UMNO Online - “Penyokong Pas Disaran Tinggalkan Parti – Ali Rustam” plus 9 more

UMNO Online - “Penyokong Pas Disaran Tinggalkan Parti – Ali Rustam” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penyokong Pas Disaran Tinggalkan Parti – Ali Rustam

Posted: 09 Oct 2012 04:17 AM PDT

MELAKA, 9 Okt –  Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyarankan penyokong Pas agar meninggalkan parti itu yang perjuangan politiknya kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata perjuangan Pas dilihat lebih mementingkan kuasa dan undi daripada memperjuang agama Islam.

“Memang dari dulu kita (Barisan Nasional) dah beritahu, Pas tidak lagi perjuangkan Islam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan ahli seumur hidup Pas Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa parti itu hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam.

Mohd Ali turut memuji pengakuan Sasterawan Negara itu dan menganggap ia satu tindakan yang tepat dalam usaha memastikan masyarakat Islam tidak terkeliru dengan perjuangan tersebut.

Katanya beliau yakin lebih ramai ahli atau pemimpin parti itu akan tampil menyatakan pendirian mereka berhubung perjuangan Pas pada masa ini.

Terdahulu, Mohd Ali menyampaikan sumbangan yuran persekolahan oleh kerajaan negeri Melaka berjumlah RM250,000 kepada 118 pelajar Sekolah Menengah Pay Fong di sini yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata sekolah Cina persendirian tersebut turut dijangka akan memulakan aktiviti penanaman sayur dan buah-buahan di tanah seluas 0.3 hektar yang disewakan kerajaan negeri Melaka pada November depan.

Katanya inisiatif tersebut bertujuan membantu sekolah berkenaan menjana pendapatan tambahan bagi menampung kos pengurusan yang semakin meningkat.

Umat Islam Perlu Bersatu, Olah Kekuatan Pembangunan Ummah – Jamil Khir

Posted: 09 Oct 2012 03:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt –  Umat Islam perlu bijak mengolah kekuatan yang dimiliki selain memperkukuh perpaduan antara satu sama lain bagi memastikan mereka menjadi lebih berpadu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun mempunyai pelbagai mazhab, budaya dan bahasa, umat Islam harus mencari titik persamaan yang boleh menyatu kuat umat Islam seluruh dunia.

“Umat Islam harus menggunakan sebaiknya kekuatan yang dimiliki untuk kebaikan dan kecemerlangan Islam pada masa hadapan.

“Semangat untuk mengenali antara satu sama lain tentu akan boleh melebar luaskan lagi kekuatan Islam dalam konteks ekonomi, pendidikan dan sosial,” katanya selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa Islam di Asia dan Oceania di sini, Selasa.

Berucap di hadapan lebih 200 cendekiawan dan ahli akademik dari negara-negara berkenaan, Jamil Khir berkata melalui perpaduan, dunia Islam mampu bangkit mengecam kezaliman dan kekejaman yang berlaku ke atas kelompok minoriti umat Islam di beberapa negara.

Sebagai contoh, katanya, Malaysia turut membantu menyelesaikan tekanan konflik puak pemisah yang mengancam penduduk Muslim di Mindanao, Filipina apabila perjanjian damai bakal ditandatangani di Manila pada Isnin depan.

Jamil Khir juga melahirkan kebimbangannya apabila umat Islam sentiasa dianggap sebagai golongan yang mundur dan dikekang dari berkembang dengan arus permodenan.Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa konsep wasatiyah perlu dipraktikkan oleh umat Islam ke arah melahirkan generasi umat Islam yang unggul.

Persidangan tiga hari itu yang bertemakan ‘Perspektif Sejarah, Kebudayaan dan Global’ bertujuan menyebarkan ajaran Islam di benua Asia dan Oceania serta untuk menonjolkan nilai-nilai toleransi dalam Islam.

Ia dianjurkan bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamaduan Islam (Istac), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (Isesco), Persekutuan Universiti-universiti Islam Dunia (FUIW) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Peruntukan Belanjawan 2013 Akan Dimanfaatkan Sepenuhnya – Shafie Apdal

Posted: 09 Oct 2012 03:50 AM PDT

KUALA NERANG, 9 Okt – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan RM4.5 bilion untuk kementeriannya di bawah Belanjawan 2013 akan dimanfaatkan bagi membina dan menambah baik prasarana kampung dan luar bandar.

Katanya keutamaan adalah untuk kawasan yang masih belum mendapat sebarang penambahbaikan dari segi prasarana dan kemudahan lain.

Peruntukan itu antaranya akan diguna untuk membina jalan (RM1.2 bilion), bekalan air (RM703 juta), elektrik (RM961 juta) dan Program Bantuan Rumah (RM189  juta), katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Di samping itu 214 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di luar bandar akan dihubung terus dengan RTC utama untuk membentuk rangkaian bagi membolehkan produk masyarakat luar bandar dipasarkan lebih meluas termasuk dieksport, katanya.

Beliau sebelum itu menyerahkan kunci kepada 91 pemilik rumah Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Fasa 2 Felcra Bukit Tampoi di sini.

Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata peruntukan sebanyak RM244 juta kepada Felcra dalam Belanjawan 2013 adalah tanda kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin dan sedar masyarakat luar bandar dan peneroka perlu dibantu.

Katanya peruntukan itu akan disalur kepada sektor yang memberi pulangan baik kepada Felcra dan peneroka.

Selain itu, Mohd Shafie berkata sebanyak RM130 juta akan diguna bagi membangunkan 27 buah kampung dengan kegiatan ekonomi.

Pada majlis itu juga beliau memberi jaminan akan meminta pengurusan Felcra mengkaji permintaan 100 pemilik rumah PPSK Fasa 1 yang memohon agar hutang perumahan mereka berjumlah kira-kira RM500,000 dimansuhkan.

LGBT Practices In Country Worrying, Says Puad

Posted: 09 Oct 2012 03:47 AM PDT

KANGAR, Oct 9 – The practices of the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) community in the country are worrying and pose a challenge that should be tackled jointly by the government and people, says Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi.

He said the LGBT practices which were supported and championed by certain quarters were also a threat to the general population’s fine culture and could create a unhealthy situation in the country.

“What is more worrying is that the LGBT ways could spread widely to the educational institutions,” he added after opening a state-level parenting seminar themed “Tackling the LGBT Issue”, at the Perlis Matriculation College, here, today.

Puad said although he did not have the figures to show, the cases existed and what was more important was to control the problem in the interest of the country’s future.

He said among the preventive measures taken was holding a series of parenting seminars on the LGBT issue to expose the participants to the dangers of the LGBT phenomenon, not only to the family institution but to the nation as well.

So far, about 10,000 people comprising parent-teacher association leaders, counselling teachers and schools’ senior assistants in charge of student affairs have attended 13 seminars in the series nationwide, with another seminar to be held in Kelantan on Oct 16.

Puad said certain quarters viewed the holding of these seminars negatively, believing that it would send a dangerous message to the public.

He admitted there also existed the thinking that effeminate male teachers had the potential of being in the LGBT category, but said the ministry would not be hasty over this.

“As long as they carry out their duties well, no action will be taken against them except if they have violated work ethics,” he said.

Isu Scorpene Jadi Perangkap Makan Tuan, Pembangkang Malu Sendiri

Posted: 09 Oct 2012 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Keghairahan pakatan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang menjadi tunjang Malaysia hari ini iaitu Barisan Nasional (BN) dan kepimpinannya telah memakan diri apabila terserlah apa yang diperkatakan membuka pekung sendiri.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sanggup menjaja integriti kepimpinan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sehinggakan kononnya berlaku penyelewengan dan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis.

"Pakatan pembangkang semakin terdesak dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan iaitu melemparkan pelbagai fitnah dengan mengheret kerajaan Perancis sedangkan hari ini secara jelas terbukti apabila ia dinafikan," katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian kapal selam buatan negara terbabit oleh Malaysia pada tahun 2002.

"Pakatan pembangkang cuba membawa kuasa luar dalam arena politik tempatan dengan melibatkan mereka dalam fitnah yang berlarutan sedangkan politik dalaman ini tidak boleh dikaitkan dengan negara luar.

"Ini bukanlah kali pertama bagi pakatan pembangkang melibatkan kuasa asing dengan memburuk-burukkan Malaysia dan memperkatakan sesuatu yang negatif kerana pemimpin mereka sebagaimana Anwar dan anaknya Nurul Izzah malah Guan Eng sendiri pernah memberi label yang tidak baik kepada negara ini," katanya.

Jelasnya, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak bermaruah kerana secara jelas dan terang memberikan persepsi buruk berkaitan kepimpinan dan negaranya sendiri walhal ia tidak benar.

"Rakyat negara ini membawa nama Malaysia apabila berada dipersada antarabangsa dan apabila mereka membuat tuduhan dan fitnah kepada para pemimpin dan negara ini bermakna mereka bukan saja mengaibkan diri mereka sendiri tetapi menconteng arang pada setiap wajah rakyat Malaysia," tegasnya.

Ujarnya yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), fitnah yang dibuat berkaitan pembelian kapal selam buatan Perancis ini telah menggambarkan kononnya pemimpin negara ini tidak berintegriti, mengamalkan rasuah dan melakukan penyelewengan bukan saja kepada rakyat tetapi kepada negara amnya.

"Dakwaan sedemikian memberi kesan yang besar bukan saja kepada imej negara tetapi kepada corak dan pentadbiran keseluruhan malah turut memperlihatkan ciri-ciri pengkhianat negara yang wujud dalam kepimpinan pakatan pembangkang.

"Bayangkanlah, jika hari ini individu sedemikian memburukkan nama negaranya maka bagaimana mungkin dia akan dapat menjadi pemimpin dalam negara yang dia sendiri telah anggap negatif. Percaturan politik pakatan pembangkang amat bahaya."

Jelasnya lagi, sewajarnya pemimpin pakatan pembangkang berasa malu dengan sikap mereka sendiri dan belajar dari kepimpinan negara lain kerana mana-mana individu asing waima pembangkang sendiri tidak akan sanggup memburukkan nama negaranya malah mereka akan menunjukkan sikap patriotisme dan nasionalisme yang tinggi.

"Ini berbeza dengan anggota pembangkang di negara ini yang gemar memburukkan Malaysia tetapi dalam masa yang sama berangan-angan mahu menjadi pemimpin dalam negara yang mereka anggap negatif, bukankah ini memalukan dan ibarat menjilat ludah sendiri."

Pada 2008, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencanangkan ke seluruh pelusuk dunia bahawa beliau akan membentuk kerajaan pada 16 September tahun tersebut ekoran dikatakan akan ada segerombolan Ahli Parlimen khususnya dari Sabah yang akan melompat parti untuk menyertai Anwar.

"Secara tidak langsung ia ibarat menunjukkan akhlak dan pendirian Ahli Parlimen tempatan yang amat rendah sedangkan sikap hipokrit pemimpin pembangkang ini jelas menunjukkan kredibilitinya bukan saja kepada rakyat tempatan tetapi nilai dirinya sendiri di persada antarabangsa."

Dalam waktu yang lain, dilaporkan Anwar juga pernah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi selain mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.

Selain itu, Anwar juga pernah mengatakan sebarang bentuk peraturan yang menyekat kebebasan adalah undang-undang lapuk sebagaimana yang dilaporkan dalam wawancara dengan BBC News yang merujuk kepada perundangan di Malaysia.

Sebelumnya, ketua pembangkang ini pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat selain mengeji pakaian batik Malaysia sedangkan ia adalah produk tempatan yang tidak sewajarnya dipolitikkan.

Dalam masa yang sama, anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pernah mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan Malaysia di luar negara membabitkan temubualnya bersama akhbar Kompas di Indonesia dengan dakwaan kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain menyatakan aset canggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai usang dan terpakai.

Setiausaha Agung DAP, Guan Eng juga dalam satu temuramah oleh salah sebuah media asing telah menyatakan bahawa Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding dengan Pulau Pinang yang secara tidak langsung memberi gambaran negatif tentang Malaysia. - MediaUMNO

Jangan Pula Tuduh UMNO Bayar Haron Din, Shahnon Ahmad Kecam Anwar, Pas – Razali

Posted: 09 Oct 2012 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt  - "Cuma satu harapan kita agar jangan ada sesiapa mengatakan kedua-dua tokoh ini dibayar oleh UMNO atau kedua-dua kenyataan ini adalah agenda UMNO.

"Sebab, perkara itu tidak berlaku dan kita juga tidak ada masa untuk menggunakan orang dan janganlah merendahkan kredibiliti dan tahap intelektual kedua-dua pemimpin Pas tersebut", demikian pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim bagi mengulas tindakan dua pemimpin Pas mengenai tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerjasama Pas bersama DAP yang dilihat bercanggah dengan kehendak Islam.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din semalam meminta mana-mana pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal.

Beliau yang dipetik dari sebuah portal berita AntaraPos.com menegaskan demikian ekoran kenyataan Mobashar yang didakwa meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sesebuah negara ketika majlis itu di ibu negara, baru-baru ini.

Manakala Sasterawan Negara yang juga ahli Pas seumur hidup Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula berkata perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Shahnon berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

"Kita percaya ia datang dengan satu kesedaran dan pemerhatian yang cukup jitu terhadap Anwar Ibrahim dan perjuangan Pas di kala ini.

"Kita yakin perjuangan Pas semakin terpesong kerana pimpinan yang ada itu adalah mereka yang sama-sama mempertahan dan memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim," ujar Razali ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata Pas mempunyai kekuatan, kelebihan dari segi agama, cuma menggunakan agama dalam politik yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

"Jadi sudah sampai masanya mereka memperbaiki keadaan, bukan pasal politik tetapi pasal kedudukan agama Islam itu sendiri, dengan kuatnya politik maka kita memperjuangkan agama Islam.

"Begitu juga dengan meletakkan Islam di kedudukan yang betul, Insya-Allah dari segi kuasa iaitu politik, dapat kita kekalkan samaada mereka ingin bersama atau tidak, itu akan menjelaskan pendirian mereka yang sebenar", katanya.

Beliau seterusnya percaya selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang maka parti itu akan terpecah dua .

Justeru tegas beliau jangan pula UMNO atau Barisan Nasional dipersalahkan atau menuduh apa yang dinyatakan kedua-dua pemimpin Pas ini sebagai sandiwara UMNO.

"Syukur Alhamdulillah, jika kesedaran itu datang dari pemimpin Pas sendiri sebab kita dah sebut perkara ini dah lama, cuma kreabiliti kita diserang hebat sampai orang tidak percaya tetapi kita ada juga penyokong yang taksub yang hanya mendengar pemimpin mereka sahaja.

"Jadi apabila Haron Din berkata bahawa Anwar Ibrahim akan membuat pendekatan yang menguntungkan dia (Anwar Ibrahim) sahaja, saya rasa bersyukur sebab perkara itu kita dah nampak lama, sejak dia di dalam UMNO pun kita dah Nampak", ujarnya.

Justeru beliau berharap pengikut dan penyokong parti Pas menilai balik apa yang telah diluahkan oleh kedua-dua pemimpin Pas ini. -MediaUMNO

Pindaan Syarat Pengundi Pos Di Luar Negara Longgar – Liew

Posted: 09 Oct 2012 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt –  Syarat mewajibkan warga Malaysia di luar negara pulang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun untuk layak menjadi pengundi pos adalah lebih longgar berbanding negara lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata di Singapura misalnya, seorang warganegara yang sudah mendaftar sebagai pemilih perlu berada dalam negara sekurang-kurangnya selama 30 hari dalam tempoh tiga tahun sebelum Januari tahun pilihan raya diadakan.

Di Amerika Syarikat pula, antara syaratnya mereka perlu menjelaskan cukai pendapatan serta mengemas kini alamat mutakhir di luar negara setiap tahun, katanya di Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Liew menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang)mengenai cadangan pindaan undang-undang pilihan raya yang bakal dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi sebagai pemilih pos.

Menurut Liew pindaan itu akan dibentang dalam masa terdekat. Liew berkata pada masa ini, hanya pelajar sepenuh masa dan pasangan serta penjawat awam dan pasangan yang berada di luar negara layak menjadi pengundi pos.

Menjawab soalan asal Loke Siew Fook (DAP-Rasah) mengenai jumlah pengundi sah yang telah diwartakan, Liew berkata berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Suku yang diwartakan pada 16 Ogos 2012, jumlah pemilih terkini bagi kesemua 222 Bahagian Pilihan Raya Parlimen ialah 13,052,374 orang.

Katanya daripada jumlah itu, 12,778,127 pengundi biasa; tentera dan pasangan tentera (161,756); anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (110,055) dan pengundi tidak hadir di luar negara (2,436).

Tarif Elektrik Kekal Pada Kadar Semasa

Posted: 09 Oct 2012 02:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, Selasa.

Beliau berkata kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

“Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa,” katanya selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini, Selasa.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif itu ialah pada Jun tahun lepas, berikutan peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Chin juga berkata rundingan semula mengenai perjanjian pembelian tenaga (PPA) pengeluar tenaga bebas akan menyumbang kepada kadar yang lebih kompetitif.

“Kita perlu menunggu Suruhanjaya Tenaga membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Chin menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan meter digital baharu.

Beliau berkata kementerian itu telah berbincang dengan TNB berikutan aduan daripada pengguna yang mereka kini membayar bil elektrik yang lebih tinggi.

