PISAU.NET |
- Mat Sabu,Salleh Man Nafi Bukan Berpoya Dengan China Doll.
- Mansor Sahkan CAT : Cocky Arrogant Tokong @cmlimguaneng
- PAS Tipu Dakwa Genting Beli Saham FGVH
- 70% Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13
- Fitnah: 3 pemimpin PKR diperintah bayar ganti rugi
Mat Sabu,Salleh Man Nafi Bukan Berpoya Dengan China Doll. Posted: 28 Sep 2012 06:00 AM PDT Hari ini tersebar gambar individu bersama seorang gadis cantik sambil memegang segelas arak. Gambar ini dirakamkan disebuah kelab malam tempat vvip ini berpoya poya dengan gadis gadis cantik. Gambar yang didedahkan oleh MPP ini dikatakan sebahagian daripada beberapa aksi aksi ganas yang bakal meletup tak lama lagi. Kepada pembaca liberal PAS,PKR dan DAP pasti gambar seperti dibawah tidak menjadi masaalah memandangkan apa saja yang dilakukan oleh pemimpin mereka pasti akan mendapat sokongan terutamanya daripada para tok guru dan wali parti PAS. Pisau kata "MPP dah nafi bukan beliau yang bersama gadis cantik tu..abis tu sapa?" |
Mansor Sahkan CAT : Cocky Arrogant Tokong @cmlimguaneng Posted: 28 Sep 2012 04:55 AM PDT Setelah lebih 4 tahun blog Pisau mendedahkan betapa ketua menteri regim DAP Pulau Pinang seorang yang angkuh,cakap besar,pembohong dan juga langsung tak boleh dikritik bagaikan dewa dan tuhan tuhan suci pakatan akhirnya terbukti apabila timbalannya sendiri mengakui bahawa Lim Guan Eng seorang bagai tokong, sombong dan cukup angkuh. Malah Dr Mansor sendiri mengelar Cocky Arrogant Tokong bagi mengantikan istilah CAT Coruption,Arrogance dan Transgresion ,penambah baikkan istilah CAT yang dibuat oleh Dr Mansor sudah pasti membuka mata ramai pihak siapa sebenar diri Guan Eng. Apa yang pasti menurut sumber Pisau yang cukup rapat didalam pejabat Ketua Menteri,Lim Guan Eng begitu marah malah mengesahkan lagi dakwaan Adun Tong Gas bahawa pemimpin melayu tidak boleh dipercayai didalam satu mesyuarat DAP. Dalam pada itu Datuk Seri Reezal Merican Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Dr Mansor mengesahkan dakwaan bahawa Guan Eng seorang yang cukup sombong dan angkuh. Pisau kata " betul ker orang kuat Malik yang bocorkan rakaman tu? :-)" |
PAS Tipu Dakwa Genting Beli Saham FGVH Posted: 27 Sep 2012 11:00 PM PDT Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Harakahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH. Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan. Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan keturunan, kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semuanya sebagaimana yang Subky lakukan terhadap FGVH dan Dato Seri Najib dalam tulisan tersebut. Sehinggakan sekali baca, tampak seolah-olah Subky Latif ini bukannya ingin mempersoalkan Genting atau saham FGVH, tetapi dengki kerana tidak tergolong dalam keturunan orang-orang berada dan bernama seperti Dato Seri Najib. Sebenarnya, sikap orang-orang PAS ini sama saja, tak kira penulis, penyokong atau pemimpin. Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap keIslaman orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang lebih Islam atau paling Islam. Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam. Mungkin kerana telah kalah dalam isu FGVH iaitu gagal menghalang penyenaraian, terbongkar segala penipuan dan niat jahat atau kerana menyesal tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan, maka PAS cuba mengalih pandangan dengan membangkitkan soal keIslaman FGVH pula. Untuk PAS dan Subky Latif, tidak perlulah meragui keIslaman FGVH kerana sesungguhnya pihak yang mengurus FGVH juga cukup peka dengan halal-haram sesuatu urusan perniagaan. Jika ada yang terlepas pandang atau kurang jelas, sama-samalah diperbetulkan bukan difitnah atau dijatuhkan kerana yang akan rugi nanti adalah orang-orang kita juga, orang Islam, orang Melayu yang menjadi majoriti peneroka Felda. Tetapi, apa yang jelas haram atau dosanya di sini ialah tindakan menuduh dengan niat memfitnah terhadap orang lain seperti apa yang dilakukan oleh Subky Latif, Harakahdaily dan PAS. Saham FGVH adalah bertepatan dengan syariah berdasarkan prospektus dan setakat ini, tiada pemegang saham atas nama Genting yang direkodkan. Bagaimanapun, jika Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGV yang membeli saham judi Genting. Tetapi ini tidak pernah dan tidak mungkin berlaku selagi ia dipantau oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Islam. Lainlah jika Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan serta Anwar Ibrahim yang membawa fahaman pluralisme menjadi Perdana Menteri dengan DAP menjadi tulang belakangnya, maka mungkin sesuatu seperti itu boleh berlaku. Dengan itu, Subky harus ingat bahawa bukan dia sahaja yang Islam di Malaysia ini. Orang-orang UMNO, majoriti peneroka Felda dan pengurusan FGVH juga Islam. Bezanya, satu pihak gemar mempertikai iman dan ilmu agama orang lain dan satu pihak lagi tidak. Itu saja. Tetapi, pihak atau individu mana yang lebih beriman, lebih tinggi darjat dan akan mendapat berkat di sisi Allah SWT tiada siapa yang tahu, walau berapa kali pun Nik Aziz cuba membayangkan kepada kita yang dia tahu. Justeru, tak usahlah Subky melalut menulis panjang-panjang sekadar untuk melepas geram memburukkan Perdana Menteri, keluarga dan tokoh-tokoh UMNO. Ini kerana tidak berbaloi menambah dosa sedangkan Perdana Menteri dan orang-orang yang dikutuk Subky langsung tidak terjejas dan tidak terasa apa-apa. Perdana Menteri kekal tenang bekerja untuk rakyat, peneroka Felda terus gembira mendapat nikmat, Felda terus maju dan meningkat. Cuma Subky dan PAS saja yang penuh dengan dendam kesumat. |
70% Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13 Posted: 27 Sep 2012 06:00 PM PDT Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan. Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13. Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja. Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja. Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan. Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan. Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13. Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi. Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti. Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN. Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli. Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik. Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah. Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain. Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja |
Fitnah: 3 pemimpin PKR diperintah bayar ganti rugi Posted: 27 Sep 2012 02:30 PM PDT GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri ini, Aminah Abdullah, dalam satu saman fitnah. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung, Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lalu. Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap semua defendan berkenaan serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Aminah diarah membayar RM15,000 sebagai kos kepada Mohd Sabri, Ahmad Lutfi dan PAS selepas mahkamah menerima pembelaan mereka. Dalam penyataan tuntutan, Aminah mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu, beliau mendakwa pada sekitar 20 hingga 21 Mei 2011, ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya. Sementara itu, Aminah, yang ditemani anggota keluarga serta rakannya, ketika ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan itu. "Kak Min rasa bersyukur... apa yang penting ialah moral dan maruah, Kak Min mahu kemenangan sahaja," katanya. Aminah diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala defendan oleh peguam VS Raveentharan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment