BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! KHALID GAGAP MEMBELI KOMPAKTOR TERPAKAI !!! KATA BELI BARU ??? APA CERITA NI ???

Posted: 03 Oct 2012 01:00 PM PDT


Menteri Besar Selangor kata dia membeli 50 buah kompaktor (lori pemampat sampah) untuk mengatasi masalah sampah di Selangor.Tindakan memang nampak bijak tetapi sebenarnya ada agenda tersembunyi yang perlu 'RAKYAT' tahu terutamanya orang Selangor.Alasan yang tidak diketahui oleh 'rakyat' Selangor mengapa rejim khalid ibrahim beriya-ia sangat mengantikan kompaktor yang sedia ada kepada kompaktor yang baru dengan menggunakan duit kerajaan negeri adalah satu muslihat jahat.Kompaktor yang dibeli sebanyak 50 buah dan 15 buah kompaktor antaranya telah diterima awal bulan jun lepas adalah kompaktor yang dibeli mahal dari harga pasarannya.Lori pengangkut sampah yang didakwa baru itu sebenarnya lori terpakai yang bernilai hampir RM 14.5 juta untuk 50 buah kompaktor terbabit.


Kompaktor yang berjenama DONG FENG itu dibeli dari negara CHINAadalah keluaran terakhir pengeluaranya syarikat Dong Feng sedangkan alat ganti bagi lori pengangkut sampah terbabit terhad di Malaysia.Kos perbelanjaannya alat ganti mungkin berlipat ganda disebabkan alat ganti lori terbabit perlu di import dari negara China. - KMPM



KANTOI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KEGIATAN BUSUK NGA KOR MING TERBONGKAR !!!

Posted: 03 Oct 2012 09:53 AM PDT


Nga Kor Ming (kiri) dan Lee Chee Seng (kanan)

Lee Chee Seng adalah seorang ahli bisnes. Macam-macam bisnes dia ada. Dia ada enam stesyen minyak kat Perak ni. Dia juga merupakan seorang pemaju perumahan…tu belum masuk macam-macam bisnis sampingan yang lain. Orang bisnis memerlukan orang politik sebagai kabel untuk memudahkan urusan bisnisnya. Sebagai balasan, dia akan hulur kepada hali politik untuk kepentingan ahli politik tersebut. Sebelum March 2008, Lee Chee Seng adalah penyokong tegar BN. Dia adalah orang Gerakan…malah dalam PRU 2008, Lee Chee Seng membantu calon BN menentang calon DAP. Tup-tup..BN kalah di Perak dan Lee Chee Seng terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. Sebaik saja kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk, Lee Chee Seng dengan sepantas kilat bertukar parti. Dia menyertai DAP…malah menubuh satu cawangan DAP di Taman Kaya…dalam Parlimen Ipoh Timor dimana Lim Kit Siang menjadi MP. Lee Chee seng adalah orang lama dalam urusan politik/bisnis. Pengalaman dia dalam BN menjadikan dia pakar untuk membuat kerja-kerja ala-Umno. Lee Chee Seng membiayai DAP dengan cara tidak langsung dimana dia telah menghantar anaknya, Howard Lee sebagai proksi dalam DAP. Selain daripada membantu bisnisnya, dia juga dilihat sebagai membantu DAP. Dalam masa yang sama, dia cuba mempromosi anaknya, Howard, untuk dididik oleh Nga Kor Ming supaya memegang jawatan tinggi dalam DAP. Howard sering memperkenalkan dirinya sebagai Pengarah Strategi DAP Perak. Tapi nasib malang menimpa Pakatan Rakyat Perak apabila kerajaan PR ditumbangkan oleh BN dalam rampasankuasa 6 Februari 2009. Nga Kor Ming yang hidup senang semasa menjadi EXCO tiba-tiba jadi hilang semua kuasa.Tapi Lee Chee Seng tak lari. Lee Chee Seng tau tentang kekuatan politik DAP. Sokongan orang Cina terhadap DAP masih tinggi dan kalau pilihanraya diadakan,DAP sudah pasti akan menang kerusi-kerusi yang ditandinginya. Maka dengan sebab itu, Lee Chee Seng masih meneruskan hubungan rapat dengan Nga Kor Ming. Nga Kor Ming yang sudah kehilangan hak-hak istimewa sebagai EXCO perlu dibantu Dan Lee Chee Seng menubuhkan satu syarikat baru untuk membantu Nga Kor Ming. 