Kementerian mengambil perhatian terhadap masalah itu dan menggesa TNB menyediakan SOP yang dapat meyakinkan pengguna.

“Mereka perlu menjelaskan kepada pengguna bahawa meter baharu itu baik dan tidak ada yang salah mengenainya,” katanya.

Semua Pihak Perlu Bantu Kempen Atasi Lebih Tiga Juta Belum Jadi Pengundi

Posted: 09 Oct 2012 01:15 AM PDT

PUTRAJAYA, 9 Okt – Agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan parti politik disaran membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada program mereka untuk meningkatkan kesedaran rakyat mendaftar sebagai pemilih.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peranan pelbagai pihak amat penting bagi menangani isu lebih tiga juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas yang belum mendaftar sebagai pemilih.

“Kita harap dalam apa sahaja program besar atau yang melibatkan pemimpin, ada ruang pameran SPR ini supaya memudahkan orang ramai mendaftar. Mereka boleh mohon (diadakan ruang pameran) dari SPR,” katanya selepas majlis penyerahan cek tajaan kepada Kelab Ragbi Sekolah Menengah Sains Johor Alumni(Sajoha) Vikings, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata  pendaftaran pemilih perlu dibuat secara berterusan, tidak kira bila pilihan raya akan diadakan.

Beliau berkata dalam sektor awam pula, peranan ketua jabatan penting untuk memastikan warga jabatan mereka mendaftar sebagai pemilih.

Pada masa yang sama beliau menolak isu tiga juta rakyat belum mendaftar sebagai pengundi itu sebagai antara punca pilihan raya umum ke-13 belum diadakan.

“Pada saya mungkin ada banyak lagi dalam fikiran beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk dilaksanakan. Tetapi beliau boleh mengadakan pilihan raya bila-bila masa sahaja,” katanya.

Mengenai majlis penyerahan cek tajaan sebanyak RM50,000 daripada Galaxy Multitrade Resources kepada Kelab Ragbi Sajoha Vikings, Ahmad yang juga alumni sekolah itu berkata sumbangan diharap dapat membantu kelab berkenaan melahirkan lebih ramai pemain ragbi untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Katanya kelab itu bukan sahaja ditubuhkan untuk alumni sekolah berkenaan tetapi juga untuk mencari bakat baru dalam sukan ragbi.

Nada Kecewa Terhadap Perjuangan Pas…. Shahnon Ahmad Tidak Keseorangan

Posted: 09 Oct 2012 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Okt – Keluhan anggota Pas seumur hidup, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang juga Sasterawan Negara berhubung perjuangan politik Pas bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah lama diperkatakan.

Mudir Pondok As-Saadah, Genting Tumpat, Ustaz Zainal Abidin Awang yakin bukan setakat Shahnon Ahmad sahaja yang melihat perkara itu, malah kebanyakan ahli Pas termasuklah pimpinan yang lain turut merasai perubahan perjuangan Pas hari ini.

Cumanya ujar beliau mereka mungkin setia kepada parti dan hanya sekadar bercakap di belakang dan memerhatikan tindak-tanduk kepimpinan Pas dan berkemungkinan ianya akan meletup secara besar-besaran pada satu hari nanti.

"Masa dan waktu itu tentunya akan tiba dan tunggulah bagaimana banyak lagi ahli Pas akan bangkit mempertikaikan perjuangan Pas hari ini. Memanglah kita nampak daripada pelbagai sudut dan orang ramai pun dah mula melihat akan perkara ini.

"Saya sendiri pun dah lama nampak perubahan pada Pas…Dah banyak dah tergelincir perjuangan mereka dan yang ada hari ini masing-masing tertumpu kepada perjuangan menuju ke Putrajaya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad (gambar).

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Ustaz Zainal seterusnya menambah apa yang diperkatakan oleh Shanon Ahmad itu wajar diperhalusi dengan mendalam oleh pucuk pimpinan Pas dalam usaha memartabatkan kembali parti berkenaan.

"Kalau saya cakap mungkin orang akan cakap benda lama…tetapi realitinya bukankah Pas pada satu ketika pernah menghentam UMNO yang mengambil pendekatan bekerjasama dengan bukan Islam.

"Pada waktu itu pelbagai tohmahan dilemparkan tapi hari ini mereka berkawan dengan DAP yang terang-terang menentang perjuangan negara Islam. Kita yakin  dalam kekecewaan ini Shanon Ahmad tidak keseorangan ," katanya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...