BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH PUDIN ABDULLAH !!!

Posted: 14 Oct 2012 12:09 PM PDT


MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".Dalam laporan Mingguan Malaysia,Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya.

Beliau mendakwa,isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah. Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya "cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing".

"Kami (NGO) bersungguh-sungguh menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram," katanya.

HOT NEWS !!! ANWAR ADALAH IKON TERBARU GERAKAN KRISTIAN DI MALAYSIA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 14 Oct 2012 08:30 AM PDT


Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-eilayah lain di dunia bermula pada kurun ke 13,mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God,Gold,Glory atau Tuhan,Emas dan Keagungan.Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris. Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque tetapi,di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam, samada secara halus atau paksaan. 

Kini setelah hampir 300 tahun berlalu,Pulau Pinang bukan lagi diperintah oleh golongan berkulit putih,rambut perang dan berbahasa Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20,maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United Kingdom dan Afrika Selatan. 

Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu,mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang beragama Nasrani.Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi satu realiti. Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak. Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman beliau. Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar Ibrahim. 

Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam,Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia,mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu. Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng,Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak kepada mereka. Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia dengan kadar yang lebih cepat. Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat. 

Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini jika dibenarkan berkuasa.PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada Umno,ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti. Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar,Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat,biro-biro,cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan parti 2012.Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya.Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! NYAWA PAS KINI BERADA DI TANGAN DAP ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Oct 2012 05:00 AM PDT


Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian,bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS,telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak.Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah,PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP.Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.Seolah-olah,tanpa DAP,PAS tiada apa-apa.Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya.Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama. 

Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT.PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia.Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana,tetapi di hati setiap hambaNya.Bagi yang benar-benar fanatik atau 'totok PAS' mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional,mereka memilih untuk memendam rasa,enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.Namun,impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS,tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR. 

Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima 'kegilaan' PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz. Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut. Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka. Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas. Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam. Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam.Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka. Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa. Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS,bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah,sedangkan DAP menentangnya ??? Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar ??? 

Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya.Justeru,inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP.Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya.Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya. Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya. Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.Kesimpulannya,benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham,menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri,keluarga,agama bangsa dan negara. 

RENUNG-RENUNGKAN 

ISU AIR DI SELANGOR !!! KHALID IBRAHIM SEORANG MB YANG ANGKUH !!!

Posted: 14 Oct 2012 01:30 AM PDT


"Angkuh" - itu perkataan paling sesuai untuk mengambarkan pendirian Menteri Besar Selangor tentang kemelut isu air yang nampaknya tidak berkesudahan.Jika dilihat dari sikap yang sebegini memang pentadbiran Negeri Selangor diperintah secara emosi, bukan dengan pemikiran sebuah kerajaan yang berwibawa.Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata,jika Exco Selangor,Dr Xavier sebelum ini "sangat gembira" dengan pendirian Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian pembekalan air mentah ke Selangor dan begitu bangga mendabik dada yang bekalan air mentah di Selangor mencukupi,mungkin sekarang beliau akan berfikir sebelum bercakap. 

"Sejak kebelakangan ini paras penyusutan paras air di empangan telah menjadi kritikal akibat cuaca kering dan panas yang dialami.Tentulah sekali fenomena ini tidak dijangka oleh seorang ahli politik seperti Dr. Xavier, sebab itu beliau main bercakap sedap mulut saja.Tan Sri Khalid pula baru-baru ini telah memaklumkan di dalam media bahawa Selangor punya masa 75-90 hari lagi sebelum empangan kering sepenuhnya. Kerajaan Negeri juga akan menjalankan pembenihan awan sekiranya tiada hujan turun dalam tempoh 22 hari.Persoalannya,kenapa seringkali Kerajaan Selangor mengambil pendekatan "mengubati" bukannya "mencegah" yang jelas menunjukkan yang Kerajaan Selangor tidak membuat persediaan sebelum ini," ujarnya. 

Tambahnya,bukankah fenomena cuaca ini sesuatu yang biasa terjadi dan bukannya kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami.Bukankah pentadbiran Kerajaan Negeri disokong oleh jabatan-jabatan seperti meteorologi dan sebagainya ??? Takkan satu fenomena cuaca yang begitu lazim seperti ini pun tidak dapat dijangka ??? "Dulu syarikat pembekal air telah awal-awal memberikan amaran, namun tidak diendahkan, malah dituduh sebagai memulakan propaganda. Kerajaan Negeri menolak sama sekali bahawa krisis air akan terjadi dengan alasan-alasan yang tidak disokong oleh fakta.Jika dahulu MB Selangor berkata krisis air tidak akan berlaku kerana paras empangan masih penuh.Apakah sekarang ini kenyataan tu masih relevan ??? Ada alternatif jangka panjang, dan lebih efisyen dan telah dilaksanakan kerja-kerjanya hanya menanti kelulusan Kerajaan Negeri untuk diteruskan pembinaannya. Tidak dapat dinafikan, pembinaan Loji Langat 2 adalah satu keputusan yang bertanggungjawab, dan pilihan yang muktamad," tambahnya lagi. 

Tambahan pula infrastruktur untuk projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang (PPAMP) telah siap 50% dan menelan belanja RM2.41 billion. Takkan infrastruktur yang terbina untuk masadepan rakyat Selangor akan dibiarkan menjadi sia-sia sahaja. Sebelum ini Dr. Xavier menolak sekeras-kerasnya PPAMP dengan memberikan hujah tentang ekologi, kerosakan alam semula jadi dan penempatan orang asli, tetapi tidak menyedari pula keputusan untuk tidak membina Loji Langat 2 bakal "membunuh" rakyat di negeri sendiri.Yang menjadi persoalannya adalah cara Kerajaan Negeri berfikir dan bertindak, tidak tahu apa yang patut diberikan keutamaan.Jika isu air mentah yang begitu asas tidak dapat diuruskan dengan baik dan berkesan,bagaimana hendak menguruskan pembekalan air terawat yang jauh lebih teknikal.Dalam pada itu, perlu ada kepakaran dan pengetahuan teknikal yang mendalam beserta pengalaman, bukan boleh dicapai secara "overnight success". Kenapakah Kerajaan Negeri yang begitu yakin bahawa mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan industri air di Selangor ini tidak dapat melihat kehadapan dan membuat persiapan awal bagi sesuatu yang bermusim seperti ini? "Ini baru air mentah, belum masuk bab-bab proses merawat air lagi, dan proses pengagihan. Bagaimana hendak menguruskan penstrukturan dan mengambil-alih syarikat-syarikat konsesi sedangkan perkara yang paling asas pun tak lepas. Pendek kata, jangan buang masa! ," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

KANTOI !!! NIZ AZIZ SAH KAN DAP PARTI TONGGAK PR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Oct 2012 10:00 PM PDT


Beberapa bulan lepas,kita pernah dikejutkan dengan kebocoran maklumat pembahagian kerusi di antara parti-parti pembangkang dalam PR yang mana DAP telah mendapat kuota bertanding kerusi parlimen yang paling tinggi berbanding PKR dan PAS.Pada awalnya,PR berkeras menyatakan maklumat dalaman yang hangat diperkatakan umum tika itu hanyalah propaganda BN,namun selepas itu tiba-tiba sahaja PR telah mengadakan mesyuarat tergempar meminda semula kuota pembahagian kerusi parlimen di antara mereka.Pelik bukan ??? Pendedahan tersebut menarik perhatian ramai kerana sejak wujudnya PR,segala tindak tanduk gabungan itu dilihat condong mengikut dasar liberal DAP,sementara PKR sinonim sebagai pendukung DAP,manakala kehadiran PAS pula kelihatan sekadar bertaraf balaci suruhan sahaja.Dengan kata lain,DAP telah berubah menjadi tonggak utama dan mendominasi arah tuju PR, sedangkan sepatutnya sebagai parti yang paling tua dan dilihat lebih kuat berbanding parti lain dalam PR, sewajarnya PAS yang menjadi penentu haluan dan dasar PR. 

Setelah reda seketika isu dominasi DAP dalam PR,tidak semena-mena Sasterawan Negara,Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula tampil menyuarakan kekesalannya kerana PAS kini diibaratkan seperti pak turut kepada DAP. Shahnon yang pernah mewakili PAS sebagai Ahli Parlimen di Sik, Kedah tanpa berselindung mengkritik kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah bercanggah dengan tuntutan Islam.Katanya,pendekatan di zaman Rasulullah SAW yang bekerjasama dengan kaum Yahudi,Kristian dan munafik waktu itu langsung tidak sama seperti kerjasama PAS dengan DAP tika ini kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.Jelas Shahnon teramat kecewa melihat senario semasa di mana PAS terlalu mengikut rentak DAP sehingga mengorbankan banyak prinsip dan dasar perjuangan Islam.Kenyataan Shahnon itu sebenarnya secara tersurat dan tersiratnya telah mengesahkan parti utama yang sedang menguasai halatuju PR sekarang ini ialah DAP dan bukannya PAS.Namun kritikan dan kekesalan Shahnon nampaknya tidak berbekas di hati Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat apabila dalam reaksi balasnya, beliau mempertikaikan kritikan itu dengan mengaitkan konon Shahnon telah terpengaruh dengan propaganda media UMNO. Orang PAS sendiri yang mempertikaikan hubungan parti itu dengan DAP,alih-alih UMNO pula yang dijadikan kambing hitam. Ajaib, unik dan pelik benar sikap pemimpin tertinggi PAS ini.Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan, dalam kenyataan balasnya itu juga secara terbuka mengakui peri pentingnya kerjasama PAS dengan DAP demi untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Dalam perkembangan berkaitan,ketika ditanya perihal kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa yang mengkritik dasar PAS yang terlampau mengutamakan kuasa dan amat bergantung harap pada DAP berbanding prioriti mendahulukan prinsip Islam,Nik Aziz secara terbuka mengakui PAS memerlukan sokongan pengundi Cina DAP untuk menjamin kemenangan duniawi. Jelas dari kenyataan MB Kelantan itu, betapa besar harapannya pada DAP. Dengan kata mudah,pengakuan Nik Aziz itu mengesahkan tonggak sebenar PR adalah DAP dan PAS pula hanyalah balaci dan keldai tunggangan semata-mata.Berpuluh tahun dulu kita tidak lupa dengan sikap PAS yang cukup alergik dan fobia melihat kerjasama antara UMNO-MCA-MIC yang membentuk PERIKATAN kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.Saban hari waktu itu pemimpin PAS menghasut orang Melayu Islam supaya menjauhi UMNO kerana didakwa telah jatuh kafir selepas redha mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam.Kini,PAS menjilat kembali ludahnya malah dimasa yang sama secara sedar telah mengiktiraf kepentingan DAP sebagai tonggak utama demi membolehkan PAS mengejar kuasa duniawi. Prinsip negara Islam dan hukum hudud hilang entah ke mana, sebaliknya yang menjadi tatapan sekarang ialah, PAS terus kekal sebagai balaci DAP.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! SAH !!! MAHKAMAH PERANCIS TOLAK BULAT-BULAT PERMOHONAN SUARAM !!!

Posted: 13 Oct 2012 07:00 PM PDT


Hasil siasatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati pemohonan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjadi plantif dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam, Scopene buatan Perancis pada 2002 ditolak bulat- bulat oleh makamah di Negara itu, 13 Mac lalu.Selepas tiga hari ditolak,Peguamnya,Wiliam Bourdon sekali lagi memohon kepada makamah Peracis untuk menjadikan badan itu sebagai plantif bersekutu dengan alasan Suaram berkerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi manusia (FIDH) tetapi status permohonan tersebut mash diketahui. 

Presiden kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM),Dzulkarnain taib berkata,Suaram mendakwa kononya aduan berhubung isu Scopene diterima dan makamah Perancis membenarkan Suaram sebagai pengadu yang sah adalah satu pembohongan besar kerana pemohonannya telah ditolak.Beliau turut mencabar Suaram dan pemimpin pembangkang untuk menafikan fakta tersebut sekiranya pendedahan itu tidak benar.

"Fakta yang didedahkan hari ini jelas menunjukan Suaram dan pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang,Datuk seri Anwar Ibarahim serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah berbohong kepada rakyat Malaysia dalam isu tersebut.tindakan makamah Perancis menolak permohonan itu jelas menunjukan Suaram telah cuba menipu badan kehakiman Negara itu dengan mengaku sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ang sah tetapi sebenarnya sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif sdn bhd. Yang bermotifkan keutungan dan tidak mewakili rakyat Malaysia," katanya dalam siding akbar disini hari ini. 

Yang turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Pekasa Malaysia (Perkasa) Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid; Pegawai Kerja Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Mohd. Mustafa Hamzah. Baru baru ini, pendakwa kerajaan Perancis,Yves Charpenel menegaskan bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlansung di Negara itu tidak berlaku seperti didakwa Suaram. Beliau berkata, media di Malaysia harus mendapat memebezakan antara khabar angina, fakta, siasatan dan perbicaraan. Dzulkarnain turut menyelar tindakan Suaram yang telah mengadakan acara makan malam untuk mengutip dana daripada orang awam pada mei atau jun lalu kononya bagi membiayai perbicaraan kes tersebut walupun tahu semua itu tidak berlaku. "Suaram telah menjual cerita bohong Scopene ini untuk mengutip wang daripada rakyat yang terpengaruh dengan penipuann mereka selama hamper 4 tahun. "Hal ini demikian adalah fakta yang sengaja disembunyikan Suaram, Peguam mereka dan pemimpin Pembangkang untuk menipu rakyat Negara ini dan membohongi dunia dengan tujuan jahat menjatuhkan Kredibiliti kerajaan Malaysia," Ujarnya. - Utusan

HOT NEWS !!! KENAPA PR "MELACURKAN' PELAJAR SEKOLAH AGAMA RAKYAT UNTUK DEMO ??? APA CERITA NI ???

Posted: 13 Oct 2012 04:00 PM PDT


Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) kebanyakannya terdiri daripada SAR sekitar Selangor telah hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.Sayugia diingatkan bahawa SAR adalah sekolah swasta yang diuruskan oleh pihak persendirian.Bukan menjadi satu rahsia kebanyakan SAR adalah medan parti PAS melahirkan aktivis-aktivis parti.Selain itu,kumpulan berkenaan juga mengadakan tuntutan agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada,bantuan modal,buku teks,bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian,Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak. Penulis agak keliru.Bukankah SAR juga terletak di bawah kelolaan Kerajaan Negeri.Bukankah tindakan kumpulan penddik dan pentadbir daripada SAR menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tidak mengambil berat mengenai SAR sehingga mereka terpaksa "mengemis" di Parlimen ??? - Selangor Daily

http://www.selangordaily.com/wp-content/uploads/2012/10/sar3-300x191.jpg

Mengulas tindakan kumpulan berkenaan,Timbalan Menteri Pelajaran,Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan berjumlah RM95 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR) pada 2011,sekali gus menangkis tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk sekolah itu.Beliau menambah kemudahan lain turut diberi kepada SAR selepas mereka berdaftar dengan kementerian.Sehingga kini,156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).Beliau berkata,apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan SAR enggan berdaftar dengan kementerian.Antara kemudahan yang diberi kepada SAR yang berdaftar dengan kementerian ialah bantuan kewangan untuk menaik taraf sekolah serta guru-gurunya dilatih dari semasa ke semasa,berjawatan tetap,berpencen dan menerima skim gaji yang lebih baik.Walau apapun alasan yang diberikan oleh guru-guru dan pentadbir SAR,tindakan kumpulan berkenaan membawa sekumpulan pelajar-pelajar yang masih mentah untuk berdemonstrasi seharusnya tidak dilakukan.PR seharusnya tidak membaling batu,sembunyi tangan.Nyata apa yang berlaku adalah perancangan licik mereka untuk meneruskan tradisi demonstrasi semata-mata tidak mahu melihat negara dalam keadaan aman.Apa tugas mereka sebagai Wakil Rakyat di Parlimen sekiranya mereka tidak boleh memperjuangkan hak SAR ??? 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...