Lee Chee Seng membuka sebuah restoran di Sitiawan pada bulan April 2009 dan diberikan nama Restoran Michelin Star Sdn Bhd dimana dia menjadi Pengarah Syarikat manakala isterinya,Irene Yow Chay Yoon dilantik sebagai Pengarah beberapa bulan kemudian.


Lee Chee Seng menawarkan 15,000 saham (15%) kepada isteri Nga Kor Ming,Wong Seow Ching,manakala 10,000 (10%) saham lagi kepada Nga Kor Ming.


Tak mengapa…kalau Nga Kor Ming nak cari duit tambahan..tak ada salahnya.Tapi kalau mengikut kata Lim Guan Eng dalam Konvensyen DAP tak lama dulu, "Kalau nak berpolitik, jangan libatkan diri dalam bisnis. Kalau nak buat bisnis, tinggalkan politik." He.He…cakap Guan Eng pun Nga Kor Ming tak mau ikut. Hey Guan Eng..lu sapa? Tapi aku nak mintak tolong kat Guan Eng sikt…sebab Guan Eng seorang akauntan.tolong semak akaun syarikat Michelin Star ini.


ANDA NAK LAGI ??? 


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM BAGI KOUTA 30 MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI UNTUK DAP ???

Posted: 03 Oct 2012 09:36 AM PDT


Dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti.Walaubagaimanapun,senarai nama mereka yang dijangka dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor,Shuhaimi Shafiei,sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air,di samping memberi peluang kepada anggota parti yang berpotensi.Pengumuman ini,seperti dijangka,telah ditempelak DAP kerana ianya tidak pernah dibincangkan langsung dalam mana-mana mesyuarat PR.Mana tidaknya kerana DAP sendiri telah pun menyenaraikan 30 pemimpin dan anggota parti itu bagi mengisi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya. 

Namun,perkara ini belum dibawa ke mesyuarat PR memandangkan Anwar belum menetapkan agenda khas untuk membincangkannya setakat ini.Lebih menarik lagi, sumber-sumber dalaman parti PAS juga memberitahu bahawa PAS sendiri telah menyediakan senarai nama 30 orang pemimpin dan anggota parti itu untuk dikemukakan ke mesyuarat PR sebagai bakal Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.Nampaknya,parti-parti sekutu PR masing-masing 'menyimpan' sendiri nama-nama bakal Menteri dan Timbalan Menteri yang akan mereka lantik tanpa mendedah atau berkongsi maklumat walaupun sesama sendiri. Kerana itu, PR masih gagal mengenalpasti 'bayang-bayang' mereka yang boleh disenaraikan dalam Kabinet Bayangan sehingga kini. Bagi sebuah parti yang begitu kemaruk,tidak sabar dan tidak tertahan-tahan lagi untuk menjadi pemerintah,kegagalan PR mengumumkan Kabinet Bayangan sehingga ke saat ini amatlah pelik.Sedangkan mereka cukup maklum bahawa Pilihanraya akan diadakan bila-bila masa saja dalam waktu terdekat ini. Sebenarnuya, masalah PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan bukan hanya terletak kepada kesukaran untuk mencari calon yang layak dan sesuai,tetapi yang lebih kritikal ialah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak dari semua parti sekutu dari segi calon dan juga jumlah wakil dari setiap parti. Anwar sebagai PM tidak mungkin boleh mengumumkan tiga kabinet berasingan kerana ia akan menyebabkan memerintah dan mentadbir negara menjadi sesuatu yang mustahil. 

Justeru,Anwar tidak ada pilihan selain dari mempertimbangkan semua nama-nama yang disenaraikan oleh kesemua parti untuk jawatan kabinet.Jika ini berlaku,maka kabinet PR pastinya akan tercatat dalam sejarah sebagai kabinet paling besar dengan sekurang-kurangnya 80 Menteri dan Timbalan Menteri.Ia juga pasti akan direkodkan sebagai yang paling membazir dalam sejarah. Dengan begitu ramai Menteri,Anwar mungkin boleh 'merekacipta' berbagai portfolio baru atau memecahkan satu-satu portfolio kepada beberapa bahagian.Contohnya,tiada lagi Menteri Pengangkutan secara umum,tetapi akan diwujudkan Menteri Kereta,Menteri Kapal Terbang,Menteri Motorsikal atau Menteri Jet Peribadi.Mungkin ini saja penyelesaian yang logik bagi Anwar untuk memastikan pakatan pembangkang tidak bertelagah apabila memerintah.Namun begitu, di sebalik kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan, satu perkara yang tidak kurang kritikalnya bagi parti itu ialah sikap bakal Perdana Menteri mereka sendiri, iaitu Anwar Ibrahim, yang cenderung menjadi kuku besi.Perhatikan bagaimana Anwar dengan selamba telah mengumumkan 20 orang Menteri dari parti PKR tanpa meminta pandangan atau berbincang dengan DAP mahupun PAS. 

Anwar seolah-olah 'terlupa' akan tanggungjawabnya untuk mendapatkan persetujuan semua. Belum pun menjadi Perdana Menteri, sudah terserlah sikap kuku besi Anwar. Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti. PAS mungkin tidak punya pilihan selain dari mengangguk dan mengiakan segala perintah Anwar kerana kepimpinan parti tersebut telah 90% dipengaruhi puak Anwarinas.Tetapi,bagaimana dengan DAP yang begitu yakin bahawa Anwar berada dalam genggaman mereka ??? Apakah DAP pasti yang mereka mampu menguasai Anwar nanti ??? Apakah DAP pasti yang segala rahsia gelap Anwar yang ada dalam tangan mereka mampu mengikat Anwar ??? Tidakkah DAP sedar bahawa segala rahsia gelap Anwar sudah pun menjadi rahsia umum seluruh dunia ??? Oleh itu,apakah rahsia tersebut masih mempunyai nilai peras-ugut ??? Hakikatnya,kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan ini telah membantu memudahkan rakyat untuk membayangkan keadaan negara di bawah pemerintahan mereka iaitu kacau bilau dan huru-hara dengan begitu ramai Menteri dan begitu ramai pula yang berperanan sebagai dalang kepada Perdana Menteri yang kuku besi.

RENUNG-RENUNGKAN 

ISLAMIS DEMOKRAT !!! ADAKAH INI AGAMA BARU CIPTAAN PAS ???

Posted: 03 Oct 2012 09:12 AM PDT


"Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat," begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad,Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini DotCom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau,drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.Dengan menyebut 'kami',maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS,iaitu parti yang diwakilinya.Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum "A Rising Economic Tide that Lifts All Boats" anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika,Solaris Dutamas,Kuala Lumpur.Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP,Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.Menjelaskan istilah Islamis Demokrat,Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari "doktrin Negara Islam" kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.Kenyataan Dr. Dzul tersebut telah ditempelak oleh sebuah laman web pro-PAS,tranungkite,selain dari itu,tiada langsung kenyataan rasmi dari kepimpinan tertinggi PAS mengenainya.Justeru,tidak salah rasanya jika saya mengandaikan yang Nik Aziz serta Hadi Awang juga merestui fahaman atau pendekatan Islamis Demokrat ini ???

masihkah pembaca Badut Rakyat Ingat lagi tentang bagaimana istilah Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi telah dipertikai dan digoblokkan oleh PAS sebagai agama baru yang menyalahi ajaran Islam ??? Sedangkan,Islam Hadhari hanyalah satu konsep yang membawa masyarakat Islam kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan bukannya agama baru, serta tidak pula bertentangan dengan ajaran Islam.Tetapi,bagaimana pula dengan Islamis Demokrat ??? Demokrat atau demokrasi, mengikut pandangan barat yang juga dipegang oleh Anwar Ibrahim sepertimana yang terbukti dalam ucapan-ucapannya,adalah termasuk di dalamnya kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy) ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).Tentu sekali,demokrasi yang didokong oleh Anwar ini adalah tidak sama dengan demokrasi yang diamalkan di Malaysia kerana itu Anwar sering melaungkan memperjuangkan demokrasi walaupun negara ini telah termaktub sebagai mengamalkan demokrasi.Demokrasi yang diperjuangkan Anwar mengikut perspektif barat adalah melampaui batas-batas ketamadunan yang dibawa oleh Islam. 

Kebebasan bagi Barat membawa makna yang manusia tidak perlu terikat kepada peraturan dalam mengekspresi diri walaupun ia membawa keburukan kepada orang lain dan diri sendiri. Contohnya, menyebar bahan lucah dan hasutan juga termasuk dalam kebebasan bersuara. Begitu juga dengan 'hak asasi' bagi Barat, di mana ia merangkumi hak untuk tinggal serumah tanpa nikah atau mengamalkan seks bebas, malahan luar tabie asalkan ianya berdasarkan suka-sama-suka.Oleh itu,di manakah PAS meletakkan partinya dalam Demokrasi ini ??? Lebih-lebih lagi apabila Dr. Dzul sendiri menyatakan yang PAS bukan lagi 'Islamis' tetapi perlu disebut sebagai 'Islamis Demokrat' ??? Bagaimana Islam boleh digabungkan dengan demokrasi ala barat atau Anwar Ibrahim,sedangkan kedua-duanya amat bertentangan sepertimana bertentangannya prinsip PAS dengan DAP ??? Tentu sekali, seperti juga kerjasama antara PAS dengan DAP, salah satu pihak perlu beralah bagi membolehkan kerjasama tersebut direalisasi.Untuk itu,PAS telah mengalah dengan menggadaikan prinsip Negara Islam.Maka dalam soal Islamis Demokrat juga,salah satu fahaman perlu dilonggarkan atau digadaikan terus bagi membolehkan ia dipraktikkan.Justeru,apakah PAS bersedia melonggarkan fahaman Islam dan menerima kebebasan dan hak asasi ala barat ??? Ini adalah persoalan besar dan kepimpinan PAS tidak boleh hanya berdiam diri dan membisu mengenainya. Pemimpin PAS punya tanggungjawab terhadap agama dan penyokong mereka untuk menjelaskan perkara ini serta mengambil pendirian yang pasti. PAS tidak boleh bersekongkol dan merelakan Anwar menjadi pemimpin tertinggi tetapi menafikan yang turut mendokong fahaman demokrat.PAS perlu memilih menjadi Islamis atau Demokrat tetapi tidak mungkin dapat menjadi kedua-duanya sekali. 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DR ASRI MENGIKUT JEJAK ANWAR IBRAHIM ??? APA CERITA NI ???

Posted: 03 Oct 2012 01:30 AM PDT


Semua pasti terkejut melihat persamaan di antara Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA),tokoh Wahabi Malaysia ini dengan Anwar Ibrahim.Berikut adalah persamaan yang sangat-sangat mengejutkan ini !!! 

1. Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang,Maza juga orang Pulau Pinang.. 

2. Anwar Ibrahim lahir dan membesar dalam keluarga UMNO,bapanya seorang Ahli Parlimen UMNO dan ibunya,Ketua Wanita UMNO di Pulau Pinang sebelum nampak seperti Pro-PAS sewaktu di kampus dan zaman ABIM.MAZA pula adalah proksi PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) sewaktu di asrama sekolah menengah dan juga ketika mengambil ijazah di Jordan sebelum nampak seperti Pro-UMNO sewaktu memegang jawatan Mufti. 

