BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIFAT NIK AZIZ DAN SIAPA NIK AZIZ TERBONGKAR !!!
- KANTOI !!! AZMIN ALI GELAPKAN BERPULUH JUTA RINGGIT WANG UNTUK FREE ANWAR CAMPAIGN ???
- BONGKAR !!! LEE KUAN YEW ADA HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN LEE KUAN YEW ???
- HOT NEWS !!! PENIPUAN MELOYAKINI TERBONGKAR LAGI !!!
EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIFAT NIK AZIZ DAN SIAPA NIK AZIZ TERBONGKAR !!! Posted: 21 Oct 2012 08:30 AM PDT Pada suatu ketika dulu,semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999),Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk,sentiasa uzur.Nik Aziz kata lagi,jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Sila baca di sini. Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003.Hingga ke hari ini pun, udah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan,Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu. Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu. Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka.Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'. Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan. Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas,Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak. Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN? Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat". Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut. Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan.Semua pemimpin Pas sokong. Sila baca di sini. Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak? Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok? Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka. Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula. Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Dulu semasa mula-mula memerintah Kelantan, suara wanita adalah aurat! Maka mereka tidak dibenarkan menyertai Tilawah Al-Quran. Sekarang selepas 20 tahun dibenarkan pula dengan alasan mengatakan mereka mengambil masa yang lama untuk mendidik muslimah di Kelantan? Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah. Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi.Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah.Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran? Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun,Bugis dan bangsa-bangsa lain. Sila baca di sini. Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan. - Belantan RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! AZMIN ALI GELAPKAN BERPULUH JUTA RINGGIT WANG UNTUK FREE ANWAR CAMPAIGN ??? Posted: 21 Oct 2012 05:00 AM PDT Raja Petra Kamaruddin yang suatu ketika dahulu merupakan RASUL dan NABI PKR,kembali mendedahkan pelbagai kejahatan yang dilakukan oleh golongan kecewa tetapi mempunyai nafsu serakah yang cukup besar iaitu para pemimpin dan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim,terutama sekali Ketua Umum PKR itu.Malah pendedahannya kali ini lebih terarah kepada Azmin Ali, individu yang terselamat daripada hukuman penjara dan ditangkap oleh polis sepanjang tempoh REFORMASI selain dianggap sebagai jelmaan TONY PUA versi PKR.Selama ini,Azmin Ali dapat melarikan diri daripada bersoal jawab tentang penyelewengan yang berlaku dalam parti berkenaan.Malah Azmin Ali sentiasa mampu cuci tangan dan kemudian menyalahkan Ezam Mohd Nor serta beberapa orang bekas pemimpin kanan PKR yang kini sudah pun berada di luar parti.Menurut RPK,pada tahun 2004,salah seorang peguam Anwar Ibrahim, Pawancheek Marican telah mengarahkannya agar menutup Free Anwar Campaign (FAC). Pawancheek kemudiannya bertanyakan jumlah wang yang telah diterima oleh RPK menerusi FAC dan RPK menjawab,hanya RM3,000 iaitu RM2,000 daripada adik lelaki Anwar Ibrahim, Rosli dan RM1,000 daripada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail. Penjelasan yang diberikan oleh RPK, langsung tidak dipercayai oleh Pawancheek Marican memandangkan sepanjang pengetahuannya, FAC yang ditubuhkan pada tahun 2000, sudah berjuta-juta ringgit wang derma dikutip termasuklah dari luar negara yang dijalankan oleh beberapa orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Azmin Ali, Khalid Jaafar, Rahim Ghouse, Tian Chua, Elizabeth Wong, Saifuddin Nasution dan sebagainya. (BACA SETERUSNYA DI MALAYSIA TODAY) Bagaimana berjuta-juta ringgit wang dari akaun FAC boleh lesap begitu sahaja dan RPK yang menubuhkan FAC hanya menerima RM3,000? Satu persoalan yang amat baik dan memerlukan penjelasan daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan FAC seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Khalid Jaafar dan sebagainya. Dalam satu acara yang berasingan, arahan Pawancheek Marican agar RPK menutup FAC adalah kerana RPK telah dipergunakan oleh Azmin Ali dan kawan-kawannya untuk mengutip puluhan juta ringgit dengan berselindung di sebalik FAC. Begitu juga dengan kisah Khalid Jaafar yang dikatakan menjadi Pengarah FAC bertemu dengan seorang ahli perniagaan besar Malaysia yang berada di luar negara untuk merundingkan jutaan ringgit untuk FAC tetapi tidak satu sen pun yang masuk ke akaun FAC. Ke mana wang itu pergi? Umum mengetahui, Azmin Ali adalah tangan kanan Anwar Ibrahim. Malah ramai yang pernah bersama-sama Anwar Ibrahim memberitahu, Anwar Ibrahim sentiasa mendengar cakap Azmin Ali. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Azmin Ali, Anwar Ibrahim akan mengikut dan akur bagaikan orang yang sudah terkena minyak guna-guna. Sesiapa sahaja yang mahu berurusan dengan Anwar Ibrahim,perlu melepaskan Azmin Ali dahulu. Justeru, dalam hal FAC,Azmin Ali sudah tentu mempunyai akses sepenuhnya walaupun FAC ditubuhkan oleh RPK. Kawalan Azmin Ali ke atas Khalid Jaafar, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Elizabeth Wong dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain, sememangnya amat ketara. RM3,000 yang diterima oleh RPK sebenarnya hanyalah topengan semata-mata untuk menutup cerita tentang puluhan juta ringgit yang telah dikumpul dan kemudiannya diserahkan kepada Azmin Ali. Apatah lagi, dalam banyak hal, sewaktu Anwar masih dalam penjara, mana-mana pemimpin PKR yang hendak bertemu dengan pendana, memerlukan keizinan daripada Azmin Ali. Dengan kata lain, RPK seperti kata Pawancheek Marican, telah dipergunakan oleh Azmin Ali dan konco-konconya! Pendendam Azmin Ali, Faekah Husin tahu cerita ini dengan sepenuhnya. Dek kerana itulah, sebaik-baik sahaja Azmin Ali menyentuh tentang bossnya,Khalid Ibrahim,Faekah Husin segera melancarkan serangan yang akan membuatkan Azmin Ali tutup mulut dan cuba beralih kepada isu-isu lain yang tidak ada kena-mengena sebagaimana yang kerap dilakukannya dalam beberapa isu seperti kisah Shamsidar Taharin,isterinya berskandal gelap dengan Anwar Ibrahim selain pemilikannya terhadap harta beratus juta ringgit yang amat meragukan. SEL13.COM RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! LEE KUAN YEW ADA HUBUNGAN ISTIMEWA DENGAN LEE KUAN YEW ??? Posted: 20 Oct 2012 10:00 PM PDT Selepas kunjungan Lee Kuan Yew (LKY) ke Kelantan untuk bertemu dengan Dato Nik Aziz,kita dapat perhatikan ada perubahan yang ketara berlaku dalam hubungan Kelantan dengan Singapura.Nik Aziz begitu menyanjung LKY dengan isyarat tangan yang mengalu-ngalukan kehadiran tetamu istimewanya. Bertolak dari kunjungan tersebut, Nik Aziz telah mengikut sahaja telunjuk DAP.Malahan apa sahaja yang dilaksanakan oleh DAP tidak pernah dibantah oleh Nik Aziz.Waima menghalau orang Melayu dari tempat tinggal mereka di Pulau Pinang pun tidak dibantah atau mendapat kritikan daripada Nik Aziz. Seolah-olah apa juga tindakan DAP mendapat restu dari Nik Aziz dan PAS.Orang Islam sudah tidak dapat lagi pembelaan dari parti Islam.UMNO lah yang kehadapan untuk membela orang Melayu yang semestinya beragama Islam. (seseorang tidak diiktiraf Melayu kalau dia bukan beragama Islam). Apakah yang menyebabkan Nik Aziz begitu akrab dengan LKY? Atas kerana bantuan kewangannyakah? Atau atas bantuan pelaburan dari Singapura? Semasa Sultan Kelantan mendapat rawatan di Singapura, Nik Aziz tidak sekalipun datang menziarahi Baginda. Apabila isteri LKY meninggal dunia, Nik Azizlah orang yang paling sibuk ke Singapura untuk menziarahi mayat orang bukan Islam. Mana lebih utama menziarahi Sultannya yang sedang gering atau isteri bekas pemimpin Singapura yang sudah tidak bernyawa lagi? Baca keratan akhbar utama mengenai peristiwa berkenaan. SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo. Nik Aziz Tak Ziarah Sultan Kelantan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid melahirkan perasaan sedih dan kecewa dengan sikap pemimpin negeri Kelantan yang tidak melawat Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra semasa menerima rawatan di Singapura.Bagaimanapun Tengku Anis mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan Kabinet yang selalu bertanya khabar mengenai kesihatan Baginda. Penyokong-penyokong PAS jangan jadi taksub kepada pemimpin. Kita sokong pemimpin selagi mereka berada di landasan yang benar.Kalau dia sudah menyeleweng sepatutnya dia ditinggalkan. Kita sokong pemimpin dengan ilmu bukan dengan membabi buta. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh LKY. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka. Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan Rakyat.Dahulu PAS pernah mendakwa konsep kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat.Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal. Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu. Hubungan yang dibina antara LKY dan Nik Aziz bukanlah sekadar hubungan yang dibina atas nama "kemanusian", malah ia merupakan sebuah hubungan yang berlandaskan kepada "ekonomi" dan "politik". Kemungkinan besar Lee Kuan Yew telah mempengaruhi Nik Aziz isebagai Mursidul Am PAS memecah belahkan perpaduan umat Islam. Sebab itulah Nik Aziz adalah orang yang paling menolak perpaduan antara PAS & UMNO! Jika kita lihat kepada trend semasa hari ini, sepatutnya orang yang dikatakan Ulama' dan Tok Gurulah yang menyatu padukan umat Islam. Sikap Nik Aziz yang tidak bertoleransi dan lebih pentingkan kaum kafir dari Islam sendiri bakal membawa padah. Jika kita melihat semula kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, ianya bermula dari perpecahan diantara orang Islam itu sendiri. PAS harus sedar dan bangun dari lena kerana musibah besar bakal melanda negara jika mereka masih terus menerus bersikap demikian. - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PENIPUAN MELOYAKINI TERBONGKAR LAGI !!! Posted: 20 Oct 2012 07:00 PM PDT perhatikan foto kat atas. ianya dikeluarkan oleh malaysiakini. foto di atas menggambarkan betapa tragiknya robohan rumah banglo yang berlaku di shah alam. digambarkan robohan itu berlaku dalam skala katastropik. laksana 7.2 skala ritcher.ada foto runtuhan dari leretan bukit. kereta terperosok.kepelbagaian foto runtuhan diasimilasikan sebagai bahan cerita untuk menggambarkan betapa tragiknya kejadian. HAKIKATNYA RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment