BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! SIAPA YANG MELULUSKAN PEMBELIAN KAPAL SELAM SCORPENE PADA TAHUN 1995 ??? ANDA NAK TAHU ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS ATM !!!
- KANTOI !!! PENIPUAN FUZIAH SALLEH KEPADA RAKYAT MALAYSIA AKHIRNYA TERBONGKAR !!!
- EKSKLUSIF !!! ANTARA AIR DAN LEBUHRAYA !!! MANA LEBIH PENTING ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! PINDAH MILIK TANAH !!! SIAPA YANG UNTUNG ??? RAKYAT ATAU KERAJAAN NEGERI KELANTAN ???
- BONGKAR !!! PRU 13 !!! PAS AKAN TERSUNGKUR DI KELANTAN !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! @NOHOMAR MEMBELASAH MAHFUZ OMAR KAW-KAW BERKENAAN ISU BENIH PADI !!!
- KANTOI !!! ISLAM ALA PAS !!! PAPAN TANDA ISLAM TETAPI RAKYAT MAKAN MAKANAN HARAM ???
Posted: 20 Oct 2012 04:00 PM PDT Rancangan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan yang kini dipolitikkan oleh pakatan pembangkang, sebenarnya telah dibuat pada 1991 dan mendapat kelulusan pada 1995 iaitu ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa,Anwar mengetahui perkara tersebut kerana sebagai menteri berkenaan,beliau bertanggungjawab meluluskan pembelian kapal selam berkenaan ketika itu. "Segala-galanya telah dibentangkan di Parlimen pada persidangan yang lalu tentang perjanjian pembelian Scorpene.Rupa-rupanya rancangan hendak beli kapal selam dibuat sejak 1991.Pada 1995, Kementerian Kewangan meluluskan proses pembelian kapal selam dengan harga yang ditetapkan. "Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Anwar Ibrahim. Dia lulus waktu itu, dia yang beri kelulusan dan tangan dia yang tandatangan dokumen kelulusan. Hari ini, dia mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima komisen," katanya. Beliau berkata demikian dalam Rapat Umum Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam.Dalam ceramah itu, Muhammad Zahid turut meminta rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji manis Anwar termasuk menghapuskan tol, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menurunkan harga minyak.Katanya,semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu,Anwar menolak desakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) agar kadar faedah pinjaman PTPTN sebanyak empat peratus dikurangkan. "Mana ayat dia dahulu adat berhutang mesti bayar ??? Sebab hendak gula-gulakan rakyat,dia buat janji macam ini. Zaman Najib, peminjam PTPTN hanya dikenakan kadar faedah satu peratus dan kalau pandai belajar, mereka tidak perlu bayar. Ini untuk menggalakkan anak-anak kita belajar," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, orang Melayu dan Islam tidak ada pilihan melainkan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jika mahu kedudukan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu tidak digugat. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! KEPUTUSAN PENUH KELANTAN VS ATM !!! Posted: 20 Oct 2012 12:02 PM PDT KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.Sebelum ini,Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA.Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008. Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas. Kelantan, juara Piala Malaysia 2010,tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan. Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.Dalam perlawanan malam ini,ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun,sepakannya tersasar.ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya,Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan. Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan,namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam. Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol. Susulan serangan pasukan Kelantan,ATM melakukan serangan balas.Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.Begitupun,serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43. Bersambung babak kedua,tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan,ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.Selang satu minit kemudian,Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama,apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM. Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2,perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka. Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali. Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.Berikut kedudukan jaringan: ATM (2) mln Kelantan (3) Jaringan ATM : Rezal Zambery Yahya minit ke-48 Marlon Alex James minit ke-61 Jaringan Kelantan : Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49 Indra Putra minit ke-95 PERKEMBANGAN SEMASA PERLAWANAN : 120+4 : Kelantan muncul juara, jaringan 3-2 120+4: Masa tambahan 119m: Sepakan percuma jark jauh oleh ATM 118m: Sepakan percuma ATM diambil Fitri Omar 117m: Indra kasari Martoloto 115m: Kad kuning untuk Rizal 110m: Azlan Ismail masuk padang 108m: Martoloto diberi kad kuning 107m : Pergeseran Martoloto dan Syakir 106m: Mohd Daudsu cedera,diusung keluar padang 106m: Babak kedua masa tambahan bermula 105m: Kedudukan semasa Kelantan 3,ATM 2 104m: Sepakan penjuru kesembilan ATM, gagal raih gol 100m: Ruben ditukar. 97m: Jaringan ATM, tandukan oleh Alex James, tetapi ofsaid. 95m: Kelantan tambah gol, menerusi Indra Putra. Kedudukan Kelantan 3, ATM 2. 90+3: Perlawanan separuh masa kedua tamat. Kedudukan terikat 2-2 90+2: Sepakan percuma kepada Kelantan, tetapi tendangan tinggi, diambil oleh Indra Putra 90+1: Alex James gagal ambil hantaran tinggi ke gawang Kelantan tapi diselamatkan Apex 90m: Masa tambahan 3 minit 88m: Cubaan Venice Elpe dihalang daripada melakukan 'crossing' ke gawang Kelantan 79m: Cubaan Rizal ke gawang Kelantan gagal 77m: Indra Putra cuba sepak ke gawang, tersasar tinggi 75m: Sepakan penjuru buat Kelantan 72m: Zaquan ambil sepakan penjuru ATM 71m: Cubaan Alex James hantar jaringan jarak jauh gagal tersasar 69m: Obina ditolak Marteleto 69m: Zaquan buat hantar tapi dihalang Syakir 68m: ATM hantar bola ke pintu gagal 67m: Cubaan Rizal Fahmi ke arah pintu gol Kelantan tapi tersasar 64m: Cubaan gol ATM tetapi gagal dihalang 61m: Gol ATM oleh Alex James, tandukan hasilan gol penyamaan 61m: Kad kuning bagi Kelantan 59m: Azmi Muslim masuk, Fitri Omar keluar 57m: Sepakan penjuru Kelantan diambil Afiq terlalu rendah, gagal rai gol 55m: Sepakan penjuru ATM ke-6 55m: Sepakan percuma Kelantan kerana Afiq ditolak 54m: Cubaan Kelantan gagal ditepis Zaquan 53m: Cubaan Zaquan hantaran jarak jauh tp ofsaid 51M: Cubaan Hai-O tapi gagal hantaran 49m: Gol bagi Kelantan, oleh Norshahrul 48m: ATM dapat gol penyamaan oleh Rezal Zambry 46m: Subamaniam tidak dapat meneruskan permainan kerana mengalami kecederaan. 46m: Perlawanan separuh masa kedua bermula. 45 + 2m: Separuh masa pertama selesai. Kedudukan Kelantan 1, ATM 0 45m: Masa tambahan dua minit diberikan 43m: Gol pertama Kelantan, dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha 41m: Cubaan Kelantan gagal 35m: Kad kuning ke atas Shahrul. Kad kuning kedua buat Kelantan 34m: Tendangan Zaquan Adha jauh dari sasaran 33m: Sepakan penjuru ATM, cuba cari tandukan Hai-O tapi gagal 31m: Tolakan Ruben ke atas Norsharul Idlan Talaha 30m: Cubaan dari jarak jauh Farizal berjaya ditangkap penjaga gol ATM 30m: Kedudukan masih 0-0 28m: Sepakan penjuru diambil Kelantan 27m: Sepakan percuma diambil Aidil Zakuan 26m: Syakir menjatuhkan Hai-O 22m: Norshahrul gagal melepasi gawang ATM, kecuaian kali kedua 23m: Kad kuning dilayang kepada Obinna Nwaneri 7.50m: Marlon Alex James alami kecederaan 5:58m: Cubaan Kelantan jaringkan gol oleh Afik Nizam Zain gagal 2m: Sepakan penjuru pertama, cubaan dibuat Aidil Zakuan 1m: Cubaan jaringan gol oleh Amir Ridzuan gagal menembusi gawang Kelantan 0.01m: Sepak mula menandakan perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dengan Kelantan bermula,dilakukan oleh pemain ATM selaku tuan rumah, Marlon Alex James. - SH |
KANTOI !!! PENIPUAN FUZIAH SALLEH KEPADA RAKYAT MALAYSIA AKHIRNYA TERBONGKAR !!! Posted: 20 Oct 2012 12:16 PM PDT Kalau tidak menipu,bukan PR lah namanya.Hidup mati PR sememangnya bergantung kepada sehebat mana mereka menipu rakyat dengan menjual fitnah dan janji-janji kosong.Setakat ini,beberapa rangkaian PR telah beberapa kali kantoi menipu antaranya SUARAM dan BERSIH.Penipuan SUARAM telah memaksa Cynthia Gabriel menelan kembali kahak hijau pekatnya dan menafikan adanya perbicaraan kes pembelian scorpene dan mengakui bahawa kisah sapina yang digembar-gemburkannya hanyalah pembohongan.BERSIH pula telah membodohkan diri sendiri apabila si paria Ambiga Sreenavesan begitu teruja ingin mengampu Mat Salleh,mengkhianati negara sendiri dan menjual maruah diri dengan menyembah Australia memohon agar negara itu 'menjajah' Malaysia secara tak langsung,melalui campurtangan dalam proses PRU.Australia bagaimanapun menolak permintaan Ambiga atas alasan permohonan tersebut dibuat berdasarkan dakwaan yang tidak berasas setelah dibandingkan dengan fakta dan angka PRU yang lalu. Namun,apakah PR serik setelah beberapa kali tertelan ludah dan ditampar dari berbagai sudut kerana penipuan terdedah ??? Tidak,sama sekali kerana tanpa menipu,apa lagi yang tinggal untuk parti itu ??? Usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang perlu diteruskan bagi memastikan PR berkuasa.Memandangkan demonstrasi-demonstrasi yang dirancang menjadi pemangkin untuk mencetuskan pemberontakan ala Dataran Tahrir tidak berjaya,maka satu-satunya cara yang tinggal ialah dengan terus menerus menafikan bahawa pilihanraya adalah bersih dan adil dan seterusnya alasan untuk memberontak dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang sekiranya keputusan PRU tidak menyebelahi mereka.Untuk itu,Naib Presiden PKR Fuziah Salleh diberi peranan penting untuk meneruskan penipuan konon terdapat kelemahan dan ketidaktelusan yang serius dalam proses pendaftaran undi.SPR dijadikan 'punching bag' dan dibelasah tanpa henti bagi memastikan penipuan terus hidup dan 'berkembang biak'.Maka kisah seperti Hasmidah Surahbil bernombor kad pengenalan 820315-12-6446 yang kononnya pemegang IC sementara tetapi telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR pun dicanang di dalam media-media PR.Untuk pengetahuan pembaca Badut Rakyat,Hasmidah bukan orang pertama yang namanya dipolitikkan oleh PR.Sebelum ini,beberapa orang lain telah turut dipergunakan sebagai alat untuk memburukkan SPR dan kerajaan.Namun,SPR telah membuat penjelasan bahawa Hasmidah telah memohon kewarganegaraan pada tahun 2002.Permohonan tersebut telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau telah pun menerima Mykad yang sah.Apa yang mengejutkan atau mungkin sebenarnya tidak mengejutkan dari kes Hasmidah ini ialah,berdasarkan borang pendaftaran pemilih Hasmidah,terbukti bahawa pendaftarannya dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih,wakil politik dari parti PR. Jelas,Fuziah telah keterlaluan sehingga sanggup menggunakan strategi paling licik dan tersangat jahat hanya untuk memastikan partinya berkuasa.PR tidak serik melakukan penipuan sebegini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada sikap penyokong-penyokong mereka yang taksub dan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dan fakta yang dibentangkan oleh SPR atau kerajaan.Oleh itu,saya tidak hairan walaupun beberapa kali terkantoi,mereka akan tetap tega menipu dan terus menipu.Antara penipuan lain ialah kononnya terdapat 63 kes MyKad dengan kod luar negara di DUN Gombak Setia dan kemudiannya setelah disemak,didapati lebih separuh daripada yang terlibat adalah juga didaftar oleh Penolong Pendaftar Pemilih,wakil politik dari parti PR.Justeru,apakah ertinya dakwaan dan tindakan PR membangkitkan keraguan terhadap pemilih yang mereka sendiri daftarkan ??? Sistem pilihanraya di Malaysia menyaratkan agar SPR menyemak semua nama pemohon dengan JPN dan disahkan sebagai warganegara sebelum didaftarkan sebagai pemilih.Sekiranya ada kemusykilan atau kesalahan,maka aduan serta bantahan perlu dibuat agar pembetulan dapat dilakukan.Benar,sistem ini tidak mampu memastikan 100% kesempurnaan dalam proses pendaftaran undi.Kerana itulah setiap wakil parti politik perlu berada di tempat pengundian untuk memantau proses pengundian sehingga selesai.Jika terdapat keraguan,maka bantahan atau tindakan boleh dilakukan secara langsung, pada dan ketika yang sama.Justeru,adalah tidak wajar bagi PR untuk terus merancang bantahan terhadap keputusan pilihanraya sekiranya ia tidak menyebelahi mereka kerana mereka punya banyak masa untuk membantu SPR memastikan pengundian dijalankan dengan bersih dan adil. Dengan maklumat ini,rakyat tidak harus terpedaya dengan penipuan PR terutamanya sekiranya parti tersebut tetap menyalahkan SPR apabila keputusan PRU tidak menyebelahi mereka.Percayalah,ini adalah perancangan yang telah disusun sejak awal untuk membolehkan mereka mengambil alih kuasa walaupun kalah dalam pilihanraya. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ANTARA AIR DAN LEBUHRAYA !!! MANA LEBIH PENTING ??? WAJIB BACA !!! Posted: 20 Oct 2012 12:16 PM PDT Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya,mana satu menjadi pilihan anda wahai pembca Badut Rakyat ??? saya rasa tentunya ramai pembaca yang akan memilih air kerana ia sumber asas kehidupan.Namun demikian,di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional,tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat.Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun lepas lagi,namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan.Ketika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung pada November 2011.Hampir setahun berlalu,tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012.Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat.Sekali lagi kebetulannya,majlis pecah tanah tersebut dilangsungkan tatkala waktu itu sedang hangat dengan spekulasi pembubaran parlimen dan pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Jun atau selewatnya bulan Julai 2012. Selepas majlis pecah tanah hingga kini,duit derma yang diterima untuk pembinaan lebuhraya pilihanraya itu khabarnya dah mencecah angka sejuta ringgit,entah berapa tahun lagi nak tunggu jumlah derma mencecah angka RM1,800 juta tak tahulah.Bulan Jun akhirnya berlalu tanpa sebarang pembubaran parlimen,masuk bulan Julai, tiba-tiba khalayak umum dikejutkan dengan pengakuan Husam Musa semasa Sidang DUN Kelantan bahawa projek lebuhraya yang diwar-warkan olehnya sebelum ini rupanya belum mendapat kelulusan Mesyuarat Exco.Parah.Majlis pecah tanah dah buat,duit derma dah beratus ribu dikumpulkan dari orang ramai,alih-alih projek lebuhraya tersebut belumpun diluluskan oleh kerajaan negeri.Barangkali untuk cover line,maka Husam mendesak Mesyuarat Exco segera meluluskan projek tersebut sambil memberi jaminan lebuhraya tersebut akan segera dilaksanakan sebaik saja diluluskan.Untuk tambah perisa,Husam mendakwa sudah ada 4 jentera di dalam hutan sedang buat pengukuran.Entah apa yang diukurnya sama ada ukur lilit kayu balak dan luas kawasan konsesinya atau mungkin juga ukur luas tanah untuk siapa pula nak dipindah milik tanah tersebut.Agaknyalah.Risau juga takut terjadi macam kes projek di Lembah Sireh,tak pasal-pasal syarikat swasta dapat tanah seluas 716.8 ekar bernilai RM318.29 juta tanpa perlu menyiapkan sepenuhnya segala projek infrastruktur yang dijanjikan.Tanggal 4 Julai 2012 akhirnya projek lebuhraya rakyat diluluskan. Ikut pada jaminan Husam,patutnya pembinaan sudah bermula setidak-tidaknya seminggu selepas itu Malangnya semenjak tarikh tersebut,sudah terlampau jarang lagi untuk kedengaran sebarang berita berkenaannya. Masih sedang mengukur tanah agaknya sambil mengira berapa besar jumlah komisyen yang bakal diperolehi.Hampir 3 bulan berlalu,semasa Sidang DUN Kelantan yang berakhir Rabu lepas pula,Husam selaku exco kanan negeri tiba-tiba sahaja memberitahu umum kononnya pembinaan lebuhraya pilihanraya itu akan bermula selepas musim tengkujuh sama ada selepas bulan November atau Disember tahun ini katanya.Mentang-mentang timbul spekulasi pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan Januari 2013,terus saja Husam akan muncul memberi jaminan baru.Memandangkan projek lebuhraya pilihanraya ini banyak sangat flip-flopnya yang bermotifkan politik untuk menarik perhatian ramai,saya sarankan pada Husam untuk manfaatkan saja duit derma yang dah dikumpul itu untuk tambah baik khidmat bekalan air bersih di Kelantan.Kalau dibiarkan lama begitu sahaja duit derma tersebut,bimbang pula kalau-kalau nanti jadi macam duit pelaburan Kohilal yang lesap entah ke mana.Lagipun antara bekalan air dan lebuhraya,walau kedua-duanya penting,namun khalayak umum tahu diantara kedua-duanya ada yang jauh lebih penting.Hatta kambing jamnapari sekalipun akan mati kehausan sekiranya menghadapi masalah mendapatkan bekalan air, tambah-tambah pula setiap hari empat lima kali terpaksa pula membuang keluar air dari badannya. Bila kita sebut kambing jamnapari,tentu Husam akan lebih mudah untuk mengetahui mana satu diantara kedua-dua projek tersebut yang memiliki prioritinya.Lagipun,bukankah Husam dan jamnapari berpisah tiada sejak dulu,Tak gitu wahai pembaca Badut Rakyat sekalian ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! PINDAH MILIK TANAH !!! SIAPA YANG UNTUNG ??? RAKYAT ATAU KERAJAAN NEGERI KELANTAN ??? Posted: 20 Oct 2012 01:30 AM PDT Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan,malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh,Kota Bharu.Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk,telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion.Sebagai balasan,sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid,130 buah gerai,dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain.Berdasarkan laporan Audit 2011,jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan.Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu. Persoalannya,bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya ??? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK ??? Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut,sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan.Tapi dalam kes PTSK,Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan,malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini.Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul,siapa sebenarnya yang untung ??? Tentu sahaja,syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi.Dalam konteks lain pula,sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat,maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan. Berikutan itu,memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati,sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007,bermakna,syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan Dan bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan.Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri ??? Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri ??? Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini.masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali.Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai,Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan.Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata,mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan ??? Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! PRU 13 !!! PAS AKAN TERSUNGKUR DI KELANTAN !!! WAJIB BACA !!! Posted: 19 Oct 2012 10:00 PM PDT Suka atau tidak,pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh,Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011,pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.Bertahun-tahun sebelum ini,sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan,malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul. Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku,penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.Sudahlah begitu,janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya. Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja. Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik. Walhal,hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.Sebelum ladang dibuka,segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri.Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air,barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA,ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak,usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan. PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! @NOHOMAR MEMBELASAH MAHFUZ OMAR KAW-KAW BERKENAAN ISU BENIH PADI !!! Posted: 19 Oct 2012 07:00 PM PDT Saya merujuk kepada kenyataan pemimpin pembangkang bahawa pemberian kontrak pembekalan benih padi sah diberikan kepada syarikat yang tidak layak seperti dakwaan YB Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini.Semasa penggulungan bajet semalam,saya menjawab tuduhan dari pembangkang mengenai isu ini,Tender benih padi sah ini telah dibuat secara Tender Terbuka dalam memastikan banyak pihak berpeluang melibatkan diri dan bagi menjaga kualiti benih padi,kementerian telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi oleh petender. Syarat-syarat tender adalah seperti berikut: 1-syarikat berstatus Bumiputera daripada Kementerian Kewangan. 2-mempunyai kod bidang 120201 (tanaman/benih semaian) 3-mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri. 4-mempunyai mesin Indented Cylinder atau Optical Color Sorter iaitu mesin pengasing benih padi mengikut saiz. Sehingga tarikh akhir tender iaitu pada 29 Mac 2012 hanya 5 syarikat sahaja yang memenuhi syarat tender termasuklah syarikat Seri Merbuk Sdn Bhd dan S.M.Nor Sdn Bhd yang dituduh sebagai kroni kepada saya dan 3 lagi syarikat adalah Kilang Beras Jelapang Selatan, Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu dan OBL Maju Sdn. Bhd. Mengikut Peraturan Kewangan hanya syarikat yang memenuhi syarat tender sahaja yang layak dipertimbangkan.Walaubagaimanapun Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beranggapan bahawa peluang harus diberikan supaya banyak syarikat mengambil bahagian.Kementerian telah memberi kelonggaran kepada syarikat yang berminat supaya memenuhi syarat tender yang telah ditetapkan WALAUPUPUN TARIKH AKHIR TENDER TELAH TAMAT dengan syarat semua kreteria dipenuhi SEBELUM Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan bermesyuarat.Sebagai contoh.Syarikat Felcra Plantation Services Sdn Bhd telah mengemukakan Sijil Status Bumiputera kepada kementerian hanya pada 16 April 2012. Ekoran daripada kelonggaran yang diberikan oleh kementerian terdapat 5 lagi syarikat telah memenuhi syarat tender iaitu Paddytech Resources Sdn Bhd, Padi Pukal Parit 7 (Sekinchan) Sdn Bhd, PPK Puteri Saadong, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd dan Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd. Ini telah menjadikan keseluruhan syarikat yang memenuhi syarat tender adalah 10 syarikat.Semasa Mesyuarat Penilian dibuat didapati kesemua 10 syarikat tersebut telah memenuhi syarat tender. Kementerian telah menetapkan kuota bekalan (grading) adalah berdasarkan kepada kapasiti kilang syarikat dengan tujuan untuk mengelakkan wujud kegiatan monopoli. Sebagai contoh, kapasiti pengeluaran kilang Sri Merbok Sdn Bhd dan Hj Md.Nor Sdn Bhd adalah besar tetapi mereka tidak diberikan kuota yang sangat banyak sehingga menjejaskan syarikat lain.Saya juga melihat isu kuota ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata dan mungkin pihak pembangkang lebih suka sistem monopoli ini diteruskan. Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut,10 syarikat telah diberikan peluang. Terima Kasih Datuk Seri Noh Omar Chennai,India. |
KANTOI !!! ISLAM ALA PAS !!! PAPAN TANDA ISLAM TETAPI RAKYAT MAKAN MAKANAN HARAM ??? Posted: 19 Oct 2012 04:00 PM PDT PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju,yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam PR yang haru-biru.Islam menjadi mainan politik seharian,dijadikan slogan promosi bagai iklan. Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.Akibat bersifat keterlaluan dalam politik,PAS akhirnya telah di 'hijack' syaitan.Kerana itu,segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang.Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang. Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti,di pakaian dan retorik jalanan.PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT. Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu.Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini. Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut 'kemalasan' kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment