PISAU.NET

PISAU.NET


Panduan Mengenali Biawak.

Posted: 27 Sep 2012 09:06 AM PDT

 
Kepada pembaca yang tertanya tanya kenapa kalangan blogger dan rakyat mengelar ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang digelar berlidah biawak ,Nah Pisau nak ingatkan kembali saat saat Lim Guan Eng dinobatkan ketua menteri berlidah biawak.


Pisau siarkan video ini untuk korang faham sikap Guan Eng yang bermuka muka.Bohong apa saja adalah asalkan matlamat tercapai.


Lim Guan Eng boleh berlakon seolah olah beliau adalah mangsa,dalam masa berbohong si celaka ini boleh marahkan orang lain kononnya beliau menjadi mangsa oleh tindakan jahat orang lain.



Beri tahu mak,ayah,suami,isteri,adik,kakak,abang,adik,kawan kawan,seluruh orang kampung hatta mamak roti sekali pun ini apek brylcream reject Melaka dia punya cakap 10 cakap ..11 tak bleh percaya...tiap hari percakapannya cuba beza bohong banyak atau bohong sikit..tetapi tetap hakikinya tak pernah miss berbohong...


Tengok sendiri isu murahan sebegini pun Guan Eng boleh politikkan apatah lagi isu isu lain. Hati hatilah dengan setiap patah perkataan yang keluar dari manusia berlidah biawak ini.

Pisau kata "dengaq boleh,percaya tidak"

Suaram dan Dana Asing: PR Wajar Disiasat Juga

Posted: 26 Sep 2012 11:03 PM PDT



Apabila Suaram terdedah sebagai menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), antara pihak yang paling gelabah dan bersungguh-sungguh membela Suaram ialah Pakatan Rakyat (PR).  


Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seluruh rakyat telah pun maklum bahawa individu-individu yang menerajui Suaram adalah juga individu-individu yang berada di dalam PR. 


Justeru, masuk akallah apabila setiap apa yang diperjuangkan Suaram, dan setiap fitnah yang keluar dari mulut mereka adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN untuk digantikan dengan PR.   Antaranya, memfitnah kerajaan dan kepimpinan tertinggi sebagai terlibat dalam rasuah dan pembunuhan dalam pembelian kapal selam.


Kini, setelah Suaram terbukti menerima dana dari pihak asing maka tidak salah jika kita mengatakan bahawa PR juga menerima dana dari pihak asing.  Ini kerana PR dan Suaram berkongsi ëjasadí dan ërohí yang sama, cuma memakai nama berbeza. 


Dengan fakta ini, maka seharusnya PR juga disiasat secara terperinci mengenai hubungan mereka dengan pihak asing.  Apatah lagi, pihak yang menghulurkan dana tersebut iaitu NED dan OSI, masing-masing mempunyai kaitan dengan Zionis dan pedagang matawang, George Soros yang pernah mengakibatkan kejatuhan ekonomi terburuk di rantau ini pada tahun 1997/98. 


Walaubagaimanapun, berkat kebijaksanaan kepimpinan negara pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka Malaysia terselamat dari mengalami nasib yang sama dengan jiran-jirannya.    Lanjutan dari itu, niat dan kegiatan Soros terbongkar malah beliau telah menerima kecaman hebat secara langsung serta digelar ëpenyangakí oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.   Akibatnya, Soros kini terkenal sebagai penyangak bertaraf dunia dan beliau tidak lagi dapat menafikannya. 


Serangan ekonomi oleh Soros dikaitkan dengan tindakan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Anwar Ibrahim yang semakin rakus ingin mengambil-alih kuasa tertinggi negara.  Anwar, telah bertindak mengikut telunjuk barat melalui IMF dengan menaikkan kadar faedah pinjaman sehingga menyebabkan negara hampir bangkrap.
 

Difahamkan, tindakan Anwar tersebut adalah untuk menaikkan kemarahan rakyat serta ëmempercepatkaní pengunduran Tun Dr. Mahathir agar Anwar dapat menaiki takhta.   Alhamdulillah, segala perancangan Soros dan Anwar tidak menjadi.  Apa yang berlaku ke atas Anwar selepas itu, kini menjadi sejarah yang tidak dapat dipadam lagi. 

Nampaknya apa yang tidak dapat dipadamkan juga ialah hubungan yang telah wujud sejak sekian lama antara Anwar dan Soros yang masih berterusan melalui Suaram.


Selain Soros, Anwar juga mempunyai hubungan yang rapat dengan NED yang merupakan satu daripada beberapa pertubuhan yang diwujudkan oleh Amerika/Zionis untuk menakluk dunia melalui apa yang dipanggil ëpertukaran rejim.  

Malah, Anwar pernah menulis surat dalam nada mesra kepada Carl Gershman, iaitu Pengurus Dana dan Presiden NED.  Surat yang bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandantangani oleh Anwar sendiri telah dihantar kepada Gershman beberapa bulan sebelum PRU-12, bertujuan untuk memohon bantuan NED untuk menghadapi pilihanraya. 


Antara cabang-cabang NED yang lain ialah National Democratic Institute for International Affairs (NDI), International Republican Institute (IRI), the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) Center for International Private Enterprise (CIPE).


Selain itu, operasi ëpertukaran rejimí ini juga dibantu oleh International Federation for Human Rights (FIDH), Freedom House, Reporters Without Borders (US Chapter), HRW (Human Right Watch), AI (Amnesty International) dan semestinya, OSI (Open Society Institute).


Di Malaysia pula, selain dari Suaram, portal berita pro-pembangkang iaitu Malaysiakini juga disenaraikan antara penerima dana NED. 


AI, HRW dan Malaysiakini sememangnya terkenal dalam menyokong Anwar Ibrahim dan PR melalui kenyataan media, artikel-artikel dan berbagai-bagai cara.  Manakala IRI pula pernah mengadakan bengkel pilihanraya untuk melatih PKR mengambil alih kuasa.  Antaranya, IRI menyarankan pemakaian baju mengikut satu-satu warna pilihan bagi menggambarkan sokongan rakyat terhadap mereka.  Untuk itu, kita dapat melihat modus operandi yang sama di Thailand iaitu baju merah dan di Malaysia pula baju kuning (BERSIH).


Secara umumnya, strategi ëpertukaran rejimí ini tidak banyak berbeza di semua negara sasaran, iaitu mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan melalui kejatuhan ekonomi, memburukkan imej kepimpinan sedia ada sebagai diktator, korup dan kejam, memberi dana agar pemimpin boneka pilihan mereka berjaya memenangi pilihanraya ataupun jalan terakhir ialah pemberontakan agar pemimpin boneka mereka dapat mengambil alih kuasa melalui jalan belakang. 


Sehingga kini, mereka telah berjaya melakukannya di begitu banyak negara di dunia sejak bertahun-tahun dahulu dan yang paling terkini ialah Mesir, Libya, Tunisia dan Syria.


Sekadar peringatan untuk semua umat Islam, Al-Quran telah menyatakan bahawa musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi ini tidak akan senang selagi umat Islam tidak mengikut mereka.  Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila antara matlamat pertukaran rejim ini ialah selain dari ekonomi, mereka juga ingin memaksa semua negara di dunia menerima dasar liberal dan plural serta membelakangkan ajaran Islam.  


Ini terbukti dengan pendirian Suaram, HRW, OSI, AI yang semuanya mendokong hak asasi LGBT serta giat mengkritik kerajaan kerana menafikannya. 


Sekali lagi ditekankan, bahwa berdasarkan segala maklumat di atas yang telah pun menjadi pengetahuan umum, maka adalah wajar jika Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim juga turut disiasat bersama-sama Suaram dalam isu menerima dana asing. 


Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa PR membawa agenda asing, iaitu agenda Yahudi Zionis dan penjajahan cara baru iaitu melalui pemimpin boneka.   Agenda ini tidak mungkin akan menguntungkan rakyat Malaysia, kerana ia berpaksikan kepentingan ekonomi barat semata-mata.  Lebih dari itu, ia juga mendedahkan masyarakat Malaysia kepada risiko kehancuran budaya dan nilai-nilai murni kemanusiaan. 


Kesimpulannya, jika PR memerintah negara ini, akan bermulalah era kejatuhan Islam di Malaysia, iaitu satu-satunya negara Islam yang moden, maju dan aman serta berpotensi untuk terus mara menerajui negara-negara Islam lain ke arah kecemerlangan.

BN Tawar Penyelesaian,Belanjawan kali ini pro-rakyat

Posted: 26 Sep 2012 06:00 PM PDT



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.


Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.


Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sana sahaja, samada pilihan raya atau tidak.


Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.


BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.


Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.


Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.


Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.


Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.


Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.


Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.


Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.


Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.


Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?


Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.


Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.


Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.


Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.


Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.


Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?


Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.


Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.


Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.


Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan?


Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.


Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...