BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!
- EKSKLUSIF !!! BUKTI 60 DALIL YANG MENGATAKAN PAS SESAT DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! KEPADA SPRM !!! TOLONG SIASAT PTSK DAN KERAJAAN PAS KELANTAN !!!
- BONGKAR !!! SAH !!! AIR EMPANGAN DI SELANGOR CETEK !!!
- BONGKAR !!! ADAKAH TENG CHANG KIM BAKAL MENJATUHKAN DINASTI LIM ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! PAS LAWAN KCS !!! BUKTI KEDAH DILANDA KRISIS PENTADBIRAN KRONIK TERBONGKAR !!!
- LAPORAN AUDIT NEGARA !!! TAWAS BAKAL LINGKUP ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! @NOHOMAR UMUM 10 SYARIKAT LAYAK JADI PEMBEKAL PADI YANG SAH !!!
HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!! Posted: 19 Oct 2012 12:00 PM PDT Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat SelangorIni kerana katanya,Menteri Besar Selangor itu sering berbohong dan memberikan kenyataan yang mengelirukan rakyat.Noh berkata,sebelum ini beliau mendedahkan bahawa Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak kerajaan negeri pakatan rakyat mengambil alih, namun dinafikan oleh Abdul Khalid. "Ketika itu beliau (Abdul Khalid) mendakwa laporan kewangan Unisel sedang diaudit oleh juruaudit dalaman dan akan umumkan keputusan Ogos lalu.Namun sampai sekarang beliau gagal melakukannya.Hari ini terbukti apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 keluar,ternyata dakwaan saya (mengatakan Unisel rugi) sebelum ini adalah benar," katanya, hari ini. Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kewangan Unisel mencatat kerugian sebelum cukai RM37.63 juta pada 2010.Noh berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan Taj Mahal Agro Industries di sini.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Hashim Abdullah dan Konsul Jeneral Malaysia di Chennai,Anuar Kasman. Perjanjian itu ditangani bagi menjalin kerjasama antara Nafas dan Taj Mahal dalam meningkatkan bekalan makanan untuk haiwan ternakan. Noh berkata, Abdul Khalid tidak layak menerajui Selangor kerana sering cakap putar belit dan tidak jujur kepada rakyat. "Saya cabar Abdul Khalid membuat kenyatan bahawa Laporan Audit itu bohong. Bagaimana beliau mahu tadbir Selangor kalau asyik menipu sahaja," katanya dengan nada sinis.Noh turut membidas Exco Pertanian Selangor, Mohd Yaakob Sapari yang membuat kenyataan tanpa membuat kajian dan turun padang."Beliau menuduh projek pengairan sawah padi yang dilaksanakan kementerian tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.Namun kenyataan Yaakob itu dinafikan Pengarah Wilayah Barat Laut, Muhammad Nasir Khusairi yang mendapati projek tersebut sememangnya telah mendapat kelulusan," katanya.Beliau berkata, sikap Yaakob sama seperti Abdul Khalid yang hanya mahu mencari salah kerajaan BN terdahulu dan sengaja mempolitikkan isu."Kalau Yaakob gentleman, dia juga kena minta maaf secara terbuka kerana menipu rakyat. Exco dan menteri besar sama sahaja," katanya.Noh sebelum ini meminta kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek pengairan di negeri ini dengan pelbagai kerenah birokrasi.- SH RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! BUKTI 60 DALIL YANG MENGATAKAN PAS SESAT DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!! Posted: 19 Oct 2012 08:36 AM PDT Parti PAS banyak melakukan penyelewengan untuk meraih simpati rakyat dan sebilangan rakyat yang jahil dan tidak memahami ajaran Islam sebenar akan mudah terpengaruh dengan hujah PAS yang menyeleweng.di bawah saya akan bagi 60 dalil atau bukti yang PAS sesat.jom baca di bawah. 1. TAA'SUB PAS sebuah parti yang ekstrim dan taasub.Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar. 2. JUARA PERPECAHAN PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya. 3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka. 4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam. 5. SUKA BERMUSUH PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka. 6. MENANAM PERASAAN BENCI PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara. 7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan. 8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH Penyelewengan PAS terhadap wang ?Darul-Mal? yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan. 9. MEMBOHONGI JANJI Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan. 10. JANJI KOSONG PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan. 11. KENYATAAN PALSU Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri. 12. MAKSIAT DI KELANTAN Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan. 13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan. [Undang-undang diluluskan tapi sengaja tidak digazetkan!] 14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS. 15. CAKAP LAIN BUAT LAIN Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah. 16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu. 17. FATWA YANG MEROSAKKAN Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini. 18. MENGHASUT PAS menyuburkan perbuatan mengumpat. 19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam. 20. BAHASA LUCAH Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ?Shit?. 21. PENYALAHGUNAAN PONDOK PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan golongan mereka. 22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan. 23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam. 24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan. 25. ABAI TANGGUNGJAWAB PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain. 26. MAHU TAPI MALU PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan. 27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan. 28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah. 29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat. 30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya. 31. MENGHASUT RAKYAT PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia. 32. HANYA PANDAI MENGKRITIK PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik. 33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. 34. TIDAK IKHLAS Tidak menunjukkan keikhlasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen. 35. TIDAK TETAP PENDIRIAN Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya. 36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial. 37. KEBAJIKAN TERBATAS PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah. 38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara. 39. PERKARA-PERKARA KHURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam. 40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga. 41. TIADA PERSEFAHAMAN PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan. 42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam. 43. MENGKHIANATI AMANAH PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara. 44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain. 45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi. 46. JEMAAH HAJI TERTIPU Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas. 47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam. 48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka. 49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut. 50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam. 51. PENDIRIAN TIDAK JELAS PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah. 52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu. 53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka. 54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim. 55. MEMENTINGKAN SIMBOL PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam. 56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara. 57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya. 58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti lawan. 59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat. 60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam. Sumber : http://passesatmenyesatkan.blogspot.com Sebagai rakyat Malaysia yang peka,perlu menolak PAS kerana mereka jelas menggunakan agama untuk kepentingan politik dan bukannya mahu memajukan rakyat dan negara. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! KEPADA SPRM !!! TOLONG SIASAT PTSK DAN KERAJAAN PAS KELANTAN !!! Posted: 19 Oct 2012 08:11 AM PDT Pada 8 Julai 2003,Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh,Kota Bharu.Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga,Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya,Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta.Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut.Dalam ucapannya di majlis tersebut,Nik Aziz mendakwa pembangunan di Lembah Sireh itu akan dilaksanakan itu dibuat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri serta tidak membabitkan unsur pembaziran mahupun rasuah.Hampir 10 tahun sudahpun berlalu,timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran,rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini ??? 10 tahun berlalu,tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik.Apa cerita ni ??? Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan,ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek PTSK di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan.Sehingga bulan November 2011,Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul.Menurut Laporan Audit,kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu.Tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang secara cuai melakukan proses tukar hak milik tanah tersebut amat menimbulkan syak dan keraguan khalayak yang menuntut pihak SPRM serta pihak berkenaan melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan jawapannya. Selain itu,sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut. Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta,Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan,sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu. Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi.Lapan bulan lalu,iaitu pada 15 Februari 2012,Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yaacob dalam reaksinya ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung kemelut isu PTSK Lembah Sireh ini pernah memberi jaminan akan memberi jawapan rasmi selepas Laporan Audit dikeluarkan.Sekarang Laporan Audit sudahpun dibentangkan,saya minta Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini.Sementara itu,pihak berkuasa khususnya SPRM perlu pro aktif untuk menyiasat segala kelemahan projek pembangunan di Lembah Sireh ini,berkemungkinan benar dakwaan ramai memang wujud penyelewengan dan unsur salah guna kuasa dalam isu ini oleh pihak tertentu dalam Kerajaan PAS Kelantan. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! SAH !!! AIR EMPANGAN DI SELANGOR CETEK !!! Posted: 19 Oct 2012 08:11 AM PDT KUALA KUBU BHARU - Situasi kehilangan air mentah di Empangan Sungai Selangor kini sudah sampai ke peringkat yang mana rakyat negeri itu perlu memberi perhatian secara serius.Ini memandangkan tahap air di empangan berkenaan semakin berkurangan walaupun hujan turun dengan lebat di kawasan Lembah Kelang sejak beberapa hari lalu.Kuasa rakyat perlu diketengahkan pada peringkat ini bagi mencapai satu penyelesaian muktamad dalam isu air Selangor. Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya mengakui kekurangan air mentah di negeri itu apabila tampil dengan idea-idea seperti pembenihan awan dan teknologi membran yang belum terbukti sepenuhnya dari Kanada.Beliau cuma tidak mahu bersetuju dengan rancangan Kerajaan Persekutuan yang mahu membina Loji Langat 2 melibatkan pemindahan air dari Pahang. Ini jelas politik semata-mata.Namun,situasi air di Empangan Sungai Selangor pada hari ini yang berada pada tahap 200.4 juta meter padu berbanding 200.6 juta meter padu pada 2 Oktober lalu menunjukan berlaku pengurangan 200,000 meter padu air di empangan tersebut meskipun hujan turun setiap hari di sana. Keadaan aneh ini sedikit membimbangkan meskipun kerajaan negeri berulang kali memberikan gambaran seolah-olah tiada sebarang masalah di empangan itu.Kenyataan lunak oleh pemimpin kerajaan negeri bukan penyelesaian terbaik kepada bala air yang sedang menanti Selangor.Tinjauan Mynewshub.my ke empangan itu sekali lagi menunjukkan bacaan jumlah penyimpanan air terus menyusut.Untuk rekod,Empangan Sungai Selangor menyalurkan bekalan air untuk pengguna di Lembah Klang dan kawasan Rawang mampu menyimpan bekalan air mentah yang maksimum kira-kira 235 juta meter padu. Tetapi, bacaan meter air semakin berkurangan sejak beberapa bulan pada tahun ini dan bakal menjadi kritikal sekiranya ia menyusut kepada 190 juta meter padu. Pada 2 Oktober lalu,Mynewshub.my melaporkan air di empangan itu menunjukkan bacaan meter air berada pada bacaan 200.6 juta meter padu.Namun,pada hari ini,sebanyak 200,000 meter padu air dicatatkan susut dari bacaan awal tarikh tersebut dalam masa hanya 15 hari sahaja.Jadi,bacaan meter terbaru air empangan itu adalah sebanyak 200.4 juta meter padu.Kalau dilihat pada jumlah bacaan air yang menyusut, jumlah itu boleh dikatakan tidak terlalu besar.Namun,dengan keluasan kawasan empangan yang besarnya lebih kurang 600 hektar, jumlah penyusutan itu memang jelas terlalu banyak. Ini kerana, penggunaan air bagi hampir 60 peratus rakyat dan industri di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya meningkat setiap hari. Untuk itu,Mynewshub.my mendedahkan penurunan bacaan meter air pada gambar yang boleh dibezakan pada tarikh 2 Oktober dan 17 Oktober.Selain itu,perbezaan keadaan Empangan Sungai Selangor dapat dibezakan dengan keadaan pada beberapa tahun sebelum ini.Seperti penulisan mengenai empangan itu di blog www.kujie2.com,penulis blog itu juga memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukkan perbezaan keadaan Empangan Sungai Selangor pada tahun 2010 dengan tahun ini.Menurut tulisan di blog itu,penulis tersebut ternyata terkejut dengan keadaan yang berlaku pada empangan besar itu yang memakan masa bertahun untuk airnya penuh.Mynewshub.my juga paparkan gambar perbezaan keadaan ketika air empangan penuh di jambatan berhampiran perkampungan orang asli di Kampung Pertak yang dahulu penuh tetapi kini lesu.Mungkin masih lagi ada pihak-pihak tertentu yang memikirkan krisis air yang sedang berlaku sekarang ini adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan.Malah,mungkin juga ada rakyat yang tidak ambil tahu masalah yang sedang kerajaan Persekutuan selesaikan.Namun,harus diingatkan,sekiranya tiada langkah atau sebarang tindakan awal diambil untuk mengatasi krisis air, krisis air yang berlaku pada tahun 1998 bakal berulang kembali. - Mynewshub RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! ADAKAH TENG CHANG KIM BAKAL MENJATUHKAN DINASTI LIM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 19 Oct 2012 08:10 AM PDT Dinasti Lim yang menerajui DAP untuk sekian lama kini mungkin akan berhadapan dengan cabaran dalam Kongres National Parti tersebut yang dijangka diadakan di pertengahan Disember 2012.Jika DAP gemar mengingatkan BN tenang perubahan minda rakyat,maka mereka seharusnya bersedia untuk menghadapi perkara yang sama di dalam parti sendiri.Justeru,mahu tidak mahu Dinasti yang telah lama berkuasa ini terpaksa menerima hakikat bahawa zaman telah berubah dan ahli-ahli DAP telah melalui proses perubahan minda.Hari ini,kepimpinan cara kuku besi atau mengilas tangan secara halus tidak lagi mampu menjamin kekuasaan yang berterusan.Antara yang dijangka mencabar Lim Guan Eng untuk jawatan Setiauasaha Agung parti ialah Teng Chang Khim iaitu speaker DUN Selangor dan juga Ahli Jawatankuasa parti.Bukan rahsia lagi bahawa Teng Chang Khim adalah antara individu yang berani menentang arahan ataupun mempersoalkan tindakan pemimpin tertinggi parti itu. Beliau dikatakan membawa suara akar umbi yang semakin meragui Dinasti Lim dan pemimpin-pemimpin atasan DAP yang dilihat sebagai semakin kehilangan 'melampau' sejurus berjaya merampas Pulau Pinang dari BN.Bukan sahaja sikap angkuh pemimpin atasan yang menjadi rungutan akar umbi tetapi juga ketelusan dan kecekapan mereka mula menjadi tandatanya.Segala kelemahan mereka kini terdedah luas apabila mendapat berkuasa, sedangkan sebelum ini mereka hanya pandai mengkritik dan menghentam orang lain sahaja. Sumber dalaman memberitahu bahawa pengaruh Chang Khim agak hebat juga. Tambahan pula,kebencian akar umbi terhadap Lim Guan Eng semakin meningkat sehingga mampu menggugat kesetiaan mereka kepada parti.Kebanyaan ahli merasa gusar sekiranya PR menang dan Dinasti Lim terus menjadi peneraju parti maka pastinya,kuasa yang lebih akan meningkatkan lagi keangkuhan mereka sekali gus menjadikan mereka semakin sukar untuk dijatuhkan.Perkembangan ini cukup disedari oleh Lim anak beranak dan mereka juga dikatakan giat mengatur langkah untuk menyelamatkan diri.Namun,dari apa yang dikhabarkan,kemungkinan besar mereka tidak akan mampu melawan kebangkitan akar umbi kerana enggan menerima teguran dan sukar untuk menukar sikap angkuh yang telah sebati dalam keluarga mereka.Justeru,tidak mustahil Kongress DAP kali ini akan menjadi titik awal kejatuhan Dinasti Lim.Mungkin ini kedengarannya agak mustahil,tetapi semakin mustahil ia kedengaran,semakin jelaslah bahawa segala tuduhan kuku besi dan angkuh terhadap keluarga itu adalah benar belaka dan apabila semakin jelas keburukan keluarga tersebut dapat dilihat oleh akar umbi,semakin tidak mustahil yang mereka akan berjaya dijatuhkan juga akhirnya dalam Kongres kali ini. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PAS LAWAN KCS !!! BUKTI KEDAH DILANDA KRISIS PENTADBIRAN KRONIK TERBONGKAR !!! Posted: 19 Oct 2012 08:10 AM PDT tajuk besar di atas juga boleh berbunyi seperti ini : Kisah politik anak-beranak,politik ketamakan,fobia kalah,persaingan dan rivalry ??? Sedar atau tidak di Kedah sekarang sedang berlaku satu krisis pentadbiran yang cukup kronik.Pas negeri itu sudah mula menentang secara berdepan dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS).Tidak pernah dalam sejarah cemerlang dan terbilang lebih 100 tahunnya,KCS diperlakukan sebegini buruk lebih buruk daripada episod penyapu di Selangor dulu.Dikatakan,krisis KCS dengan bekas MB Kedah,Tan Sri Sanusi Junid dulu pun tidak seberat ini.Pas kini amat bimbang sangat dengan KCS yang terlalu profesional,mengikut buku dan tidak mendengar cakap mereka.Pas merasakan KCS perlu dijinakkan menjelang pilihan raya umum ini.Masanya bagi Pas sudah terlalu suntuk.Oleh itu Suk Kedah (ss atau setiausaha kerajaan negeri),Datuk Rasli Basir perlu dijatuhkan.Jika Suk enggan turun,maka beliau perlu dipaksa turun.Jika itu pun gagal,Pas rasa satu rampasan kuasa perlu dilakukan.Oleh itu,Pemberontakan harus dijalankan sekarang.Perlu diingat dalam konteks KCS kedah,ia terletak di bawah Istana Kedah atau Tuanku al-Sultan Kedah selaku Yang di-Petuan Agong,sepenuhnya.SUK sekarang baru sahaja disambung perkhimatan selama setahun lagi dari jun 2012 sehingga jun 2013 oleh Tuanku al-Sultan (bukanya oleh MB Azizan Razak). Dalam erti kata mudah pegawai- pegawai KCS merupakan anak-anak peliharaan Tuanku Sultan. Seluruh rakyat Kedah amat memahami "hubungan sunyi" itu. Persoalanya adakah pas dan konco-konconya tidak atau tidak mahu memahaminya? Bagi orang Melayu melanggar perintah, arahan, pekenan sultan dan raja-raja merupakan penderhakaan. Episod drama Pas ini bermula ekoran keputusan KCS menukar DO (pegawai Daerah) Kubang Pasu yang juga menjalankan tugas YDP Majlis Daerah Kubang Pasu,Ahmad Fisol Md. Nor,berkuat kuasa 1 Oktober lalu.Tempat Fisol,sebaliknya diambil alih oleh DO Kuala Muda (tiada status YDP) Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani Isu itu diambil kesempatan oleh kerajaan Pas Kedah dengan mengunakan ahli-ahli Majlis Kubang Pasu terdiri daripada pengikut tegar pakatan Rakyat yang dikepalai Pas, untuk memberontak. Lebih malang pemberontakan ke atas SUK dan KCS ini sekarang diperluaskan ke seluruh negeri. Puak puak yang mahu menjatuhkan SUK cuba mengadu-dombakan keadaan. Pas tidak mahu DO Fisol ditukar. Saya tidak pasti permainan siapakah ini, namun jom kita lihat susur galur kepada krisis ini.Suk mengatakan tindakanya menukarkan DO Fisol ke Kuala Muda sebagai sah setelah mendapat pekenan Sultan dan mengikut undang-undang.Sebaliknya Do Kuala Muda,Abdul Aziz ditukar kepada Kubang Pasu juga sah. Ia merupakan satu proses pentadbiran yang biasa. Pejabat Menteri Besar membantahnya.Tapi mengapa MB dan Exco-exconya terlalu membantah ??? Sebenarnya isu disebaliknya ialah juga berhubung kait dengan salah seorang Exco Kedah,Pengerusi Jawatankuasa Industri dan pelaburan Perumahan kerja Raya Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang bercita cita mahu menjadi MB mengantikan Azizan yang asyik uzur. Amiruddin juga mahu mematikan terus pegaruh salah seorng lagi Exco YB Phahrolrazi Zawawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Bekalan Air,Sumber Air dan Tenaga negeri,Yang merupakan persaingnya untuk jawatan MB.Difahamkan Phahrolrazi disukai oleh Suk. Amiruddin cuba mempengaruhi MB yang uzur, yang tidak dapat menerima keputusan al-Tuanku Sultan Kedah menyambung kontrak Suk selama satu tahun.Calon Suk yang mereka idamkan bukan Suk sekarang kerana bukan Pak Turut mereka, tetapi adalah pegawai Kewangan negeri,Datuk Wira Mohd. Puat Mohd. Ali seorng pegawai lebih junior berbanding pegawai-pegawai kanan termasuk pengarah tanah Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang baru bersara,Datuk Bashirudin.Alasanya mudah kerana cita-cita mereka boleh dilaksanakan melalui pusat.Mereka juga mahu Fisol kekal di Kubang Pasu dengan jawatan sebagai DO dan YDP. Digahamkan isteri Fisol pula ialah anak saudara kepada isteri Puat. Puat pula ialah sepupu MB Azizan.Saya sungguh pening dengan hubungan anak beranak ini. Adakah unsur nepotisme juga memainkan peranan? Sebagai SUK,Puat juga dikatakan boleh mewarnakan KCS selari dengan politik Pas lebih-lebih lagi diambang PRU13 ini.Kumpulan ini,diperkuatkan dengan penglibatan beberapa pegawai persekutuan yang dikatakan bermuka Pas dan mentafsir semua peraturan,norma dan undang-undang, selari dengan kehendak kerajaan Pas demi kelansungan hidupnya. Dalam kes pertukaran Do Kubang Pasu, Penasihat Undang-undang gagal menasihatkan secara betul berhubung penafsiran Akta 171 PBT 1976 dalam pelantikan Yang Dipertuan (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan dibaca bersekali dengan keputusan majlisNegara Kerajaan Tempatan (MNKT) berhubung YDP yang menjadi amalan seluruh Malaysia. Di bawah Akta 171 itu, pertukaran ke jawatan Yang Dipertua majlis Daerah Kubang Pasu tidak perlu dibuat terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan kerajaan negeri. Penasihat undang-undang dikatakan gagal menasihatkan kerajaan berhubung ada kuasa-kuasa SUK yang tidak boleh disentuh yang menjadi amalan selama ini.Beliau tidak bersama SUK sebab tiada untung, tetapi selesa bersama MB, YB Amiruddin dan Puat bagi maksud yang tersirat untuk menjatuhkan SUK. Puat,YB Amiruddin dan Penasihat undang undang mengangap KCS bukan sahabatnya sebab dilihat sebagai bukan penyokong Pas.Berikutan daripada itu,pada 3 Oktober lalu mesyuarat Exco memutuskan seperti berikut ??? Membatalkan pertukaran DO Ahmad Fisol dengan melantik semula Ahmad Fisol sebagai YDP dan DO Kubang Pasu.Ini jelas berlawanan dengan ketetapanyang diputuskan oleh MNKT kerana Ahmad Fisol bukan lagi YDP dan DO kubang Pasu ??? Melarang Suk daripada membuat pertukaran pegawai-pegawai KCS sehingga PRU 13 dan melarang SUK daripada mendatangani memo pertukaran ??? Melaksanakan keputusan itu secepat munkin. Dengan Keputusan ini mereka mengisytiharkan peperangan ke atas intitusi KCS yang berpaksikan Tuanku Sultan. Seluruh rakyat Kedah khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, sedang menyaksikan satu krisis pentadbiran yang sangat gawat. Kita tidak pasti sampai bila peperangan ini akan berakhir, perlu diingat sejarah KCS selama lebih 100 tahun cukup unik dan sepatutnya dipelihara selama lamanya. Kita berharap puak puak Pas yang baru mendapat bunga ini, tidak menjahanamkan KCS! Bagi UMNO negeri pula, mengapa senyap sepi saja ??? Sokonglah KSC RENUNG-RENUNGKAN |
LAPORAN AUDIT NEGARA !!! TAWAS BAKAL LINGKUP ??? WAJIB BACA !!! Posted: 18 Oct 2012 06:01 PM PDT 1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini. 2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang.Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00. 3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim,hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya.Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini. 4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu,kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025.Soalan ini tidak dijawab. 5. Menurut maklumat dalam laman webnya,Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009.Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya.Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009),RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN,jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS." 8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta,ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan. 9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan.Adakah wajar sebannyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas? 10. Sebagai kerajaan yang telus,Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini. 11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri. 12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was. Oleh Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! @NOHOMAR UMUM 10 SYARIKAT LAYAK JADI PEMBEKAL PADI YANG SAH !!! Posted: 18 Oct 2012 04:00 PM PDT Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani di bawah Program Benih Padi Sah,bermula tahun depan.Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata pemilihan syarikat pembekal itu berdasarkan penilaian jawatankuasa teknikal dan kewangan terhadap kapasiti kilang memproses serta kemampuan syarikat terbabit.Pada peringkat awal hanya lima syarikat penuhi kriteria selepas proses tender ditutup,namun untuk mengelakkan monopoli kementerian membuka peluang kepada syarikat lain merayu. "Syarikat yang penuhi kriteria termasuk laporan kewangan kukuh dan mempunyai mesin sendiri diberi peluang.Jadi tuduhan syarikat tidak layak diberi tender tidak betul,sebab kita bagi syarikat yang layak...10 syarikat layak semua sebab syarat dikemukakan cukup ketat," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini. Beliau yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementeriannya,berkata pihaknya sentiasa memastikan benih padi yang dikeluarkan syarikat yang dilantik terjamin kualitinya. "Kadang-kadang benih padi cukup baik tapi pelbagai penyakit pula menyerang.Jadi ianya bukan semata-mata kerana benih padi.Kita juga menekankan pengurusan sawah kerana kalau tanpa pengurusan yang baik apa saja bantuan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan memberikan faedah sewajarnya," katanya. Beliau berkata Jabatan Pertanian sentiasa membuat penilaian terhadap kualiti benih padi bermula dari proses penyediaan tanah, cara menanam padi, melihat jumlah padi angin ketika waktu padi berbunga, pemantauan sebelum padi dituai serta menilai berat padi yang dihasilkan di kilang. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment