BADUT RAKYAT |
- PROJEK LANGAT 2 HARUS DI TERUSKAN !!! JIKA TIDAK PADAH AKAN MENANTI !!!
- SEBARKAN !!! LOGO KEMERDEKAAN PAKATAN HARAM ADA UNSUR LOGO ISRAEL ???
- HOT NEWS !!! AHLI PAS AKAN MASUK NERAKA JIKA HUDUD TIDAK DI LAKSANAKAN ??? WAJIB BACA !!!
- #JANJIDICAPATI !!! BUKTI PAKATAN HARAM SELANGOR ZALIM TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! DATUK LEE CHONG WEI DITABALKAN UNTUK CALON BN PULAU PINANG ??? WAJIB BACA !!!
- KANOTI !!! RAKYAT SABAH DI KENA KENCING DENGAN ANWAR IBRAHIM !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! VIDEO IKLAN RAYA YANG MENYAYAT HATI TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!
PROJEK LANGAT 2 HARUS DI TERUSKAN !!! JIKA TIDAK PADAH AKAN MENANTI !!! Posted: 11 Aug 2012 12:00 PM PDT Kapasiti pengeluaran air sedia ada di kesemua loji rawatan air di negeri ini pada masa ini telah pun mencapai tahap pengeluaran maksimum ataupun melebihi had kapasiti rekabentuk.Dengan keadaan rezab bekalan air yang rendah pada masa ini, kemungkinan situasi pembekalan air yang kritikal boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya terdapat gangguan di loji rawatan air.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Dato' Sohaimi Shahadan berkata,disebabkan peningkatan permintaan bekalan air berbeza mengikut kawasan, terdapat sesetengah kawasan pada masa ini kadar permintaannya hampir sama atau melebihi tahap pembekalan. "Ini secara langsung mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan tersebut terutama semasa penggunaan puncak terutama di kawasan berpenduduk padat seperti yang berlaku di Pangsapuri Putra Budiman, Taman Bukit Belimbing dan beberapa kawasan lain yang menghadapi catuan air sejak beberapa minggu lalu. Penyelesaian masalah ini bagi jangka masa panjang ialah mendapatkan bekalan air menerusi sumber yang baru seperti Projek Penyaluran Air Mentah (PPAM) dari Pahang ke Selangor dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).Malangnya projek ini tidak dapat berjalan dengan lancar akibat kedegilan dan keengganan Kerajaan negeri untuk meneruskannya kerana mendakwa projek tersebut untuk kroni Barisan Nasional (BN) dan menakut-nakutkan rakyat dengan kemungkinan tarif air akan meningkat," ujarnya selepas melawat tapak Projek Langat 2 bersama Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor,Datuk Seri Noh Omar semalam. Tambahnya,kerajaan negeri tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan kenaikan tariff air kerana projek Langat 2 masih belum dimulakan. Sebenarnya tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tariff air, bukan Kerajaan Pusat. "Kerana itu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (NGO) membawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin tempatan dan media massa melawat projek Langat 2 yang tidak dapat diteruskan untuk melihat sendiri kepentingan dan keperluan loji ini bila siap dibina kelak.Memang benar sekarang ini Selangor tidak mengalami masalah dari sumber air mentah seperti yang dinyatakan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya, tetapi masalah sekarang ialah bekalan air terawat yang semakin berkurangan.Air terawat inilah yang akan digunakan untuk keperluan seharian seperti minum dan mandi, bukannya menggunakan air mentah yang disedut secara terus dari empangan, sungai atau lombong. Air mentah dari Pahang yang disalurkan melalui terowong adalah paling efektif kerana jarak yang tidak jauh (dalam lingkungan 500km berbanding Tasik Kenyir yang lebih jauh jaraknya seperti dicadangkan kerajaan negeri), di samping loji baru yang memerlukan sumber air yang lebih banyak," tambahnya lagi. Memang dalam situasi sekarang tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti kata Abdul Khalid bahawa paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.Namun bayangkan jika berlaku kemarau panjang akibat perubahan cuaca menyebabkan krisis air 1991 akibat fenomena El-Nino boleh berulang kembali. Malah Suruhanjaya Air Negara (SPAN) menjangkakan jumlah bekalan air sedia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Bekalan air yang dapat dikeluarkan 34 loji rawatan air Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.Dalam masa yang sama,GPRS turut membidas kenyatan dangkal Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar bahawa paras air empangan di negeri ini melimpah dan tidak digunakan, menunjukan beliau tidak mendapat maklumat yang betul atau sengaja mempamer sisi kebodohan beliau.Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Untuk pengetahuan Xavier, air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja jika digunakan secara berterusan. "GPRS turut kesal dengan sikap prejudis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menuduh krisis air sengaja direka bagi membolehkan projek Langat 2 diteruskan untuk diberikan kepada Puncak Niaga sebagai habuan.Beliau bercakap tanpa bersandarkan maklumat yang sahih, hearsay dan hanya berpandukan kepada tuduhan semata-mata.Ini adalah kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab daripada seorang pemimpin kerajaan pakatan pembangkang yang penuh hasad dengki dan sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan politik.Saya mencabar beliau datang ke tapak projek ini untuk meninjau dan mendapatkan maklumat yang benar mengenai projek Langat 2 yang dibina untuk kepentingan rakyat. Bahkan projek ini jika siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk menguruskannya.Justeru GPRS mendesak agar kerajaan negeri tidak bermain politik demi keperluan dan kepentingan rakyat dan menyokong langkah Kerajaan Pusat meneruskan projek Langat 2 demi rakyat Selangor," tambahnya lagi. Pengalaman lepas yang pernah dialami rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada kerajaan negeri untuk mengetepikan perbezaan politik dan kepentingan kepartian,sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk.Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air terus disekat, bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat bahkan memberi kesan buruk kepada ekonomi.Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama dan jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi. Jika sesuatu buruk berlaku kepada rakyat pada masa akan datang,Abdul Khalid perlu bertanggungjawab.Sekali saya memetik perumpaan yang diberikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa tidak guna jika kita mempunyai bekalan padi yang banyak tetapi tidak mempunyai kilang untuk memproses menjadikannya sebagai beras.Rakyat mahu makan beras, bukan padi. Oleh demikian menjadi tugas dan tanggungjawab menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan beras yang secukupnya kepada rakyat," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. - Sahabat Gunung |
SEBARKAN !!! LOGO KEMERDEKAAN PAKATAN HARAM ADA UNSUR LOGO ISRAEL ??? Posted: 11 Aug 2012 08:33 AM PDT ramai penyokong pakatan haram mengatakan kononnya kerajaan di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional Menggunakan Logo kononnya ada unsur Israel dan bla,bla,bla.bila kena kat mereka tak nak pulak mengaku.meh saya tunjukkan.yang ni lambang di bawah apa pulak ??? kalau bukan saya minta maaf di bulan puasa ni. APA CERITA PUAK PAKATAN HARAM ??? TOLONG JAWAB GAMBAR NI OK !!! INI UNSUR ISRAEL ATAU TIDAK ??? KALAU BUKAN MAAF KAN SAYA !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! AHLI PAS AKAN MASUK NERAKA JIKA HUDUD TIDAK DI LAKSANAKAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 11 Aug 2012 05:00 AM PDT Jika sebelum pilihanraya pakatann haram telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan,maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti ??? Pertelagahan mereka pula,bukannya berkenaan isu yang baru timbul,tetapi isu lama,iaitu 'hudud' yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya.Hudud,yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam,tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu,termasuk agama Islam,Raja-raja dan sebagainya.Kini,para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi,iaitu memusuhi Islam.Malah,fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud. Dalam kata lain,mengikut hukum PAS,boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud.Hukum apakah ini ??? Atau agama apakah ini ??? Oleh kerana 'tidak melaksanakan hudud' merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga.Justeru itu,selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.Lebih dahsyat lagi,jika pakatan haram akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi. saya yakin,sekiranya pakatan haram benar-benar berjaya berkuasa,maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk.Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun,tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.Oleh itu,jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat,maka PAS juga sama.Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud,tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa.Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup.Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#JANJIDICAPATI !!! BUKTI PAKATAN HARAM SELANGOR ZALIM TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 11 Aug 2012 01:30 AM PDT apa cerita ni ??? satu demi satu dah terbongkar.sebelum ini cerita berkenaan pelajar UNISEL.kali ini cerita pasal pekerja pulak dah terbongkar.adakah ini menteri besar anda wahai rakyat selangor sekalian ??? Sedih saya lihat pekerja-pekerja Unisel dibawah JNSB ni.sejak Julai 2011,kesemua mereka tidak dibayar gaji seperti yang dijanjikan oleh pihak Unisel mahupun kerajaan negeri.Malah,elaun serta bayaran kerja lebih masa juga tidak dibayar sehingga kini hingga menyebabkan kesemua pekerja terbabit mengalami kesusahan.Macamana mereka nak meraikan Aidilfitri ni ??? Langsung takde hati perut la kerajaan Khalid Gagap kat Selangor ni.Bila hal Rafizi bukan main laju lagi Khalid nak sponsor Rafizi Lembu tu untuk kes dia yang dah memang terang-terang salah dan melanggar undang-undang.Kan ke baik kalau duit itu diguna untuk selesaikan masalah pekerja-pekerja ini ??? Dimana Keadilan dan Kebajikan korang wahai PKR ??? Mana ??? Korang menzalimi rakyat negeri Selangor yang berkerja dengan korang ni. KUALA SELANGOR 10 Ogos - Kira-kira 80 orang kakitangan UNISEL hari ini berhimpun secara aman bagi mendesak pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) membayar gaji mereka.Wakil daripada pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan kira-kira 200 kontraktor itu menjelaskan kepada pemberita mereka tidak mendapat bayaran dari UNISEL sejak 17 bulan lepas sehingga menyebabkan hutang tertunggak sebanyak RM15 juta termasuk kos pengurusan asrama.Selain itu rata-rata daripada kakitangan UNISEL yang berhimpun pada jam 2.45 petang itu dilihat begitu hampa dengan sikap pengurusan UNISEL dan kerajaan negeri yang seolah-olah bersikap 'lepas tangan'.Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pekerja bawahan dengan pendapatan kira-kira RM500 - RM600 sebulan dan tidak menerimanya sejak Julai dan Ogos 2012. NAK LAGI ??? APA KATA ANDA PEMBACA DARI SELANGOR ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DATUK LEE CHONG WEI DITABALKAN UNTUK CALON BN PULAU PINANG ??? WAJIB BACA !!! Posted: 10 Aug 2012 10:00 PM PDT Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi,pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum,agama dan fahaman politik,akan bersatu menyokong pasukan negara.Memang Benar,ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP,Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin pakatan haram,namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan.Oleh itu,dengan kemenangan pingat perak Datuk Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung,ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya.Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan.Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia. Menurut desas-desus,ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang.Jika ini benar,ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini.Justeru Itu,memandangkan Datuk Lee Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia,pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/pakatan haram,agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini.Pencalonan Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini,Soh Chin Aun,bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka.Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi. Namun, ini tidak bermakna yang Dato' Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.Jika faktor ini diambil kira,saya tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori 'calon boleh menang' yang kita cari-cari dalam PRU nanti.Bagaimanapun,ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara,iaitu : Apakah kita lebih memerlukan Datuk Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN ??? Yang pasti,melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya.Untuk itu,Syabas Datuk Lee Chong Wei !!! Malaysia sentiasa bersamamu,tak kira menang ataupun kalah. RENUNG-RENUNGKAN |
KANOTI !!! RAKYAT SABAH DI KENA KENCING DENGAN ANWAR IBRAHIM !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 10 Aug 2012 07:00 PM PDT Anwar Ibrahim Nak Ambil Sabah pulak ??? apa cerita ni ??? satu lagi cerita panas dan meletup telah tersebar !!! semakin hebat percaturan yang di bawa oleh Anwar Ibrahim Di Sabah.sekali lagi saya ajukan soalan.apa cerita ni ??? kepada rakyat sabah,baca artikel ini sampai habis,kalau tidak anda rugi.jom lihat artikel khas dari Papa Gomo.... Semakin hampir Pilihanraya semakin berdentum sana sini isu lompat parti terutamanya dari negeri dibawah Bayu Sabah.Lompat si katak lompat yang mana bukan pekara baru bagi pemain politik negeri Sabah sebaliknya sudah lama berlaku.Gomo tidak hairan dengan keadaan yang mana pemimpin politik Sabah yang lompat dari parti A ke parti B dan kemudiannya lompat balik ke parti A.Ini merupakan lumrah dinegeri Sabah kerana kita harus ingat "SABAH untuk SABAH".Cuma apa yang menjadi kerisauan Gomo adalah percaturan pemimpin luar dari Sabah iaitu pemain politik dari Semenanjung yang dilihat menjadi pemain catur dalam mencorakkan politik negeri Sabah.Kenapa pemimpin politik semenanjung sibuk nak mencampuri urusan politik negeri Sabah? Anwar Ibrahim yang merupakan orang Semenanjung sibuk mengatur siapa yang nak lompat dan siapa yang bakal menjawat jawatan Ketua Menteri jika Sabah jatuh ketangan pihak pembangkang. Siapa Anwar Ibrahim? Anak Sabah kah dia? Musa Aman Ketua Menteri Sabah begitu komited dalam membangunkan negeri Sabah sampaikan banyak projek projek yang dibangunkan di Sabah lebih ditumpukan kepada anak anak Sabah. Pemimpin luar yang cuba masuk ke negeri Sabah untuk melobi tender dan sebagainya ditolak kerana Musa Aman memberi keutamaan kepada anak Sabah. Dan ini realitinya apabila Sabah dipimpin oleh anak Sabah yang komited dengan negeri kelahirannya.Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim yang sedang galak mencatur politik Sabah ada desas desus pula menyatakan ada juga pimpinan lain yang sedang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah. Percaturannya mudah iaitu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana DANA KEEWANGAN akan disponsor oleh Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi tersebut. Benar sepertimana Gomo nyatakan diatas bahawa LOMPAT PARTI perkara biasa bagi pemain politik Sabah tetapi jika difikirkan balik terutama rakyat Sabah siapa yang akan mndapat manfaat jika Musa Aman tersingkir dan Anwar Ibrahim berjaya? Siapa yang akan mendapat manfaat dari pekara tersebut? Pemimpin yang akan mengetuai Sabah kelak sudah pasti menjadi BONEKA kepada Anwar Ibrahim.Lihat sahaja PKR yang mana Presiden nya Wan Azizah, tetapi siapa yang mendominasi PKR secara total? Apakah tidak jelas bahawa Wan Azizah adalah BONEKA kepada Anwar Ibrahim? Lihat pula di Selangor yang mana Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Keewangan Negeri Selangor.Segala macam projek di Selangor mestilah melalui pejabat Anwar Ibrahim terlebih dahulu dan keputusan projek tersebut mestilah mendapat kelulusan Anwar Ibrahim.Apakah tidak jelas bahawa Selangor merupakan Kerajaan BONEKA Anwar Ibrahim? Bagaimana pula di Sabah kelak jika Anwar Ibrahim melalui Pakatan mereka berjaya membentuk kerajaan? Siapa yang berkuasa? Pemimpin Sabah? Lupakan lah kerana segala DANA datang dari Anwar Ibrahim dan adalah semestinya yang akan berkuasa adalah Anwar Ibrahim orang semenanjung dan kerajaan Sabah waktu itu hanyalah BONEKA buat Anwar Ibrahim semata mata. Rakyat Sabah harus sedar pekara ini kerana Sabah adalah untuk Sabahan. Walaupun Gomo orang semenanjung namun Gomo melihat jika rakyat Sabah terutama pemimpin yang ada waktu ini sanggup bekerjasama dengan Anwar Ibrahim maka tidak mustahil Sabah akan jatuh ketangan Anwar Ibrahim yang bukan anak Sabah sebaliknya akan menjahanamkan politik serta Ekonomi Sabah. Apa yang anak sabah akan dapat jika Anwar Ibrahim selaku penasihat Keewangan negeri Sabah? Fikir fikirkanlah......... Pertahankan Ketua Menteri Musa Aman waktu ini kerana beliau telah membuktikan bahawa Ekonomi Sabah meningkat dari masa ke semasa dan merubah Sabah kearah lebih maju dari sebelumnya. Psssttt.... Ada juga cerita kata pemimpin UMNO Semenanjung masuk campur urusan politik Sabah..... Emmmm Nak apa tu? - Papa Gomo saya sangat setuju dengan Papa Gomo.Kenapa perlu orang Sabah biarkan orang Luar seperti Anwar Ibrahim control Sabah ??? Kasi nyah itu Anwar Ibrahim dari Sabah !!! Jangan kasi muka.Halau dia dan anjing-anjing dia yang menyokong dia.boleh tak rakyat sabah ??? ada pesanan dari Papa Gomo tu.siapa tu yekkkk ???? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! VIDEO IKLAN RAYA YANG MENYAYAT HATI TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!! Posted: 10 Aug 2012 04:00 PM PDT mari kita saksikan video iklan raya ini.Mengisahkan 2 kawan yang berusaha untuk balik raya di kampung di segamat.bila saya lihat video ini,jatuh air mata di pipi.anda bayangkan kalau anda seperti mereka.Walaupun keduanya insan yang istimewa,tapi semangat mereka amat kental untuk pulang ke kampung berhari raya di segamat.ingatlah,hidup ini hanya sekali.pulanglah berhari raya,jangan lupakan kampung halaman anda.sesungguhnya ibu bapa anda adalah segalanya.jom lihat video di bawah SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment