Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Pemuda Pas di Belasah Kerana BerMaksiat!!

Posted: 28 Sep 2012 05:36 AM PDT



Ini berita yang baru gua terima.., seorang pemuda yang dipercayai ahli/penyokong Pas telah dimasukkan ke Hospital selepas cedera dibelasah oleh penduduk sebuah Taman perumahan di Permatang Pauh..

Pemuda Pas tersebut dibelasah selepas ditangkap sewaktu berkhalwat didalam rumah yang didiami oleh wanita warga Indonesia di Taman Pauh pada pukul 4 pagi tadi..

Gua difahamkan, ini bukan kali pertama pemuda Pas tu berkunjung kerumah wanita terbabit, cuma kali ni dia berjaya ditangkap selepas serbuan dilakukan oleh penduduk..

Cuba korang tengok gambar di bawah ni pulak.., setelah diperiksa, kereta mamat tu dipenuhi dengan risalah-risalah Pas, kalendar Pas.., dan juga ada sehelai Jaket berlogo Pas.




Lihat gambar Seterusnya kat sini

McTheory:
Nampak sangat Pas dan maksiat tak dapat dipisahkan!!

PANASS!! Krisis Air Selangor! Khalid Gagap Nak Apa Sebenarnya Daripada Kerajaan Pusat?

Posted: 27 Sep 2012 11:36 PM PDT


 Selangor sebuah negeri maju yang mempunyai pelbagai masalah bila Pakatan Haram mula memerintah. Kalau dulu masalah kutipan sampah sampaikan sampah merata-rata, kini masalah air lah pulak. Air sebagaimana yang kita sedia maklum adalah keperluan asas dalam kehidupan manusia.

Terbaru Khalid 'Gagap' Ibrahim mengeluarkan 'perintah' kepada Kerajaan Pusat supaya menyokongnya membeli syarikat konsesi yang menguruskan air di Selangor.

Kenapa Mc kata 'perintah'? Kalau permohonan atau rayuan dah tentu dia tak bising kalau ditolak kerana peluangnya 50-50, ini tidak, bila kemahuannya tidak dipenuhi, mulalah merapu meraban mengatakan kerajaan pusat tidak membantu kerajaan Selangor.

Mc difahamkan Kerajaan Negeri Selangor sudah dua kali memasukkan tawarannya untuk menguasai kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut, malangnya dua kali juga ditolak oleh syarikat-syarikat konsesi terbabit.

Bila masuk kali ketiga selepas dua kali ditolak, maka Khalid 'Gagap' Ibrahim hendak menyuruh pula Kerajaan Pusat masuk campur tangan. Dengan hasrat dapat 'memaksa' dua syarikat konsesi berkenaan bersetuju.

Sebenarnya, Khalid 'Gagap' Ibrahim mahu Kerajaan Pusat 'memaksa' syarikat-syarikat konsesi ini menyatakan persetujuan mereka dengan harga yang telah Khalid tetapkan. Agak tidak waras nampaknya Khalid 'Gagap' Ibrahim ni.

Bagaimana Kerajaan Pusat mahu memaksa syarikat-syarikat konsesi yang berstatus sdn bhd menjual syarikatnya kepada Kerajaan Negeri Selangor? Dua entiti yang berbeza, langsung tiada kena mengena!!

Kerajaan Pusat dah beri "lampu hijau" kepada penstrukturan air holistic yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Selangor. Namun Kerajaan Negeri Selangor, perlu uruskan sendiri dengan syarikat konsesi terbabit, Kerajaan Pusat tidak perlu terlibat secara langsung dalam pembelian itu. Ada duit belilah sendiri.

Khalid 'Gagap' mungkin terlepas pandang yang kerajaan negeri sudah ada kontrak yang sah dengan syarikat konsesi tersebut. Walaupun "lampu hijau" telah diberi, Khalid hari ni masih jemput TPM nak bincang penyusunan semula isu air.

Khalid 'Gagap' Ibrahim kononnya mahu menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).Tetapi sebenarnya Khalid 'Gagap' ada maksud lain disebalik jemputan tersebut.

Khalid 'Gagap' Ibrahim dah terang-terang, nak guna kuasa menteri suruh batalkan perjanjian sah yang sedia ada. Beginikah cara Pakatan mentadbir negeri? Kontrak dengan Jana Niaga untuk asrama pelajar Unisel pun boleh diketepikan begitu saja, ni dia pulak mintak kerajaan pusat ikut sama, menolak kontrak yang sedia ada?

Rasanya rakyat Selangor mana yang ada kontrak dengan Kerajaan Selangor patut lebih berhati-hati, bila-bila masa jer kontrak boleh diketepikan. Tambah lagi manifesto PRU12 bukan satu perjanjian.. Apa sebenarnya definasi kontrak tu wahai Khalid 'Gagap' bukankah ia satu perjanjian yang sah?


McTheory:
Bahaya sungguh bila yang pandai tiba jadi buta undang-undang ni..

PANASS!! Video Laporan Polis Terhadap Remaja India Menghina Islam!! #Respect

Posted: 27 Sep 2012 08:16 PM PDT


Betul cakap Pak Tuan ni. Jangan sampai rakyat sendiri mengambil tindakan terhadap orang hina Islam tu. Kalau dah jadi macam tu, nak marah pun tak guna. Orang dah mengamuk!!

Pihak berkuasa perlu bertindak cepat supaya perkara sensitif macam ni dapat dibendung. Salah satu punca rusuhan kaum ialah, penganut agama lain tidak menghormati penganut agama yang lagi satu.

Bila dah saling tidak menghormati, maka pengaduhan berlaku, dari kecil hinggalah besar. Apakah perkara sebegini yang mahu kita tunggu? baru nak bertindak tegas?

Kalau itu dah berlaku, rasanya semuanya dah terlambat!! Hancur la Malaysia!!

PANASS!! Jabatan Agama Islam Kedah Benarkan Khutbah Politik di Kedah? Rosak-Rosak!!

Posted: 27 Sep 2012 05:37 PM PDT


ALOR SETAR – Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam.

Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.

"Kalau politik itu untuk kebaikan dan mempunyai unsur-unsur keagamaan tidak mengapa. Tetapi sekiranya ia bertujuan untuk mengata seseorang memang tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan kekacauan," kata kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang khatib yang membaca khutbah Jumaat berunsur politik baru-baru ini.

"Difahamkan, khatib yang berbuat demikian adalah bukan daripada imam yang mendapat pentauliahan daripada Jaik. Sebaliknya dia hanyalah seorang imam atau khatib jemputan.

"Bagaimanapun, Jaik masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara itu," katanya.

Noh berkata, sekiranya imam yang dilantik Jaik membuat kesalahan atau membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. Bagaimanapun, masih belum ada rekod kesalahan itu di negeri ini.

Berhubung insiden yang berlaku, Jaik akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil kepada khatib tersebut kerana masih belum mendapat laporan penuh.

"Lagi pun, belum ada mana-mana anak kariah yang datang berjumpa saya untuk melaporkan kejadian yang berlaku dalam masjid berkenaan," jelasnya. Menurutnya, kes yang sering berlaku ini adalah kes yang terpinggir berikutan kelewatan buku khutbah dihantar.

"Walaupun begitu, khatib dibolehkan membaca teks khutbah yang lama sementara menunggu buku yang baru diterima kerana isi kandungan teks adalah lebih kurang sama.

"Lagi pun, sekarang ini adalah musim haji. Khatib boleh baca teks yang lama dahulu," katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, salah seorang jemaah kesal dengan tindakan khatib jemputan yang mengaitkan isu politik sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, baru-baru ini.

Menurut laporan itu, bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, beliau khuatir disebabkan tindakan berkenaan akan menimbulkan pecah belah di kalangan jemaah masjid.

"Ada juga kalangan jemaah masjid yang hadir mengeluh, menggelengkan kepala kerana tidak menyangka khatib akan berceramah mengenai isu politik termasuk kejadian baling kasut di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, di sini, " katanya. - Sinar

Tak melebih-lebih lagi ke kalau Khatib tu  mengunakan nama Rasulullah SAW sebagai sokongan politik kepada Ketua Pembangkang!

Patut la Masjid kat Kedah ni di godam teruk oleh Pas. Rupanya Jabatan Agama Islam negeri sendiri pun lemah. Seolah-olah memberikan lesen khas dalam diam untuk berkhutbah politik.

Apa la nasib rakyat Kedah dapat Jabatan Agama Islam Negeri macam ni?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...