UMNO Online - “Projek Langat 2 Mesti Diteruskan, Tolak Sikap Bodoh Sombong Kerajaan Selangor – GPRS” plus 4 more |
- Projek Langat 2 Mesti Diteruskan, Tolak Sikap Bodoh Sombong Kerajaan Selangor – GPRS
- Krisis Air: Khalid Ibrahim Beromong Kosong …. Buktikan …
- Najib Ajak Anggota Parti Setia, Ikhlas dan Tidak Kejar Jawatan
- Umat Islam Perlu Ambil Bahagian Dalam Pembangunan Ekonomi
- RCI Diberi Masa Enam Bulan Selesai Masalah Pendatang Asing
Projek Langat 2 Mesti Diteruskan, Tolak Sikap Bodoh Sombong Kerajaan Selangor – GPRS Posted: 11 Aug 2012 11:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Kapasiti pengeluaran air sedia ada di kesemua loji rawatan air di negeri ini pada masa ini telah pun mencapai tahap pengeluaran maksimum ataupun melebihi had kapasiti rekabentuk. Dengan keadaan rezab bekalan air yang rendah pada masa ini, kemungkinan situasi pembekalan air yang kritikal boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya terdapat gangguan di loji rawatan air. Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, disebabkan peningkatan permintaan bekalan air berbeza mengikut kawasan, terdapat sesetengah kawasan pada masa ini kadar permintaannya hampir sama atau melebihi tahap pembekalan. "Ini secara langsung mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan tersebut terutama semasa penggunaan puncak terutama di kawasan berpenduduk padat seperti yang berlaku di Pangsapuri Putra Budiman, Taman Bukit Belimbing dan beberapa kawasan lain yang menghadapi catuan air sejak beberapa minggu lalu. “Penyelesaian masalah ini bagi jangka masa panjang ialah mendapatkan bekalan air menerusi sumber yang baru seperti Projek Penyaluran Air Mentah (PPAM) dari Pahang ke Selangor dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). “Malangnya projek ini tidak dapat berjalan dengan lancar akibat kedegilan dan keengganan Kerajaan negeri untuk meneruskannya kerana mendakwa projek tersebut untuk kroni Barisan Nasional (BN) dan menakut-nakutkan rakyat dengan kemungkinan tarif air akan meningkat," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas melawat tapak Projek Langat 2 bersama Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar di sini, Sabtu. Tambahnya, kerajaan negeri tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan kenaikan tariff air kerana projek Langat 2 masih belum dimulakan. Jelas beliau lagi sebenarnya tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tariff air, bukan Kerajaan Pusat. "Kerana itu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (NGO) membawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin tempatan dan media massa melawat projek Langat 2 yang tidak dapat diteruskan untuk melihat sendiri kepentingan dan keperluan loji ini bila siap dibina kelak. “Memang benar sekarang ini Selangor tidak mengalami masalah dari sumber air mentah seperti yang dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya, tetapi masalah sekarang ialah bekalan air terawat yang semakin berkurangan”, ujarnya. Tambah beliau lagi air terawat inilah yang akan digunakan untuk keperluan seharian seperti minum dan mandi, bukannya menggunakan air mentah yang disedut secara terus dari empangan, sungai atau lombong. Katanya air mentah dari Pahang yang disalurkan melalui terowong adalah paling efektif kerana jarak yang tidak jauh (dalam lingkungan 500km berbanding Tasik Kenyir yang lebih jauh jaraknya seperti dicadangkan kerajaan negeri), di samping loji baru yang memerlukan sumber air yang lebih banyak lagi. “Memang dalam situasi sekarang tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti kata Abdul Khalid bahawa paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan. “Namun bayangkan jika berlaku kemarau panjang akibat perubahan cuaca menyebabkan krisis air 1991 akibat fenomena El-Nino boleh berulang kembali”, katanya. Malah jelas beliau lagi Suruhanjaya Air Negara (SPAN) menjangkakan jumlah bekalan air sedia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. “Bekalan air yang dapat dikeluarkan 34 loji rawatan air Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja”, katanya. Dalam masa yang sama, GPRS turut membidas kenyatan dangkal Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar bahawa paras air empangan di negeri ini melimpah dan tidak digunakan, menunjukan beliau tidak mendapat maklumat yang betul atau sengaja mempamer sisi kebodohan beliau. Sohaimi yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang seterusnya berkata air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. “Untuk pengetahuan Xavier, air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja jika digunakan secara berterusan. "GPRS turut kesal dengan sikap prejudis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menuduh krisis air sengaja direka bagi membolehkan projek Langat 2 diteruskan untuk diberikan kepada Puncak Niaga sebagai habuan. “Beliau bercakap tanpa bersandarkan maklumat yang sahih, hearsay dan hanya berpandukan kepada tuduhan semata-mata”, katanya. Tegas beliau lagi ini adalah kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab daripada seorang pemimpin kerajaan pakatan pembangkang yang penuh hasad dengki dan sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan politik. “Saya mencabar beliau datang ke tapak projek ini untuk meninjau dan mendapatkan maklumat yang benar mengenai projek Langat 2 yang dibina untuk kepentingan rakyat. Bahkan projek ini jika siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menguruskannya. “Justeru GPRS mendesak agar kerajaan negeri tidak bermain politik demi keperluan dan kepentingan rakyat dan menyokong langkah Kerajaan Pusat meneruskan projek Langat 2 demi rakyat Selangor," tambahnya lagi. Jelas beliau pengalaman lepas yang pernah dialami rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada kerajaan negeri untuk mengetepikan perbezaan politik dan kepentingan kepartian, sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk. Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air terus disekat, bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat bahkan memberi kesan buruk kepada ekonomi. "Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama dan jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi. Jika sesuatu buruk berlaku kepada rakyat pada masa akan datang, Abdul Khalid perlu bertanggungjawab! “Sekali saya memetik perumpaan yang diberikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa tidak guna jika kita mempunyai bekalan padi yang banyak tetapi tidak mempunyai kilang untuk memproses menjadikannya sebagai beras. “Rakyat mahu makan beras, bukan padi. Oleh demikian menjadi tugas dan tanggungjawab menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan beras yang secukupnya kepada rakyat," ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia. -MediaUMNO |
Krisis Air: Khalid Ibrahim Beromong Kosong …. Buktikan … Posted: 11 Aug 2012 07:18 AM PDT Hulu Langat, 11 Ogos – BN Selangor hari ini mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengotakan kenyataannya selama ini dalam menyelesaikan krisis air di negeri Selangor. Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan termasuk berjanji akan menyelesaikan masalah air di Selangor menjelang September. berhasrat untuk memecat dua orang pegawai tertinggi Syabas. "Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh koperat yang hebat jadi sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus menggunakan otak serta mengotakannya. "Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah… kalau kajian pun tak buat jadi bagaimana nak selesaikan masalah. Tambahnya, kerajaan pusat dibawah pemerintahan Barisan Nasional telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998 iaitu ketika Selangor mengalami krisis air. Katanya, selepas 7 tahun membuat kajian pada tahun 2005 barulah projek terbabit dimulakan. "Berbeza dengan kerajaan Selangor, kita buat kajian selama 7 tahun dan mereka buat kenyataan hanya dalam 7 minit kononnya nak selesaikan isu air. Sebab itu kita lihat kenyataan Khalid selalunya tak konsisten kerana mereka hanya pandai bercakap dan janji tetapi tidak pernah turun padang dan lihat sendiri," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan terowong Loji Air Langat 2 di Hulu Langat. Bersama-sama dalam lawatan tersebut ialah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Johan Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Dato' Sohaimi Shahadan, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor. Menurut Noh, tujuan lawatan tersebut dibuat adalah kerana kerajaan pusat telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan projek terbabit walaupun ditentang oleh kerajaan Selangor. Beliau menambah, Khalid sebelum ini tidak habis-habis membuat kenyataan kononnya mahu menyelesaikan krisis air yang berlaku namun sehingga kini tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin mahupun pegawai tertinggi kerajaan negeri yang melawat ke tapak projek berkenaan. "Apa yang kita lihat kerajaan negeri sentiasa memberikan bangkangan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat dibawah kepimpinan BN… jadi kita nak tahu apa asas kerajaan negeri nak membangkang projek ini sedangkan ia adalah untuk kepentingan rakyat. "Kalau betul nak selesaikan maka mereka harus bertindak bukan hanya bercakap… kita difahamkan sehingga ke hari ini bukan sahaja Khalid, malah pihak UPEN atau pegawai kerajaan tidak ada seorang pun yang pernah sampai ke tapak terowong loji ni. Jadi exco-exco ini hanya tahu bercakap saja tapi tak pernah turun ke padang," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1890 juta liter sehari dari Karak, Pahang ke Hulu Langat melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air. Air ini akan dirawat di Loji Rawatan Air Langat 2 yang dicadangkan untuk dibekalkan ke kawasan Lembah Klang dan sekitarnya bagi memenuhi permintaan air sehingga tahun 2025. Sebuah empangan (Empangan Kelau) juga dibina bagi menjamin aliran air yang mencukupi di Sungai Semantan. Projek ini diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi. Apabila siap kelak, terowong penyaluran air yang sedang dibina merupakan terowong air mentah yang terpanjang di Asia Tenggara dan keenam di dunia. |
Najib Ajak Anggota Parti Setia, Ikhlas dan Tidak Kejar Jawatan Posted: 11 Aug 2012 06:55 AM PDT KIMANIS, 11 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal setia pada perjuan parti dan tidak terlalu mengejar jawatan demi pembangunan negara. Beliau berkata pemimpin yang ikhlas dan setia harus menjadi pilihan rakyat sepertimana di bawah prinsip dalam agama Islam dan sunnah Rasulullah. “Rasulullah sudah bagi landasan nak pilih atau lantik seseorang, jangan gila jawatan…jangan duk beria sangat…kalau mahu sesuatu pun, tidak boleh ikut hawa nafsu dan perasaan,” katanya. Katanya beliau masih ingat pesanan allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang masih relevan iaitu: “Kalau hendak jadi seorang pemimpin dan nak kepimpinan diberkati Allah, disenangi dan diterima rakyat, kita mesti seorang pemimpin jujur dan ikhlas”. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka berbuka puasa bersama rakyat di SMK Bongawan II, kira-kira 85 kilometer dari bandar Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Lebih 10,000 penduduk pelbagai kaum memeriahkan majlis yang turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO yakin dan percaya hanya ”parti penyelamat” UMNO dan BN mampu menjadi badan yang dapat menyerlahkan lagi potensi Sabah untuk terus maju. Beliau turut melahirkan keyakinan BN negeri melalui barisan kepimpinannya yang hebat tidak akan goyang meskipun ”sedikit berkocak” dengan segelintir pemimpin yang bertukar haluan. “Biasalah kalau air di dalam cawan berkocak sedikit…kalau ada goyang sedikit pun seronok juga tetapi saya yakin kita tetap dapat pertahankan Sabah dengan kepimpinan dari Musa dan barisan rakan-rakannya,” katanya. Katanya keikhlasan adalah penting dalam perjuangan membela nasib rakyat dan tidak sepatutnya menjadikan parti sebagai batu loncatan dan perlu sentiasa menyokong dasar-dasar perjuangan parti yang berjaya memakmurkan negara dari Semenanjung sehingga ke Sabah. ”Kalau ikut sejarah UMNO, sesuatu parti akan terus kekal memimpin dengan mempunyai pemimpin yang sentiasa jujur, ikhlas dan kuat berdiri di belakang parti. Kita lihat sahaja Datuk Onn Jaafar bila keluar parti, tiada sokongan tetapi kemudiannya anaknya (Tun Hussein Onn) yang dalam UMNO dapat jadi perdana menteri,” katanya. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut meluluskan pembinaan masjid baharu daerah Kimanis dan menurutnya kerajaan juga akan mengkaji pelebaran jalan raya dari Kota Kinabalu ke Sindumin pada tahun depan. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan dan mualaf. Sementara itu, Menteri Luar China Yang Jiechi turut melakukan kunjungan hormat ke atas Najib di sekolah itu sebelum berlepas pulang ke ibu negara. |
Umat Islam Perlu Ambil Bahagian Dalam Pembangunan Ekonomi Posted: 11 Aug 2012 06:43 AM PDT MUAR, 11 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pembangunan ekonomi yang banyak dilaksanakan oleh kerajaan. Beliau berkata ini kerana untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan amat bergantung kepada keupayaan untuk membina kekuatan ekonomi. “Yang paling penting, bukan perancangan kerajaan tetapi penyertaan masyarakat terutama umat Islam dalam negara kita dalam bidang pembangunan iktisad,” katanya dalam ucapan pada majlis tadarus dan khatam Al Quran serta majlis berbuka puasa di Kompleks Pekembar di sini hari ini. Majlis turut dihadiri isteri Muhyiddin, Puan Sri Nooraine Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri BukitSerampang Datuk Tahir Taat. Turut serta lebih 2,000 penduduk kawasan sekitar yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Katanya kerajaan melaksanakan pelbagai program ekonomi untuk membolehkan rakyat menguasai segala bidang ekonomi termasuk pertanian dan pembuatan supaya tidak lagi perlu bergantung pada orang luar. ”Rancangan kerajaan dalam tempoh lapan tahun menjelang 2020, kita harus dapat menarik pelaburan berjumlah lebih RM444 bilion dan ia sudah mula masuk dalam jumlah agak besar. ”Jadi kita mahu umat Islam mengambil bahagian dan turut serta dalam pembangunan ekonomi ini bagi membolehkan ekonomi umat Islam ditingkatkan kerana Islam menuntut kita memperkukuhkan kedudukan,” katanya. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada lebih 1,000 fakir miskin dan anak yatim dari sekitar Pagoh. |
RCI Diberi Masa Enam Bulan Selesai Masalah Pendatang Asing Posted: 11 Aug 2012 04:08 AM PDT KOTA KINABALU, 11 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan perincian dan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) hari ini berkata suruhanjaya itu diberi masa enam bulan untuk menyiapkan siasatan mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah. Perdana Menteri berkata tempoh enam bulan itu bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota RCI dikeluarkan dan laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Katanya suruhanjaya itu akan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong manakala Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai setiausahanya. RCI akan dianggotai empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Cadangan kerajaan persekutuan bagi penubuhan suruhanjaya mbahbaikan kepada prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturanbagi mengelakkan apa-apa ketidakteraturan daripada segi undang-undang. Siasatan lebih lanjut juga perlu berhubung prosedur amalan standard, KOTA KINABALU, 11 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan perincian dan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) hari ini berkata suruhanjaya itu diberi masa enam bulan untuk menyiapkan siasatan mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah. Perdana Menteri berkata tempoh enam bulan itu bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota RCI dikeluarkan dan laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Katanya suruhanjaya itu akan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong manakala Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai setiausahanya. RCI akan dianggotai empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Cadangan kerajaan persekutuan bagi penubuhan suruhanjaya itu mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri di Bangunan Umno, dekat sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Perdana Menteri turut mengumumkan terma rujukan suruhanjaya itu yang Beliau berkata siasatan akan menjurus kepada sama ada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah adalah menurut peruntukan undang-undang. Suruhanjaya juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara (biru) ataukewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih, katanya. Selain itu, Najib berkata RCI juga akan menyiasat sama ada pihak berkuasa Siasatan lebih lanjut juga perlu berhubung prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan mengambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai bagi Malaysia, katanya. “Ia mengesyorkan apa-apa pindaan atau perubahan untuk memantapkan dan Najib berkata RCI juga ditubuhkan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab “Kita juga menyiasat implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dan menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang yang tidak bernegara,” Najib berkata penubuhan suruhanjaya siasatan itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan Persekutuan untuk menyiasat isu-isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di Sabah. Beliau berkata kerajaan berharap rakyat Sabah akan mendapat manfaat daripada penubuhan suruhanjaya siasatan berkenaan dan bersama-sama menyokong kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang berkaitan. Sebelum ini, pelbagai pihak di Sabah termasuk parti komponen BN negeri dan Berdasarkan jawapan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang 2000. “Ia mengesyorkan apa-apa pindaan atau perubahan untuk memantapkan dan Najib berkata RCI juga ditubuhkan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab “Kita juga menyiasat implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dan menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang yang tidak bernegara,” Najib berkata penubuhan suruhanjaya siasatan itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan Persekutuan untuk menyiasat isu-isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di Sabah. Beliau berkata kerajaan berharap rakyat Sabah akan mendapat manfaat daripada penubuhan suruhanjaya siasatan berkenaan dan bersama-sama menyokong kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang berkaitan. Sebelum ini, pelbagai pihak di Sabah termasuk parti komponen BN negeri dan Berdasarkan jawapan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang 2000. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment