PISAU.NET

PISAU.NET


Sampah Tak Di Pungut 3 minggu didepan pejabat DAP Puchong- Selangor Darul Sampah

Posted: 01 Aug 2012 08:28 AM PDT

Masaalah sampah bukan lagi asing di negeri Selangor,inilah yang dikatakan janji ditaburi tetapi lupa ditepati.

Hampir kepada pilihanraya sekali lagi janji ditaburi.. senang berjanji tetapi sukar untuk ditunaikan.

Selangor bukan saja maju dari segi sektor rumah urut yang tumbuh bagai cendawan malah sektor menghasilkan sampah yang menghasilkan pemandangan yang "Indah" dan bau yang "wangi" menjadi kejayaan kepada kerajaan pakatan. Jom undi lagi pakatan....



Pisau kata " penang pun lebih kurang sama jer"

PAS Katanya Parti Memimpin,Tapi Ketinggalan Pembahagian Kerusi PRU13.

Posted: 01 Aug 2012 02:33 AM PDT

Katanya nak ganti Umno..nak jadi pemimpin didalam pakatan..nak jadi ketua dalam pembangkang..nak jadi bos DAP dan PKR..korang tengok sendiri lah..Pisau tak kata,tapi PAS yang mengaku sendiri..

Ini kenyataan terkini daripada PAS,

Pas ketinggalan dalam pembahagian kerusi PRU13


PKR sekali lagi mendominasi bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding dua lagi komponen PR iaitu Pas dan DAP.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun enggan mendedahkan berapa kerusi yang diperuntukkan kepada setiap parti itu.

"Jumlah kerusi PKR dikurangkan sedikit namun parti itu masih mendominasi bilangan kerusi Parlimen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.

Pengurangan kerusi PKR itu dipercayai untuk menambah kerusi DAP di kawasan majoriti Cina yang ditandingi calon Cina PKR pada pilihan raya umum lalu.

Namun ada kemungkinan ruang diberi kepada DAP untuk mencuba nasib meletakkan calon Melayu di kawasan yang ditandingi PKR pada PRU12 sebagaimana yang diuar-uarkan parti itu sebelum ini.

Mustafa berkata, meskipun Pas bertanding kurang kerusi berbanding PKR, parti itutetap diberi tempat untuk bertanding di kebanyakan kawasan majoriti Melayu.

"Pas tetap akan jadi tulang belakang bagi PR," katanya.-Utaranews


Pisau nak ingatkan satu mimpi basah seorang presiden PAS tidak lama dahulu,realitinya para pemimpin PAS hanya ibarat hero kampung,dengan penyokong sendiri beranilah tunjuk gagah,hebat,berani,macho dan pelbagai macam aksi lagi disebabkan akan ada pihak yang akan bertakbir dan bertepuk tangan.
Pisau kata "PAS bohong penyokong sendiri "

Penang CM For Penang kia..!

Posted: 01 Aug 2012 01:00 AM PDT

Pisau kata " orang penang suka laksa Melaka...betui ka?"

PAS Mengaku Hudud Bukan Agenda Utama Sebab Patuh Pada DAP

Posted: 31 Jul 2012 11:00 PM PDT

Apa nak dikata...Nah..ini yang dikatakan cheap sale..Umat Islam diperbodohkan dengan skim jihad fisabillah..sekejap nak hudud..bila dijerkah DAP terus U turn...

Korang tengok video ni..
PAS Mengaku Hudud Bukan Agenda Utama

Pisau kata " Nasrudin Tantawi tengok video ni mesti comfirm cirit birit"

Guan Eng Ludah Hudud Depan Mat Sabu PAS Tunduk Taat Dan Patuh!

Posted: 31 Jul 2012 06:00 PM PDT

Hari ini selepas Karpal berdehem tiba pula giliran Lim Guan Eng rasis chauvanis ultrakiasu buka mulut. Katanya DAP bekerjasama dengan PAS berdasarkan prinsip bersama yang memanfaatkan rakyat dan 'dengan mata terbuka', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Bertambah memeritkan kenyataan Guan Eng dibaca didepan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS hingga membuatkan bapak komunis melayu PAS ini hanya mampu menundukkan kepala tanda taat dan patuh kepada kekandanya.


"Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.


"Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta pelaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.


"Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan," kata Lim.


DAP dan PAS, tambahnya, boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama "yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita".


Untuk sebab itulah, katanya, DAP dan PAS telah menandatangani "dasar bersama" yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.


Jelas, 'dasar bersama' tersebut, tegas Lim, tidak menyebut tentang pelaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.Maka realitinya Hudud ditong sampahkan didepan PAS oleh DAP.


Seperti biasa Guan Eng tidak pernah lupa untuk berbohong katanya DAP tidak pernah menyalahgunakan imuniti parlimen untuk menonjolkan video seks Soi Lek. Kerana menyangkakan semua orang sebodoh khawarij PAS,Guan Eng tidak pula ingatkan siapakah yang mendedahkan video skandal Vijandran yang heboh sebelum ini.


Tokoh Islam khawarij ini bercakap seolah beliau seorang yang maksum ,tidak pernah berniat jahat dan gambarkan dirinya adalah mangsa ."Kami juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan buat terhadap saya dan keluarga saya," kata Guan Eng.Sedangkan semua orang masih tidak lupa bagaimana beliau dan ayahnya menyerang Najib dan Rosmah mengenai fitnah pembunuhan Altantuya pada setiap kali ceramah mereka diseluruh negara.


Tokoh Islam khawarij PAS ini juga mengakui bahawa Umno-lah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak. Membandingkan dengan tindakan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah "Allah"


Apa yang dapat kita lihat Guan Eng sendiri mengakui perjuangan Umno kepada Islam amat jelas dan tidak hipokrit malah beliau sendiri mengakui secara terbuka khawarij PAS adalah anjing yang taat dan patuh kepada DAP.

Mana nak letak maruah kaum puak PAS nih?

Pisau kata " plasterman mr Lim Guan Eng.. Phaik Kheng duduk rumah baru ka?"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...