3. Anwar Ibrahim rapat dengan Dato' Asri Muda sewaktu Pro-PAS dan sebelum Anwar isytihar masuk UMNO sehinggakan Asri Muda offer jawatan Presiden PAS pada Anwar. MAZA pula rapat dengan Shahidan Kassim dan UMNO Perlis sewaktu nampak Pro-UMNO sehingga dapat jawatan Mufti Perlis dan title Dato'. 

 4. Anwar dulu antara pengasas awal Badan Revolusi Ugama di MCKK dan ABIM, MAZA pengasas PAS di KIK dan Jordan. MAZA juga tubuh dan asaskan Ilmuwan Muda UMNO (ILMU). 

 5. Anwar Ibrahim cipta masalah kepada UMNO dengan demonstrasi dan kebangkitan Islam, MAZA cipta masalah kepada PAS dengan idea taat kepada pemerintah walaupun zalim sewaktu jadi Mufti sehingga digelar Bapak Setan oleh Dr Badrul Amin. 

6. Anwar Ibrahim jadi hero kepada UMNO lawan idea kebangkitan Islam yang dulu dia mulakan sewaktu pimpin ABIM guna penerapan nilai-nilai Islam, MAZA jadi hero sekarang ini kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk lawan ulamak muda UMNO pasal idea taat pemerintah walaupun zalim, (sebelum dia jadi Mufti, ustaz mana pun tak pernah sebut benda ni, MAZA yang mula promote taat pemerintah zalim di Utusan dalam kolum Minda Mufti sekarang dia pulak konon tunjuk hero tak setuju fahaman ni). 

7. Anwar Ibrahim hantar kawan-kawannya seperti Tuan Haji Mohamad Sabu, Arwah Ust. Fadzil Noor dan Haji Hadi dalam ABIM masuk PAS, MAZA hantar Fatul Bari dan Fazlan Osman masuk UMNO melalui ILMU. 

 8. Anwar Ibrahim hantar orang sahaja masuk PAS, tapi dia sendiri pun tak masuk PAS, MAZA hantar orang saja masuk UMNO tapi dia sendiri pun tak masuk UMNO. 

9. Anwar Ibrahim tak rujuk ulamak ABIM untuk tidak masuk PAS dan lepas tu masuk UMNO, MAZA tak rujuk ulamak Wahabi untuk tidak masuk UMNO, dan kemungkinan besar tidak rujuk ulamak Wahabi jika mau masuk PAS. 

 10. Anwar Ibrahim mula-mula nampak Islamik,selepas itu nampak pro-Amerika Syaitan Besar dan pro-Barat bila dah berkuasa.MAZA mula-mula nampak Islamik dan sekarang mula cenderung kepada Barat bila dah popular. 

Inilah 10 persamaan antara Anwar Ibrahim dan MAZA.Seharusnya,pencinta ahlul bayt,pendokong UMNO dan juga penyokong PAS mesti berwaspada.Penyokong PAS boleh berasa gembira kejap,tapi mereka mesti lihat huru-hara dicetuskan oleh Anwar kepada UMNO bila Anwar tidak dapat apa yang dia nak dan mencantas siapa-siapa yang menghalang kenaikan pantasnya dalam UMNO.Sebelum datang bahaya,perlu dicantas dulu apa yang patut. 

Oleh Ali Reza Ahmed Askari 

RENUNG-RENUNGKAN 

BAJET ALTERNATIF 2013 !!! SAH !!! ANWAR KELENTONG RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 03 Oct 2012 09:12 AM PDT


Bajet alternatif pembangkang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim di Bilik Taklimat di Parlimen Rabu lalu terus mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.Ini termasuk ahli politik,para penganalisis ekonomi dan kewangan serta pakar dalam bidang pendidikan dan sosial.Kebanyakan kritikan tertumpu kepada betapa tidak praktikalnya pandangan pembangkang kononnya untuk mengemukakan model pengurusan ekonomi dan kewangan yang "lebih baik" daripada Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat lalu.Jika bajet pembangkang dilaksanakan kemungkinan besar negara akan berhadapan dengan risiko bankrap kata penganalisis ekonomi.Ini kerana cadangan seperti penurunan harga kereta dan harga petrol hanya akan melemahkan fondasi ekonomi negara disebabkan kegagalan pembangkang memberi butiran bagaimana mereka mahu mengimplemensi rancangan tersebut.Ada mungkin juga ini adalah sekadar retorik kosong pembangkang yang hanya berminat untuk menjadi popular dan meraih undi ketika negara di ambang pilihan raya umum.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang menerangkan secara terperinci dasar atau program ekonomi yang hendak dilaksanakan kerana ia sudah tentunya akan membabitkan dana awam. Jadi rakyat perlu tahu bagaimana wang mereka akan digunakan sebaiknya untuk mendapatkan pulangan dan kesan berganda yang lebih berkesan.Pembangkang pula nampaknya hanya melepaskan batuk ditangga dengan menggariskan secara kasar cadangan-cadangan berbentuk populis dan gimik politik semata-mats tanpa input pemikiran yang menjurus kepada pembangunan ekonomi negara dalam erti kata sebenar. Juga cadangan memansuhkan PTPTN lebih berbaur politik peti undi daripada benar-benar bersifat kepentingan bagi golongan pelajar.Memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma pada peringkat kolej dan universiti akan mematikan semangat kompetitif di kalangan pelajar.Umpamanya pelajar cemerlang tidak akan merasa perlu untuk membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam bidang yang dipelajari kerana pelajar mundur dan malas juga mendapat kemudahan yang sama.Cadangan pembangkang hanya akan mamou mewujudkan satu generasi siswa yang malas berfikir,jumud pemikiran serta kosong semangat juang di dalam jiwa mereka.Seperti kata komen mengenai perkara ini,universiti hanya akan mengeluarkan ribuan graduan saban tahun yang berkualiti 'mediocre' ataupun cukup makan.Akibat daripada itu pasaran pekerjaan akan terjejas teruk kerana para majikan tidak lagi mampu mendapatkan tenaga profesional yang benar-benar mahir dan berkaliber.Akan berlaku keadaan di mana graduan tidak laku di pasaran pekerjaan tempatan dan ini memaksa sektor swasta mencari kemahiran yang diperlukan dari negara luar demi memenuhi kriteria yang dikehendaki. 

 Lebih penting daripada itu,bajet yang diwar-warkan oleh pembangkang tidak memenuhi satu kriteria yang amat penting dalam mana-mana belanjawan sesuatu negara iaitu bagaimana bajet itu mahu mendapatkan sumber kewangan bagi menampung segala yang dicadangakan.Secara logiknya,jika bercita-cita mahu membeli kereta mewah atau membina rumah idaman, kenalah difikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang. Jika tidak segala impian hanya tinggal angan-angan Mat Jenin sahaja.Ketua Pembangkang gemar menggunakan analogi pendapatan besar Petronas setiap tahun untuk menjual ide 'penstrukturan semula' ekonomi yang dibawanya.Cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak nampak mulus tetapi jika dikaji dengan teliti ia sebenarnya bercanggah dengan pendiriannya. Dalam ceramahnya Anwar sering mengkritik kerajaan kerana didakwa menggunakan wang Petronas untuk memberi subsidi harga pasaran tempatan minyak petrol dan diesel. Beliau gagal melihat ironi cadangan penurunan harga minyak dan bahanapi kerana tindakan itu juga akan akhirnya mengakibatkan penggunaan dana Petronas.Jika harga petrol dan diesel diturunkan hanya kerana pembangkang mahu menjadi popular di mata rakyat,jumlah perbezaan harga dengan harga pasaran dunia dan mekanisme penetapan harga oleh Petronas akan terpaksa ditanggung oleh kerajaan.Di mana kerajaan akan mencari sumber kewangan untuk menampung kos pengurangan harga minyak jika tidak mengetuk pintu Petronas juga atau mengorbankan rizab tunai negara ??? Jadi rakyat kena berfikir secara matang dan rasional untuk mengelak terperangkap dalam permainan psikologi pembangkang.Seperti kata Perdana Menteri,pembangkang boleh berjanji bulan,bintang dan apa sahaja asalkan rakyat boleh diperdaya untuk menang pilihan raya.

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! BUKTI PEMIMPIN PAS KATA RAKYAT MALAYSIA BODOH TERSEBAR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 02 Oct 2012 07:54 PM PDT


Ketua Penerangan PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam,namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin PAS,cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan politik kepartian juga yang didahulukan.Tidak serik dengan isu tersebut,kali ini pemimpin PAS yang mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am PAS itu sekali lagi cuba memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima imbuhan BR1M dan lain-lain.

Dalam satu kenyataannya kepada media,Tuan Ibrahim mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M,BB1M,Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja. "Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba,bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang," demikian katanya.Menurutnya lagi, "asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah,tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian One-Off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa."

Membaca kenyataan Tuan Ibrahim itu jelas memperlihatkan kedangkalan caranya berfikir. Seolah-olah pada pandangan pemimpin PAS itu,orang yang menerima BR1M dan lain imbuhan termasuk bantuan persekolahan anak-anak adalah orang yang bodoh kerana membiarkan candu dan racun menguasai diri.Hakikatnya tidak sedemikian.Walau wang yang diterima nilainya tidak seberapa,besar manfaatnya untuk perbelanjaan keluarga yang berpendapatan rendah.Di masa yang sama wang BR1M yang dibelanjakan itu pula mengalir ke pelbagai sektor sekaligus menyemarakkan aktiviti ekonomi setempat.Usahlah PAS bermain dengan api cuba menganggap rakyat negara ini bodoh konon bagaikan penagih candu atau sebagainya.Jangan dihina rakyat yang berpendapatan rendah kerana kelak bila tiba musim pilihanraya khalayak ini jugalah nanti yang akan PAS cuba hampiri untuk meraih undi.puak PAS juga ambil semua ini kan ??? Percayalah,selagi wujud ramai pemimpin bermulut celupar dalam PAS dan lain-lain parti pembangkang yang gemar merendah-rendahkan maruah dan daya fikir rakyat marhaen seperti mana tutur kata Tuan Ibrahim,nescaya sampai kiamat pun PAS dan PR tidak akan berpeluang untuk menguasai tampuk pemerintahan negara ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

ISU AIR !!! ANTARA KEPERLUAN ALAM SEKITAR DAN NYAWA RAKYAT !!! XAVIER MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 02 Oct 2012 04:00 PM PDT


Satu kelebihan yang perlu kita akui hanya dimiliki oleh pemimpin pembangkang ialah kemampuan mereka mengalih isu utama kepada isu lain.Mereka memiliki kepakaran yang tinggi untuk spin sana sini dan bijak memutar belit fakta dan isu.Demikianlah yang berlaku pada Exco Selangor,Dr Xavier Jayakumar dalam usahanya untuk menghalalkan keputusan kerajaan PKR Selangor menolak pembangunan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS).Xavier,dalam satu kenyataannya pada 01 Oktober 2012 seperti mana dipetik oleh Sinar Harian telah mengecam sikap cakna rakyat yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Pahang,Dato' Seri Adnan Yaakob dalam isu air yang masih hangat diperkatakan ramai ketika ini.Kata Xavier,PPAMPS telah menyebabkan Hutan Simpan Kekal Lakum musnah manakala kira-kira 13,000 Orang Asli hilang tempat tinggal dan mata pencarian.Beribu-ribu lagi peneroka Felda Mempaga dan Lembah Klau pula hilang pendapatan selepas ladang mereka diambil alih untuk menyiapkan Empangan Klau yang bertujuan menyalurkan air mentah ke Sungai Langat. 

Seimbas lalu kelihatan seperti Xavier adalah seorang pencinta alam sekitar dan amat prihatin nasib rakyat yang terjejas dengan pembinaan Empangan Klau.Tapi sebenarnya,dakwaan liar oleh Xavier itu hanyalah satu penipuan.Hanya 115 keluarga Orang Asli yang terbabit dalam pemindahan ke penempatan baru.Manakala sejumlah 416 orang daripada 474 peneroka Felda Lembah Klau,hanya sebahagian tanah mereka sahaja diambil (kira-kira dua ekar) bagi menjayakan projek tersebut. Bagi keluarga Orang Asli yang dipindahkan,mereka diberi rumah baru kos rendah beserta elaun RM400.00 hingga RM680.00 sebulan untuk selama 48 bulan selepas Empangan Klau siap dibina. Selain itu mereka turut mendapat 0.20235 hektar (setengah ekar) dan seluas 2.4282 hektar (enam ekar) tanah kelapa sawit yang telah siap ditanam. Manakala golongan peneroka Lembah Klau yang sebahagian tanahnya terbabit dalam pembinaan Empangan Klau yang keluasan takungannya 2,300 hektar itu, masing-masing diberi pampasan wang ringgit antara RM44,000 hingga RM46,000 sehektar mengikut harga pasaran semasa tanah pertanian tika itu. 

Jelas sekali,angka-angka yang disebut oleh pemimpin PKR Selangor itu bukan sahaja terlalu semberono malah nampak sangat merupakan satu cubaan mengalih isu sebenar.Serasi dengan nama parti yang disertainya PKR Parti Kencingkan Rakyat.Dalam isu air yang membabitkan Langat 2 dan PPAMPS ini sepatutnya sudah lama selesai sementelah lagi tahun 2014 yang dijangkakan akan berlaku krisis air pun sudah tidak berapa lama lagi. Pahang sudah lama bersiap sedia dengan membina Empangan Klau bertujuan menyalurkan air mentah melalui PPAMPS hingga ke loji rawatan Langat 2.Satu usaha dan bukti keprihatinan Pahang terhadap negeri Selangor berjiran tambahan pula isu air melibatkan kehidupan khalayak dan nyawa rakyat. Pembinaan Empangan Klau sudah lulus pelbagai kajian kesan alam sekitar oleh EIA sejak bertahun-tahun dulu tapi baru kini ditimbulkan semula semata-mata untuk mengabui mata rakyat yang semakin berang dengan kelemahan kerajaan Selangor.Hanya selepas tersepit dengan kenyataan amaran dari MB Pahang baru kini Xavier mahu membicarakan masalah alam sekitar.Walhal, isu alam sekitar di Selangor yang mana sungai-sungai semakin cetek dan kotor manakala lubang-lubang besar terbentuk akibat perlombongan pasir berlebihan,tidak pula Xavier mengambil cakna masalah tersebut.Tapi disebabkan keterlanjuran kerajaan PKR Selangor cuba mengambil kesempatan bermotifkan wang ringgit untuk kepentingan kroni melalui idea penyusunan semula pengurusan air di negeri itu, kesan mudaratnya akan balik semula kepada orang awam.Alih-alih,nyawa rakyat juga yang menjadi taruhannya dan sebagai galang ganti isu alam sekitar ditimbulkan.Keperluan harian untuk kehidupan rakyat semacam tiada nilai bagi kerajaan PKR Selangor,sebaliknya soal keuntungan kroni lebih mendapat perhatian sama seperti isu sampah yang mengakibatkan kerajaan negeri rugi berpuluh juta ringgit untuk membeli lori sampah dari China.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...