UMNO Online - “Kezaliman Kerajaan Selangor Rampas Hak Rakyat Miskin Dibalas Tuhan” plus 9 more

UMNO Online - “Kezaliman Kerajaan Selangor Rampas Hak Rakyat Miskin Dibalas Tuhan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kezaliman Kerajaan Selangor Rampas Hak Rakyat Miskin Dibalas Tuhan

Posted: 03 Oct 2012 04:50 AM PDT

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin.  Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK), iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor.

Seluas 218 ekar  daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM.

Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah.

Namun keputusan mahkamah yang memihak kepada PYBK semalam membuktikan bahawa cukai tanah sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 ('bayaran pertama") sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Dan cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta pula dibayar pada 1.2.2010 melalui Yayasan Melaka ("bayaran kedua").

Namun, apa yang berlaku ialah:

i)  Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;

ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka

Tindakan kerajaan negeri memulangkan semula bayaran menunjukkan bahawa mereka memang berniat untuk merampas tanah milik PYBK ini.  Ini kerana pihak ketiga atau keempat yang membuat bayaran tidak sepatutnya menjadi soal jika benar isunya adalah 'cukai tanah tidak berbayar'.

Tindakan kerajaan negeri memulangkan semula bayaran menunjukkan bahawa mereka memang berniat untuk merampas tanah milik PYBK ini.  Ini kerana pihak ketiga atau keempat yang membuat bayaran tidak sepatutnya menjadi soal jika benar isunya adalah 'cukai tanah tidak berbayar'.

Justeru, persoalannya ialah apakah motif kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah ini?

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom mengesahkan bahawa tanah hak milik syarikat tersebut telah pun mempunyai geran dan cukai premium tanah sejak diambilalih pada 1997 juga telah dijelaskan.

Maka, jika kerajaan negeri ingin mengambil-alih tanah tersebut, ia perlulah melalui proses pengambilan tanah mengikut undang-undang.

Menurut laporan awal, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas untuk merampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta di Serendah, Rawang, milik YBK kerana yayasan itu enggan membenarkan Kerajaan Selangor campur tangan dalam urusan operasi dan pentadbirannya.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Oktober lalu telah menetapkan Menteri Besar perlu dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala seorang lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan portfolio kebajikan, namun tiada maklum balas positif daripada yayasan itu.

Sekali lagi, apakah motifnya bagi kerajaan PR Selangor untuk beria-ia ingin masuk campur dalam urusan dan operasi YBK?

Jika alasannya adalah kerana ingin memantau kewangan dan pentadbiran YBK untuk memastikan kebajikan rakyat miskin terjaga tentulah tidak boleh diterima kerana segala program YBK adalah telus selain kewujudannya sudah begitu lama dan terbukti berkesan.

Lagipun, rakyat Selangor yang 'dekat' dengan program-program kebajikan pasti sedia maklum tentang bagaimana kerajaan PR Selangor telah menghentikan sumbangan yang biasa diperuntukan kepada beberapa rumah anak-anak yatim di negeri ini oleh kerajaan BN sebelum ini.

Tiada alasan diberikan atas tindakan menghentikan sumbangan tersebut.  Justeru, alasan prihatin terhadap rakyat miskin tentulah tidak boleh diterimapakai.

Oleh itu, rakyat melihat bahawa motif kerajaan Selangor ingin merampas tanah ini tidak lain tidak bukan ialah kerana PYBK dilihat sebagai tidak menepati aspirasi PR yang memegang prinsip kesamarataan total, selain ingin meneroka peluang untuk membuat 'keuntungan' dari tanah yang begitu luas.

Secara amnya, pembinaan UiTM serta program-program yang melibatkan rakyat miskin oleh PYBK pastinya mensasarkan kaum Melayu.  Inilah yang dikatakan tidak menepati prinsip kesamarataan total yang didokong PR.

Pastinya, DAP yang sedia menggenggam leher Khalid Ibrahim memberi tekanan yang hebat kepada beliau agar memastikan segala projek atau program yang mengutamakan sesuatu kaum terutama bumiputera, dihentikan atau ditiadakan terus.

Lebih dari itu, sebagai seorang yang berlatarbelakangkan korporat dan memerintah dengan berorientasikan keuntungan, Khalid Ibrahim sendiri tidak berminat dengan program-program atau projek 'ala' kebajikan yang dilakukan oleh PYBK, sedangkan tanah yang luas itu boleh membawa hasil yang lebih jika dibangunkan pusat komersial atau perumahan mewah.

Apa yang berlaku dalam isu tanah PYBK ini telah menyerlahkan sifat sebenar PR yang bercakap tidak serupa bikin.

Slogan 'Demi Rakyat' yang mereka laungkan hanyalah untuk rakyat yang sedia kaya, kaum Cina dan golongan korporat atau peniaga yang berjaya.

Rakyat miskin yang tidak membayar cukai dan tidak membawa pendapatan atau keuntungan kepada negeri tidak perlu diberi perhatian.

Dengan cara ini, barulah PR mampu membuktikan 'kecekapan' dalam mentadbir negeri, di mana hasilnya tercatat dalam bentuk angka keuntungan atau pendapatan tahunan.

Dengan itu, inilah diingatkan bahawa jika PR dibiarkan terus memerintah Selangor, tidak mustahil orang miskin dan sederhana iaitu yang majoritinya adalah Melayu, perlu kembali ke kampung atau meneroka hutan sepertimana yang pernah dilaungkan oleh DAP ketika tragedi 13 Mei.

Mr Beruang Biru

Dakwaan Sabah Kurang Pembangunan Tidak Benar – Salleh

Posted: 03 Oct 2012 04:14 AM PDT

KOTA BELUD, 3 Okt – Pembangunan merupakan komitmen yang tiada penghujungnya, manakala projek prasarana pula, terutama bekalan air dan elektrik, dilaksanakan pada kadar yang amat pesat di Sabah, bercanggah dengan dakwaan satu laporan kaji selidik, kata timbalan ketua UMNO Sabah Datuk Salleh Said Keruak.

Beliau berkata di samping itu, pembangunan dan prasarana merupakan perkara bersifat setempat dan jarang ditonjolkan media.

Oleh itu, kata beliau, dakwaan bahawa Sabah kekurangan pembangunan dan kemudahan prasarana adalah tidak tepat kerana pelbagai pembangunan dilaksanakan di negeri ini.

Ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, loji ammonia dan urea, stesen janakuasa tenaga, jalan raya dan taman industri,” katanya merujuk kepada laporan kaji selidik Merdeka Centre di sini hari ini.

Kaji selidik itu, yang dibiayai bersama Merdeka Centre dan sebuah firma perunding serantau, dibuat dari 6 hingga 17 Sept untuk mengukur persepsi tentang pembangunan semasa di Sabah.

GLC Bantu Wujudkan 359,187 Pekerjaan Dan Sumbang Cukai RM40 Bilion Kepada Negara – Kata Najib

Posted: 03 Oct 2012 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan penting dalam memangkin dan melengkapkan membangunkan ekonomi negara apabila membantu mewujudkan 359,187 pekerjaan dan menyumbang cukai RM40 bilion kepada negara.

Katanya, sejak Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (Program GLCT) dilancarkan pada Mei 2004, GLC telah mencatatkan kemajuan ketara dalam pelbagai aspek utama berkaitan prestasi.

“GLC juga melatih seramai 12,757 siswazah dan membelanjakan RM315 juta untuk latihan dan pembangunan modal insan,” katanya ketika merasmikan bangunan Mercu UEM di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi UEM Group Berhad Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Berhad Datuk Izzaddin Idris.

Selaras dengan dasar Program GLCT, Bajib berkata GLC turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar dan inisiatif kerajaan selain menjana keupayaan dan pengetahuan untuk sektor-sektor penting dalam negara.

Mengenai pencapaian UEM, Perdana Menteri memuji pencapaiannya yang berjaya mengembangkan operasi dalam perniagaan-perniagaan terasnya seperti pembinaan lebuh raya, pembangunan perbandaran dan hartanah, kejuruteraan dan pembinaan serta pengurusan aset dan fasiliti walau pun berhadapan dengan persekitaran ekonomi tempatan dan global yang semakin kompetitif.

“Menerusi UEM Group, negara kita telah memiliki lebuh raya bertaraf dunia dan kini telah mengorak langkah ke luar negara seperti India, Indonesia, Brunei dan Timur Tengah.

“UEM Group juga merupakan pemaju induk Nusajaya yang merupakan kawasan pembangunan bandar bersepadu terbesar di Asia Tenggara dan turut memiliki rekod cemerlang di dalam reka bentuk dan pembinaan pembangunan infrastruktur mega yang ikonik,” katanya.

Di samping kecemerlangan operasi, Najib turut menyarankan agar UEM Group meneruskan usaha membangunkan sumber manusia, modal insan dan alam sekitar yang dilaksanakan.

Sementara itu, bangunan Mercu UEM setinggi 29 tingkat yang dirasmikan hari ini merupakan ibu pejabat korporat UEM Group Berhad.

Ia siap dibina pada Disember 2008 dengan nilai semasa kira-kira RM262.7 juta.

The Tokong Saga, Pakatan Pulau Pinang Makin Parah Berantakan

Posted: 03 Oct 2012 03:22 AM PDT

Kerajaan regim DAP Pulau Pinang sekarang ini mempunyai krisis besar sepertimana yang disebut oleh Dr Mansor di dalam rakaman sulit mesyuarat PKR negeri.

Cocky, Arrogant dan Tokong, 3 gelaran ini yang disebut oleh Dr Mansor memperkuatkan lagi hujah Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa sokongan PKR kepada regim DAP cukup goyah.

Chow yang mengetuai kem yang berasingan dengan Lim Guan Eng cenderung untuk mendapatkan lebih banyak kerusi daripada PKR untuk bertanding semasa PRU13 nanti.

Menurut sumber DAP bertambah menguatkan lagi alasan Chow apabila tersebarnya rakaman Dr Mansor ke pengetahuan umum. Beliau berasakan sokongan PKR terhadap DAP Pulau Pinang sudah tidak boleh diharapkan lagi apabila keikhlasan dan kejujuran PKR amat diragui.

Bertambah memeritkan apabila Cabang cabang PKR di seluruh negeri kebanyakkannya tidak menyokong Dr Mansor kerana kepimpinan dan pengurusan beliau amat lemah.

Secara terang terangan di hadapan ahli DAP Chow dengan sombongnya menyebut bahawa DAP benar benar tidak memerlukan PKR untuk mempertahankan Pulau Pinang. Katanya DAP boleh berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan PKR atau pun Pas.

Agak menarik apabila sekarang ini pertembungan kem Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng semakin panas dalam masa yang sama PKR negeri berantakan sesama sendiri.

Pada masa yang sama pemimpin PKR yang pro kepada Dr Mansor menyedari perancangan DAP, malah sumber dari dalam menyatakan PKR menantikan saat yang sesuai untuk bertindak balas ke atas DAP. Kalangan pemimpin PKR negeri begitu menyampah dan meluat melihat keangkuhan pemimpin DAP tempatan.

Di dalam Pas, situasi yang sama turut dirasai oleh para pemimpin Pas negeri kerana mereka melihat DAP kali ini bertindak seolah Pas dan PKR tidak wujud.

Dan lebih mengancam kepentingan Pas apabila DAP  bercadang meletakkan calon melayu sedangkan Pas dan PKR turut sama mempunyai calon Melayu. Maka PKR dan Pas melihat jika PRU13 pakatan menang,kesemua jawatan exco negeri bakal dikuasai sepenuhnya oleh DAP.

Manakala perkembangan di dalam PKR pula, kalangan pemimpin dan ahli PKR berasa amat marah,terhina dan tidak berpuas hati apabila melihat cara Lim Guan Eng dan DAP melayan Dr Mansor di dalam kes kebocoran rakaman mesyuarat mereka.

Dr Mansor dilihat keseorangan didalam isu ini ,mereka yang menyokong Dr Mansor berasakan kaum Cina terutamanya Lim Guan Eng dan kumpulannya langsung tidak menghormati pemimpin PKR.

Pisau kata ” kata pemimpin DAP negeri semalam yang pasti mereka akan ajar PKR”

pisau.net

Pemimpin Pas Patut Malu Gagal Pertahan Nik Aziz Bila DAP Serang Hudud

Posted: 03 Oct 2012 03:20 AM PDT

KOTA BHARU  3 Okt  – Pas hari ini dilihat memiliki pemimpin setengah masak yang memalukanapabila gagal bukan sahaja mempertahankan prinsip perjuangannya malah tidak berdaya untuk mempertahankan Mursyidul Amnya sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila diserang rakan pakatannya, Lim Guan Eng.

Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang,  Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata dalam isu berkenaan pihaknya menghormati pendirian serta keberanian yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa apabila secara lantang mengecam tindak tanduk pemimpin DAP yang terus memperlekehkan hudud.

Soal beliau apakah pimpinan Pas yang lain hanya berjuang mengikut naluri dan nafsu dan bersikap memilih bulu dan bukannya tegas sepertimana yang ditunjukkan oleh Ustaz Nasharudin dalam soal berkenaan yang seiring dengan konsistensi Nik Aziz.

"Jika ditanya apakah pimpinan Pas lebih memuliakan Guan Eng dalam soal ini susah juga nak jawab sebab kebanyakan pemimpin Pas seolah-olah 'pilih bulu' untuk bersuara khususnya dalam soal prinsip ini.

"Sepatutnya merekalah yang berani tampil ke depan dan mengorak langkah dengan mempertahankan prinsip parti dan bukannya menikus dan mengambil sikap berdiam diri dengan membiarkan Ustaz Nasharudin dan Nik Aziz terkontang-kanting keseorangan, “ katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Ustaz Afandi yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah sampai bilakah Pas rela menjadi keldai tunggangan DAP dan terus dipergunakan sehabis mungkin.

"Jika itulah senarionya kita sudah boleh membuat pelbagai andaian…. Bayangkan jika prinsip parti pun mereka tidak mampu pertahankan, tidak menghairankanlah segala-galanya akan terkulai kelak,” katanya. -MediaUMNO

BN P. Pinang Terima Tawaran Beli Tanah Tmn Manggis Pada Harga RM22 Juta

Posted: 03 Oct 2012 02:52 AM PDT

GEORGE TOWN, 3 Okt –  Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 4 Sept lepas dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.

“Hari ini kita bawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan.

“Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma dan syarat akan diuruskan oleh peguam,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Komtar pada Rabu.

Isu tanah di Taman Manggis itu timbul selepas tanah itu yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dijual oleh kerajaan negeri pimpinan DAP kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

Oh berkata pelaksanaan pembangunan rumah kos rendah di atas tanah itu akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.

Terdahulu ketika ditanya mengenai bayaran secara tunai pada hari ini, Oh menjelaskan mereka berbuat demikian kerana di dalam surat tawaran daripada kerajaan negeri tidak menyatakan kaedah pembayaran dan kepada siapa ia harus dibuat.

“Dalam surat itu hanya dinyatakan harga sekaki tanah sahaja, banyak maklumat lain tidak dinyatakan di dalam surat tawaran itu, tetapi kita (BN) mahu bantu rakyat jadi kita sediakan wang tunai supaya tidak tersilap tulis nama penerima,” katanya.

Bagaimanapun setelah berjumpa dengan wakil daripada kerajaan negeri, pembayaran wang pendahuluan satu peratus itu dibuat kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang. -

Strong Domestic Economy Will Cushion Economy Against Volatility, Says Najib

Posted: 03 Oct 2012 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 3 – The government’s continuing quest to build up a strong domestic economy is crucial to ensure sustainable growth and cushion the nation against downside risks due to the volatile global economy, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

He said that creating a stronger domestic economy and consolidating subsidies are among pivotal thrusts of the government as evidenced by proposals made in the 2013 Budget.

“There is always a downside risk of the external environment to the local economy for which pro-active steps should be taken to address them.

“It is not within our control. The external global economy is beyond us, you’re absolutely right and we have to take that into account,” Najib, who is also Finance Minister, said when asked on the downside risks of the external environment on the country’s economy despite having good economic growth numbers, increased foreign direct investments (FDIs) and ringgit appreciation.

“We are trying to develop, first of all, a very strong domestic economy that will persevere and the engine of growth will come from the domestic economy,” he said during a pre-recording of the CNBC Conversation programme here today anchored by renowned anchor Martin Soong.

“That is why we have done everything that is possible to encourage business and facilitate domestic investments in this country,” Najib said.

Getting a fresh mandate from the upcoming general election is crucial to ensure continuity of the Economic Transformation Programme (ETP) and Malaysia achieving its high-income nation status, he said.

The Prime Minister said the next five years would be very crucial for his government in delivering these promises.

Through implementation of projects under the ETP, Malaysia would be able to reduce the country’s dependency on resources like oil as the major source of revenue while developing other sectors that can generate new revenues, he said.

Besides diversifying the income stream for the country, Najib said that it was important to rationalise subsidies and deliver targeted subsidies to certain groups.

He said that it would not be right to raise prices of subsidised items just after getting a mandate for the next five years as the people might question the government’s sincerity.

Measures to lower subsidies and raise prices for subsidised goods were the correct steps to take which should be beneficial to the people in the long run.

“The key is targeted subsidies.

“There’s a lot of leakages out of the system and you’ve got to plug these holes. You need to tell people what is good for them (and) what is good for the country, is by focusing on targeted subsidies,” he said when asked whether reducing subsidies and the implementation of Goods and Services Tax (GST) are among the first agenda on the table once his government wins the election.

Najib also pointed out the importance of having free trade agreements on the back of global uncertainties and strengthening trade relations between Asean countries and East Asian countries to build a strong domestic economy.

“We know that the engine of growth will come from the domestic economy in the short-term but we see Asean and East Asia as very important markets for us, both in terms of exports as well as sources of FDI.

“Making Asean and East Asia more regionally integrated will be the key,” said Najib.

Asked on the real risks Malaysia might face in participating in the Trans-Pacific Partnership (TPP), the prime minister said: “Again, there is a need to strike a right balance between what would be considered as acceptable.

“The message I’ve relayed to the United States and the US Secretary of State Hillary Clinton in Vladivostok was (that) we have to come down from our rather lofty positions and become more practical because if we get 70 per cent of what we want, it’s better than no deal at all,” he added.

The TPP is a free trade agreement initiative involving nine countries comprising Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapore, the United States and VietNam.

So far, 14 rounds of negotiations have been held.

The 30-minute recording will be aired at 12pm Saturday.

Untrue That Sabah Lacks Developement – Salleh

Posted: 03 Oct 2012 02:44 AM PDT

KOTA BELUD, Oct 3 – Development is a never-ending commitment while infrastructure facilities, especially water and electricity, are being implemented at a most rapid pace in Sabah, contrary to a survey claim.

At the same time, both development and infrastructure are localised and they are not often highlighted in the media, according to Sabah Umno deputy chief Datuk Salleh Said Keruak.

Hence, he said, to state there was a lack of development and poor infrastructure was not accurate, when all sorts of development took place in the state.

They included the Kota Kinabalu Airport extension, ammonia and urea plant, power producing stations, roads and industrial parks, he said in reference to a Merdeka Centre survey report here today.

The survey, jointly funded by the Merdeka Centre and a regional consultancy firm, was carried out from Sept 6 to 17, to gauge perceptions of current developments in Sabah.

Kerajaan Belum Sedia Hantar Angkasawan Ke Bulan

Posted: 03 Oct 2012 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt –  Kerajaan belum bersedia memberikan komitmen untuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama menjejakkan kaki ke bulan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadilah Yusoff berkata ini kerana misi penghantaran angkasawan ke bulan akan melibatkan kos yang tinggi. “Kita juga perlu mengambil kira kekangan faktor teknikal dan tawaran dari kesatuan negara-negara pelancar,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam), di sini, Rabu.

Abd Rahman ingin tahu adakah kementerian bercadang meneruskan inisiatif menghantar angkasawan ke angkasa lepas dan komitmen untuk merealisasikan hasrat melahirkan angkasawan Malaysia pertama menjejakkan kaki di bulan.

Fadilah berkata tumpuan dan keutamaan kini ialah menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), untuk tujuan menjalankan kajian saintifik.

“Kerajaan pada dasarnya, telah bersetuju meneruskan program angkasawan itu dan memberi keutamaan kepada misi penghantaran angkasawan ke ISS tetapi ia juga bergantung kepada tahap ekonomi negara dan kos berkait yang lain.

“Sungguhpun, buat masa ini kerajaan belum bersedia untuk merealisasikan hasrat ke bulan, Program Angkasawan Negara masih diteruskan kerana pencapaian program itu merupakan sesuatu yang amat membanggakan negara,” katanya.

Katanya, kerjasama kerajaan dengan negara maju dalam program angkasawan membuahkan hasil dan manfaat yang diharapkan.

Menurut beliau program tersebut berjaya membangunkan bidang sains angkasa negara dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bidang tersebut, terutamanya generasi muda.

Program Angkawasan Negara, bermula pada 2006 dan penghantaran angkasawan pertama negara dilaksanakan pada 2007 yang tercetus hasil rundingan perjanjian timbal balas antara Malaysia dan Rusia berikutan pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi untuk kegunaan Tentera Diraja Udara Diraja Malaysia.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha merupakan angkasawan Malaysia yang pertama dihantar ke angkasa lepas.

Peraturan Larang Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit Di Sekolah Masih Kekal

Posted: 03 Oct 2012 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.

“KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa dan murid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini hari ini.

Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.

Muhyiddin berkata kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.

Katanya kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.

Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...