UMNO Online - “Kedah UMNO Urges MACC To Investigate Failed Logging Project” plus 9 more |
- Kedah UMNO Urges MACC To Investigate Failed Logging Project
- Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang
- Tuduh PM Tidak Faham Perjuangan Wanita Tidak Berasas – Rosnah
- Belanjawan Pembangkang Sarat Cita-cita Besar, Penuh Janji Kosong
- RM321,000 Untuk Pembangunan Luar Bandar Kg Baru Air Lesung, Kuala Pilah
- Pendukong, Pecinta PKR Diresapi Tabiat Cuba Melawan Takdir…
- DAP Lebih Baik Dari UMNO Sehinggakan Negara Islam Jadi Negara Kebajikan…
- Civil Servants In Sabah To Receive One-And-Half Months’ Bonus
- Laporan Audit Buat Kerajaan Pas Kedah Macam “Cacing Kepanasan”
- Sabah Peruntuk RM4.088 Bilion Bagi Belanjawan Negeri 2013
Kedah UMNO Urges MACC To Investigate Failed Logging Project Posted: 19 Oct 2012 06:50 AM PDT ALOR SETAR, Oct 19 – Kedah UMNO has urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate whether the Kedah government had committed irregularities with regard to the latter’s failed logging investment in Papua New Guinea as stated in the Auditor General’s Report. Kedah UMNO liaison chief Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah in a statement here today said Kedah UMNO had, prior to the A-G’s Report, lodged a report with the MACC alleging inconsistencies in the logging project. “We had not been made aware of any development on the case after that. But with this new revelation in the A-G’s Report, we hope the MACC will re-open the case and conduct an investigation,” he said. Ahmad Bashah said Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak and the state executive committee should apologise to the people for mismanaging the state and subsidiaries under Menteri Besar Incorporated. “They talk about transparency, criticise and hurle numerous allegations at the Barisan Nasional (BN) government but they themselves have digressed,” he contended. |
Laporan Audit Pecahkan Tembelang Sebenar Pentadbiran Pembangkang Posted: 19 Oct 2012 06:46 AM PDT Kita akui pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mendabik dada bahawa merekalah yang paling layak mentadbir Malaysia. Buktinya, di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan beberapa hari lepas, mendapati tiada penyelewengan dan salah urus tadbir di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Benarkah begitu? Ikuti analis di bawah: Kelantan - Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya. Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya. Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam. Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit. Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut. Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata. Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri. Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu. Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya. Pulau Pinang – Laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan. Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan. Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut. Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit. Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan. Selangor : Laporan Audit Ketua Negara mendapati Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus kepada RM37.63 juta berbanding RM12.62 juta pada tahun 2009. Sementara Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ternyata sebagai umpan pilihan raya pembangkang. Anak-anak kelahiran Selangor dijanjikan wang ringgit sekiranya mereka berkuasa. Tindakan PKR ini adalah hasil daripada kajian mereka terhadap rakyat Selangor. Di sini kita boleh lihat bagaimana PKR yang sering menuduh BN sebagai melakukan rasuah pilihan raya turut melakukan perkara yang sama untuk berkuasa. Dengan memberikan bantuan kepada si anak, pastinya ianya akan menambat hati si ayah dan ibu untuk memberi undi kepada pembangkang. Namun, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan PKR hanya meluluskan 19.4% daripada 313,706 anak kelahiran Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 untuk mendapat faedah TAWAS. Kenapa hanya 19.4% anak kelahiran Selangor mendapat faedah TAWAS? Di sinilah letaknya permainan licik Kerajaan PKR. Seperti mana janji memberikan air percuma, Skim TAWAS juga merupakan pembohongan MANIFESTO bukan JANJI ciptaan PKR. Apa yang mereka janjikan semasa pilihan raya memang akan mereka laksanakan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan semua rakyat Selangor akan mendapat manfaat walaupun layak. Namun janji-janji inilah yang mereka JUALkan dalam ceramah-ceramah mereka terutamanya ceramah mereka di luar negeri Selangor. Kedah : Laporan Audit 2011 telah melaporkan bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit. Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud! Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London. Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan. Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap. Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit. Dengan semua penemuan-penemuan ajaib seperti di atas, masihkah Pakatan Rakyat mendabik dada mengatakan mereka mempunyai pengurusan dan pentadbiran lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan? selangordaily.com |
Tuduh PM Tidak Faham Perjuangan Wanita Tidak Berasas – Rosnah Posted: 19 Oct 2012 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Okt – Kenyataan yang dibuat oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memahami perjuangan wanita adalah tidak berasas sama sekali. Ketua Puteri UMNO Malaysia, Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata Elizabeth sengaja memutar-belitkan fakta tanpa mengambil kira kesahihan kenyataan itu. "Saya berasa sangat kecewa diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh Elizabeth. Namun kita akui bahawa ini merupakan salah satu kelicikan kumpulan yang mempunyai jenama pembangkang! Sebagai seorang wanita, saya menganggap kenyataan Elizabeth Wong itu adalah satu tamparan yang hebat kepada kaum wanita. “Sebagai seorang wanita, saya sangat berbangga apabila YAB Perdana Menteri sendiri sanggup memikul tanggungjawab besar dengan mengambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil. Kesediaan beliau memperjuangkan nasib wanita di Malaysia seharusnya dipuji dan bukannya dikeji. Tetapi, itulah lumrah pembangkang, yang putih dikatakan hitam, yang manis dikatakan pahit dan yang betul dikatakan salah," ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Tambahnya, hak asasi wanita sudah dimeterai di dalam Perlembagaan. Kerajaan juga telah pun mengambil inisiatif untuk meminda Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2011 bagi memastikan tiada diskriminasi berasaskan jantina? Menyentuh pula tentang Bajet 2013 pula beliau beranggapan Bajet 2013 adalah bajet yang mesra wanita namun, pihak pembangkang akan sentiasa mempertikaikan kerana mereka rasa terancam terhadap keikhlasan kerajaan. “Kita tahu bahawa walau sebaik mungkin pun bajet yang dibentangkan, pembangkang akan tetap mencari walau setitik kelemahan dan akan memperbesar-besarkannya agar fitnah mereka itu akan dapat mempengaruhi rakyat. "Sebelum kita semua membuat kesimpulan, saya memohon agar kita semua meneliti semula setiap bait-bait ucapan yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Hari Wanita Kebangsaan. Sudah menjadi darah daging pembangkang untuk mempertikaikan sebarang kenyataan kerajaan kerana mereka berharap akan memudarkan keikhlasan kerajaan. “Mereka sering menukar fakta kepada persepsi. Mereka menilai seperti menilai air yang berisi setengah botol. Kerajaan akan menilai air itu separuh penuh dan pembangkang akan mengatakan air itu sudah separuh kosong. Apa pun kesimpulannya, kerajaan akan tetap memperjuangkan nasib rakyat, tidak kira lelaki mahupun wanita!," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan. |
Belanjawan Pembangkang Sarat Cita-cita Besar, Penuh Janji Kosong Posted: 19 Oct 2012 05:54 AM PDT KOTA KINABALU, 19 Okt – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan belanjawan alternatif 2013 oleh Pakatan Rakyat (PR) Sabah yang diumum Rabu lepas sebagai bercita-cita besar dan penuh dengan pelbagai janji kosong. Beliau berkata belanjawan pembangkang itu juga dianggap sebagai satu daripada taktik untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN). “Hakikatnya, janji-janji populis itu bukan sahaja tidak realistik, tetapi tidak berpijak di bumi nyata umpama angan-angan Mat Jenin yang boleh memufliskan serta menghancurkan masa depan negeri dan negara. Akibatnya rakyat juga yang akan sengsara dan