UMNO Online - “‘Program Kami Prihatin’ Bantu 103 Orang Miskin Sekitar Wangsa Maju” plus 5 more |
- ‘Program Kami Prihatin’ Bantu 103 Orang Miskin Sekitar Wangsa Maju
- Najib Seru Komponen BN Buat Persediaan Sebelum ‘Berperang’
- Sabah Komited Sediakan Insentif Perkasakan Pembangunan Belia
- Rosnah Sangkal Dakwaan Dasar Kabotaj Perlahan Dan Sekat Pertumbuhan Ekonomi Sabah
- MCA Battle-Ready For 13th General Election
- Melayu Sudah Muak Dengan DAP – Najib
‘Program Kami Prihatin’ Bantu 103 Orang Miskin Sekitar Wangsa Maju Posted: 21 Oct 2012 03:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Okt – Seramai 103 golongan miskin dari sekitar Parlimen Wangsa Maju dikenal pasti layak untuk menerima bantuan keperluan harian menerusi program ‘Kami Prihatin; Kasih Sayang Perdana Menteri’ anjuran Persatuan Kebajikan Pembangunan Prihatin Kuala Lumpur (PKPKL). Hari ini, penyerahan sumbangan awal program itu kepada 30 penerima disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Shafie Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju. Shafie berkata program kemasyarakatan ini dijalankan untuk menunjukkan sikap prihatin pemimpin terhadap rakyat yang memerlukan pertolongan dan sokongan dalam menjalani kehidupan harian mereka. “Melalui program ini juga, pemimpin boleh turun padang dan melihat sendiri keperitan hidup yang dialami oleh masyarakat sekitar,” katanya kepada Bernama pada program Kami Prihatin sumbangan Kasih Sayang Parlimen Wangsa Maju di Rumah Pangsa Danau Kota, Setapak di sini, hari ini. Pada majlis itu, Mohd Shafie menyerahkan sumbangan kepada 30 penduduk terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya, warga emas dan ibu tunggal dari sekitar flat Danau Kota dan Medan Idaman. Seorang daripada penerima, Ibrahim Mat Noh, 69, yang hampir 10 tahun terlantar akibat penyakit urat saraf meluahkan rasa syukur dan gembira dengan keprihatinan pemimpin BN untuk bertemu dengan rakyat. Beliau yang mengharapkan sumbangan berupa kerusi roda pada masa depan mengakui sumbangan keperluan harian yang diperoleh hari ini, sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan beliau sekeluarga. |
Najib Seru Komponen BN Buat Persediaan Sebelum ‘Berperang’ Posted: 21 Oct 2012 03:18 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebelum menuju ke medan ‘perang’, seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu. “Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini. Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar. Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang. “MCA kali ini ada kelainan… ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang. “Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu… tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, ” katanya. Kata Najib agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar. “Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?,” tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir. Seramai 1,698 anggota perwakilan menghadiri persidangan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan Persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita. Najib berkata MCA kini dilihat lebih tegas dan tidak takut untuk berhadapan dengan pakatan pembangkang bukan sahaja dalam mempertahankan BN tetapi juga menangkis dakyah liar pembangkang. “Sebab pembangkang ini banyak pembohongannya. Banyak yang ditipu kita, banyak yang dikelentong kita. Mereka cuba menggambarkan sesuatu yang kononnya indah tapi kalau kita belek dan kalau kita tolak di belakang, kita lihat sebenarnya, rosak dan banyak yang mereka lakukan, bertentangan dengan imej yang mereka cuba tonjolkan kepada umum,” katanya. Pembangkang juga, menurut Najib tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk melaksanakan sistem kerajaan berparlimen walaupun sering mengadu-domba kesediaan untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan dan Putrajaya. “Mereka tidak mematuhi piawaian antarabangsa. Sebab antara pra syaratnya, mereka mesti ada simbol yang sama, dan mereka mesti ada manifesto yang sama. Tapi setakat ini, tiada… ‘ilek’…”. “Sekejap-sekejap bulan, kejap-kejap roket, kejap-kejap mata. Mana boleh kita beri keyakinan pada rakyat, bagi tahu pada rakyat parti yang bertanding atas simbol yang berlainan tanpa satu manifesto adalah parti yang tidak ada dasar yang sama, bagaimana untuk mentadbir negara ini,” katanya. Tegas Najib, rakyat tidak boleh mengambil risiko untuk menukar kerajaan kepada kepimpinan yang tidak mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana ia seperti memperjudikan masa depan negara. “Ada orang kata tak apa, kalau mereka tak betul, boleh tukar balik lepas lima tahun. Tetapi jangan cakap lima tahun, dalam setahun pun negara boleh rosak, merudum, hancur, tertiarap (jika tidak ditadbir dengan baik). “Dalam dunia yang berdasarkan kepada unsur ataupun dimensi globalisasi, ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh. Orang Cina, bekerja kuat, membina perniagaan masing-masing, ada banyak syarikat, kalaulah saham jatuh, ingat apa berlaku pada krisis Asia tahun 1997 dulu, apa yang berlaku?”. Mengimbas kembali dilema krisis kewangan, Najib turut mengingatkan peranan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang mencadangkan beberapa perkara termasuk membuat pinjaman dengan Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF), menaikkan kadar faedah 24 peratus, melaksanakan belanjawanbajet menguncup. “Siapa yang selamatkan kita? BN… dengan Tun Dr Mahathir…kita tolak IMF, kita katakan kita mahu menanganinya cara kita. Kalau kita benarkan perkara itu berlaku, hari ini ‘taiko-taiko’ di dalam dewan ini mungkin sudah pakai selipar jepun sahaja,” katanya yang disambut tepukan gemuruh warga MCA. Sehubungan itu, perdana menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan sikapberhati-hati dalam memilih kerajaan dengan melihat kepada rekod pencapaian danpengalamannya dalam mentadbir negara untuk menjamin kelangsungan negara pada masa akan datang. “Jangan main api. Kita hendak masa depan kita kita corakkan bersama supaya di bawah kepimpinan BN kita boleh mencapai menjadi negara maju menjelang 2020,” katanya. |
Sabah Komited Sediakan Insentif Perkasakan Pembangunan Belia Posted: 21 Oct 2012 03:04 AM PDT KOTA KINABALU, 21 Okt – Kerajaan Negeri Sabah komited untuk menyediakan pelbagai insentif bagi memperkasa pembangunan dan potensi para belia di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini penting kerana pemantapan belia adalah proses berterusan yang perlu digembleng secara bersepadu bagi melahirkan modal insan berkualiti dan berketampilan pada masa akan datang. Oleh itu, beliau menyeru para belia agar sentiasa meningkatkan iltizam dan bertekad untuk menjadi pemangkin perpaduan dan pendukung nasionalisme dan patriotisme. Dalam hal ini, Musa menyambut baik penganjuran Karnival D’million Motorshow 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah yang bertema “D’MILLION MOTORSHOW PENDOKONG TRANFORMASI BELIA 1MALAYSIA”. “Saya berharap program ini akan memberi manfaat kepada para belia sekali gus melahirkan belia yang cerdas, kreatif dan berjaya,” katanya pada majlis penutup karnival itu di Dewan Kompleks Sukan Likas, dekat sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun. Musa yakin peluang seumpama itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada para belia, tetapi juga oleh semua lapisan masyarakat khususnya remaja dan para penduduk setempat. “Saya difahamkan bahawa Majlis Karnival Motorshow 1Malaysia ini mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan. “Usaha dan sokongan padu oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri amat menitikberatkan pembangunan dan kemajuan para belia termasuklah dalam bidang permotoran,” katanya.
|
Rosnah Sangkal Dakwaan Dasar Kabotaj Perlahan Dan Sekat Pertumbuhan Ekonomi Sabah Posted: 21 Oct 2012 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyangkal dakwaan pakatan pembangkang kononnya Dasar Kabotaj yang diamalkan oleh kerajaan pusat memperlahankan dan menyekat pertumbuhan ekonomi Sabah. Sambil mempersoalkan logik di sebalik dakwaan itu, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar, Sabah berkata dasar yang mengutamakan perkhidmatan perkapalan tempatan itu sebenarnya bertujuan melindungi syarikat perkapalan tempatan dan secara langsung membawa kebajikan kepada rakyat dalam jangka panjang. Katanya sekiranya dasar yang dilaksanakan sejak tahun 1980 itu dimansuhkan secara keseluruhan seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah ekonomi. “Tanpa Dasar Kabotaj, tiada yang akan menghalang syarikat perkapalan asing daripada menguasai perairan kita ataupun membentuk pasaran oligopoly atau sebuah kartel yang akan menetapkan kadar harga perkhidmatan sesuka hati. “Malah saya juga bersetuju, sekiranya perkara sebegini berlaku sudah tentu tidak baik untuk ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Rosnah mengulas cadangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan dasar itu seperti yang dinyatakan pada Konvensyen Politik Baru Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini. Di bawah Dasar Kabotaj yang dilaksanakan pada 1 Jan, 1980, pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di Malaysia, termasuk di dalam kawasan zon ekonomi eksklusif hendaklah diangkut oleh kapal yang berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah. Rosnah berkata dasar itu yang diperkenalkan lebih 30 tahun lepas, baru-baru ini dipersalahkan oleh sektor industri dan komersil ke atas kos tinggi barangan di negeri itu walaupun ia sebahagiannya telah diliberalisasi oleh Kerajaan Pusat pada 2009. Beliau berkata pembangkang juga dilihat terlalu yakin penghapusan dasar itu dan dengan adanya penghantaran terus, kos perkapalan dan harga barangan akan menjadi lebih murah kerana tidak melibatkan kos pemindahan kapal dari Pelabuhan Klang sedangkan mereka juga tidak pasti sama ada perkara itu akan benar-benar berlaku. Katannya kerajaan tidak pernah menghalang kapal asing untuk terus membuat penghantaran ke Sabah, Sarawak dan Labuan seperti yang didakwa pembangkang, sebaliknya kapal-kapal asing berkenaan yang memilih untuk ke Pelabuhan Klang disebabkan faktor ekonomi syarikat atau terlalu banyak barang yang dihantar ke destinasi berbeza. “Kenaikan harga barangan pengguna berpunca dari pelbagai sebab, antaranya dari tindakan mengaut keuntungan berlebihan sesetengah pihak, faktor geografi dalam negeri, jumlah penduduk berbanding semenanjung, ketidakcekapan perkhidmatan pemunggahan di pelabuhan, kos insurans marin, pengangkutan darat dan harga bunker yang mengikut kadar harga bahan api,” katanya.
|
MCA Battle-Ready For 13th General Election Posted: 21 Oct 2012 01:36 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 21 – The MCA is battle-ready for the 13th general election with a renewed zest to ensure greater success for the Barisan Nasional (BN), said its president, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Adopting the election cry, “Battle Without Fear”, he said the MCA had bounced back from its quagmire by being more cooperative, united and focused in addressing pertinent issues along with the BN and ready to face any problem and resistance. “We have changed the way we work by becoming more assertive, voicing out our views and taking a stand on issues deemed unfair to the people. “We have expressed our inner thoughts so that the government listen clearly and distinctly and the new MCA leadership is committed to continue to speak up on behalf of all Malaysians,” he said in his presidential address at the party’s 59th annual general assembly here today. The assembly was opened by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Present were Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, MIC president Datuk Seri G. Palanivel and Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. “Datuk Seri (Datuk Seri Najib Tun Razak), we are ready to face the general election battle, we are ready to go to war when Parliament is dissolved,” he said, and spelled out ‘WAR’ to mean willing, able and ready. On the MCA’s internal problem, he said the new leadership had learned from its weaknesses to become stronger and ready to face any challenges, tests and obstacles. “We will never deceive the people by saying that we have no weaknesses and problems within the party unlike the opposition who portrayed their party is the most perfect, noble and sacred party in the world, without any problems and weaknesses,” he said. Issuing a warning to saboteurs that they would be dismissed from the party, he said that from now onwards, MCA members should “talk, discuss and think about defeating the opposition at breakfast, lunch, dinner and supper”. This was met with a thunderous applause from the delegates. Dr Chua also reaffirmed the MCA’s undertaking made at the last general assembly that party leaders would not hold any office in the government if it were to fare badly in the next general election. “It is a big challenge for MCA members, so we must remain united, focused, work hard and be prepared to face the 13th general election as we are at the political crossroads in a ‘do or die battle’,” he added. Denouncing the opposition for allegedly hiding behind its populist slogan, ‘Change Malaysia’, he said instead, under Najib’s leadership, the government transformation could be seen clearly, and the people should be able to make a comparison and the right choice for the future of the country.
|
Melayu Sudah Muak Dengan DAP – Najib Posted: 21 Oct 2012 01:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu. “Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP…semuanya karut,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini. Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin-pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum tetapi pada hakikatnya tidak begitu. “Bersikap demokratik…adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN). Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekasl naib pengerusi DAP kebangsaan Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda,” kata Najib sambil menegaskan mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia. “Reformasi hanya sekadar satu slogan,” katanya. Najib berkata orang boleh mempersoalkan dasar-dasar dan keadilan kerajaan tetapi tidak harus mempersoalkan asas negara ini yang telah dibina berasaskan Perlembagaan. Perdana Menteri berkata kerajaan telah membuat banyak keputusan yang berisiko politik hanya untuk memastikan ianya adil kepada semua rakyat di Negara ini. Atas asas itu, beliau berkata kerajaan tahu mengenai empat keperluan asas yang menjadi teras perjuangan masyarakat Cina di negara ini dan oleh yang demikian kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan kumpulan itu, seboleh yang mungkin. Keperluan itu termasuk mempunyai ekonomi yang stabil dan berdaya maju, negara yang adil dan saksama, tadbir urus baik dan pendidikan. “Saya percaya orang Cina ada empat perkara yang dia hendak sangat…orang Cina hendak ekonomi, negara maju. Ekonomi negara kita antara yang terbaik di dunia pada masa ini. Ada pelawat luar negara kagum dengan Malaysia. Dia kata banyak kren di Malaysia dan semuanya sedang buat kerja. “Ekonomi kita berjalan baik dan dan bajet kita yang mesra rakyat dan bertanggungjawab daripada segi fiskal. (Sebaliknya) Bajet PR, populis dan tidak bertanggungjawab daripada segi fiskal…banyak beza,” katanya. Najib berkata apa yang paling menyedihkan beliau mengenai pembangkang ialah ketamakan mereka untuk berkuasa mungkin akan menjejaskan masa depan negara. “Kenapa saya begitu marah dengan mereka, bukan kerana mereka mahukan jawatan saya, dalam sistem berParlimen, ok, nak tawan Putrajaya, lepas itu nak lelong, tak apa. Tetapi dia (pembangkang) tidak ada sesuatu yang lebih tinggi daripada (menawan) Putrajaya, menjadi perdana menteri, menjadi menteri besar…tidak ada perancangan lebih dari itu. “Kami tidak boleh memperjudikan masa depan Malaysia. Kami telah bersusah payah membina negara ini…kami tidak akan mengorbankan apa yang telah kami lakukan,” Katanya sambil mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang untuk menerajui negara sedangkan mereka tidak mampu memutuskan kabinet bayangan mereka. Najib berkata untuk itu konsep 1Malaysia dilaksanakan sebagai bukti komitmen kerajaan dan parti untuk menjadi inklusif dan menghulurkan bantuan sebanyak yang boleh kepada semua kaum dan masyarakat di negara ini. “Ini termasuk 5,000 suku kaum Kelabit di Sarawak dan Iban di Hulu Lacau, mereka juga rakyat Malaysia dan mesti dibantu,” katanya. Mengenai pembinaan negara bangsa yang adil dan saksama, Najib berkata kerajaan perlu mengambil kira keperluan dan kebimbangan setiap kaum bagi membolehkan kerajaan membina sebuah negara yang aman, makmur dan mempunyai masa depan cerah. “Kami mahu masa depan yang lebih baik, masa depan lebih terjamin dan sebab itu kenapa saya faham (mengenai keperluan masyarakat Cina)… Saya berjanji kepada anda bagi sebuah kerajaan yang adil dan saksama,” katanya. Perdana Menteri berkata keperluan bagi tadbir urus baik dibuktikan oleh kerajaan menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang antara lain termasuk agenda pencegahan jenayah, pengangkutan awam baik dan memerangi rasuah. “Kita semua mahukan tadbir urus baik, bukan hanya orang Cina…sebagai sebuah kerajaan, kami perlu sediakan itu,” katanya. Mengenai pendidikan Cina, Najib mengulangi keputusan kerajaan untuk memastikan sekolah Cina kekal sebagai sebahagian sistem pendidikan negara. “Bapa-bapa pengasas kita telah memutuskan integrasi adalah cara terbaik. Mereka tidak memutuskan bagi asimilasi. Kita berbeza daripada Indonesia, Thailand, malah kita berbeza daripada Singapura. “Anda boleh cakap apa yang anda suka, tetapi anda tidak boleh lupa yang negara kita adalah satu-satunya yang mempunyai sistem pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem kita,” katanya sambil berharap orang Melayu belajar bahasa Mandarin dan orang Cina lebih fasih berbahasa Melayu. Najib juga menegaskan bahawa pendidikan Cina tidak sepatutnya dipolitikkan sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu daripada aspek pembinaan negara bangsa.
|
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment