BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BAS MILIK KHALID IBRAHIM !!! @PDRMSIA TOLONG SIASAT !!!

Posted: 27 Sep 2012 12:01 PM PDT


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan polis menggesa satu siasatan terperinci dibuat terhadap Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata, siasatan mengenai perkara itu harus dilakukan kerana pihaknya mengesyaki kemungkinan wujudnya amalan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian bas tersebut yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid.

"Kita mengesyaki ada elemen-elemen penyelewengan dalam pemilikan,pembelian dan penyewaan bas yang dimiliki Abdul Khalid.Beliau sendiri mengakui bahawa bas tersebut milik beliau dan turut mengakui ianya disewakan kepada PKR untuk kegunaan pilihan raya.Persoalannya dari mana beliau memperolehi duit untuk membeli bas tersebut.Ini kerana,kalau dikira,gaji Menteri Besar sebanyak RM20,000 sebulan dan jika beliau membeli bas itu,Menteri Besar terpaksa berpuasa selama 4 tahun untuk mengumpul wang sebanyak RM900,000," katanya.

Ini kerana dakwanya,bas tersebut dikatakan berharga kira-kira RM900,000 dan jumlah itu adalah terlalu mahal dan di luar kemampuan Abdul Khalid yang menerima bayaran gaji sebanyak RM20,000 sebulan sebagai Menteri Besar.Antara NGO yang hadir sama ialah Waris Malaya ; Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan Wilayah Persekutuan.Dalam pada itu,Hamidzun turut mengesyaki pembelian bas berkenaan turut mempunyai kaitan dengan pembelian 50 kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta memandangkan kedua-dua jenis kenderaan itu mempunyai jenama yang sama iaitu Dong Feng selain dipasang di kilang yang sama.

"Kita syaki pembelian lori sampah dan bas ini ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa Pejabat Menteri Besar," ujarnya yang juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu depan.Dalam pada itu,Hamidzun yang membuat laporan polis tersebut kira-kira pukul 3.45 petang semalam di Balai Polis Seksyen 6 turut mendesak Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut kepada seluruh rakyat Selangor selain supaya bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sekiranya kertas siasatan dibuka atas dakwaan berkenaan. Bas yang dikeluarkan oleh Dong Feng dari China dengan nombor pendaftaran BLU 8779 itu difahamkan diletakkan atas nama Abdul Khalid sebagai pemilik.

GAMBAR DS ZAMBRY DENGAN WARGA EMAS PUN BLOGGER PAKATAN HARAM NAK SPIN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 27 Sep 2012 08:30 AM PDT


Gua tak tahu macam mana nak ulas tentang perkara ni beb.Rasa malu,marah,kecewa dan juga geram pun ada bila gua diberitahu pasal ni..Apa la perangai macam ni yang ditunjukkan pada umum ??? Sebenarnya bukan gua malu dan kecewa dengan Menteri Besar Perak,DS Zambry Kadir tu.gua rasa terkilan dengan blogger penjilat selipar Nik Aziz yang gua rasa memang gila seks.Sebelum ni, blogger kaldai tu guna gambar Tun Mahathir yang sedang cium pipi cucunya untuk buat fitnah.Katanya,Mahathir cabul budak bawah umur.. 



Dan sekarang ni,blogger pemuja Anwar tu fitnah pulak Menteri Besar Perak kononnya Zambry melakukan kelucahan dan menganiaya seorang nenek yang separuh bogel.. (baca sini) Ishhh..., biasalah sorang tua macam tu berkemban je dirumah.Takkan lah aurat nenek yang dah berumur dekat 90 tahun tu pun boleh buat puak-puak Pas naik nafsu..? Kalau macam tu, susahlahhh.. Nafsu babi namanya tu beb..


Gua rasa lah kann..,dalam otak semua gerombolan Pakatan laknatullah tu mesti asyik fikirkan seks je 24jam.. Pantang tengok pompuan terdedah sikit, terus keras burung punai dorang semua.. Tengok orang tua cium cucu pun dorang stim..,tengok orang muda bertanya khabar seorang nenek pun dorang naik nafsu.. Apa lah punya jenis manusia puak-puak tu kann..Patutlah dalam HaraMkah tu asyik jual ubat kuat batin je manjang.. Gila seks rupanya semua pencacai-pencacai Pok Nik tu... Hahahahaha...- MPP

HOT NEWS !!! HIMPUNAN HIJAU !!! @AZALINA OTHMAN BELASAH PAKATAN HARAM KAW-KAW !!!

Posted: 27 Sep 2012 05:00 AM PDT


walaupun isu ini kelmarin,tetapi saya rasa isu ini harus di pandang oleh pembaca Badut Rakyat kerana pakatan haram tengah menipu rakyat berkenaan dengan isu pengerang ini.menurut sumber,hari ahad ini satu perhimpunan akan di adakan kononnya nak bela rakyat pengerang dan mengatakan projek itu bahaya.ingat lynas ker ??? pasal minyak tu,kenapa tak pertikaikan loji minyak petronas di terengganu ??? saya ceritakan sedikit tentang kerteh.Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong bin Mahmood menjadi wakil rakyat),Kg Chabang,Kg Pengkalan Ranggon,Kg Bukit Pahang,Kg Batu Puteh,Kg Darat Kolam,Kg Mat Ikal,Kg Lama,Rasau Kerteh dan Ketengah Jaya.Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh.Antaranya ialah Kawasan Perindustrian Petronas,Pelabuhan Kerteh,Loji Penapis Minyak Terengganu,Rantau Petronas,Sekolah Rantau Petronas dan lain-lain.Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT.Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu. 

 


gambar di atas kononnya nak bela rakyat.kalau nak bela,kenapa isu tumpahan minyak di sungai rengit tak bela ??? kata himpunan hijua ni terdiri dari NGO ???

Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Seri Azalina Othman menjelaskan bahawa tanah bagi menempatkan rancangan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIPC) telah dikenalpasti sebagai lokasi strategik bagi kapal dagang untuk berlabuh.Justeru katanya tidak timbul isu tentang bantahan oleh penduduk seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin PAS.Sambil menyifatkan tuduhan Naib Presiden PAS,Salahudin Ayub tidak berasas,jom kita saksikan video,sumber dari Kl Pos di bawah


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TURUN NAIK POPULARITI PM @NAJIBRAZAK PERKARA BIASA !!! KENAPA NAK PERTIKAI ???

Posted: 27 Sep 2012 01:30 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najibsehingga kini terus menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia apabila 58% daripada 1,536 respondan yang dikajiselidik cukup selesa berada di bawah kepimpinannya.Senario tersebut dapat dilihat dari keputusan kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).Dalam kajian Mac lepas,UMCEDEL merekodkan populariti Najib berada pada aras 61%, sedikit tinggi berbanding laporan terkini yang dipaparkan.Mungkin bagi pembangkang kejatuhan 3% populariti Datuk Seri Najib adalah satu berita baik untuk mereka atau barangkali penurunan itu akan dikaitkan dengan 'kejayaan' PR menganjurkan beberapa siri demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0,Himpunan Oren dan Janji Demokrasi. Penurunan 3% tahap populariti PM itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana turun naik populariti seseorang pemimpin utama negara sudah menjadi satu perkara biasa dan jarang statik pada satu-satu tahap sahaja. Hakikat tersebut diakui ramai penganalisis politik dan mereka percaya ia hanya bersifat sementara sementelah lagi angka 58% itu jauh lebih baik berbanding rekod terendah hanya 45% respondan sahaja yang selesa dengan corak pentadbiran Najib semasa beliau baru mengalas jawatan tersebut pada April 2009. 

Jika populariti Datuk Seri Najib terus kekal di atas paras 50%,mana-mana pemimpin pembangkang khususnya Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim akan berdepan kesukaran untuk menggugat kedudukan Datuk Seri Najib sebagai PM malah peluang PR merampas tampuk pemerintahan negara dari BN juga ibarat jauh panggang dari api.Kerana memahami realiti itulah,Anwar dan ramai pemimpin PR cukup aggresif melakukan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Najib dan isterinya tapi hingga kini satu demi satu usaha tersebut menemui kegagalan.Mungkin sedikit sebanyak serangan politik terancang yang dilakukan pembangkang ada kalanya berjaya memalitkan sedikit persepsi buruk pada Datuk Seri Najib dan BN,namun ia biasanya tidak bertahan lama kerana kebenaran selalunya akan mengatasi kebatilan.Lagipun,sejak Malaysia diterajui oleh Datuk Seri Najib setelah mengambil alih jawatan PM dari Tun Abdullah Badawi Mei 2009,sudah banyak perubahan positif dirasai rakyat jelata. Pelbagai program transformasi yang diilhamkan oleh Najib yang semakin menunjukkan hasilnya jika dibandingkan dengan jerit pekik dan propaganda kosong yang digebang oleh Anwar dan pakatan pembangkang, jelas wujud perbezaan ketara di antara kedua-duanya. 

Dari situ,masyarakat umum sudah dapat menilai mana satu yang bermanfaat dan mana satu yang membawa mudarat.Itu hakikat yang menjadi faktor utama dan diambil kira oleh rakyat jelata dalam menentukan kelayakan seseorang pemimpin.Datuk Seri Najib telah menunjukkan kemampuannya memacu pembangunan negara malah ternyata cukup tahan layak dalam menghadapi kerenah pembangkang yang banyak ragam Dan beliau telah membuktikan sikap caknanya terhadap kehidupan rakyat jelata, satu sikap murni yang diwarisinya dari Allahyarham bapanya,Tun Abdul Razak. Justeru itu tidak salah untuk kita jangkakan apabila tiba PRU 13 kelak,akhirnya majoriti rakyat akan memuktamadkan pilihan mereka dengan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Datuk Seri Najib dan pasukannya bagi meneruskan kesinambungan memakmurkan tanahair tercinta ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! JET,KERETA DAN BAS MEWAH !!! BUKTI RAKYAT MALAYSIA TERTIPU KONONNYA PAKATAN ZUHUD SANGATTT !!!

Posted: 26 Sep 2012 10:00 PM PDT


Sejak sekian lama semacam menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang dari DAP,PKR dan PAS menyerang dengan pelbagai dakyah dan tuduhan kononnya ramai pemimpin BN gemar menjalani hidup gaya mewah dan kurang pula cakna masalah khalayak.Berulang kali tohmahan sebegitu diulang-ulang,lama kelamaan ramai juga penyokong pembangkang yang semakin memandang serong pada kepimpinan BN dan kian mencurigai segala kerja buat bermanfaat yang dipelopori oleh Kerajaan Pusat.Untuk menambah impak rasa mual dan kebencian rakyat,pemimpin pembangkang dan balaci mereka berusaha pula mempotretkan imej buruk terhadap Perdana Menteri dengan melontarkan tohmahan kononnya PM dan isteri kerap bergaya mewah serta memiliki cincin permata harga berjuta-juta,jam tangan mahal dan boros berbelanja di luar negara.Bila pembangkang khususnya PKR memfokuskan serangan sedemikian,gambaran positif pula terlakar difikiran penyokongnya bahawa para pimpinan parti pembangkang tidaklah berperangai sedemikian rupa.Para balaci bawahan mula terasa bangga merasakan pemimpin mereka berjiwa rakyat dan zuhud pula gaya kehidupannya.Tidak materialistik dan sentiasa dekat dengan denyut nadi rakyat.Pada fikiran mereka,para pimpinan pembangkang memiliki gaya hidup berbeza berbanding BN dan lebih dekat dengan nurani rakyat.

Kini bila meletus sahaja isu Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain bermewah-mewahan menaiki jet eksekutif peribadi milik seorang ahli perniagaan, para balaci mula berkerut muka dan akal pula semakin serabut tak keruan.Belum selesai isu bas mewah harga berjuta dan lori treler penuh bergaya,ditambah pula isu jet peribadi,cukup untuk meletakkan para balaci PR merasa sukar menerima kenyataan betapa pucuk pimpinan yang difikirkannya begitu tawadduk dan zuhud seperti Anwar dan lain-lain,tiba-tiba sahaja kelihatan lain sama sekali.Dalam keadaan sengal dan bengang, tetap akan ada balaci PR yang cuba menepis isu dengan berandaian apa salahnya untuk Anwar serta pemimpin pembangkang menikmati permandangan udara dari sebuah jet mewah itu.Itu senario biasa sebenarnya bagi balaci pembangkang lebih-lebih lagi untuk yang berstatus totok sejak azali yang sentiasa berfikir dari bawah tempurung berbanding menganalisis suasana dari mata burung. Dunia politik negara kita sebenarnya terlampau banyak politikus hipokrit dari parti pembangkang yang diawal tingkat popularitinya mencanak naik, gemar memaparkan gaya hidup tawadduk dan zuhud supaya sentiasa diingati oleh rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa mengikuti denyut nadi khalayak. 

Namun,resam dunia acapkali membuktikan yang seringkali mempotretkan diri mereka sebagai zuhud, tawadduk dan cakna rakyat akhirnya lemas dalam pelukan kemewahan dan gaya hidup eksklusif. Anwar Ibrahim dan gaya hidup zuhudnya bersama bas mewah,treler bergaya dan sebelumnya gah bergaya bersama kereta eksklusif serta kini bangga merentas ruang udara dengan jet peribadi yang sewaan per jamn harga beribu RM sebenarnya tidak sendirian.Lama sebelum ini, MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat sudah acapkali bergaya sakan bertukar ganti kereta mewah walaupun jelas sekali amat kontra dengan seruan lamanya yang mahu rakyat Kelantan menerima takdir kemiskinan. Ini realiti dan watak sebenar pemimpin politik hipokrit sekalipun jubag dan serban kekal dipakai, nafsu keduniaan tetap jua menguasai diri.Pemimpin-pemimpin PR yang baru diuji dengan secebis kuasa diberi peluang mengurus tadbir beberapa negeri pula, pun sedemikian juga. Baru beberapa bulan menguasai urus tadbir negeri, kereta sudah bertukar ganti dan kuota isteri kedua mula dipenuhi. Rumah masing-masing makin besar, dari papan menjadi banglo dan urusan tender serta kontrak sudah pandai berkira soal komisyen dan sumbangan untuk kantung peribadi. Ini juga realiti, kahak yang sebelumnya diludah ke muka lawannya begitu selera dijilat kembali. Hakikat.Tapi walau demikian rupa,ia masih tidak menghalang para balaci bawahan berusaha mencari makna baru bagi perkataan zuhud untuk menjustifikasikan keharusan untuk pemimpin pakatan pembangkang seperti Anwar dan lain-lain rakan pimpinannya menikmati gaya hidup mewah.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KAJIAN UMCEDEL MEMBUKTIKAN BN AKAN MENANG PADA PRU 13 !!!

Posted: 26 Sep 2012 07:00 PM PDT


Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara.Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac - 15 April 2012).Di peringkat pusat,daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu,seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat.Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR).Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti,berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar.Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan. 

Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.Dengan hanya 30% sahaja respondan yang memilih PR sebagai pemenang sementara baki 70% lagi jelas tiada keyakinan terhadap kemampuan PR, tidak sukar untuk kita jangkakan pada PRU 13 kelak akan menyaksikan PR terpaksa melepaskan banyak kawasan DUN dan Parlimen yang kini sedang dikuasai mereka.Dalam PRU 12 yang dilangsung pada tahun 2008, calon-calon pembangkang menguasai sejumlah hampir 49% undi dari seluruh negara dan kesannya membolehkan mereka menang di 83 kerusi Parlimen.Jika peratusan 30% yang memilih PR itu diterjemahkan dalam konteks peratusan undi pilihanraya, bermakna mereka akan keciciran lebihkurang 1 per 3 kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang kini dalam penguasaan PR. Sementara itu, seandainya trend sokongan golongan atas pagar terus cenderung bersama BN termasuklah seperti mana yang dibuktikan dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini, itu adalah satu petanda malang untuk PR. PRU 13 kelak tidak hanya akan menyaksikan kebangkitan semula BN, lebih dari itu impaknya bakal menyebabkan penguasaan 22 tahun PAS di Kelantan juga bakal menemui noktah akhir. Secara keseluruhannya,kajian oleh UMCEDEL itu membuktikan BN sudah pulih dari kejutan tsunami politik 2008 dan ia selari dengan kebangkitan semula BN sebagaimana ditunjukkan melalui peningkatan undi sokongan dan kemenangan dalam banyak siri pilihanraya kecil sebelum ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! #SOROSFUND !!! RAKYAT MALAYSIA BERHAK HUKUM SUARAM

Posted: 26 Sep 2012 04:00 PM PDT


Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi,SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah.Lebih dahsyat lagi,Pakatan Rakyat termasuk PAS,sanggup berhujah yang sama, iaitu mengtidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas,membunuh dan merampas tanah umat Islam di Palestine serta menyebabkan Mesir,Syria,Tunisia dan Syria kini terumbang-ambing,tidak stabil dan lemah.Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang.Malah,SUARAM mengakuinya,begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau 'bertindih' dengannya seperti BERSIH,Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama.SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan untuk menjahanamkan demokrasi, iaitu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang. 

Pembohongan yang dibuat oleh SUARAM bukannya sedikit.Ia melibatkan dua buah negara iaitu Perancis dan Malaysia.SUARAM telah memburukkan nama Malaysia ke serata dunia malah SUARAM juga telah dengan sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri dan isteri.Ini dilakukan melalui pembohongan demi pembohongan.SUARAM berbohong bahawa mahkamah Perancis sedang membicarakan kes pembelian kapal selam scorpene oleh Malaysia sedangkan pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan mengenainya.SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri akan disapina, begitu juga seorang individu bernama Jasbir Singh Chahl juga kononnya telah disapina.Namun,pihak Perancis mengesahkan bahawa tiada sapina di keluarkan kerana tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene.Malah,Jasbir Singh Chahl sendiri pantas tampil menafikan kenyataan SUARAM. SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang didakwa sebagai model sambilan dan juga penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Namun, terbukti bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengenali Altantuya dan urusan jualbeli scorpene adalah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya serta tidak memerlukan penterjemah. 

SUARAM berbohong bahawa Altantuya terlibat dalam urusan jualbeli scorpene di Perancis tetapi pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pun.SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri atau isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi terbukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai alibi kukuh kerana berada di dua majlis rasmi berasingan pada waktu kejadian. SUARAM berbohong bahawa Syarikat Perimekar dimiliki oleh Razak Baginda dan cuba mengaitkan beliau dengan Perdana Menteri, sedangkan syarikat itu dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.SUARAM berbohong bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd menerima rasuah sedangkan terbukti bahawa syarikat tersebut membekalkan khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai,kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri meminta rasuah dari DCNS melalui faks berjumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion sedangkan jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam sepertimana yang ditandatangani. Ini adalah pembohongan yang paling lucu kerana tidak mungkin sesiapa akan meminta rasuah melalui faks dan tidak mungkin sesiapa akan memberi rasuah yang sama jumlahnya dengan harga kontrak.SUARAM berbohong bahawa syarikat Thales Asia telah membayar RM142 juta kepada syarikat Terasasi kononnya atas penjualan rahsia ketenteraan negara berkenaan kapal selam scorpene oleh Razak Baginda. 

Pembohongan ini bagaimanapun berubah-ubah sehingga terdapat beberapa versi dan sukar untuk dipastikan lagi.Ada kalanya,SUARAM cuba mengaitkan syarikat Thales dengan DCNS,tetapi terdapat kenyataan sebelum itu di mana peguam mereka menyatakan bahawa pembayaran tersebut dibuat kepada sebuah syarikat bernama Giffen.Yang jelas,syarikat Terasasi atau Giffen langsung tidak terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene. Secara keseluruhannya,SUARAM 'hidup' atas pembohongan iaitu berbohong kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia adalah korup,kejam dan dikelilingi skandal.Dengan segala dosa-dosa SUARAM terhadap Malaysia,rakyatnya,kerajaannya dan pemimpinnya,SUARAM tidak wajar dibiarkan lepas bebas. SUARAM sendiri telah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, sekali gus membawa agenda asing iaitu mengkhianati negara sendiri.Dengan pengakuan yang begitu jelas,mana mungkin SUARAM dibiar bebas ??? Rakyat Malaysia dengan ini menuntut tindakan tegas ke atas para peneraju SUARAM, iaitu para pengkhianat negara. Malaysia tidak mampu memberi muka kepada mereka-mereka yang tidak jemu berusaha untuk menghancurkan negara melalui pembohongan demi mencetus demonstrasi ganas dan pemberontakan.Malaysia adalah negara yang aman dan keamanan itu mungkin tidak akan kekal jika SUARAM terus wujud.Kewujudan SUARAM mendedahkan kita kepada risiko ketidakstabilan, kehancuran dan penjajahan. 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...