UMNO Online - “RM2 Million ‘Duit Raya’ For Felda Settlers In Terengganu” plus 9 more

UMNO Online - “RM2 Million ‘Duit Raya’ For Felda Settlers In Terengganu” plus 9 more

Link to UMNO Online

RM2 Million ‘Duit Raya’ For Felda Settlers In Terengganu

Posted: 01 Aug 2012 01:46 AM PDT

KUALA TERENGGANU, Aug 1 – The Terengganu Felda Regional Office has started distributing ‘duit raya’ amounting to RM2 million to 7,463 Felda settler families in 20 Felda schemes in the state.

Its public relations assistant director, Abdul Razak Endut said 2,060 settlers from five settlements in Felda Jerangau, Dungun were the first group of settlers who received their ‘duit raya’ yesterday.

“The ‘duit raya’ is given out in stages and all settlers are expected to get the money before Aug 15 to enable them to make Aidilfitri preparations,” he said when contacted today.

Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, on Monday, announced a RM43.2 million ‘duit raya’ for all Felda settlers in the country.

Settlers who are still sending oil palm fruit to Felda would receive RM400 while those who sell it to others would get RM200.

Abdul Razak said 85 per cent of Felda settlers in Terengganu sent their produce to Felda.

Orang Asli Felcra Sungai Sampo Dapat Durian Runtuh RM14,000 Seorang

Posted: 01 Aug 2012 01:43 AM PDT

SEREMBAN, 1 Ogos – Sebanyak 96 ketua keluarga Orang Asli yang menjadi peserta Projek Felcra Berhad Kampung Sungai Sampo 1, Jempol dekat sini akan menerima durian runtuh RM14,000 seorang.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata durian runtuh ialah dividen interim pertama hasil keuntungan Felcra bagi enam bulan pertama tahun ini dan peserta dijangka menerima pembayaran mulai esok.

Mohamad berkata kadar dividen itu ditentukan Felcra mengikut keluasan tanah yang diusahakan.

“Bagi Orang Asli di Sungai Sampo ini mereka memiliki 10 ekar tanah yang diusahakan oleh Felcra bagi setiap ketua keluarga, jadi nilai dividen yang diberikan kepada mereka adalah RM14,000 seorang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Katanya dividen yang diterima Orang Asli di Sungai Sampo itu adalah yang tertinggi diberikan kepada peserta Felcra di negeri ini.

Terdapat lebih kurang 10,000 peserta di negeri ini yang akan menerima dividen berjumlah lebih  RM17.6 juta yang diagihkan mengikut keluasan tanah masing-masing.

Isnin lalu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan bayaran dividen berjumlah RM400 juta kepada 85,000 peserta Felcra seluruh negara.

Sementara itu, Mohamad berkata Perbadanan Menteri Besar (MBI), sebuah syarikat di bawah kerajaan negeri, turut menerima dividen akhir tahun 2011 daripada Felcra berjumlah RM11.6 juta.

Katanya dividen itu adalah hasil keuntungan Felcra yang menguruskan 4,046 hektar tanah milik MBI.

“Hasil daripada pengurusan ladang yang baik dan disokong oleh harga kelapa sawit yang baik sepanjang tahun lalu MBI menerima dividen tahun lepas sebanyak RM11 juta iaitu peningkatkan lebih 20 peratus berbanding tahun 2010 iaitu hanya RM9 juta lebih,” katanya.

George Kent Consortium Gets LOA For Ampang LRT Line Extension Project Worth RM955.840 Million

Posted: 01 Aug 2012 01:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 1 – The George Kent-Lion Pacific Consortium received the Letter of Acceptance from Syarikat Prasarana Negara Bhd on Monday for the Ampang LRT line extension project costing RM955.840 million.

Prasarana has appointed the consortium as the contractor for system works of the project.

George Kent said the consortium has been further awarded the supply of Train Borne Equipment together with works in respect of which Prasarana has options which it can exercise together for a total of RM128.618 million.

The contract entails engineering, procurement, construction, testing and commissioning of the signalling system, communications, trackwork and third rail, electrification of the rail system and other associated works for the Ampang LRT line to be extended by another 17.7km to connect the current Sri Petaling Station to Putra Heights, it said in a statement today.

George Kent has been in existence for over 76 years and has a proven track record in Malaysia in the construction industry.

The company has over the last 30 years built a track record of many infrastructure construction projects which it has completed or are ongoing, it said.

The contract is expected to commence immediately and the completion period is 44 months from the date of the Letter of Acceptance.

The contract will not have any significant effect on the group’s earnings  for the financial year ending Jan 31, 2013 but is expected to contribute positively to the group’s future earnings.

Felda Gives RM10,000 To Siamese Twins

Posted: 01 Aug 2012 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 1  - The Siamese twins separated in a delicate operation by Kuala Lumpur Hospital (HKL) on July 14 today received contribution from Felda Holdings Berhad.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Ahmad Maslan presented RM10,000 to their father, Azli Sarban, at HKL here.

“We hope this aid from Felda Welfare Fund will ease the family’s burden. Felda has a fund to help settlers in need but in unique cases like this, we also help the Felda generation,” he told reporters after the visit.

Established in 1973, Felda Welfare Fund had given financial aid to settlers in need with RM10,000 being the maximum amount given.

Ahmad who was accompanied by his wife, Datin Noraini Sulaiman also donated feeding equipment to 15 month-old twins, Muaiman and Muaimin.

The boys from Felda Kemanis, Segamat, Johor were connected at the pelvis and shared three feet, anus, penis and two bladder.

Azli, 40, said he will use the contribution for the cost of follow-up examination for his two sons.

“I am grateful for the contribution by Felda. Ahamdullilah, their condition has also improved. We have to stay in KLH for three months for follow-up examination,” he added.

Azli and his wife, Nazilah Abdullah, 38, has two daughters aged two years and one month.

Tender Opens For “KDH” Vehicle Numbers

Posted: 01 Aug 2012 01:15 AM PDT

ALOR SETAR, Aug 1 – The Kedah Road Transport Department (JPJ) has opened the tender for the vehicle registration number in the “KDH” series.

The tender will be open from 8 am today to noon on Aug 15, it said in a statement.

The tender forms can be obtained at every JPJ office and downloaded from the website, www.jpj.gov.my, it added.

Enquiries can be addressed to the Kedah JPJ corporate division at 04-740 4888 or the Kedah JPJ office in Jalan Suka Menanti, here.

The outcome of the tender will be announced on Sept 3, it said.

Tujuh NGO Serah Memorandum Kepada Jais Desak Siasat Tazkirah Politik

Posted: 01 Aug 2012 01:08 AM PDT

SHAH ALAM, 1 Ogos – Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.

Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat Jais di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak Jais memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

“Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik,” katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco Kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk menyampaikan tazkirah.

Hamidzun berkata Jais wajar menyiasat aduan dan rungutan ahli kariah dan orang ramai serta mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin yang melakukan perkara itu.

“Oleh itu, kami menggesa Jais mengambil langkah proaktif dengan menyiasat perkara ini bagi memastikan masjid dan surau tidak dijadikan lauk politik oleh mereka yang cuba mencemarkan rumah Allah,” tegasnya.

Guan Eng Dicabar Perjelas Polisi Bersama Pakatan Mengenai Hudud

Posted: 01 Aug 2012 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung pada Rabu mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk secara terbuka menjelaskan polisi bersama pakatan pembangkang bagi membuktikan DAP benar-benar menentang pelaksanaan hukum Hudud.

Chor berkata, DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha Pas melaksanakan hukum Hudud.

Dalam kenyataan di sini, Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Lim juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan Pas sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka.

“Di bawah tekanan, Guan Eng telah menggunakan polisi bersamanya untukmenjelaskan hubungan antara DAP dan Pas, cuba memusing fakta bahawa DAP telah membenarkan Pas melaksanakan hukum Hudud. Malangnya polisi yang digunakan DAP menunjukkan ia tidak konsisten dengan butiran dan penjelasan yang diberikan,”katanya.

Anggota Parlimen Alor Setar itu menambah, jika polisi bersama yang diperkatakan Lim mengenai Buku Jingga, jadi mengapa Kelantan yang diperintah Pas mengenakan larangan tertentu di negeri itu seperti aktiviti judi berlesen dan arak walaupun polisi berkenaan tidak disenaraikan dalam buku itu.

“Ia adalah jelas bahawa pakatan tidak berkongsi polisi yang sama dan mereka hanya bersama kerana memerlukan antara satu sama lain dalam bidang politik dan pada masa depan, mereka akan berpecah juga kerana kepentingan politik, meninggalkan rakyat menjadi mangsa kepada cara melulu mereka,” katanya.

Hukum Hudud… Siapa Penipu Sebenar Dalam Pakatan Pembangkang??

Posted: 01 Aug 2012 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pas perlu menerima kenyataan bahawa perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak pernah diterima oleh rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan kenyataan pemimpin Pas bahawa rakan sekutu mereka, DAP dan PKR memahami dan menerima hukum hudud adalah satu pembohongan.

"Pemimpin dan ahli Pas perlu menerima hakikat, perjuangan mereka tidak diterima oleh DAP, mereka tidak pernah mengiktiraf hasrat Pas untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

"Tidak perlu berbohong sekadar untuk mendapat sokongan, pemimpin Pas kini sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup berbohong bahawa perjuangan mereka diterima oleh DAP dan PKR," katanya lepada UMNO-Online di sini.

Mazlan berkata, Pas terpaksa bertindak sebegitu kerana menyedari pilihan raya umum semakin hampir sedangkan sokongan rakyat terhadapnya semakin pudar, malah ada di kalangan penyokongnya mula meninggalkan parti itu sejak perjuangan mereka berubah selepas bergabung dengan DAP dan PKR untuk menubuhkan pakatan pembangkang.

"Sejak bersama DAP dan PKR, perjuangan Pas sudah jauh tersasar, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk `survival' politik, sebab itu Pas terpaksa mengikut telunjuk, jika tidak mereka terpaksa bersendirian pada pilihan raya nanti.

"Pas kini bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang, Pas kini parti menjadi parti yang dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, walaupun tidak bertanding di kawasan Melayu.

"DAP akan bertanding di kawasan majoriti Cina, namun sokongan pengundi  Melayu penting bagi mereka apabila berhadapan dengan Barisan Nasional, dalam perkara ini hubungan DAP dengan Pas hanya sekadar untuk mendapat undi Melayu," katanya.

Menurutnya, Pas tidak perlu beranggan tinggi untuk menjadi parti dominan, jumlah kerusi yang diperuntukkan sudah menunjukkan kedudukan Pas sehingga terpaksa merayu untuk menambah jumlah kerusi pada pilihan raya nanti. -MediaUMNO

Maidatul Rahman Semarakkan Ramadan Di Putrajaya

Posted: 01 Aug 2012 12:53 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Ogos – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan acara tradisi sempena bulan Ramadan dengan program Maidatul Rahman yang berkonsepkan berbuka puasa bersama para penduduk setempat dan pengunjung sekitar Putrajaya.

Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa program tersebut bukan saja dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan tetapi ia juga mencetuskan keinsafan dan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya golongan musafir.

"Alhamdulillah, kita dapat meneruskan program berbuka puasa sebagaimana yang telah berlangsung tahun lalu.

"Dalam kita menjalani puasa di bulan Ramadan ini maka sepenuh kesyukuran dipanjatkan kerana kita dapat menunaikan ibadah tanpa sebarang keuzuran selain pengisian-pengisian penting dalam bulan barakah ini," katanya.

Jelasnya, Maidatul Rahman dimulakan sejak hari pertama puasa hinggalah ke- 23 Ramadan di Medan Selera Presint 8 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengunjung dan warga Putrajaya sehingga pada satu-satu masa mencapai 600 orang yang datang untuk berbuka puasa bersama-sama.

“Seperti tahun lepas kita siapkan juadah berbuka puasa untuk musafir dan fakir dalam bulan Ramadan ini selain golongan yang bekerja di sekitar kawasan terbabit.

“Kita juga akan menjemput setiap hari dua blok kediaman dari kawasan ini untuk berbuka puasa. Pada masa sama kita mulai hantar juadah ke rumah-rumah dalam pukul 4 hingga 5 petang."

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO merangkap Anggota Parlimen Putrajaya menekankan rakyat di negara ini perlu sentiasa mensyukuri nikmat yang diterima bukan hanya berkat dari kesejahteraan tetapi juga limpahan rahmat khususnya juadah harian yang pelbagai dalam bulan Ramadan.

"Program ini juga penting untuk mengeratkan hubungan silaturrahim warga Putrajaya selain amalan gotong-royong yang dilakukan dalam penyediaan juadah serta dapat menyemarakkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini."

“Berbuka puasa seperti ini merupakan pendekatan terbaik untuk berjumpa dengan pemimpin dan melaluinya rakyat boleh memberitahu mengenai keperluan mereka. Pada masa sama, kita akan mendapat maklum balas daripada rakyat,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

Lajim Ada Pun Tak Menambah Tiada Pun Tidak Mengurang – Idris

Posted: 31 Jul 2012 08:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menyifatkan tindakan Datuk Seri Lajim Ukin yang keluar dan melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) tidak meninggalkan apa-apa kesan berikutan kewujudannya dalam parti adalah ibarat melukut ditepi gantang yang ada tak menambah dan tiada pun tidak mengurangkan apa-apa.

Katanya, lebih dari itu UMNO akan menjadi parti yang bertambah baik daripada sebelumnya apabila orang seperti Lajim tiada dalam parti.

"Lajim Ukin mestilah ingat bahawa beliau menjawat jawatan di dalam parti adalah sebagai amanah dan dipilih oleh ahli beliau untuk membantu Presiden iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak manakala jawatan timbalan menteri pula adalah sebagai kepercayaan oleh ketua negara kepada beliau," katanya kepada UMNO-Online.

Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu di kediamannya di Likas Jaya selain mengisytiharkan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) serta mempunyai hubungan akrab denganpemimpin pakatan pembangkang.

"Lajim adalah seorang opportunis yang terdesak dan mengambil jalan pintas kononnya ganjaran yang diperolehi ketika beliau melompat parti 18 tahun dulu akan berulang, sehingga Lajim pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah pada satu ketika walaupun tidak layak berbanding dengan pemimpin lain di Sabah.

"Sebagai pemimpin lama beliau tidak perlu menguji Presiden parti yang juga Perdana Menteri untuk melihat sejauhmanakah beliau diperlukan atau memberi kesan kepada BN sendiri."

Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, sudah terang lagi bersuluh bahawa apa yang dilakukan oleh Lajim ada kaitan secara langsung dengan kepimpinan pakatan pembangkang khususnya PKR.

"Lajim cuba nak berselindung atas alasan idealisme perjuangan bahawa kononnya Sabah mahukan perubahan sedangkan beliau sendiri adalah kepimpinan negeri Sabah yang telah menikmati elaun timbalan menteri hampir cukup satu penggal, jadi mengapa sekarang baru mahu berjuang?" soalnya lagi.

Tegasnya, Lajim telah digula-gulakan oleh pakatan pembangkang dan barangkali kepimpinan pakatan pembangkang telah menjanjikan jawatan Ketua Menteri Sabah jika pakatan tersebut berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Lajim menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO dan perlu menjawabnya dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan UMNO. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...