AM PDT |
KANTOI !!! KRONISME !!! KARPAL SINGH MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM ??? Posted: 09 Oct 2012 11:19 AM PDT Kronisme,nepotisme,merupakan antara tuduhan-tuduhan yang sering dibuat oleh PR terhadap Barisan nasional walaupun yang jelas mengamalkanya adalah mereka sendiri.Sedangkan pemimpin BN yang dituduh mereka mengutamakan anak atau sepupu dalam pemberian jawatan itu tidak pernah mengamalkan nepotisme tetapi kesemua yang terlibat telah membuktikan kredibiliti dan 'naik ke atas' melalui anak tangga yang sah.Lebih dari itu,tiada mana-mana pemimpin BN yang ahli keluarganya memegang jawatan dalam era yang sama,sekali gus membuktikan bahawa kedudukan mereka itu bukanlah diperolehi secara automatik.Sebaliknya bagi pemimpin-pemimpin PR,anak dan menantu mereka dilantik secara langsung ke jawatan yang tinggi,seolah-olah bersiap sedia untuk mewarisi takhta yang menjadi hak keluarga mereka.Jelas,demokrasi adalah sesuatu yang objektif dalam pentadbiran PR dan ini terbukti apabila Ketua Umum mereka sendiri bukanlah dilantik melalui proses demokrasi. Kabinet Bayangan yang dibentangkan PKR juga telah menyerlahkan lagi amalan nepotisme tahap tertinggi dalam parti yang cakap tidak serupa bikin tersebut.Anwar Ibrahim yang melantik dirinya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri telah meletakkan isterinya,sebagai Menteri di Jabatan PM dan anaknya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.Bagi membela PR,Karpal Singh telah membuat kenyataan paling lucu dalam sejarah politik dengan menggesa rakyat agar tidak bimbang dengan amalan nepotisme di dalam PR.Alasannya,semua isteri,anak atau menantu pemimpin PR yang memegang jawatan telah membuktikan kredibiliti dan kelayakan masing-masing.Namun, di masa yang sama,Karpal turut menafikan yang partinya mengiktiraf senarai Kabinet Bayangan yang dikeluarkan PKR.Kenyataan ini dilihat sebagai usaha yang paling menyedihkan bagi Karpal untuk menjustifikasi amalan nepotisme di dalam PR.Apalah sangat yang telah dibuktikan oleh Nurul Izzah yang menjadikan beliau layak memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ??? Dan apakah keengganan Karpal untuk mengiktiraf Kabinet Bayangan tersebut adalah kerana beliau merasakan anaknya,Gobind Singh,lebih layak dari Nurul Izzah untuk jawatan itu ??? Inilah dilemma yang dapat kita kesan dalam diri Karpal di mana beliau ingin sekali mengkritik amalan nepotisme Anwar tetapi tidak mampu kerana beliau dan parti beliau sendiri mengamalkannya. Rakyat sedia maklum bahawa seperti juga PKR,DAP turut 'membudayakan' nepotisme di mana Lim Kit Siang,yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung parti dan juga Pengerusi telah memastikan yang anaknya, Lim Guan Eng melalui jejak yang sama.Lim Guan Eng kini Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang juga tidak lupa mengheret isterinya,Betty Chew ke dalam politik.Betty Chew kini ialah Ahli Parlimen di Melaka. Dan sudah pasti, jawatan Menteri juga menunggu Betty Chew jika PR memerintah negara ini. Begitu juga Nik Aziz,Mursyidul Am PAS turut memastikan anaknya,Nik Abduh menyusuri jejak politiknya melalui jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.Menantunya,Ariff Fahmi pula,menuruti jejaknya dari luar politik melalui jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. Pendek kata,PR sentiasa mengamalkan nepotisme tak kira di mana,iaitu dalam politik mahupun dalam pentadbiran negeri.Nampaknya,kemungkinan besar Nik Abduh dan Ariff Fahmi juga akan dilantik ke kabinet jika PR memerintah.Jika anak-anak pemimpin BN yang terlibat dalam politik telah benar-benar membuktikan kebolehan serta telah pun menabur jasa yang tak kurang banyaknya kepada rakyat dan negara,bolehkah pemimpin PR berkata yang sama mengenai isteri,anak dan menantu mereka ??? Anak-anak pemimpin BN seperti Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah lama mencurah bakti menjayakan program-program keusahawanan,belia dan berbagai-bagai lagi sepanjang hidup mereka sebelum dan setelah berada di kedudukan mereka sekarang.Tetapi,apakah jasa-jasa yang begitu signifikan yang pernah dicurahkan oleh Nurul,Gobind,Guan Eng atau Betty yang mengatasi jasa-jasa pemimpin kecil PKR dan DAP yang lain yang melayakkan mereka memegang jawatan penting parti dan menjadi menteri kabinet sekiranya PR memerintah ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! APA MASALAH DENGAN KERAMAT MALL ??? WAJIB BACA !!! Posted: 09 Oct 2012 11:19 AM PDT Kalau sesiapa suka makan roti bom atau roti canai mahu pun nasi ayam maka pasar Keramat lah tempat yang paling elok untuk mencari makanan ini.Selain dari makanan di sebut ini lain lain makanan juga banyak terdapat di sini.Bukan sahaja makanan malah barang basahan serta sayur sayuran juga boleh di dapati,ayam hidup dan yang sudah di sembelih pun boleh di beli di sini.Tetapi jika pada yang belum biasa ke pasar Keramat ini maka sekali sekala akan terasa seperti berada di sebuah pekan kecil di Indonesia macam di Medan atau di Lombok.Orang Indonesia sangat ramai di sini baik siang mahu pun malam.Mungkin kerana tempatnya yang strategik yang sangat berhampiran dengan LRT Keramat.Tetapi di waktu waktu tertentu seperti bulan Ramadhan pasar ini akan sesak dan laluan kenderaan akan merasai trafik jam yang agak merimaskan dengan kedai tambahan serta barangan perayaan.Walau pun kebanyakan kedai kelihatan uzur dan usang namum orang ramai tetap datang juga ke pasar Keramat ini.Mungkin kerana telah sebati dengan jiwa dan kebiasaan setelah sekian lama pasar ini ujud.Tidak beberapa jauh dari pasar Keramat ini ujud lagi satu bangunan dan kawasan perniagaan baru yang lebih cantik dan moden. Selain itu kedudukannya amat sesuai berhampiran station LRT Damai dan kawasan parkir yang luas dan teratur.Cuma peliknya ia seolah olah tiada sambutan dari orang ramai.Memang ada lah sedikit urus niaga di bawah nya seperti kedai makan yang macam tiada sambutan.Di satu sudut pula ada kumpulan pencinta batu cincin yang selalu berkumpul untuk membelek belek koleksi batu cincin mereka sambil bertukar tukar fikiran.Apa yang membuat kawasan Keramat Mall ini Nampak agak hidup ia lah apabila ada majlis kenduri kawin di tingkat atasnya,maka ramai lah orang berpusu ke situ.Jika tidak,hambar lah kembali.Kawasan parkirnya pula agak penuh juga di waktu pagi,barangkali yang naik LRT di station Damai meletak kan kereta mereka di situ kerana belum di kena kana apa apa bayaran.Pembinaan Keramat Mall ini amat lama juga untuk disiapkan.Entah apa masalahnya tidaklah diketahui.Ianya bermasalah ketika dalam pembinaan,bermasalah setelah siap.Masalah sahaja,mungkin kerana Feng Shuinya tidak baguskah ??? Kerana bekas tanah lombong,tetapi sebagai umat Islam itu tidak harus kita percayai.Dari zaman wakil rakyat dulu sampai wakil rakyat sekarang yang sudah meninggal dan kini bakal wakil rakyat baru masalah tetap belum selesai.Tukang kebun silih ganti lalang tumbuh juga.Apakah sebab peniaga pasar Keramat enggan pindah ke Keramat Mall ??? Takut hilang pelanggan ke ??? Jika itu sebab nya ia agak mustahil kerana jika semua peniaga berpindah ke KM tentu yang ke pasar Keramat akan ke situ secara tidak lansung.Tapi dengan syarat pasar Keramat di tutup sepenuhnya.Ada yang kata antara sebabnya ia lah ketidak puasan hati peniaga terhadap logistik pasar itu yakni pasar basah dan ikan duduk nya di tingkat atas dan kedai makannya di bawah.Ada pula yang kata ianya atas sebab yang memiliki kedai di Pasar Keramat ini semuanya bukan lagi orang tempatan dan majoriti nya sudah pindah milik kepada peniaga asing yang berlakon sebagai pekerja makan gaji.Kiranya kedai itu sudah di tukar tangan,Cuma nama sahaja milik orang tempatan,lalu perjanjian mulut seolah olah akan mendatang kan masalah jika mereka berpindah kerana wang pendahuluan sudah di ambil dan perjanjian ia lah atas kedai di situ dan bukannya di KM.Itu perlu di siasat kerana kita pun tidak tahu akan kebenaran nya setakat bualan orang kampong Datuk Keramat sahaja.Di KM mall pula ada yang kata ada satu nama atau satu keluarga dapat sehinga 2 atau 3 pintu kedai.Itu nak di jadi kan aduan pun susah sikit kerana kedai kosong dan tak mahu di ambil maka orang yang mahu ambilnya tentu sekali akan rebut peluang ini.Sederet dengan KM ini ia lah jalan jalan ke pasar Keramat yang mana orang cina ada membuka kedai baiki motosikal. Nampak gaya orang cina pun boleh berniaga di kawasan melayu dengan berjaya.Bermakna di kawasan itu adalah kawasan perniagaan yang baik.Amat rugi jika peniaga tidak rebut peluang buka perniagaan di KM kerana dalam masa 10 hingga 20 tahun dengan kemajuan ekonomi dan pasarana Negara serta sosio masyarakat berubah,ini lah sebenar nya bentuk kedai perniagaan moden.Hanya memerlukan terjahan atau pun promosi luar biasa sahaja KM akan dapat jadi terkenal dan tumpuan.Bayangkan jika di lancar kan promosi membuka rangkaian kedai talipon atau gajet maka akan jadi tumpuan masyarakat,lalu sesiapa yang lambat ambil kesempatan pasti akan menyesal.Sememangnya Melayu amat lembab di dalam forecast perniagaan.Jika di tawar kan kepada peniaga cina tentu mereka rebut peluang ini kerana orang cina tahu apa yang elok dan selalu lihat kehadapan.Apa pun pihak berkuasa harus membuat sesuatu untuk mempromosi kan KM ini, dan bagi mereka yang enggan berpindah jika tempat ini sudah maju dan terkenal jangan pula mengungkit atau menyesal kerana terlambat kecimpung di dalam kawasan yang bakal maju ini. Semua ciri ciri untuk maju sudah ada cuma perlu menunggu di inject dengan satu promosi yang membawa impak sahaja. - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 09 Oct 2012 11:19 AM PDT Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh Pembangkang,kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia.Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang,Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam,Selangor.Ironinya,dalam isu petrokimia di Pengerang,para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.Dalam perhimpunan di Shah Alam itu,kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan. Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia,mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok,Kelantan.Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003,sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok,Bachok.Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira,terutama dalam soal projek petrokimia RAPID kononnya membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah,timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan ??? Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya,ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS,PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar,tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.Logiknya,jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya.Bukankah begitu wahai pembaca Badut Rakyat ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! AZMIN ALI VS KHALID IBRAHIM !!! BUKTI PAKATAN DI AMBANG AKAN TUMBANG PADA PRU 13 !!! Posted: 09 Oct 2012 11:18 AM PDT Pertelingkahan antara Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim semakin meruncing.Kata mengata,cacai mencaci sesama sendiri nampaknya sudah menjadi suatu budaya yang lumrah di kalangan pemimpin pembangkang.Tahap kritikal dilihat berlaku apabila Azmin Ali yang juga orang nombor dua dalam parti itu secara terangan menyatakan kemungkinan besar Khalid tidak lagi akan menjadi menyandang jawatannya sekarang jika pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.Dengan angkuhnya Azmin berkata menteri besar yang hanya berjawatan sekadar ketua cabang di dalam struktur PKR di Selangor akan dipindahkan ke pusat.Bayangkan betapa merah padamnya muka Khalid apabila Azmin yang hanya menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri iaitu PKNS boleh menentukan kedudukan dan nasib politik seorang yang bergelar menteri besar. Seperti biasa apabila berita tersebut sudah menjadi satu isu politik yang memakan diri sendiri,mangsa yang paling senang dijadikan kambing hitam ialah media dan para wartawan yang hanya menjalankan tugas mereka secara profesional.Azmin lalu menyalahkan media kerana salah tafsir atau silap dengar apa yang beliau ucapkan minggu lalu.Yang menjadi persoalannya siapakah bakal mengisi kekosongan jawatan MB jika Khalid ke Pusat ??? Tidak lain tidak bukan jawatan idaman itu akan jatuh ke riba Azmin kerana sejak dahulu timbul desas desus beliau amat kecewa apabila tidak diberi jawatan itu oleh Ketua umum PKR,Anwar Ibrahim.Kini perasaan marah dan sengketa antara dua pemimpin pembangkang itu tidk dapat diselindung lagi apabila Azmin sudah menendang Khalid keluar dari Selangor sebelum PRU lagi.Malah lebih mengecewakan Khalid,nama beliau tidak pun disenaraikan di dalam Kabinet Bayangan pembangkang yang tersiar di dalam internet baru-baru ini.Pimpinan PAS Selangor pula pula mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak keberatan menerima Azmin sebagai menteri besar yang baru menggantikan Khalid,malah ia juga menaruh harapan jawatan itu jatuh kepadanya.Jadi jawatan MB Selangor akan menjadi pertaruhan antara puak Azmin dan Khalid di dalam PKR dan juga PAS yang sememangnya bercita-cita merampas takhta politik daripada sekutunya itu.Sudah tentu Dr Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR dan sekutu kuat Khalid tidak akan berdiam diri apabila kepentingannya tergugat.Walaupun tidak memberi apa-apa komen mengenai perkara ini namun Wan Azizah tidak kurang liciknya dalam berpolitik kotor demi mempertahankan kroni dan kepentingannya. Kemungkinan beliau akan menggunakan senjata politik dengan mengenengahkan anaknya Nurul Izzah sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun depan. Jika ini berlaku, kemungkinan besar Nurul Izzah akan menang kerana Azmin dibenci oleh segolongan besar ahli pada peringkat akar umbi disebabkan pembabitannya dalam politik wang dan konspirasi dalam pemilihan parti pada 2010. Tahun 2013 adalah tahun penentu bagi Azmin kerana sekiranya PKR kalah teruk pada PRU 13 kelak, kesalahan akan diletakkan pada bahu beliau selaku pengarah pilihan raya pusat. Ini akan melemahkan kedudukannya menjelang pemilihan parti apatah lagi bila berdepan dengan senario Selangor jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional.Bak kata pepatah Melayu,yang di yang dikejar tak dapat yang digendong pula keciciran.Jangkaan ini semakin menjadi realiti apabila dilihat daripada kemelut politik yang berpanjangan di Selangor antara pimpinan PKR.Bukan sahaja Khalid di dakwa sebagai gagal mengurus negeri itu dengan baik malah Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi juga turut gagal membawa sebarang kemajuan ekonomi kepada negeri terkaya itu.Jika Anwar gagal,Azmin sebagai budak suruhan beliau yang setia juga akan sama-sama kecundang kerana Azmin hanyalah burung kakak tua bagi Anwar dan tidak lebih daripada itu. BN pula semakin mendapat keyakinan untk kembali berkuasa di Selangor setelah dihukum rakyat pada 2008.Malah rakyat merasa tersilap menghukum BN empat tahun lalu dan tidak sabar agar BN memperbetulkan porak peranda akibat penyelewangan dan salah urus PR di negeri itu.Memang benar telahan sesetengah pihak yang mengatakan tatkala di ambang kekalahan pemimpin pembangkang akan bertelagah sesama mereka,menunding jari menyalahkan orang itu dan ini tetapi tidak pernah menunjukkan jari pada diri sendiri. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! M NASIR NYANYI LAGU RASMI UNTUK PKR ??? APA CERITA NI ??? Posted: 08 Oct 2012 04:00 PM PDT Siapa yang tak kenal dengan M Nasir.saya sendiri pun minat dengan lagu-lagu ciptaan beliau.Tapi semenjak kontroversi kenyataan M Nasir yang persoalkan 'siapa Mahathir' tak lama dulu,saya juga terpaksa bersikap 'dingin' dengan M Nasir yang digelar sifu dalam industri muzik negara ini.mana taknya boleh pulak dia kata siapa Tun Mahathir.ada ke patut.. terkini,M Nasir didakwa menjadi penyanyi kepada lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan.Dah habis fikir ke M Nasir tu bila dia terima tawaran untuk nyanyi lagu rasmi parti pemuja Anwar tu ??? Kalau betul lah M Nasir yang menyanyikan lagu PKR tu,saya anggap beliau memang manusia yang tak kenang budi dan tak tahu dia untung.Kita semua tahu bahawa M Nasir adalah warganegara Singapura dan telah mendapat PR di negara ni..M Nasir juga menjadikan Malaysia yang aman damai ni sebagai tempat dia untuk cari rezeki Dan kalau M Nasir tergamak untuk bersekongkol dengan Pakatan laknatullah tu,saya rasa dia berhak untuk dimaki hamun oleh saya.saya nak hamun lebih-lebih nanti marah pulak peminat M.Nasir ni.apa pun,kita tunggu penjelasan dari tuan empunya diri.tupun kalau dia berani bagi kenyataan lah yekkkkkk.... Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya,Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik'nya.Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia,Datuk M. Nasir yang kini di'khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.Minggu lalu,Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di nyanyikan oleh M. Nasir.Walaupun tidak di nyatakan dalam deskripsi video,ia'nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di'cipta oleh Buddhi Hekayat,rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di'heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lainnya. - Rotikaya |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment