UMNO Online - “Bas PKR Milik Khalid Ibrahim, Dari Mana MB Dapat Duit?” plus 9 more

UMNO Online - “Bas PKR Milik Khalid Ibrahim, Dari Mana MB Dapat Duit?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bas PKR Milik Khalid Ibrahim, Dari Mana MB Dapat Duit?

Posted: 27 Sep 2012 04:58 AM PDT

Shah Alam, 27 September – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini membuat laporan polis menggesa satu siasatan terperinci dibuat terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, siasatan terperinci mengenai perkara itu harus dilakukan kerana pihaknya mengesyaki kemungkinan wujudnya amalan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian bas tersebut yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid.

“Kita mengesyaki ada elemen-elemen penyelewengan dalam pemilikan, pembelian dan penyewaan bas yang dimiliki Abdul Khalid. Beliau sendiri mengakui bahawa bas tersebut milik beliau dan turut mengakui ianya disewakan kepada PKR untuk kegunaan pilihan raya.

“Persoalannya, dari mana beliau memperolehi duit untuk membeli bas tersebut. Ini kerana, kalau dikira, gaji Menteri Besar sebanyak RM20,000 sebulan dan jika beliau membeli bas itu, Menteri Besar terpaksa berpuasa selama 4 tahun untuk mengumpul wang sebanyak RM900,000,” katanya.

Ini kerana dakwanya, bas tersebut dikatakan berharga kira-kira RM900,000 dan jumlah itu adalah terlalu mahal dan di luar kemampuan Abdul Khalid yang menerima bayaran gaji sebanyak RM20,000 sebulan sebagai Menteri Besar.

Antara NGO yang hadir sama ialah Waris Malaya, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Hamidzun turut mengesyaki pembelian bas berkenaan turut mempunyai kaitan dengan pembelian 50 kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta memandangkan kedua-dua jenis kenderaan itu mempunyai jenama yang sama iaitu Dong Feng selain dipasang di kilang yang sama.

“Kita syaki pembelian lori sampah dan bas ini ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa Pejabat Menteri Besar,” ujarnya yang juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu depan.

Dalam pada itu, Hamidzun yang membuat laporan polis tersebut kira-kira pukul 3.45 petang di Balai Polis Seksyen 6 turut mendesak Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut kepada seluruh rakyat Selangor selain supaya bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sekiranya kertas siasatan dibuka atas dakwaan berkenaan.

Bas yang dikeluarkan oleh Dong Feng dari China dengan nombor pendaftaran BLU 8779 itu difahamkan diletakkan atas nama Abdul Khalid sebagai pemilik. – MediaUMNO

Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan Akan Melaksanakan KBSM – Muhyiddin

Posted: 27 Sep 2012 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuantan yang telah diluluskan sebagai institusi pendidikan swasta pada 26 Julai lepas, akan menjalankan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) seperti yang termaktub dalam surat kelulusan dan permohonan asal.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada masa yang sama, sekolah itu ada melaksanakan kurikulum di luar kurikulum kebangsaan yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Katanya kewujudan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) diberi “status quo” mengikut peruntukan Seksyen 151, Akta Pendidikan 1995 selari dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran semasa membentangkan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 pada 18 Disember tahun itu.

“Sejak Akta Pendidikan 1996 berkuatkuasa, semua SMPC dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Kewujudan 60 buah SMPC adalah berdasarkan latar belakang sejarah di mana setelah Akta Pelajaran 1961 berkuatkuasa, sebahagian sekolah-sekolah menengah Cina memilih untuk menjalankan kurikulum kebangsaan lalu digelar sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau sekolah conforming manakala selebihnya berdikari menjadi SMPC,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai status sebenar Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan serta sama ada SMPC hanya kekal sejumlah 60 buah sepertimana yang ada sekarang.

Tahaluf Siyasi: UMNO Mendahului Pas

Posted: 27 Sep 2012 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – UMNO sebenarnya mendahului Pas dalam soal 'tahaluf siyasi' yang mana telah bergabung dengan MCA, MIC dan parti-parti lain menerusi gabungan Barisan Nasional (BN) dan langkah berkenaan hari ini disusuli oleh Pas menerusi sekutunya DAP dan PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja ILMU, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya berkata apa yang menjadi persoalan hari ini kenapakah Pas boleh bertahaluf siyasi dengan non-muslim sedangkan untuk bersama dengan UMNO pelbagai alasan diberikan.

"Mengapa untuk bersatu dengan UMNO kita bagi dalil tidak boleh. Kita hari ini sibuk mencari dalil untuk bersama dengan non-muslim tetapi untuk sesama Islam bagaimana pula.

"Dulu Pas mengkritik UMNO habis-habisan apabila UMNO bertahaluf siyasi dengan MCA dan MIC serta parti lain. Kemudian apabila Pas melakukanya mereka mengharuskan dengan mengeluarkan termonilogi  'tahaluf siyasi'. Saya kira kalau nak mendahului dalam sudut ini UMNO mendahului perkara ini berbanding Pas.

"Dalam soal ini kita perlu meneliti kepada syarat-syarat perjanjian itu. Kalau sekiranya syarat berkenaan dengan jelas dan terang bahawa kita ini tidak dominan, kita ini hanya jadi 'kuda', maka perjanjian berkenaan hanya menjadi perjanjian yang sia-sia," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut persoalan 'tahaluf siyasi' itu, Ustaz Fathul seterusnya menambah bahasa mudah kepada persoalan tersebut adalah pembahagian kerusi.

"Kalau bahasa mudah kita terjemahkan pembahagian kerusi. Jadi dalil yang digunakan kalau kita tengok oleh Pas mereka gunakan perjanjian yang Nabi Muhammad SAW  buat dengan arab jahiliyyah dan juga mereka gunakan perjanjian Hudaibiyyah, juga digunakan Piagam Madinah iatu perjanjian-perjanjian yang Nabi gunakan dan meteraikan dengan non muslim pada zaman berkenaan.

"Perjanjian-perjanjian berkenaan melatakkan syart-syaratnya. Sekarang ini ada dua persoalan yang besar. Pada zaman Nabi perpaduan itu  tidak ada perpecahan. Orang Islam bersatu padu. Berbeza pada hari ini. UMNO dengan Pas mereka parti yang berbeza dan kelompook yang berbeza…mereka tidak bersatu.

"Jadi mana boleh masing-masing nak gunakan segala perjanjian berkenaan sebagai keharusan untuk bersama-sama dengan non muslim sedangkan kita dituntut menggutamakan perpaduan, kebersamaan sesama Islam.

"Sekarang ini umat Islam bersatu atau berpecah…Sekarang ini umat Islam berpecah…mana mungkin kita mahu menggunapakai apa yang dibuat oleh Nabi. Ini satu keganjilan saya kira," ujarnya. – MediaUMNO

 

UMNO P.Pinang Dakwa Speaker Dun Ada Kepentingan Dalam Projek Taman Tema

Posted: 27 Sep 2012 03:57 AM PDT

GEORGE TOWN, 27 Sept – Umno Pulau Pinang hari ini mendakwa kononnya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdul Halim Hussain mempunyai kepentingan dalam projek taman tema “Escape” di Teluk Bahang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata sehubungan itu, pihaknya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung perkara itu agar rakyat Pulau Pinang tahu perkara sebenar.

“Saya nak tanya dan mahu penjelasan daripada kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tentang adakah benar projek (taman tema) yang dibangunkan di tanah milik syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Teluk Bahang itu mempunyai kaitan dengan Speaker DUN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Musa mendakwa mempunyai bukti berhubung perkara berkenaan dan akan mendedahkannya jika kerajaan negeri tidak mahu memberi penjelasan berhubung isu terbabit dalam minggu ini.

OPS Selamat Berjaya Turun Kadar Kemalangan Dan Pecah Rumah

Posted: 27 Sep 2012 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ops Selamat Aidilfitri 2012 berjaya menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 1,669 kes atau 8.5 peratus berbanding tahun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata semasa Ops Sikap Aidilfitri 2011, kes kemalangan yang dicatat ialah 19,606 dan tahun ini jumlah itu menurun kepada 17,937.

Bagi kes kemalangan maut di jalan raya, jumlah dicatat menunjukkan penurunan sebanyak 15.9 peratus iaitu 243 kes tahun ini berbanding 289 kemalangan dilaporkan dalam Ops Sikap tahun lepas, katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ops Selamat turut memastikan keselamatan harta benda khususnya rumah-rumah yang ditinggalkan semasa musim perayaan dan jumlahnya mencatat pengurangan sebanyak 17 peratus atau 1,029 daripada 1,246 kes yang dilaporkan tahun lepas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai Ops Selamat sepanjang musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini dari 12 hingga 26 Ogos, dalam meminimumkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Beliau berkata usaha ini dicapai dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata faktor kejayaan itu juga kerana peningkatan kekerapan rondaan polis sepanjang Ops Selamat di kawasan perumahan, selain usaha polis menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk untuk memaklumkan ketiadaan mereka di rumah masing-masing yang memudahkan rondaan dijalankan.

“Antaranya menyebarkan borang balik kampung, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan hotline rakan cops,” katanya.

Abu Seman berkata pola kemalangan jalan raya dalam tempoh lima tahun ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan sikap manusia menjadi penyebab utama berlakunya kemalangan.

“Kebanyakannya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.

Kuota Haji : Pembangkang Ibarat Lembu Bawa Lumpur Terpalit Seluruh Rakyat

Posted: 27 Sep 2012 01:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – Keengganan Kerajaan Arab Saudi meluluskan koata tambahan kepada rakyat Malaysia untuk musim haji tahun ini perlu dipertanggungjawabkan kepada pakatan pembangkang yang telah menjadi dalang dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyelar perbuatan segelintir masyarakat Malaysia yang telah menunjukkan sikap tidak matang dan tidak bertamadun serta ibarat kaum jahiliyah yang ditaja pembangkang.

"Pembangkang misti bertanggungjawab di atas perbuatan menghasut penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan Bersih di Mekah dan Madinah sehingga Malaysia dihukum sedemikian," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Walaupun Malaysia hanya layak menghantar dua peratus daripada jumlah penduduknya untuk menunai fardu haji setiap tahun, tetapi Kerajaan Arab Saudi akan membenarkan tambahan koata 10,000 lagi sejak beberapa tahun kebelakangan sebagai menghargai kerjasama Malaysia dan jemaah hajinya yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.

"Malangnya akibat kejahilan penyokong pembangkang maka 10,000 lagi rakyat Malaysia yang sepatutnya dapat menunaikan haji pada tahun ini terpaksa menunggu giliran untuk musim haji tahun depan yang belum tentu kerana tergantung kepada umur dan kesihatan."

"Pembangkang sanggup melihat 10,000 rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi korban kepartian mereka yang sempit demi untuk mencapai matlamat dan kepentingan peribadi pemimpin mereka," katanya lagi.

Tambahnya, tunjuk perasaan yang dilakukan di Mekah dan Madinah umpama seekor kerbau membawa lumpur hingga menyebabkan yang lain habis terpalit.

"Gembala kerbau yang membawa lumpur itu ialah pemimpin pembangkang yang melontar batu sembunyi tangan," bidasnya lagi. - MediaUMNO

BN Youth Job Fair 2012 Sekali Lagi Jelajah Malaysia Buka Peluang Pekerjaan

Posted: 27 Sep 2012 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Sept – Pemuda Barisan Nasional (BN) menerusi program BN Youth Job Fair 2012 (C.A.S.H) sekali lagi membuka ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta pelbagai manfaat lain menerusi program tersebut.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata progran itu yang bermula pada tahun lepas di beberapa negeri sekali lagi mencurahkan khidmat bakti pada tahun ini kepada seluruh rakyat Malaysia

Menurut beliau walapun ianya dilaksanakan menerusi parti politik tetapi ianya terbuka kepada mana-mana pihak dan tidak terhad kepada kumpulan sasaran tertentu kerana matlamat BN Youth Job Fair adalah untuk membantu rakyat.

"BN Youth Job Fair 2012 C.A.S.H ( Career, Avhievement, Studies, Home) akan buka ruang yang yang cukup luas. Menerusi program ini kita bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan malah peluang perniagaan, francais, pinjaman perniagaan, pendidikan, latihan dan kemahiran, kesukarelawan, pemilikan rumah pertama dan macam-macam lagi.

"Saya lihat sejak dilaksanakan pada tahun lalu responya cukup baik dan menerusi program ini ianya merupakan nilai tambah kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran serta platform kepada orang ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

"Dan untuk tahun ini kita memilih negeri-negeri yang belum lagi dilaksanakan pada tahun lepas dan ada juga negeri yang minta diadakan sekali lagi kerana permintaan yang cukup tinggi. Insyaallah sepertimana tahun sebelum ini, pelbagai syarikat termasuk syarikat gergasi serta agensi kerajaan dan syarikat-syarikat lain akan menawarkan peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media BN Youth Job Fair 2012 di sini, hari ini. Turut serta Pengerusi BN Youth Job Fair, Nazir Hussein Akhtar Hussein serta wakil-wakil syarikat terlibat.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah BN Youth Job Fair 2012 telah bermula di Sabah iaitu Sandakan pada minggu lalu dan seterusnya akan ke Senawang, negeri Sembilan pada hujung minggu ini.

"Selepas itu program ini akan bergerak ke tiga negeri iaitu Perak, Terengganu dan Sarawak, namun kita masih menunggu dari segi tarikh, masa dan tempat untuk kita laksanakan.

"Dan kita menjangkakan untuk lokasi di Kuala Lumpur nanti, kehadiran pengunjung akan ramai dan ianya akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya. -MediaUMNO

Najib Earns Kudos Over Stance On Anti-Islam Film, Caricatures

Posted: 27 Sep 2012 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 27 – The Wall Street Journal (WSJ) has praised Datuk Seri Najib Tun Razak’s call for Muslims to remain peaceful and not resort to violence in response to an anti-Islam film as well as caricatures depicting Prophet Muhammad in an unfavourable manner.

In an article, the WSJ noted that the recent unrest in the Muslim world had shown that words could wreak havoc when spoken by the powerful as incitement to violence.

“In the debate over Islam’s soul, Mr Najib’s counsel of responding to provocation with peaceful protest is welcome,” said the opinion piece.

It said the Malaysian prime minister’s rejection of extremism contrasted favourably with what it described as “poisonous rhetoric” emanating from some Muslim capitals this past month.

The WSJ article alluded to Najib’s Sept 20 blog post with regard to the film ‘Innocence of Muslims’ and caricatures published by French magazine ‘Charlie Hebdo’ which have triggered violent protests across the globe.

Najib had urged Muslims to remain peaceful and not resort to violence as a means of showing dissatisfaction.

The WSJ cited the Malaysian leader as saying that “Now, more than ever, each of us has a responsibility to work together for greater respect, tolerance and understanding so we may live in harmony”.

It said: “While calling the film and cartoons ‘unnecessarily inflammatory to Muslims’, Mr Najib allowed that they may not have broken Western laws.”

In his blog, Najib had written that “the video in question was deeply offensive and has rightly been condemned by leaders across the world.”

The Malaysian leader continued with this observation: “And while Charlie Hebdo may not have broken French law in publishing the caricatures, we question their ethical judgment in deliberately creating further provocation at a time when tensions are already running high.”

The WSJ article also alluded to Najib’s invitation for people of all faiths to join his ‘Global Movement of the Moderates’ unveiled at the United Nations General Assembly last year.

It noted that British Prime Minister David Cameron and United States Secretary of State Hillary Clinton had endorsed the concept.

The WSJ reckoned that Malaysia’s push to advertise its religious moderation was companion to its bid to better integrate itself into the world economy.

“It is one of two Muslim states (the other is Brunei) negotiating to join the US-led Trans-Pacific Partnership, which according to one study will boost the country’s GDP (gross domestic product) by 2.7 per cent,” it said.

BN Mampu Tawan Semula DUN Bukit Payong

Posted: 27 Sep 2012 12:49 AM PDT

MARANG, 27 Sept – Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong yang dimenangi Pas pada pilihan raya umum lalu bakal ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda yakin BN yang kalah kepada Pas dengan majoriti 313 undi sahaja, bakal memenangi semula kerusi tersebut.

Beliau berkata, ini kerana walaupun telah hampir empat tahun wakil rakyat Pas berkhidmat di kawasan itu, tiada apa-apa pembaharuan dan kemajuan yang disediakan kepada penduduk di DUN berkenaan.

Sebaliknya, beliau yang ditugaskan oleh BN bagi menjaga kawasan tersebut bekerja keras sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi menyediakan segala keperluan penduduk setempat.

"Saya mengambilalih tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh wakil rakyat Pas agar rakyat kawasan ini tidak ketinggalan dalam semua aspek," ujarnya.

Zaidi yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Marang yakin dengan sokongan pengundi di kawasan tersebut hasrat BN untuk merampas semula kerusi DUN Bukit Payong akan tercapai pada PRU 13.

"Keyakinan ini berdasarkan beberapa perkembangan terbaru dalam politik sekarang yang memihak kepada Umno dan BN. Rata-rata rakyat amat berpuas hati dengan prestasi Barisan Nasional yang memerintah negeri Terengganu dan Negara Malaysia sekarang ini," tambahnya.

Beliau berkata, golongan muda dan pengundi atas pagar juga telah ramai menyokong BN kerana melihat pembangkang (Pas) telah bersekongkol dengan parti-parti yang menentang perjuangan nergara Islam seperti PKR dan DAP.

Selain itu, katanya, pengundi sekarang lebih bijak menilai propaganda yang selalu dimainkan oleh pembangkang (Pas) dengan isu-isu yang lapuk dan remeh-temeh sahaja. -MediaUMNO

Bajet 2013 – Bajet Untuk Meringankan Beban Rakyat, Rancakkan Ekonomi

Posted: 27 Sep 2012 12:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir percaya pembentangan bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak esok di Dewan Rakyat sekali lagi akan dilabel sebagai 'Bajet Pilihanraya' oleh pakatan pembangkang.

"Saya ingat, setiap bajet pun bajet pilihanraya. Kalau didefinasikan bajet pilihanraya itu bermaksud ianya membantu rakyat, dah tentu kita akan buat sesuatu yang akan membantu meringankan beban yang dipikul oleh rakyat, dalam suasana sekarang ini di mana kos barangan kita ataupun kos sara hidup kita semakin meningkat.

“Jadi usaha-usaha tersebut (usaha bantu ringankan beban rakyat) akan diteruskan dan dalam waktu yang sama, kita akan pastikan suasana iklim pelaburan akan terus meningkat," ujarnya mengulas mengenai bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, esok di Dewan Rakyat.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Timbalan Badan Perhubungan UMNO Kedah melihat bajet pakatan pembangkang, juga merupakan bajet pilihanraya.

Cuma bezanya tegas beliau bajet pembangkang itu hanyalah janji kosong kerana mereka tidak akan dapat melaksanakannya kerana mereka bukan kerajaan.

"Tetapi apa yang kita diumumkan biasanya dalam bajet ialah sesuatu yang kita janji, tetapi juga perkara-perkara yang kita buat sebelum ini, yang akan kita teruskan. Jadi maksudnya, bukan janji-janji kosong tetapi kita boleh tengok track record yang begitu cemerlang yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Harapan saya ialah usaha-usaha yang telah dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas diteruskan. Maksud saya ialah pengimbangan antara kerja-kerja untuk terus menumbuhkan ekonomi kita iaitu mewujudkan satu persekitaran yang sesuai, contohnya menarik pelaburan asing dan tempatan, untuk meningkatkan perdagangan dari segi pertumbuhan ekonomi tetapi dalam masa yang sama, soal pengagihan pun ada," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Ulasnya, soal pengagihan ini mungkin bukan dalam bentuk subsidi yang berterusan tetapi kita mengambil pendekatan lebih tumpuan kepada kumpulan sasar, iaitu membantu golongan yang betul-betul memerlukan.

"Seperti yang kita tahu, apabila kita buat subsidi, semua orang dapat. Yang miskin dapat, yang kaya dapat, yang tak sepattutnya pun dapat (orang asing pun boleh dapat). Yang kita nak, biarlah orang-orang wajar, yang layak untuk menikmati bantuan-bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya yang terus mendapat bantuan seperti ini.

“Jadi itu harapan saya supaya diteruskan pendekatan yang seimbang ini," tambahnya lagi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...