menderita,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2013 di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Rabu lepas, PR negeri mengumumkan perbelanjaan sebanyak RM7.284 bilion untuk pembangunan tahun depan meliputi aspek sosial, ekonomi dan kebajikan di Sabah dan turut mengambil kira janji 20 peratus royalti minyak jika gabungan parti pembangkang itu diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang. Musa yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata kerajaan di bawah BN tidak berani berjanji kepada rakyat seperti itu jika tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikannya. “Kerajaan BN tidak menjanjikan bulan dan bintang. Lagipun, apa guna berjanji jika tidak ditepati?” katanya. Beliau berkata kerajaan BN berjanji berdasarkan keupayaan dan tanggungjawab, manakala pembangkang berjanji semata-mata untuk ‘menyedapkan telinga rakyat’. “Rakyat adalah segala-galanya dalam perjuangan ini. Rakyatlah yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. “Pada masa sama, negeri tercinta adalah warisan turun-temurun yang wajib dijaga dan dipelihara daripada petualang yang ingin menghancurkan segala kemajuan dan pencapaian yang telah kita bina sejak sekian lama,” katanya. |
RM321,000 Untuk Pembangunan Luar Bandar Kg Baru Air Lesung, Kuala Pilah Posted: 19 Oct 2012 05:16 AM PDT KUALA PILAH, 19 Okt – Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM321,000 September lalu, bagi menaik taraf kemudahan jalan raya dan bekalan elektrik di Kampung Baru Air Lesung, Kepis, di sini. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata daripada jumlah itu sebanyak RM155,000 diperuntuk menerusi Projek Penyambungan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sementara sebanyak RM166,000 diperuntukkan di bawah Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD). “Kerja-kerja menaik taraf Jalan Perhubungan Desa di kampung ini dijangka bermula pada pertengahan bulan November ini dijangka siap pada pertengahan bulan Disember 2012. “Sementara projek BELB di kampung ini dijangka kerja-kerja akan dimulakan pada minggu pertama bulan November ini dan dijangka siap dalam tempoh satu bulan,” katanya selepas melawat tapak projek BELB dan JPD Kampung Baru Air Lesung, Kepis, di sini hari ini. Katanya, prestasi pelaksanaan setiap projek berkenaan akan dipantau dari semasa ke semasa sehingga siap sepenuhnya bagi memastikan rakyat mendapat faedah dan manfaat daripadanya. Dalam pada itu, Hasan yang juga Timbalan UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata usaha menaik taraf atau membina kemudahan untuk masyarakat luar bandar akan terus diperhebat pada tahun depan apabila lebih banyak peruntukkan disediakan kerajaan. Katanya, dalam Belanjawan 2013, lebih RM460 juta akan diperuntukkan bagi membina atau menaik taraf kemudahan jalan raya dan sebanyak RM81.4 juta akan diperuntuk bagi projek BELB untuk Semenanjung Malaysia. “Dengan peningkatan kualiti jalinan jalan raya yang lebih baik dan selesa serta penyambungan bekalan eletrik ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampong bagi memudahkan urusan seharian,” katanya. |
Pendukong, Pecinta PKR Diresapi Tabiat Cuba Melawan Takdir… Posted: 19 Oct 2012 05:06 AM PDT Kalaulah penyokong dan pendokong PKR berfikir menggunakan akal, sudah lama tuhan selamatkan mereka dari bergelumang dengan fitnah, bohong dan dusta. Tapi disebabkan kesombongan, riak dan takabbur yang menguasai diri, mereka tidak diberi petunjuk dan tidak mahu menerima hakikat dan takdir yang berlaku. Sebaliknya mereka sendiri yang berusaha dan cuba bertindak mengawal takdir dan realiti agar berlaku mengikut rentak dan kehendak mereka. Tapi manalah mungkin Allah mahu disamatarafkan dengan makhluk kejadianNya sendiri yang boleh ditipu, dipengaruhi dan dipaksa menurut saja kehendak dan aturan yang memihak kepada puak mereka. Kalau mereka nak buat rumah atau buat kereta bolehlah mereka buat ikut selera dan kehendak mereka. Nak buat rumah batu atau nak buat rumah tiang 16 itu terpulang kepada mereka. Kalau nak buat kereta 6 tayar atau 4 tayar terpulanglah. Allah tiada halangan dan Dia izinkan selagi mahu. Tapi bab "takdir dan ketentuan" itu hak Allah. Ikut suka Allahlah macam mana nak tetapkan. Itu yang dimaksudkan sebagai kita merancang, Allah menentukan. Kita merancang, tapi Allah adalah maha perancang. Allah lah sebaik-baik merancang dan pengatur segala kejadian dan ketetapan walaupun ia berkaitan dengan hal-ehwal sebesar tungau atau kuman. Kita manusia diberi kelebihan akal sebagai "arbitrator" kepada setiap keputusan yang kita mahu lakukan. Baik permintaan kita, maka baiklah ilham yang ditransformasi dari akal kita. Buruk permintaan kita, maka buruklah ilham yang terpacul dari akal yang diberi Tuhan. Itulah maksudnya Allah itu Maha Adil. Dia tidak pernah menzalimi atau menganiaya hamba-hambaNYa. Sebarang kezaliman atau penganiayaan yang terjadi kepada hambaNya, itu adalah di atas kehendak dan permintaan hambanya sendiri. Allah bebas dari sifat zalim dan aniaya. Bahkan Allah tidak bertindak mencampakkan hambanya ke dalam neraka. Si hamba itu sendirilah yang akan mencampakkan dirinya ke dalam neraka hasil dari perbuatan dan amal buruk mereka kerana perbuatan itu terhasil dari permintaan mereka sendiri. Permintaan buruk hasil dari ilham yang terpacul dari akal itulah pada hakikatnya yang telah menjerumuskan hambanya kepada perbuatan salah dan buruk yang mereka lakukan. Akal mereka gagal berfungsi sebagai "penimbang tara" kepada setiap perbuatan yang mereka lakukan. Di bawah, disenaraikan di antara perkara-perkara yang telah menyumbang kepada "tabiat cuba melawan takdir" yang telah dipersembahkan oleh penyokong dan pendokong PKR; 1. Menafikan yang jelas berlaku di depan mata tetapi menerima bulat-bulat ilusi dan imaginasi buruk sebagai benar dan nyata. Contoh terlalu banyak. Antaranya, 1a. Video tulen yang disahkan oleh para pakar dianggap palsu, tetapi ilusi dan gambaran lakar Rosmah terlibat secara langsung membunuh Altantuya dilokasi pembunuhan dibenarkan. 1b. Video klip Azmin ditarik zip seluar dalam jamban ditolak mentah-mentah, tapi photo super-imposed Najib dan Altantuya terus dianggap foto asli.
1c. Anwar terang-terangan bermewah dengan Bas Mewah dan sewaan jet mewah untuk berkempen selaku ahli politik menggunakan duit rakyat dianggap satu keperluan, tapi Najib selaku Perdana Menteri yang menjalankan kewajipan sebagai kepala negara dianggap membazirkan wang rakyat apabila menaiki jet atau menikmati keraian sebagai penjawat Perdana Menteri Malaysia. Bahkan, kemudahan yang diterima selaku ketua negara sewaktu menunaikan haji yang sememangnya disediakan oleh kerajaan saudi kepada mana-mana ketua negara pun dianggap sebagai cuba membazirkan wang rakyat. 2. Segala tuduhan yang dipalitkan kepada pemimpin kerajaan hampir semuanya sudah terpercik ke muka sendiri. Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Tapi semua ini mereka tidak mahu memahami kenapa ia berlaku seperti itu. 2a. Mereka tuduh kerajaan UMNO rasuah, akhirnya mereka yang melakukan rasuah terang-terangan. Rumah mewah Guan Eng, kereta mewah porche Ahli Parlimen PKR, rumah jutaan ringgit Anwar, semuanya mereka anggap diperolehi secara halal, tapi sebarang kemewahan di pihak UMNO pasti terhasil dari rasuah. 2b. Mereka tuduh UMNO menjual negara dan merompak hasil mahsyul negara, tapi merekalah penjual negara yang telah terbukti. Menerima bantuan asing dana Soros secara terang-terangan. Semua ini tidak dijawab sebaliknya mereka menggembar-gemburkan pertemuan Soros dengan Mahathir dan Najib. Pertemuan rahsia dan tidak diketahui buah butir dianggap tunduk kepada Soros tetapi bantuan dana yang jelas daripada Soros terus ditelan untuk digunakan bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. 3. Terlalu banyak untuk dicatat bagaimana Allah telah membalikkan semua tuduhan yang telah mereka hamburkan terhadap UMNO, ke batang hidung mereka sendiri. Tetapi mereka tidak mahu berfikir dan menggunakan akal mereka secara adil dan saksama. Akhirnya, Allah tutup pintu hati mereka dari menerima kebenaran, takdir dan ketentuan. Buruk permintaan mereka, maka buruklah perbuatan mereka. Allah "mengizinkan" mereka melakukan keburukan tapi "keizinan"Allah itu belum pasti halal dan diredhai. Mereka mahu Allah ikut selera dan kehendak mereka, tapi mereka tidak tahu bahawa yang sebenarnya harus diusahakan ialah agar Allah turunkan "pemberian"NYA yang pasti halal dan diredhai. Kalau nak terus sesat ikutlah tafsiran WAMAKARU Anwar Ibrahim. Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com) |
DAP Lebih Baik Dari UMNO Sehinggakan Negara Islam Jadi Negara Kebajikan… Posted: 19 Oct 2012 04:49 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar membidas kenyataan yang mengatakan bahawa DAP lebih baik daripada UMNO sedangkan secara jelas parti terbabit menentang penubuhan negara Islam. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan tersebut pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. "Macam mana boleh kata DAP lebih baik sedangkan realitinya mereka menentang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan Islam termasuklah hasrat Pas dalam melaksanakan hukum hudud sehinggakan mereka terpaksa menukar impian daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan," katanya kepada UMNO-Online hari ini. Husam yang juga Adun Salor turut dilaporkan berkata DAP memegang prinsip demokrasi tetapi UMNO yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal UMNO yang 'makan' Pas dulu. "Janganlah hanya kerana berniat untuk burukkan UMNO dalam sidang DUN maka mereka sanggup puji melangit parti yang sekutu dengan mereka sedangkan realitinya semua orang tahu apa yang berlaku," katanya. Dalam hal tersebut, beliau meyorot kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan melaksanakan hukum hudud perlu terlebih dahulu melangkah mayatnya. "Kenyataan pemimpin DAP berkaitan Islam adalah konsisten dan mereka tidak pernah mengiktiraf berkaitan Islam dan mahukan hak bumiputera diberikan sama rata dalam masyarakat. "Janganlah hanya kerana mahu mewujudkan kebencian kepada UMNO maka mereka menerima apa yang dilakukan oleh DAP kepada agama, bangsa dan negara ini," katanya. Tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tumpat, sewajarnya pemimpin Pas bersikap matang dan tidak memberikan kenyataan yang tidak berlandaskan kepada fakta. "Jangan hanya kerana peristiwa Lim Kit Siang menentang usul akta darurat 1978 di Kelantan itu sahaja maka pemimpin Pas sudah merasa terhutang budi dengan para pemimpin DAP sehinggakan sanggup menukar negara Islam kepada negara kebajikan," bidasnya lagi. – MediaUMNO |
Civil Servants In Sabah To Receive One-And-Half Months’ Bonus Posted: 19 Oct 2012 04:31 AM PDT KOTA KINABALU, Oct 19 – About 18,000 civil servants in Sabah will receive a bonus of one-and-a-half months salary, similar to the one received by federal civil servants. When announcing the bonus, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said it would be paid out in two instalments, namely in December and January next year. A half-month bonus was paid out in August, he said. “This is why the Barisan Nasional government is ahead, a government that is caring and sincere in its struggles, transparent and realistic in its administration,” he said when tabling the Sabah state budget 2013 at the State Legislative Assembly sitting in Likas, near here today. Musa, who is also the State Finance Minister, said civil servants represented the pillar and pulse in the management of the state and as such, their deeds and contribution were highly appreciated. He also suggested that the maximum vehicle loan for civil servants in the state be raised between 15 and 33 per cent according the the officer’s category. In addition, Musa said the interest rate for the loan would be reduced from four to three per cent while the maximum repayment period would be extended from seven to nine years effective Jan 1. |
Laporan Audit Buat Kerajaan Pas Kedah Macam “Cacing Kepanasan” Posted: 19 Oct 2012 04:27 AM PDT ALOR SETAR, 19 Okt – Slogan “telus, amanah dan perbelanjaan berhemah’ yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas hanya indah di bibir sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan. “Mereka bercakap tentang pentadbiran telus, mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakwaan, tetapi sekarang mereka sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Ahmad Bashah mengulas laporan audit tentang pelaburan projek balak yang merugikan di Papua New Guinea memaksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat meminjam sehingga RM135 juta serta projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah yang dilaporkan membabitkan pemberian kontrak dan pembayaran meragukan. Beliau berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri patut meminta maaf kepada rakyat kerana salah mengurus pentadbiran negeri dan anak syarikat yang berada di bawah Perbadanan Menteri Besar. Ahmad Bashah berkata semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, Azizan pernah berkata kerugian pelaburan projek balak itu adalah perkara biasa dalam perniagaan. “Semasa menjawab soalan itu beliau memandang ringan tentang kerugian tersebut dan menjawab soalan itu dengan tiada rasa tanggungjawab. Sekarang kita melihat kerugian melebihi daripada RM4 juta seperti yang dimaklumkan kerajaan negeri sebelum ini. “Mereka sudah tidak dapat sembunyikan fakta bahawa projek itu adalah satu bencana, bukan setakat kerugian kewangan yang melibatkan duit rakyat Kedah tetapi mendedahkan hakikat ketidakupayaan kerajaan negeri mentadbir dengan baik,” katanya. Ahmad Bashah berkata Umno Kedah pernah melaporkan kes pembalakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak pasti perkembangan kes selepas itu. “Dengan perkembangan terbaharu daripada laporan audit itu, SPRM boleh melihat semula kes tersebut dan siasat sama ada wujud penyelewengan oleh mana-mana pihak,” katanya. Beliau mendakwa banyak lagi perkara berkaitan kerajaan negeri yang meragukan termasuk premium balak dan pendapatan daripada hasil bijih besi dan menurutnya isu berkenaan akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 20 Nov ini. “Saya ada membaca komen seorang Exco kerajaan negeri dalam sebuah akhbar apabila beliau mengulas laporan audit yang menyebut tentang kelemahan pengurusan GLC di mana Exco itu masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu. “Pesanan saya kepada kerajaan negeri, bangunlah dari tidur… anda sudah menjadi kerajaan lebih empat tahun dan GLC sudah dirungkai dengan bermacam-macam cara. Bertangungjawablah dengan tindakan anda,” katanya. |
Sabah Peruntuk RM4.088 Bilion Bagi Belanjawan Negeri 2013 Posted: 19 Oct 2012 04:13 AM PDT KOTA KINABALU, 19 Okt – Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM4.088 bilion bagi Belanjawan Negeri 2013, yang meningkat RM40 juta berbanding anggaran perbekalan bagi 2012. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata anggaran perbekalan 2012 merangkumi tiga komponen utama iaitu Anggaran Emolumen RM663.17 juta (pertambahan RM39.51 juta berbanding RM623.66 juta pada 2012), Perbelanjaan Berulang RM1.087 bilion (pertambahan RM32.92 juta berbanding RM1.120 bilion) dan Perbelanjaan Khas RM2.337 bilion (pertambahan RM34 juta berbanding RM2.303 bilion). “Belanjawan 2013 ini merupakan bukti komitmen kita untuk terus memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat dan negeri Sabah.” “Belanjawan negeri ini untuk semua lapisan rakyat dengan mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri untuk memacu pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi,” katanya selepas membentangkan Belanjawan Negeri itu di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Musa berkata hasil negeri juga meningkat dan dianggarkan berjumlah RM3.828 bilion tahun depan berbanding anggaran asal RM3.69 bilion tahun ini. “Dengan mengambil kira bahawa hasil purata negeri Sabah bagi tempoh tiga tahun lalu (2009-2011) yang berjumlah dalam lingkungan RM3.8 bilion setahun, maka kerajaan negeri yakin bahawa sasaran kutipan hasil yang ditetapkan pada tahun depan adalah munasabah.” “Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memperkenalkan cukai baru atau meningkatkan kadar cukai sedia ada,” katanya. Beliau berkata anggaran hasil disemak pada tahun ini dijangka mencapai RM4.022 bilion iaitu peningkatan 8.97 peratus berbanding anggaran asal. Menurutnya, penyumbang terbesar dijangka dari cukai jualan atas minyak sawit mentah, royalti petroleum, perolehan dan faedah dari pelaburan serta terimaan bukan hasil yang sebahagian besarnya pemberian dan sumbangan dari kerajaan pusat. Musa berkata hasil negeri dipecahkan mengikut tiga kategori iaitu hasil cukai yang dijangka menyumbang RM1.225 bilion, hasil bukan cukai (RM2.26 bilion), dan terimaan bukan hasil (RM343.28 juta). Mengenai peruntukan untuk pembangunan pula, Musa berkata sejumlah RM2.242 bilion disediakan melibatkan RM1 bilion pembiayaan kerajaan negeri dan RM1.42 bilion sumbangan kerajaan pusat. Beliau turut mengumumkan peruntukan RM32 juta untuk sekolah-sekolah Cina dan mubaligh serta badan-badan bukan Islam tahun depan. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment