BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! SENARAI KES RASUAH BABITKAN SELURUH PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 27 Nov 2013 07:30 AM PST


Naik muak melihat telatah pembangkang yang cuba berlagak hebat yang merekalah jaguh dalam isu cegah rasuah dan mendedah salah laku parti lawan.Hakikatnya mereka hanya pandai bermain wayang dengan melayang-layangkan kertas kosong di atas pentas ceramah kononnya bukti.Tidak cukup dengan itu,difitnah pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan atau gagal melakukan siasatan.Pembangkang melalui Rafizi baru-baru ini,main tembak mengatakan SPRM melindungi ahli politik yang dikaitkan rasuah.Terlalu syok membalun hingga terlupa yang barisan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR),SPRM juga terdiri daripada tiga wakil pembangkang.Tiga wakil dari pembangkang ini telah dilantik bersama-sama empat lagi individu lain oleh Yang Di-Petuan Agong pada 28 Oktober lalu di Istana Negara.Wakil pembangkang ini terdiri daripada :

1. Dr. Tan Seng Giaw (DAP) - Kepong
2. Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) - Indera Mahkota
3. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) - Kota Baru

Halatuju siasatan sesuatu kes oleh SPRM saling berhubung rapat dengan Lima entiti penting iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR),JKMR, Jawatan Aduan (JA),Panel Penilaian Operasi (PPO),Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti,setiap laporan hasil siasatan SPRM perlu melalui lima entiti tadi sebagai 'check and balance' bagi meneliti serta menentukan sama ada diperakukan untuk didakwa,ditutup atau perlu siasatan semula.Ini menunjukkan SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk tidak menyiasat atau menutup sesuatu kes.Maka jelaslah tuduhan liar Rafizi ini merupakan fitnah jahat bukan sahaja terhadap SPRM,malah terhadap rakan-rakannya sendiri yang berada dalam barisan JKMR.Kesudahannya,kenyataan Rafizi sekaligus mencerminkan kelemahan akal pemimpin pembangkang dalam memahami perjalanan proses siasatan.Mungkin tiga wakil pembangkang Tan Seng,Fauzi dan Takiyuddin patut sekolahkan si Rafizi supaya lebih memahami cara-cara siasatan kes rasuah dilakukan dan mengingatkan beliau kembali rekod-rekod siasatan SPRM terhadap ahli politik sebelum ini. 

Antara ahli politik yang telah disiasat oleh SPRM dan dituduh adalah : 

Dato' Mohamad Norza Zakaria (ahli UMNO dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 
Mohd Yahya Bin Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor) 
Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas ADUN) 
Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik, Menteri Kewangan) 

Manakala ahli politik yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah : 

Dato' Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan) 
Abdul Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam) 
Mohd Khir Toyo (Menteri Besar Selangor) 
Yap Soo Sun (ADUN Teratai).

Antara ahli politik yang pernah disabitkan bersalah di mahkamah atas pertuduhan rasuah : 

Mustafa Salim Bin Salim (ADUN Lenggeng) 
Datuk Azman Mahalan (EXCO Perak)
Tan Sri Kasitah Gadam (Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi) 
Dato' Waad Bin Mansor (EXCO Negeri Sembilan). 

Sejarah juga membuktikan bahawa tiga Menteri Besar Selangor juga pernah disiasat dan didakwa oleh Suruhanjaya : 

Datuk Harun Hj Idris 
Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib 
Dr Mohd Khir Toyo. Statistik

dan senarai ini membuktikan bahawa SPRM dan BPR (dulu) sentiasa memandang serius dan menjalankan siasatan tanpa mengira kedudukan.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

JANGAN KATA PEMIMPIN BN JERRR

PEMIMPIN PR PUN ADA YERR RAFIZI LEMBU !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR TAN SRI GANI PATAIL MENJADI ALAT PERKAKAS ANWAR IBRAHIM ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 27 Nov 2013 04:00 AM PST


inilah keadaannya sekarang yang sedang berlaku di malaysia.puak pembangkang boleh sewenang-wenangnya menghina Mahkamah,mencerca para hakim tetapi tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap mereka.adakah kita mempunyai seorang Peguam Negara yang pekak atau sebaliknya ??? video di bawah akan menjelaskan segalanya


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU 'KUCING KURAP' !!! JEFF OOI BELASAH MANSOR OTHMAN KAW-KAW !!!

Posted: 27 Nov 2013 12:30 AM PST


cerita gambar diatas saya ceritakan kemudian.saya buka dulu kisah jeff oii membelasah mansor othman.apa dah jadi kepada yang mengudi DAP di pulau pinang ??? anda sendiri dah lihat perangai mereka kan ??? Mungkin kerana merasakan sudah terlalu kuat dan kebal,disebabkan berjaya menawan Pulau Pinang selama 2 penggal berturut-turut,seorang pemimpin DAP baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.Di dalam kejadian Sabtu lalu,ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah.Malah ketika ditanya mengenainya,Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP.Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu. 

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap') Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya. 

Disebabkan kenyataan itu,ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai khusus mereka yang bertugas di MPPP.Media baru-baru ini melaporkan lawatan Ooi di Pasar Jelutong bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP menggesanya menarik kembali label kucing kurap itu.Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi,bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP Mohd Rofi Osman mendekati Ooi,yang ketika itu sedang mengadakan sidang akhbar mengenai penjaja tidak berlesen dan dengan suara yang kuat memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.Bagaimanapun,Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya,Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.Berikutan 'serangan' tersebut,Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ. 

Rentetan dari itu,Pengerusi PKR negeri,Mansor Othman segera mengeluarkan kenyataan menggesa Ooi agar menarik kembali kenyataan itu sambil meminta maaf. Ia mungkin kerana,Mansor bimbang kejadian tersebut bakal menyebabkan PKR kehilangan sokongan orang Melayu kerana gagal membela isu MPPP ini. "Jika mahu menegur penjawat awam,beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul.Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata Mansor yang juga merupakan ahli parlimen Nibong Tebal.Tambahnya lagi,komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.Namun,tetap dengan sikap keras kepalanya,Ooi kembali mempertahankan ucapannya sambil menyindir Mansor. "Kita hampir terlupa beliau (Mansor) di Pulau Pinang.Adakah dia 'tokong' di sini ??? Jangan cuba jadi tokong."

APA MAKSUD JEFF OOI NI ???

CUBA ANDA CARI JAWAPANNYA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS59 !!! GOLONGAN ULAMA BAKAL JADI MASKOT KRISTIAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Nov 2013 09:00 PM PST


Muktamar PAS baru saja berlalu dengan menyaksikan kemenangan kumpulan Anwarinas atau turut dikenali sebagai kumpulan Erdogan.Ada juga yang merujuk kepada mereka sebagai kumpulan liberal dan professional.Namun,rujukan 'professional' pastinya kurang tepat dengan Mat Sabu yang mengepalainya.Daripada 27 jawatan,hanya 10 sahaja yang mampu dimenangi oleh golongan Ulama termasuk jawatan Presiden.Pun begitu,saya juga musykil sama ada Presiden PAS masih lagi berada di dalam kumpulan Ulama,berdasarkan pendekatannya yang lebih selesa dan mesra dengan keputusan dan kehendak kumpulan Erdogan.Secara dasarnya,akar umbi PAS menyambut keputusan Muktamar dengan perasaan yang berbaur.Rata-rata mereka secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan berputus asa.Mereka tahu bahawa kemenangan kumpulan Erdogan turut membawa makna bahawa Majlis Syura mahupun Dewan Ulama itu sendiri,sudah tidak relevan lagi. 'Ulama' akan menjadi maskot,sekadar untuk mengumpan sokongan orang-orang Melayu.Selain itu,Ulama juga akan dipergunakan untuk menghalalkan atau meluluskan apa saja yang PAS bakal lakukan bersama PR yang mungkin menimbulkan kesangsian orang-orang Melayu.

Kumpulan Erdogan sedar,selagi ada Ulama di dalam PAS,selagi itulah ada orang Melayu yang sanggup mengikut mereka ke mana saja.Biarpun PAS di masa depan tidak lagi akan bercakap tentang hudud atau mempertahankan Islam,tetapi itu bukan masalah selagi maskot Ulama PAS terus berada di hadapan untuk mengaburi mata penyokong mereka. Sambutan pihak Kristian Evangelis dari DAP terhadap kemenangan kumpulan Erdogan adalah petunjuk jelas akan hala tuju PAS selepas ini.Sejurus Muktamar berlalu,laman-laman sosial pemimpin dan penyokong Kristian Evangelis DAP secara terbuka meraikan apa yang mereka lihat sebagai 'pembaharuan' di dalam PAS.Perlu diingatkan bahawa Kristian Evangelis inilah yang menjadi dalang kes murtad di Malaysia. Mereka jugalah yang bermati-matian ingin 'berebut' untuk turut menggunakan nama 'Allah' dalam risalah agama mereka. Kristian Evangelis jugalah yang memainkan peranan utama dalam COMANGO menuntut hak LGBT. Kegembiraan Kristian Evangelis meraikan kemenangan kumpulan Erdogan pastinya punya makna yang mendalam. 

saya tidak tahu berapa ramai ahli-ahli PAS yang mampu memahami makna semua ini.Berapa ramaikah dari orang-orang Melayu di dalam PAS yang mampu memahami bahawa apa yang berlaku di dalam PAS adalah jauh mengatasi politik PAS-UMNO,tetapi sudah mencapai tahap ancaman terhadap agama Islam ??? Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup bersekongkol, menjadi Pak Turut dan membantu perjuangan Kristian Evangelis untuk bertakhta di Malaysia ??? Sanggupkah ahli-ahli PAS ini keluar parti demi berlaku jujur kepada Allah SWT ??? Hakikatnya PAS telah dirasuk sepenuhnya dan tidak lagi dapat diselamatkan.Tidak ada jampi serapah yang boleh menghalau syaitan yang diundang dan dijemput sendiri.Apatah lagi yang menjemputnya pula adalah para Ustaz dan Ulama yang menjadi pakar menghalau hantu syaitan itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! AKHIRNYA PAS MENGAKU BUKAN MUDAH UNTUK URUSKAN PILIHANRAYA !!!

Posted: 26 Nov 2013 06:00 PM PST


Portal pro-pembangkang,Malaysian Insider menyiarkan satu artikel menarik mengenai Muktamar PAS bertajuk 5 Perkara Yang diPelajari dari Muktamar PAS.Muktamar PAS sememangnya menjadi topik yang hangat diperkatakan pada ketika ini.Keadaan kelam kabut dan 'kepayahan' mengira undi serta kewujudan unsur-unsur pelik bin ajaib terutama dalam pengiraan undi Timbalan Presiden,menyebabkan semakin ramai yang merasa 'tawar hati' dengan parti itu.Lebih pelik bin ajaib lagi apabila ia turut 'diserikan' dengan konsert rock keras walaupun selama ini PAS merupakan pihak yang paling tegar menentang sebarang konsert rock terutama yang membawa artis dari luar negara.Ramai yang kini terpinga-pinga bagaimana konsert rock menjadi halal di pentas PAS.Namun,semua ini bukanlah antara pengajaran yang disebutkan oleh Malaysian Insider.5 pengajaran yang disebutkan oleh Malaysian Insider adalah 

1. berkenaan sokongan 'musuh' iaitu Utusan Malaysia terhadap calon-calon pro Ulama
2. elakkan permusuhan dalaman
3. jangan keterlaluan dalam berkempen sehingga dilihat sebagai fanatik seperti yang dilakukan oleh golongan Ulama
4. bagaimana rakyat menyukai pemimpin yang kuat bekerja seperti Mazlan Aliman dalam isu Felda dan yang paling menarik ialah bahawa 
5. menguruskan pilihanraya bukanlah perkara yang mudah.

Malaysian Insider jelas sedang 'meraikan' kemenangan golongan Anwarinas serta tanpa sembunyi-sembunyi memperlekeh golongan Ulama di dalam PAS.Malah,Mazlan Aliman juga diangkat sebagai balaci tersohor kerana berjaya membuat bising atas sesuatu isu yang bukan isu pun.Nampaknya,apa yang penting bagi PR ialah 'mencipta isu' bukannya menyelesaikan isu untuk kesejahteraan rakyat.Artikel Malaysian Insider itu membayangkan pengaruh luar yang mencaturkan siapa menang dan siapa kalah sekali gus,membuktikan bahawa Muktamar PAS kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah parti itu.Ini menepati keraguan ramai mengenai tempoh pengiraan undi yang melangkaui semalaman.Kehadiran Mat Sabu dan Husam di tempat menyimpan peti undi pada waktu malam juga turut menjadi persoalan.Pengumuman keputusan awal yang jauh berbeza dengan keputusan rasmi menambahkan keraguan rakyat terhadap integriti PAS.Bayangkan semua masalah ini sedangkan jumlah undi yang perlu dikira hanyalah 1,086. 

Bagaimanapun,Malaysian Insider seolah-olah menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang tidak seteruk mana,serta mengajak PR belajar darinya.Ini berbeza dengan sikap portal pembangkang itu terhadap SPR walaupun badan itu menjalankan tugas 1000 kali lebih cekap dan lebih baik dari PAS untuk mengira 13.3 juta undi.Jika Malaysian Insider benar-benar sebuah portal yang adil, maka ia wajar turut mengajak rakyat meneliti apa yang terjadi dalam CEC DAP dan bukan sekadar Muktamar PAS sahaja. Lebih elok lagi jika turut belajar dari pemilihan PKR yang menyaksikan Zaid Ibrahim meletakkan jawatan bersama dengan lebih seratus aduan mengenai manipulasi undi.Tetapi,Malaysian Insider bukanlah sebuah portal yang adil.Sebaliknya,ia kemungkinan besar merupakan antara 'tangan-tangan' yang terlibat mencaturkan pemilihan PAS. 

Justeru, tidak hairan apabila daripada 27 jawatan,hanya 10 sahaja yang berjaya dimenangi oleh golongan Ulama.Itupun mungkin perlu ditolak 1 lagi menjadikan hanya 9 sahaja golongan Ulama di dalam jawatan tertinggi PAS.Ini kerana,Hadi Awang sebagai Presiden PAS juga telah diragui akan kedudukannya sama ada dari golongan Anwarinas ataupun Ulama.Walaupun Malaysian Insider cuba memperlihatkan bahawa semua ini adalah perkara kecil dan 'biasa' dalam pemilihan sesebuah parti politik, tetapi portal itu akhirnya terpaksa mengakui bahawa menguruskan perjalanan pilihanraya bukanlah perkara mudah.Sekali gus,ia secara tidak langsung turut mengakui bahawa SPR adalah sebuah badan yang cekap,bersih dan berkredibiliti dan bahawa segala tohmahan PR terhadap SPR adalah tidak berasas sama sekali.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #MUKTAMARPAS59 !!! ANCAMAN LIBERALISME DI DALAM PARTI ISLAM DAN MELAYU DIDEDAHKAN !!!

Posted: 26 Nov 2013 04:00 PM PST


Muktamar PAS yang membawa kemenangan kepada kumpulan Erdogan iaitu pihak pro-Anwar Ibrahim dan DAP,menjadikan akar umbi PAS kecewa dan putus asa.Ini kerana,Anwar dan DAP merupakan dua pihak yang bertindih dalam membawa agenda liberalisasi dan juga Kristianisasi di Malaysia.Penglibatan 'orang-orang kuat' Anwar dan DAP di dalam COMANGO membuktikan agenda sebenar kumpulan ini.Justeru,kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS bermakna agenda itu kini lebih mudah untuk diperpanjangkan melalui PAS.Perasaan kecewa dan putus asa turut melanda ahli UMNO selepas Pemilihan UMNO yang baru lalu.Ia berikutan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dilihat sebagai kemenangan pihak Anwar dan DAP.Bukan rahsia lagi bahawa Khairy membawa agenda liberal serta ingin memisahkan perjuangan UMNO dari bangsa Melayu.Tindakan beliau melantik Regina Lee yang tegar menyokong DAP sebagai setiausahanya,mengesahkan hala tuju perjuangannya.Persoalannya,apakah kemenangan mereka ini bermakna bahawa orang-orang Melayu telah mula menerima liberalisme ??? Jawapannya mungkin 'ya' jika kita mampu merasa yakin dengan proses pengundian yang membawa kepada kemenangan mereka.  

Memandangkan Ketua Pemuda mempunyai rekod politik wang, maka adalah sukar untuk rakyat mempercayai bahawa pemilihan UMNO bagi jawatannya berjalan secara telus.Walaupun terdapat penambahbaikan dalam sistem pemilihan,namun hakikat bahawa undi popular tidak didedahkan dan bahawa wang adalah permainan biasa baginya,maka kemenangannya tetap diterima secara sinis sahaja.Begitu juga dengan kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS yang menyaksikan 'ulangan' dari pemilihan UMNO ketika Khairy mula-mula memenangi jawatannya dahulu di mana mengambil masa yang begitu lama untuk mengira undi selain kehadiran mereka-mereka yang tidak sepatutnya di tempat menyimpan peti undi.Berdasarkan apa yang berlaku ini,kita tidak boleh menyalahkan persepsi rakyat.Kita tidak boleh menghalang manusia dari berprasangka buruk berdasarkan apa yang dilihat di hadapan mata.Jika persepsi rakyat itu benar,maka ia menunjukkan bahawa pihak yang memperjuangkan liberalisasi ini, tidak kira sama ada di dalam PAS atau UMNO,semuanya gemar bermain kotor.Mereka terpaksa bermain kotor kerana mereka tahu yang mereka tidak mendapat sokongan di kalangan orang-orang Melayu. 

Walaupun golongan liberal ini gemar memperlekeh orang Melayu sebagai mudah dibeli dan ditipu,tetapi mereka lupa bahawa mereka lebih lekeh lagi kerana terpaksa membeli dan menipu semata-mata untuk berkuasa.Ini bermakna,sekiranya mereka menang,maka kemenangan mereka adalah tidak tulin.Andainya persepsi ini tidak benar dan mereka sebenarnya menang secara telus dan bersih,maka kita akan melihat agenda liberalisasi dilaksanakan tanpa apa-apa bantahan besar dari orang-orang Melayu.Bagaimanapun,penolakan orang-orang Melayu terhadap PAS akhir-akhir ini membuktikan bahawa agenda itu tidak diterima di dalam parti itu.Kritikan terhadap UMNO yang semakin lantang didengari juga menguatkan lagi hujah bahawa liberalisme tidak pernah diterima oleh orang-orang Melayu.Masalah liberalisasi bukan sahaja mengancam masyarakat kerana ia membawa bersamanya kebebasan tanpa sempadan tetapi juga membawa ancaman ketegangan kaum kerana ia didokong oleh parti perkauman tegar iaitu DAP, yang berselindung di sebalik seruan Kristianisasi.Keadaan menjadi lebih terancam kerana kumpulan Melayu liberal di dalam UMNO dan PAS ini mentafsirkan sebarang usaha untuk membela adat, budaya,bahasa dan agama orang-orang Melayu sebagai kolot. 

Di masa yang sama,tindakan membela adat,budaya, bahasa dan agama kaum lain pula ditafsirkan sebagai 'keterbukaan' yang wajib diterima oleh semua.Justeru,dengan tekanan dari sikap rasis dan chauvinis Kristian DAP dan kebodohan kumpulan Melayu liberal,yang bakal menjadi mangsa akhirnya ialah orang-orang Melayu di negara ini.Amatlah malang sekali jika ini berlaku,sedangkan orang-orang Melayu yang menolak liberalisme merupakan kumpulan majoriti.Kesimpulannya,Melayu PAS dan Melayu UMNO yang menolak liberalisme tidak mampu duduk berasingan di dalam PAS,UMNO dan atas pagar.Melayu yang sedar,yang jujur sayangkan agama dan bangsa tidak ada pilihan selain bersatu di atas satu platform bagi membentuk kumpulan pendesak yang kuat ke atas pemerintah.Perdengarkan suara kita menolak liberalisme dalam satu nada yang sekata.Lupakan PAS atau UMNO,fikirkan strategi terbaik untuk mencapai matlamat ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...