BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SELANGOR MENCATAT SEJARAH !!! RUMAH URUT BERADA DI HULU SELANGOR !!!

Posted: 01 Aug 2012 11:51 AM PDT


Tidak pernah dalam sejarah wujudnya rumah urut di Hulu Selangor,khususnya di kawasan Batang Kali ini namun kini,secara kasarnya sudah nampak tiga buah rumah urut di sini,satu sejarah baru yang ditempa sejak kerajaan Pakatan Pembangkang memerintah Selangor,ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.Tambahnya,hakikatnya ianya lebih dari itu malah kewujudan hotel-hotel bajet di kawasan Batang Kali juga menyumbang kegiatan-kegiatan tidak bermoral,contohnya baru-baru ini ada budak sekolah yang ditangkap di hotel bajet tersebut kerana melakukan kegiatan maksiat.

"Saya hairan dengan dasar kerajaan negeri yang membenarkan pembukaan rumah-rumah urut dan hotel bajet di kawasan luar bandar contohnya di kawasan Batang Kali ini.Dalam masa yang sama, ini juga melambangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan sahaja Menteri Besar tetapi juga EXCO Agama Islam yang jelas menjadi patung kepada DAP,membenarkan apa sahaja kemungkaran yang berlaku tanpa ada batasannya.Dia tak boleh buat apa di negeri Selangor ini melainkan mengikut telunjuk DAP," ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Utusan Malaysia
melaporkan persatuan-persatuan pengguna mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.Berikutan itu,mereka mahu kerajaan negeri terbabit menjelaskan rasional tindakan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan operasi pusat urut dan hiburan terutama yang bertumpu di kawasan-kawasan komersial berhampiran kediaman penduduk.

EKSKLUSIF !!! AKAN TERCAPAIKAH IMPIAN LAJIM UKIN MENJADI KETUA MENTERI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Aug 2012 11:11 AM PDT


Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada.Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri,lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya.Bekas MT UMNO dari Sabah,Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri.Rakyat Sabah sendiri pun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya.Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah,Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah.

Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz,selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat.Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi,politik ugut pula yang jadi galang ganti.Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan,jika tidak,tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi.Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya.Beberapa ketika sebelum inipun,rakannya dari Kedah,Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM.Manakala beberapa tahun dahulu pula,seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM,akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi.

Pendek kata,sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu,mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri.Mungkin dari segi jangka masa pendek,ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan.Pun demikian,daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal.Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya.Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri.

Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri,ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana.Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi.Orang-orang tua selalu berpesan,bila dengan guruh di langit,air dalam tempayan jangan dicurah buang.Hari yang mendung,guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun.Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri,mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang ??? Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.

RENUNG-RENUNGKAN

HUDUD PUNCA PR GAGAL KE PUTRAJAYA - KARPAL SINGH !!!

Posted: 01 Aug 2012 05:00 AM PDT


Bertalu-talu pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud.Pening betul mereka dengan sikap putar-belit dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud.Namun,semakin PRU menghampiri,seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi 'pejuang hudud' dan Negara Islam.Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.Akhir-akhir ini,PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP.Parti ini digelar sebagai barua,balaci,kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP,hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam,seperti isu murtad sekali pun.

Dengan PRU semakin hampir,PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja.Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan 'tak berapa cerdik' yang mula memenuhi parti itu,masyarakat semakin memandang sinis akan 'keIslaman' PAS.Justeru itu,tidak dapat atau tidak putrajaya,PAS terpaksa kembali memainkan 'hudud' sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan.Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.

Ternyata,PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.Sebenarnya,PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud.'Hudud' bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata.PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.Jika ada yang masih menyokong PAS,ia bukan kerana hudud,tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam.Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.Namun,sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! FARID ISMETH TERIMA UGUTAN DARI PAKATAN HARAM KERANA BONGKAR KEBENARAN ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 31 Jul 2012 11:56 PM PDT


sebelum ini saya telah keluarkan video Pengakuan Farith Ismeth Berkenaan Dengan Fitnah Kononnya Beliau Ada Hubungan Dengan Datin Seri Rosmah Mansur.Apakah anda masih lagi merasakan Farid Ismeth Emir seorang yang pembohong dan penipu dalam kenyataannya seperti mana yang beliau nyatakan sebelum ini ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA


apa pun,Apa yang beliau nyatakan adalah benar dan bukanlah satu pembohongan,malah beliau akui fitnah yang datang dari puak pakatan haram ini bukanlah baru tetapi sudah berakar umbi sejak 11 tahun yang lalu yang mana dimainkan oleh pakatan haram bagi mewujudkan persepsi.rakyat malaysia boleh percaya cerita ini.anda nampak dari situ ??? puak pakatan haram yang mainkan cerita ini pembohong besar.satu lagi cerita pun sama juga Puak Pakatan Haram cuba menyerang Farid Ismeth Emir dengan bermacam macam gelagat baik melalui talifon,sms,emel dan bermacam macam lagi.Itulah pihak pakatan haram yang kita tahu cukup jelek dalam permainan politik mereka sampaikan fitnah sudah sebati dalam hidup mereka.lihat video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KERAJAAN NEGERI SELANGOR HABISKAN RM15 RIBU UNTUK JAMIN RAFIZI RAMLI ???

Posted: 31 Jul 2012 11:37 PM PDT


Menteri Besar Selangor telah menubuhkan satu dana khas dari pihak kerajaan negeri selangor bagi membantu Rafizi Ramli yang ditahan pagi tadi atas kesalahan mengbongkarkan maklumat perbankan tanpa persetujuan bank dan pemegang akaun.Turut didakwa ialah Johari rakan sekutu dan bekas kerja bank RHB yang menyalurkan maklumat kepada Rafizi.

Persoalan penulis,Siapakah Rafizi sehingga Kerajaan Selangor menubuhkan dana untuk membantu kos guaman Rafizi? Bukankah duit dana itu adalah duit yang dibayar oleh rakyat selangor melalui cukai? Kini dana itu akan digunakan untuk kepentingan ahli PKR. Apakah rakyat selangor setuju dengan penggunaan dana ini? - Shashi

SAYA PUN NAK SOAL JUGA !!!

BILA NAK SELESAIKAN MASALAH AIR ???

APA KATA SELESAIKAN MASALAH AIR TU ???

RAKYAT JUGA SELESA NANTI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAFIZI LEMBU KENA BAYAR RM15 RIBU UNTUK IKAT JAMIN BERKENAAN BAFIA !!!

Posted: 31 Jul 2012 10:23 PM PDT


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR),Mohd Rafizi Ramli ditahan polis pada pagi Rabu atas dakwaan mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).Beliau didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

"Saya telah ditahan di bawah Bafia, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau.

"Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi," katanya lagi.

Rafizi didakwa mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah BAFIA.Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR,sebagai penjamin. - Kl Pos

4 KESALAHAN AKTA BAFIA, 1989 : KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA DICABUL OLEH RAFIZI RAMLI

Pada 7 Mac 2011,BekasPenasihat Ekonomi di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dan juga PengarahStrategik PKR, Rafizi Ramli telah menyebarkan kepada umum melalui media massatentang maklumat peribadi akaun pelanggan Public Bank Berhad.

Akibat dari tindakan itu,laporan polis dan laporan kepada Bank Negara Malaysia telah dibuat namunsetelah hampir lima bulan berlalu (sehingga surat ini ditulis), tidak adaapa-apa tindakan yang diambil oleh pihak polis dan BNM keatas Rafizi Ramli.

Kita perlu ketepikan soal samada tindakan Rafizi itu bermotif politik atau sebaliknya, namun isu utamaialah Rafizi Ramli telah menceroboh maklumat akaun peribadi pelanggan bank dan mengedarkannyauntuk tatapan umum dan secara tidak langsung terdedah kepada keselamatan danmaruah pemiliknya.

Kelemahan kita dalam menangani isu yang cukup kritikal ini telah dijadikan cerminan kepadakebanyakan pengguna bank dan pelabur asing luar tentang integriti dankredibiliti institusi kewangan Negara dalam menjaga hak privasi pelanggan bankdan juga kedaulatan undang-undang Negara. Seperti yang ditegaskan sendiri olehAhli Parlimen Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim :

Negara akan berdepan pelbagai masalah jika maklumat peribadi pelanggan boleh dijualbeli oleh sesiapa sekali gus membantutkan usaha kerajaan dalam mencapai negaraberpendapatan tinggi.

Ini kerana,bank merupakan institusi terpenting dan asas kepada matlamat itu dan iatidak mungkin akan tercapai sekiranya kedudukan dan nama baik bank-bank diMalaysia terjejas.(Utusan Malaysia, 31/5/2012)

Terdapat empat (4) pembohongan yang melanggari akta BAFIA oleh Rafizi Ramli yang kita kirapihak-pihak yang bertanggunbgjawab harus segera bertindak agar reputasiInstitusi kewangan dan perbankan kita terus dianggap sebagai antara yangterbaik di dunia dalam konteks kerahsiaan dan keselamatan maklumat akaunpelanggan bank tempatan mahupun pelabur luar.

Pertama,Rafizi telahmencerobohi 21 akaun peribadi dan syarikat pelanggan Public Bank Berhad.Pencerobohan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli ini boleh kita fahami sendirdalam kandungan akta BAFIA 1989 yang menyebut seperti berikut :

BANKING AND FINANCIALINSTITUTIONS ACT 1989

PART XIII INFORMATIONAND SECRECY

Restriction oninquiring specifically into affairs of a particular customer

96. Except as providedin section 43 (2), and without prejudice to the powers of inspection,examination, investigation or inquiry conferred on the Bank or on aninvestigating officer under this Act, nothing in this Act shall— (a) authorisethe Minister to direct the Bank; or (b) authorise the Bank, to inquirespecifically into the affairs of any individual customer of any licensedinstitution.

Secrecy

97. (1) No director or officer of any licensedinstitution or of any external bureau established, or any agent appointed, bythe licensed institution to undertake any part of its business, whether duringhis tenure of office, or during his employment, or thereafter, and no personwho for any reason, has by any means access to any record, book, register,correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to theaffairs or, in particular, the account, of any particular customer of theinstitution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwisedisclose, to any person, or make a record for any person, of any information ordocument whatsoever relating to the affairs or account of such customer.

97. (3) No personwho has any information or document which to his knowledge has been disclosedin contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose thesame to any other person.

Kedua, Rafizi Ramli telahmendakwa bahawa beliau memperolehi maklumat akaun tersebut melalui seorangpekerja Public Bank yang didakwanya sebagai "whistle blower". Hari ini kitadapati pekerja bank tersebut menafikan beliau adalah "whistle blower" dan inicukup jelas bertentangan dengan dakwaan Rafizi. Kita khuatir, terdapat unsur-unsurrasuah dalam situasi ini dimana Rafizi Ramli berkemungkinan menawarkan "habuan"kepada pekerja bank tersebut.

Kesalahan ketiga Rafiziialah meletakkan tekanan yang cukup dasyat keatas pekerja bank tersebut yangkita kenali dengan nama Johari Mohamad hingga beliau diberhentikan kerja setelahhampir 15 tahun perkhidmatannya bersama Public Bank. Ada yang menyebut hariini, Rafizi Ramli telah tinggalkan Johari tanpa memberi apa-apa pertolonganseperti yang pernah dijanjikan oleh Rafizi sendiri dalam salah satu sidAngakhbarnya. Kita boleh rujuk semula di (minit ke 6:8 – 6:16)

http://www.youtube.com/watch?v=vKPU1xNey1E&feature=related

Manakala kesalahan keempatyang dilakukan oleh Rafizi Ramli dalam konteks akta BAFIA, 1989 ini ialahbeliau telah dengan secara terbuka kepada media membuat pelbagai manipulasi dansalah guna fakta untuk mempengaruhi kerajaan dan orang ramai. Bukan sahajamembuat sidang akhbar terbuka, malah lebih dasyat lagi beliau telah edarkandalam bentuk cetakan maklumat terperinci akaun pelanggan Public Bank kepadaseluruh wakil media yang hadir.

Apa lagi yang tidak kenadengan sistem Undang-Undang Negara kita sehingga individu seperti Rafizi Ramliyang telah secara jelas mencabuli undang-undang BAFIA masih lagi bebas terusmenerus memanipulasi banyak perkara berkaitan kerajaan bukan sahaja tentang NFCmalah termasuk Prasarana, FELDA dan PTPTN?

Bersempena dengan bulanRamadhan yang mulia ini, sama-samalahkita mencari kebenaran hakiki yangselama ini terlalu banyak kebenaran itu disembunyikan dan dinafikan olehindividu yang taksub dengan politik semata-mata.

"Barang siapa yang beriman kepada Allah danhari akhirat maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja" - Hadisriwayat Bukhari

Wan Mahmoud Wan Abd Mutalib,58
Kelantan

DENGAR CERITA RAFIZI LEMBU SESAK NAK BAYAR DUIT KAT MAHKAMAH !!!

SIAP MINTA DERMA !!!

APA CERITA NI ???

SALAH SENDIRI !!!

TANGGUNG LAH !!!

LAIN KALI JANGAN BONGKAR AKAUN ORANG !!!

ADA FAHAM RAFIZI ???

CAKAP LEBIH-LEBIH NANTI SAYA PULAK KENA SAMAN !!!

HANYA SATU SOALAN SAYA !!!

KALAU AKAUN ANDA DI CABULI !!!

APA ANDA BUAT ???

RENUNG-RENUNGKAN

ISU BONUS !!! PAKATAN HARAM MEROYAN DAN MENUDUH KERAJAAN GUNA DUIT IMF ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 31 Jul 2012 07:00 PM PDT


apa cerita dengan pakatan haram ni ??? kesian saya tengok,nampaknya,terdesak dan tertekan sungguh para pemimpin pakatan haram ni apabila melihat keprihatinan berterusan Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat dan di masa yang sama tidak lupa menghargai jasa golongan penjawat awam.Ramai pemimpin pakatan haram melihat keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu bala yang bakal menjahanamkan propaganda politik persepsi yang sedang mereka galak jalankan sekarang.Riuh rendah dan kehangatan kem pakatan haram dapat dilihat jelas dari komen ramai pemimpin mereka yang cuba meremehkan setiap usaha dan program bermanfaat yang dijayakan oleh Kerajaan BN.Tidak terkecuali,jentera propaganda maya mereka juga tumpang semangkuk untuk merencatkan keberkesanan usaha-usaha pemimpin BN dengan menabur seribu satu tohmahan.Dalam satu rencana di blog suarapakatanrakyat.com pada 27 Julai lepas,blog tersebut telah memanjangkan hasad dengki pemimpin pakatan haram dengan secara terbuka menuduh Kerajaan BN telah meminjam wang dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) semata-mata untuk melunaskan bonus Aidilfitri tempohari.Selain itu,semua program transformasi dan agenda membantu rakyat yang diterjemahkan melalui beberapa program seperti BR1M,KR1M,KAR1SMA,bantuan persekolahan dan lain-lain juga didakwanya datang dari wang pinjaman IMF.Tanpa satu pun fakta dan bukti jelas,blog tersebut meneruskan tradisi kelaziman pakatan haram dengan menuduh semberono dan membuat dakwaan serong yang tidak jelas hujung pangkalnya.

Sedangkan Kerajaan BN melalui kenyataan PM,Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan acapkali menjelaskan apa sahaja program bantuan mahupun pemberian bonus yang telah,sedang dan akan dilaksanakan semuanya dilakukan mengikut kemampuan kantung kerajaan.Kerajaan BN takkan mencari nahas dengan sengaja meminjam wang dari IMF apatah lagi sejarah merekodkan saat negara dihimpit dengan masalah ekonomi berikutan serangan penyangak matawang pada 1997/98 dulu pun tidak sesekali kita tunduk dengan bantuan kewangan yang mahu dihulur oleh IMF.Jika adapun pinjaman yang pernah kita buat ialah melalui Bank Dunia,sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dengan IMF.Bank Dunia boleh diibaratkan sama seperti bank-bank tempatan yang memberi pinjaman jangka masa pendek dan panjang untuk pelanggannya manakala IMF saling tak ubah seperti along yang gemar mencekik darah orang susah yang terperangkap dengan janji manisnya.

Ringkasnya,beza kedua-duanya umpama jauhnya langit dari bumi.Pun begitu,walau kedua-duanya jelas berbeza peranannya,rasanya ramai yang tidak lupa pemimpin pakatan haram pernah juga mempolemikkan isu pinjaman dengan Bank Dunia untuk menggambarkan kantung kerajaan telah kempis dan tak berduit.Walhal,bagi yang celik akal,urusan kita dengan Bank Dunia sudah bermula sejak tahun 1950-an malah tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan pun pernah beberapa kali Anwar mewakili kerajaan melakukan urusan pinjaman dengan Bank Dunia.Apapun,satu perkara yang perlu anda faham adalah nawaitu utama pakatan haram melontarkan tuduhan terhadap kerajaan bersabit soal kewangan,tujuannya tak lain tidak bukan hanyalah semata-mata mahu rakyat kebanyakan menjadi ragu dan was-was dengan keupayaan urus tadbir Kerajaan BN yang memerintah.

RENUNG-RENUNGKAN

SUNGGUH BIADAP !!! PROMOSI ARAK PADA BULAN PUASA DI PULAU PINANG !!! APA CERITA NI ???

Posted: 31 Jul 2012 05:58 PM PDT


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria".

"Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini,Selasa.

Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri,Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. - Bernama

ISU AIR !!! KERAJAAN SELANGOR JANGAN SALAHKAN SYABAS !!! TOLONG FIKIR MASALAH RAKYAT !!!

Posted: 31 Jul 2012 04:00 PM PDT


Krisis air yang melanda Selangor sekarang bukanlah kerana kekurangan sumber bekalan air mentah tetapi bahana sikap degil Kerajaan Negeri yang masih enggan melaksanakan projek Loji Rawatan Langat 2.Kerajaan Negeri PKR pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap lebih rela menjadikan rakyat sebagai mangsa dan mengkambinghitamkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) demi survival politiknya.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Dato' Shohaimi Shahadan berkata,Abdul Khalid terus bermain politik dengan menyalahkan Syabas yang dikatakan gagal memberikan perkhidmatan terbaik dalam membekalkan air kepada rakyat Selangor,sedangkan hakikat sebenar kegagalan itu berpunca daripada kerajaan negeri sendiri.

"Rakyat harus faham bahawa Syabas hanya operator agihan air yang membeli air-air yang telah di rawat untuk di bekalkan kepada pengguna dan tugas memastikan infra dan prasarana asas air yg perlu du bangunkan agar bekalan air di loji rawatan air mencukupi terletak di bawah kerajaan negeri.Syabas sedang mengalami kekurangan air untuk dibekalkan kepada rakyat tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya masih berdolak-dalik memberikan pelbagai alasan yang mengelirukan.Apa yang berlaku di Taman Pangsapuri Putra Budiman di sini adalah kerana keegoan dan keangkuhan Abdul Khalid kononnya bekalan air masih mencukupi sedangkan penduduk di sini sudah hampir seminggu terseksa kerana bekalan air terpaksa dicatu.jika masalah ini tidak di selesaikan dengan baik banyak lagi kawasan-kawasan baru yg akan terbabit,"ujarnya selepas Program Kami Prihatin serta penyampaian sumbangan tong air dan gotong royong mengangkut bekalan air untuk penduduk Taman Putera Budiman,Balakong semalam

Rakan Blogger Sahabat Gunung Melaporkan Tambahnya,masalah ini tidak akan menjadi isu sekiranya kerajaan negeri mengenepikan soal politik dan mengutamakan rakyat dalam tindakan.Mereka sering melaung-laungkan 'pakatan rakyat' untuk rakyat tetapi mereka sebenarnya bukan sahaja menipu diri sendiri, bahkan menipu rakyat.Kasihan kerana rakyat di taman ini mengharungi keadaan tidak selesa,mengangkut air yang disediakan Syabas sehingga ke tingkat lima dalam keadaan berpuasa.Lebih menyusahkan,apartmen ini pula tidak disediakan kemudahan lif.

"Bagaimana kerajaan negeri mengatakan krisis air tidak berlaku sedangkan ada rakyat menderita kerana tidak mendapat bekalan air ??? Jika kerajaan Selangor pandai menguruskan air, sudah tentu keadaan ini tidak akan berlaku.Malangnya,kerajaan Selangor tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri lantas menuding jari menyalahkan orang lain pula.Kita tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa kesombongan dan kedegilan kerajaan negeri. Semua rakyat Selangor perlu bersatu menuntut kerajaan negeri menyegerakan pembangunan Loji Rawatan Langat 2 Atau,tolak kerajaan negeri sedia ada pada pilihan raya umum akan datang kerana jelas mereka lebih gemar berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat dan janji yang tidak di tunaikan," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Dalam keadaan rakyat menderita tidak ada air ini pun kerajaan negeri masih hendak berpolitik. Mereka bersaing dengan Syabas menghantar bekalan air kepada penduduk menggunakan lori besar, sedangkan masalah yang berlaku adalah kesilapan mereka sendiri.

"Mereka boleh meminta Syabas menambah lori-lori bekalan air jika di fikirkan perlu bukannya mencari publisiti murahan menghantar lori air dan war-warkan ke seluruh Malaysia kononnya merekalah yang prihatin sekadar mengkaburi mata rakyat.Mereka cuba membasuh dosa itu dengan menagih simpati daripada rakyat, kononnya ia bukti keprihatinan mereka. Amat jelas ini perbuatan tidak bertanggungjawab memandangkan tugas memastikan bekalan air terawat kepada rakyat merupakan tugas asas kerajaan negeri yang perlu di beri keutamaan," tambahnya lagi.

ADAKAH INI MENTERI BESAR ANDA YANG MENGATAKAN PENTADBIRANNYA TULUS WAHAI RAKYAT SELANGOR ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...