PISAU.NET |
- Di Sebalik Status Tenaga ‘Pengajar’, Siapakah Anwar Ibrahim ?
- Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan
- Royalti Minyak: Pembangkang Mengundur Ke Belakang
- @mpkotabelud BERNAS Sokong Pakatan?Iklan Raya Geng BERSIH DAPAT UNTUNG!
- Dulu Negara Islam,Sekarang Negara Kebajikan.
Di Sebalik Status Tenaga ‘Pengajar’, Siapakah Anwar Ibrahim ? Posted: 11 Aug 2012 06:23 AM PDT AIDCNews -10/08/12 – "Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, yang kini di Universiti Georgetown,"begitulah rakaman terima kasih daripada Rand Corporation (Rand Corp) kerana berjaya menerbitkan kerangka utama memerangi 'Islam radikal' dalam laporannya bertajuk "Membina Rangkaian Muslim Moderat" (Building Moderate Muslim Networks). Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dikelompokkan bersama dengan tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia, Filipina dan Singapura antaranya; Ulil Abshar-Abdalla, dari Jaringan Islam Liberal (JIL) dan M Syafi'i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP), dari Indonesia, Amina Rasul-Bernardo dari Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina serta Suzaina Kadir dari Universiti Nasional Singapura. Nama-nama di atas adalah di antara nama yang disebut Rand Corp sebagai "mereka dari dunia Islam yang membantu penyelidikan projek ini dan penyelidikan awal RAND berkenaan trend dalam Islam" Penilai utama konsep laporan itu didominasi oleh kumpulan jesuit, zionis dan sekutunya, antaranya Hillel Fradkin, Pengarah, Pusat Islam, Demokrasi dan Masa Depan Dunia Islam, Institut Hudson; Paul Marshall dari Freedom House; Duta Dennis Ross dan Robert Satloff dari Institut Washington Polisi Timur Dekat; Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir, dan Scott Flipse dari Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa AS; Abdeslam Maghraoui dan Mona Yacoubian dari Institut Keamanan AS; Daniel Pipes dari kumpulan pemikir zionis yang sangat anti-Islam. Selain itu, turut disebut nama-nama seperti John Esposito, Pengarah CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Universiti Georgetown; Ross Johnson dari Radio Liberty yang ditaja oleh CIA, Steven Cook, dari CFR (Council on Foreign Relations) dan Radwan Masmoudi dari CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Menurut Rand Corp, Islam radikal tidak semestinya kumpulan yang mengangkat senjata, tetapi juga merujuk kepada kumpulan yang tidak mengangakt senjata, tetapi mempunyai fahaman untuk kembali kepada ajaran Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah yang menjadi Islam Liberal sebagai musuh utama. "Dalam beberapa kes negara autoritarian, umat Islam radikal menghadirkan diri mereka sebagai alternatif kepada status quo. Mereka melancarkan 'peperangan' dalam media massa dan arena politik, secara terang-terangan atau bawah tanah tanah, bergantung kepada darjah penindasan politik. "Sebahagian besarnya, Islam radikal (dan sebagai kerajaan autoritarian) telah berjaya menakutkan, meminggirkan, atau mendiamkan kumpulan Islam moderat (liberal) iaitu kumpulan yang berkongsi dimensi utama dalam budaya demokrasi kepada pelbagai peringkat", lapor Rand Corp. Laman voa-islam.com menyelar strategi jahat Barat dalam memberi label-label kepada umat Islam, malah menurut laman itu istilah radikal dikelompokkan bersama dengan kumpulan teroris, ekstrem dan fundamentalis. Memetik pandangan John Esposito dalam bukunya, "Islam: The Straight Path" Islam radikal adalah seperti berikut; 1. Mereka berpendapat bahawa Islam adalah satu pandangan hidup yang komprehensif dan bersifat total, sehingga Islam tidak dipisahkan dari politik, hukum, dan masyarakat. 2. Islam radikal seringkali menolak ideologi Barat kerana dianggap sekular dan materislistik. 3. Mereka sering mengajak para pengikutnya untuk 'kembali kepada Islam yang sebenar' sebagai satu usaha untuk perubahan sosial. 4. Mereka tidak menolak modernisasi sekiranya tidak bertentangan dengan standard agama mereka yang ortodok dan perkara-perkara yang tidak merosak kepercayaan mereka. 5. Mereka berkeyakinan, bahwa usaha-usaha Islamisasi dalam masyarakat Muslim tidak akan berjaya tanpa menekankan aspek berjemaah, berorganisasi ataupun pembentukan satu kelompok yang kuat. Menurut laman itu lagi umat Islam dipecahkan kepada empat kelompok iaitu Fundamentalis, Tradisionalis, Modernis dan Liberalis. Kelompok Fundamentalis sangat bahaya menurut Rand Corp dan perlu diperangi kerana ia setaraf dengan kumpulan radikal. Begitu juga dengan kumpulan Tradisionalis, tetapi kumpulan ini masih boleh didekati dan diajak berunding. Manakala kumpulan Liberal menurut RAND Corp merupakan kumpulan Islam yang paling baik dan perlu diberi bantuan oleh Barat, selain itu perlu dibantu juga adalah kumpulan Modernis. "Umat Islam yang Moderat dan Liberal, walaupun merupakan umat majoriti dalam kebanyakan negara Islam, tetapi mereka tidak dicipta menjadi satu rangkaian yang sama. Pembentukan rangkaian Moderat dan institusi Islam akan menyediakan platform untuk menguatkan mesej mereka dan mampu melindungi daripada keganasan dan ugutan daripada kumpulan Fundamentalis. "Moderat, bagaimanapun, tidak mempunyai kekuatan sumber untuk mewujudkan rangkaian sendiri, mereka memerlukan pemangkin dari luar. Dengan pengalaman yang luas sejak dari usaha Amerika Syarikat semasa Perang Dingin untuk memupuk rangkaian yang komited dengan idea-idea yang bebas dan demokratik, maka AS mempunyai peranan penting untuk dimainkan untuk membantu kumpulan Moderat. "Apa yang diperlukan pada peringkat ini adalah mendapatkan pengajaran daripada pengalaman Perang Dingin, dalam menentukan kesesuaian dengan keadaan dunia Islam hari ini, dan membangunkan "peta jalan" untuk pembinaan rangkaian Islam Moderat dan Liberal," lapor Rand Corp. Menurut laporan itu, istilah rangkaian Muslim Moderat merujuk kepada gabungan Muslim Liberal dan Modenis yang perlu dibantu AS bertujuan untuk memerangi kumpulan Fundamentalis dalam dunia Islam. Matlamat Muslim Moderat-Liberal hampir sama dengan matlamat AS untuk meujudkan masyarakat demokratik di dunia Islam. "Secara terbuka dan tertutup AS menekankan tentang kepentingan mengamalkan equliti demokratik liberal, tolenransi, pluralisme, kedaulatan undang-undang, menghormati hak-hak asasi manusia dan masyarakat sivil. "Di samping itu, Jabatan Negara AS dan USAID (U.S. Agency for International Development) telah diberi mandat khusus untuk mempromosi demokrasi. Untuk menterjemahkan matlamat itu, Jabatan Negara dan USAID telah mengikat kontrak dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO), khususnya NED (the National Endowment for Democracy), IRI (the International Republican Institute), NDI (the National Democratic Institute), Asia Foundation, dan CSID (the Center for the Study of Islam and Democracy). NGO-NGO ini merupakan badan-badan bukan keuntungan yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan AS", lapor Rand Corp. Untuk menjayakan perancangan itu, menurut Rand Corp, AS telah mewujudkan MEPI (Middle East Partnership Initiative) dan BMENA (Broader Middle East and North Africa Initiative) khusus untuk mengembangkan demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara yang kemudiannya diterjemahkan sebagai FFF (Foundation for the Future). Anwar Ibrahim dipilih menjadi Pengerusi dan Presiden FFF. Laporan Rand Corp itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle dan diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation (SRF) SRF adalah salah satu topeng CIA, di mana pada lewat tahun 50-an, yayasan ini membantu Allen Dullen, Pengarah CIA dalam menjayakan agenda untuk menakluk dunia menggunakan kaedah 'psychological warfare' (peperangan psikologi). Pada tahun 1990, SRF turut mewujudkan pusat latihan kepimpinan untuk melatih agen-agen CIA. Selain menaja RAND Corp, SRF turut menaja 266 badan stategik antaranya, CSIS (Center for Strategic and International Studies), AEI (American Enterprise Institute), SAIS (Paul H. Nitze School of Advanced International Studies, di Universiti John Hopkins), Brookings Institute, Hudson Institute, Freedom House, dan CFR (Council on Foreign Relations) RAND Corp adalah singkatan kepada "Research and Development" ditubuh pada 1946 sebagai satu projek penyelidikan (Projek Rand) khusus untuk Pasukan Tentera Udara AS (United States Army Air Forces). Pada awalnya RAND Corp hanya ditaja oleh yayasan dana Yahudi, Ford Foundation yang telah menyumbang sebanyak satu juta dolar pada tahun 1952, dan secara automatik Pengerusi RAND corp adalah Presiden Ford Foundation. Namun pada hari ini, Ford Foundation RAND Corp turut dibantu oleh dua lagi yayasan dana Yahudi yang terbesar di AS iaitu Rockefeller Foundation dan Carnegie Foundation. Di Sebalik Status Anwar Sebagai 'Pengajar' Di Sebalik Status Anwar Sebagai 'Pengajar' (2) Di Sebalik Status Anwar Sebagai 'Pengajar' (3) Selanjutnya Klik Sini |
Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Posted: 11 Aug 2012 01:30 AM PDT Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi. Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini. Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut. Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad. Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad. Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP. Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya. Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir. Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik. Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO". Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga. Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP. Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi. Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa. Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus. Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini. Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam. Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama. Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh. Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS. |
Royalti Minyak: Pembangkang Mengundur Ke Belakang Posted: 10 Aug 2012 11:15 PM PDT Apabila Pakatan Rakyat (PR) melalui kenyataan Anwar Ibrahim dan Husam Musa secara terbuka menolak penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur, sudah tampak jelas permainan politik yang cuba dicorakkan oleh pembangkang bersabit isu royalti minyak ini. Imbas semula sejarah awal isu royalti minyak ini sejak mula ianya ditimbulkan, rakyat sudah nampak hala tuju PAS condong untuk mempolitikkannya berbanding merundingkan isu untuk mencari titik temu. Menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai yang diadakan pada Julai 2009 lalu misalnya, isu tuntutan royalti minyak untuk Kelantan adalah menu utama yang dianggap oleh PAS akan menjadi daya tarikan kuat untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Nik Aziz dan kerajaan negeri pimpinannya. Namun seperti yang kita maklum, keputusan PRK tersebut walaupun berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada PAS akan tetapi undi yang diperolehi PAS dan majoriti kemenangannya juga jatuh merudum. Semasa PRU 2008, DUN Manek Urai dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,352 undi setelah memperolehi sejumlah 5,746 undi mengalahkan calon BN yang hanya memperolehi 4,394 undi. Sekalipun kempen PRK Manek Urai agak hangat dengan isu retorik dan provokasi kenegerian bersabit tuntutan royalti minyak, menariknya undi yang diperolehi PAS dalam PRK itu telah merosot kepada 5,348 undi sahaja berbanding PRU 2008 sebanyak 5,746 undi memihak kepada PAS. BN pula berjaya meraih sokongan dari 5,283 pengundi yakni peningkatan memberangsangkan sebanyak 889 undi, satu penambahbaikan sokongan yang agak baik dibandingkan hanya 4,394 undi saja yang dirangkul pada PRU 2008. Kebetulannya, calon yang mewakili PAS yang memenangi PRK Manek Urai adalah seorang peraih ikan, lantaran itu kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi itu begitu popular dan sinonim dikalangan khalayak umum sebagai kemenangan "nyawa-nyawa ikan". Selepas PRK itu, PAS masih cuba mensensasikan isu royalti kerana berpandangan ianya tetap berbaloi untuk dimanfaatkan bagi kepentingan politik PAS walaupun ujian awal di Manek Urai menyaksikan kesan positifnya pada PAS terlampau minima. Dalam pada itu, ramai kalangan pemimpin PAS pada awalnya bercanggah pendapat apabila ramai yang mengakui dari aspek perundangan sebenarnya Kelantan tidak layak menuntut royalti tersebut sekalipun cuba diyakinkan oleh Husam Musa yang isu ini tetap akan memihak kepada Kelantan. Apabila Husam berjaya 'mempengaruhi' pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk sepakat dalam satu pasukan memperjuangkan isu tersebut, akhirnya perbezaan pandangan dikalangan pemimpin PAS negeri dapat diketepikan. Berikutan itu, sejak akhir 2009 dan sepanjang tahun 2010 gerakan menuntut royalti minyak terus diperhebatkan kerana PAS yakin dengan penyertaan rasmi Ku Li maka isu tersebut akan mempengaruhi rakyat untuk menolak UMNO yang ketika itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan. Tanpa PAS sedari, penyertaan Ku Li dalam kempen tuntutan royalti itu hanyalah bersifat menuntut ehsan Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa dan budi bicaranya bagi menimbangkan pembayaran royalti demi kebaikan negeri Kelantan dan lain-lain negeri yang di luar sempadan pantainya menghasilkan petroleum atau gas. Ku Li tahu, dengan hanya bersandarkan pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 semata-mata tidak kukuh untuk dihujahkan kelayakan Kelantan menerima bayaran royalti berikutan kekangan dari akta dan fakta perundangan lain terutama membabitkan sempadan perairan yang memisahkan hak kerajaan negeri dan hak kerajaan pusat. Antara akta yang berkait langsung dengan Akta kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 ialah Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967), Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], UNCLOS 1982, Convention on the Territorial Sea and Contiguous Zone 1958 dan beberapa lagi akta lain. Oleh sebab itu, apabila Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkan keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu royalti minyak membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, ia sebenarnya satu berita gembira yang sepatutnya disambut semua pihak. Sayangnya, PAS tidak menerima tawaran ehsan yang dihulurkan oleh PM kerana tahu jika kerajaan PAS kelantan menyertai jawatankuasa ini dan isu tersebut menemui penyelesaian muktamadnya, rakyat akan lebih mengingati budi bicara dan jasa PM & UMNO berbanding sikap kontroversi yang selama ini ditonjolkan oleh PAS. Jika Kerajaan Kelantan masih bertegas mengikut keputusan yang telah disuarakan oleh Anwar Ibrahim dan Husam Musa, nyata ia umpama langkah yang mengundur ke belakang yang pastinya akan dikesali oleh rakyatnya sampai bila-bila. Pun begitu, alang-alang sudah menolak jemputan menyertai rundingan tersebut, kita harap kerajaan Nik Aziz akan kekalkan pendirian tersebut dan teruskan saja samannya ke atas PETRONAS dan kita tengok pula hujah dan fakta perundangan siapa yang yang kukuh. |
@mpkotabelud BERNAS Sokong Pakatan?Iklan Raya Geng BERSIH DAPAT UNTUNG! Posted: 10 Aug 2012 08:46 PM PDT Apa dah jadi? Hinggakan duit kerajaan yang dikatakan haram oleh haprak pakatan tapi bangkai ni sapu juga projek Syarikat hak milik kerajaan BN. Siapa kata semua projek kerajaan disapu oleh kroni BN? Banyak projek kerajaan BN yang turut mendapat laba adalah penyokong dan pemimpin haprak pakatan. Contohnya calon PAS Kerdau Hasanudin,beliau turut mendapat projek membuat Hospital Temerloh bernilai jutaan ringgit. Isunya projek BN bangkai dam barua haprak pakatan sapu..hasilnya digunakan untuk menghentam dan digunakan balik menjatuhkan kerajaan BN. Bertambah malang lagi apabila kerajaan BN dituduh memberi projek kepada kroni.. Kenapa ini dijadikan isu? Di Pulau Pinang,Hebatnya Ketua Menteri regim DAP apabila semua keputusan sebut harga dan tender wajib dihantar kepada ketua menteri untuk disiasat sama ada pemenang sebutharga ahli umno atau tidak. Kalau didapati ahli umno menang sebutharga dan tender diarah buat semula Agar diberikan kepada kroni pakatan sahaja. Dimana keadilan dan ketelusan? Pisau menyeru agar kerajaan BN jangan khianat kepada penyokong kerajaan. Jangan dibiarkan sama sekali segala paria,barua dan juga haram jadah pakatan makan duit kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat secara sah! Pihak BERNAS memang ada haprak pakatan kat dalam tu,harap Datuk Rahman Dahlan siasat.Jangan biarkan perkara ini berulang !
Pisau kata "projek BN yang sokong pakatan pun raih untung..butuh la kalau pakatan kata semua bagi kat kroni BN" |
Dulu Negara Islam,Sekarang Negara Kebajikan. Posted: 10 Aug 2012 06:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment