tun faisal dot com |
- Audit: Bagi bisnes balak pada kerajaan PR Kedah pun boleh rugi?
- Wah, Khalid buat magic? Komisen jual tanah Talam RM300 juta? #UbahSgor
- Audit: Kroni sebat tanah, RM2 bilion projek indahkan sungai? #TukarKelantan
- #Bajet2013: Kenapa Bajet BN lebih paktikal dan berasas daripada Bajet PR
Audit: Bagi bisnes balak pada kerajaan PR Kedah pun boleh rugi? Posted: 19 Oct 2012 08:25 AM PDT Ketirisan pentadbiran Kedah tidak selari dengan slogan Pas - Bashah 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan. Sumber - Channel13.com |
Wah, Khalid buat magic? Komisen jual tanah Talam RM300 juta? #UbahSgor Posted: 19 Oct 2012 04:02 AM PDT SHAH ALAM 18 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung penilaian tanah milik Talam Corporation Berhad (Talam) yang melonjak empat kali ganda daripada RM90.875 juta kepada RM391.986 juta. Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu adalah satu situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat. Menurutnya, SPRM perlu memainkan peranan mereka setelah mendapat maklumat berhubung perkara tersebut dengan melakukan siasatan terhadap kerajaan Selangor. "SPRM juga perlu cepat bertindak ke atas maklumat atau laporan yang membabitkan pakatan pembangkang, sebelum ini SPRM dilihat hanya bertindak tegas berhubung kes-kes melibatkan kerajaan sahaja, sehubungan itu mereka perlu berlaku adil dalam situasi ini. Sumber Utusan Malaysia Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Audit: Kroni sebat tanah, RM2 bilion projek indahkan sungai? #TukarKelantan Posted: 19 Oct 2012 01:22 AM PDT Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah? Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu. Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion. Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain. Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu. Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK? Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan. Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini. Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul, siapa sebenarnya yang untung? Tentu sahaja, syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi. Dalam konteks lain pula, sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan. Berikutan itu, memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati, sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007, bermakna, syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan. Dan bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan. Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri? Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri? Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini. masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali. Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai, Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan. Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata, mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan? Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu? Sumber : Beruang Biru |
#Bajet2013: Kenapa Bajet BN lebih paktikal dan berasas daripada Bajet PR Posted: 18 Oct 2012 11:30 PM PDT Bajet BN disediakan melalui proses oleh pakar-pakar, Bajet PR lahir dari ilusi dan mimpi? Memahami Proses Penyediaan Belanjawan Negara. Latar Belakang 1. Dalam keadaan masyarakat sibuk mempersoalkan tentang belanjawan mana yang lebih bagus dan memanfaatkan negara serta rakyat, kiranya ramai yang masih tidak tahu dan tidak ambil tahu bagaimana proses untuk menyediakan belanjawan itu sendiri. 2. Dan semestinya belanjawan itu tidak boleh dibincangkan di kedai kopi, di tepi jalan tanpa satu kajian yang menyeluruh. Rujukan Pelan Masa Panjang 3. Sebelum sesebuah belanjawan itu dirangka dan dicadangkan kepada Parlimen, ia perlulah merujuk kepada satu pelan, ataupun modul pelan jangka panjang terlebih dahulu. 4. Di dalam kes negara kita, DS Najib merujuk kepada Rancangan Malaysia Ke-10 manakala Pembangkang tidak mempunyai satu dokumen yang lebih kurang sama maka kita akan merujuk kepada Buku Jingga. 5. Kita bandingkan pula antara keduanya dari perspektif mudah faham dan bukannya di dalam bahasa ekonomikal. klik untuk paparan lebih besar 6. Jika dikaji dengan sedikit mendalam lagi, berikut adalah pendekatan pelaksanaan yang hendak dilakukan oleh kedua-dua pihak. klik untuk paparan lebih besar 9. Jelas menunjukkan bahawa pendekatan yang diguakan oleh Pembangkang lebih bersifat politikal dan cendeung ke arah pendekatan popular. Tatacara Penyediaan Belanjawan Negara 1. Setelah kita lihat perbezaan antara RMK10 dan juga Buku Jingga, kita kaji pula tatacara ataupun proses dalam menyediakan Belanjawan untuk Negara. Klik untuk paparan lebih besar klik untuk paparan lebih besar 2. Dapat dilihat di sini bahawa untuk menyediakan belanjawan memakan masa dua tahun dan bukannya sebulan dua dan ini melibatkan penyertaan kesemua kementerian yang ada. 3. Perlu diingatkan juga proses ini perlu akur kepada pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Pembendaharaan Negara. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012.) 4. Di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012, telah dinyatakan bahawa dalam menyediakan cadangan Belanjawan perlu menggunakan sistem Bajet Berasaskan Outcome (OBB) dan OBB telah diterangkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012 dan ia perlu dibaca bersama. 5. Di dalam sistem OBB yang diperkenalkan juga terdapat organisasi yang dibentuk bagi memastikan kelancaran sistem tersebut. Klik untuk paparan lebih besar 6. Di dalam merancang pelaksanaan OBB pula, Unit Perancang Ekonomi pula telah memperkenalkan pendekatan berasaskan outcome (OBA). Berikut adalah Kerangka Keberhasilan Nasional. Klik untuk paparan lebih besar 7. Sementara itu pula, terdapat pelbagai agensi pusat yang telah ditugaskan untuk membuat perancangan, penyediaan, pemantauan dan penilaian serta pelaporan keberhasilan seperti jadual di bawah. Klik untuk paparan lebih besar 7. Maka dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan (banyak lagi yang tidak dinyatakan di blog ini) maka barulah suatu belanjawan itu sah untuk dicadangkan ke parlimen. Perbandingan Belanjawan Kerajaan dan Belanjawan Pembangkang 1. Setelah dilihat tatacara dan panduan dalam menyediakan Belanjawan Negara, kita bandingkan pula antara Belanjawan Kerajaan dan Pembangkang. Klik untuk paparan lebih besar 2. Pihak Pembangkang hanya menyediakan belanjawan pada tahun 2012 dan 2013 sahaja dan tidak menyediakaan Belanjawan sejak Buku Jingga dikeluarkan. 3. Sekiranya kita baca Belanjawan Pembangkang 2012, ia dilihat lebih kepada mengkritik kerajaan secara melampau dan tidak mempunyai sebarang asas untuk tujuan Belanjawan. Segala belanja yang diperuntukkan tidak menyentuh Emolumen, Pembangunan mahupun Belanja Operasi. 4. Mungkin kerana itulah, Tian Chua dan Rafizi yang dipertanggung jawabkan untuk merangka Belanjawan Pembangkang 2012 tidak dipanggil untuk merangka Belanjawan Pembangkang 2013. Sebaliknya Tricia Yeoh pula diberikan tugasan ini. 5. Manakala di pihak Kerajaan pula, menggunakan Agensi Pusat seperti jadual diatas yang melibatkan ratusan pakar-pakar ekonomi untuk memberikan hasil yang terbaik untuk negara Malaysia dan bukannya DS merangkanya seorang diri sahaja. Belanjawan Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan 1. Belanjawan Negeri-Negeri di bawah pemerintahan PKR, DAP dan juga PAS juga tertakhluk kepada proses dan tatacara yang sama seperti Belanjawan Negara tetapi cuma melibatkan Agensi Negeri dan sebahagian daripada Agensi Pusat. 2. Belanjawan Negeri boleh dirujuk di bawah: 3. Jelas dinyatakan di dalam setiap belanjawan negeri-negeri tersebut memperincikan jumlah perbelanjaan operasi, perbelanjaan pembangunan dan sebagainya. 4. Ini kerana setiap daripada belanjawan tersebut telah mengikut tatacara dan proses yang telah ditetapkan oleh negeri masing-masing serta mendapat maklumat daripada setiap agensi di bawah kerajaan negeri. 5. Kerana atas dasar inilah pembangkang di setiap negeri tersebut (BN) tidak menyediakan sebarang Belanjawan Bayangan kerana sedar yang ia hanyalah omongan kosong sahaja kerana tidak melalui proses, tatacara dan tidak menerima sebarang maklumat daripada agensi negeri tersebut. Kesimpulan/Refleksi 1. Daripada apa yang telah dibincangkan daripada awal, jelas menunjukkan bahawa Belanjawan Negara yang dibentangkan oleh DS Najib adalah untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat dan bukannya bersifat politikal. 2. Dengan proses yang panjang serta melibatkan tenaga kerja yang ramai sudah tentunya Belanjawan Kerajaan bukannya hasil daripada pimikiran seorang sahaja. 3. Sekiranya kita mengiktiraf Belanjawan Pembangkang, sudah tentunya kita menghina intelek dan juga tenaga pegawai-pegawai Kerajaan yang bertungkus lumus menyediakannya. 3a. Hasil daripada seorang Tricia Yeoh langsung tidak boleh dibandingkan secara analitikal dan ekonomikal dengan Belanjawan Negara kerana beliau menghasilkan satu bentuk belanjawan jalanan yang Rhetorical sahaja. 3b. Malahan Belanjawan Pembangkang ini diumumkan beberapa hari sebelum DS Najib membentangkan Belanjawan Negara. Atas dasar apakah yang Tricia Yeoh boleh memberikan satu empirical value untuk menandingi Belanjawan Negara? 3c. Belanjawan Jalanan ataupun Rhetorical ini hanyalah untuk meraih populariti dan mengambil kesempatan politik sahaja. 4. Perlu diingatkan juga, sekiranya Pembangkang berjaya menguasai negara, Belanjawan mereka juga tidak dapat dilaksanakan sama sekali kerana mereka perlu melalui proses dan tatacara yang sama seperti yang digariskan oleh Pekeliling Pembendaharaan dan Perlembagaan Persekutuan. 5. Akhirnya mereka juga akan menghasilkan satu Belanjawan yang hampir sama dengan apa yang dicadangkan oleh DS Najib hasil daripada terimaan input daripada setiap Kementerian dan Agensi Pusat yang terlibat. 6. Sama juga keadaan di negeri-negeri yang tidak dikuasai BN. 7. BN tidak mengeluarkan Belanjawan Bayangan mereka sendiri kerana tahu Belanjawan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan sama sekali dan hanya menjadi bahan ketawa serta membuang masa sahaja. Mereka tidak mahu membohong rakyat demi populariti. 8. Rakyat Malaysia perlu menilai Belanjawan Negara dari gambaran yang lebih besar dan bukannya hanya memikirkan 'apa yang akan aku dapat' sahaja. Rakyat juga perlu tahu yang mana benar-benar bertujuan untuk mendapat keuntungan politikal dan populariti dan yang mana untuk kemakmuran negara. 9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara. Read more: http://truthvaccine.blogspot.com/2012/10/memahami-proses-penyediaan-belanjawan.html#ixzz29hXOJzFh |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment