UMNO Online - “Penang BN Proposes Guidelines For High Rise Home Owners” plus 9 more

UMNO Online - “Penang BN Proposes Guidelines For High Rise Home Owners” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penang BN Proposes Guidelines For High Rise Home Owners

Posted: 06 Aug 2012 01:19 AM PDT

GEORGE TOWN, Aug 6 – The Penang Barisan Nasional (BN) has proposed framing a set of guidelines to help low and medium low cost high rise apartment owners, announced state BN chairman Teng Chang Yeow today.

“A study shows these strata title home owners are facing maintenance and management problems.

“The guidelines will include a rebate of assessment and land taxes to the apartments’ management bodies or committees to be used for the purpose,” he told reporters after opening the Bayan Baru High Rise Building Owners Seminar, here.

Teng added that a financial and management information scheme for residential management bodies in flats and condominiums would also be created.

“This would include an allowance for the management body’s chairman and secretary, similar to the allowance received by the Village Development and Safety Committee chairman, provided they were responsible for more than 300 units,” he said.

He said the proposals were part of the Penang BN’s manifesto for the coming General Election, to be implemented if the party regains the state.

Bekas Pemimpin Mahu Bawa Keluar Kaum India Daripada DAP Johor

Posted: 06 Aug 2012 01:16 AM PDT

JOHOR BAHARU, 6 Ogos –  Selepas dipecat oleh DAP Jun lepas, A.K Murugan bertekad memulakan gerakan untuk memastikan lebih ramai anggota parti itu daripada kaum India meninggalkan parti pembangkang berkenaan.

Bekas setiausaha publisiti DAP Taman Nesa itu berkata, ramai di kalangan kaum India yang menyertai parti itu mulai sedar tentang layanan berat sebelah pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau terhadap kaum itu.

“Saya bersama-sama rakan lain telah menggerakkan usaha untuk membawa lebih ramai anggota DAP Johor daripada kaum India keluar daripada parti (DAP). Ramai (anggota DAP kaum India) tidak berpuas hati dengan Dr Boo,” dakwa bekas anggota seumur hidup DAP itu kepada Bernama pada Isnin.

Beliau mendakwa Dr Boo hanya “pandai berlakon” dalam usahanya memikat hati anggota DAP kaum India, tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah pemimpin DAP Johor itu tidak melakukan apa-apa terhadap kebajikan kaum itu.

Menurut Murugan, usaha membawa lebih ramai kaum India keluar daripada DAP di Johor akan memastikan mereka tidak lagi dijadikan “jambatan” oleh kepimpinan DAP negeri untuk memperdaya masyarakat itu. Beliau bersama Pengerusi DAP Taman Saga V.Thulasi Das dipecat daripada DAP pada 18 Jun lepas berikutan tindakan mereka yang lantang mengkritik kepimpinan Dr Boo.

Malah Murugan yang mula menyertai DAP pada 2008 itu berkata, beliau bertekad untuk berusaha lebih keras bagi memastikan DAP Johor tidak mendapat sebarang undi daripada kaum India pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

“Jika Dr Boo bertanding di Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya akan datang ini, saya juga akan bertanding sebagai calon bebas bagi memastikan undi pengundi India tidak jatuh kepada Dr Boo,” katanya.

Katanya, beliau akan “mengekori” ke mana sahaja Dr Boo bertanding pada PRU-13 di dalam usahanya untuk memastikan DAP tidak memperoleh sebarang undi daripada pengundi kaum India negeri ini.

Menurutnya, Dr Boo yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Skudai, berkemungkinan akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah yang sebelum ini ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, keputusan Dr Boo bertanding di Parlimen Gelang Patah, adalah hasil pertukaran kerusi dengan PKR bagi membolehkan pengerusi negerinya Datuk Chua Jui Meng bertanding di Parlimen Bakri, yang sebelum ini ditandingi oleh DAP.

Gerakan Murtad : MAIPP Diminta Segera Bertindak – Jamil Khir

Posted: 06 Aug 2012 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR:, 6 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bertindak sewajarnya dengan segera ke atas pelancong asing yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Beliau berkata segala gerakan, ajaran dan tarikan yang bersifat memesongkan akidah terhadap agama Islam adalah salah, namun tindakan perlu mengikut peruntukan dan undang-undang Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

“Jadi kita minta mereka (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) menjalankan tugas dan tanggungjawab…untuk hal seperti ini, ianya tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan skim biasiswa insentif khas pelajar cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp)ke luar negara, di sini.

Khamis lepas, sebuah akhbar melaporkan cubaan dua lelaki Eropah yang dikatakan menyampaikan ajaran agama mereka kepada orang ramai di sekitar Pulau Pinang ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Terdahulu dalam ucapan di majlis tersebut, Jamil Khir yang juga pengerusi Maiwp berkata pihak majlis itu memperuntukkan RM9.04 juta bagi membiayai pengajian 30 orang pelajar jurusan perubatan dan lapan dalam jurusan pengajian agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau berkata bagi setiap pelajar perubatan, jumlah keseluruhan yang ditaja ialah RM283,200 iaitu RM47,200 bagi setiap tahun selama enam tahun, manakala bagi pelajar pengajian Islam RM17,000 setahun selama empat tahun.

Jamil Khir menasihati kira-kira 11,000 pelajar di pelbagai institusi pendidikan tinggi di Mesir termasuk pelajar penerima hari ini supaya tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pengajian mereka.

“Kita harap mereka pandai menjaga diri dan mengambil langkah ke arah mencari ilmu.

“Dibimbangkan nanti ada yang terpaksa menangguh dan mengulang pelajaran, ada yang berbelas-belas tahun (belajar) tetapi masih belum tamat,” katanya.

Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM1 Juta Bina Semula Dua Gereja Di Sarawak

Posted: 06 Aug 2012 01:13 AM PDT

KUCHING, 6 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memperuntuk RM1 juta bagi membiayai pembinaan semua dua buah bangunan gereja bersejarah di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu hari ini berkata peruntukan yang diluluskan baru-baru ini ialah masing-masing sebanyak RM500,000 untuk gereja St Luke di Sri Aman dan St Augustine di Betong.

“Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Menteri Hal Ehwal Sarawak telah berbincang dengan Perdana Menteri bagi membina semula bangunan gereja yang wujud sejak 1841 itu,” katanya.

Jabu berkata demikian semasa menyaksikan majlis penyerahan cek kepada jawatankuasa kedua-dua gereja oleh Uggah.

Beliau berkata peruntukan persekutuan itu tepat pada masanya selepas jawatankuasa gereja bekerja keras untuk mengumpul dana sejak 10 tahun lalu bagi membina semula bangunan gereja.

Negara Islam Dan Pelaksanaan Hudud : Pas Kena Belasah 3 – 0

Posted: 06 Aug 2012 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos –  Pas sehingga ke hari ini seolah-olah tidak ada jawapan  terhadap perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud yang terus ditolak bulat-bulat  sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

Malah jika dalam adat kesukanan, Pas seolah-olah dibelasah 3-0 dalam isu tersebut.

Bayangkan… dulunya Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan "langkah mayat beliau dahulu", kemudiannya Hudud tidak ada dalam Buku Jingga serta perkara berkenaan tidak menjadi manifesto pakatan pembangkang.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof  berkata hakikat tersebut tidak dapat dinafikan dan sememangnya Pas sehingga ke hari ini tidak mampu memberikan jawapan yang betul-betul munasabah terhap perkara tersebut.

Tegas beliau yang ada hanyalah sekelumit daripada pemimpin-pemimpin tertentu  yang masih setia memperjuangkan perkara berkenaan dan itu pun mungkin sekadar memastikan sokongan penyokong mereka tidak beralih arah.

"Pas dan perjuangan Negara Islam dan Hukum Hududnya sampai sekarang seolah-olah tidak diiktiraf oleh sekutu mereka sendiri. Dan makin celaru serta menambahkan lagi kerumitan keadaan itu, Pas seolah-olah tidak berusaha dan tidak bertegas dengan sekutu mereka dalam memperjuangkan perkara tersebut secara bersama sedangkan mereka adalah pakatan pembangkang.

"Inilah sindrom yang melanda Pas hari ini dan sebab itulah sepertimana yang saya sebutkan di atas, Pas kena belasah 3-0," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ustaz  Afandi  yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menambah  perjuangan Pas sepatutnya adalah perjuangan kebenaran, namun lantaran terpaut dengan lambaian Putrajaya soal prinsip diketepikan.

"Pas sebenarnya memilih sahabat yang tidak kena pada tempatnya…… Perbuatan Pas dikatakakan zalim kerana maksud zalim itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Jadi Pas telah meletakkan sandaran kepada yang bukan tempatnya iaitu dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR.

"Justeru belum terlambat rasanya jika kita menyeru kepada Pas agar bersikap adil yang mana maksud adil itu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya iaitu muafakat dan perundingan antara dua parti Islam terbesar di negara ini yang sama–sama menuju ke arah misi dan visi yang sama," katanya. -MediaUMNO

 

UMNO Merbok Peruntuk RM100,000 Bantu Fakir Miskini Sempena Ramadan

Posted: 06 Aug 2012 01:03 AM PDT

SUNGAI PETANI, 6 Ogos – UMNO bahagian Merbok memperuntukkan RM100,000 bagi membantu meringan beban golongan fakir miskin termasuk orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal sempena Ramadan dan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua bahagian merangkap Penyelaras Parlimen Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata bantuan berbentuk wang tunai dan barang makanan itu telah mula diagihkan kepada golongan tersebut.

“Sumbangan ini adalah tanda prihatin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah melupakan nasib golongan tersebut.

“Kita beri pada yang berhak tanpa memilih fahaman politik,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada keluarga fakir miskin di Taman Ria Jaya di sini, hari ini.

Tajul Urus turut mengambil kesempatan itu untuk beramah bermesra dengan penduduk dan meninjau persiapan mereka membuat bubur lambuk.

Bantuan itu merupakan program tahunan UMNO Merbok yang disampaikan beliau sendiri dan juga oleh anggota jawatankuasa UMNO bahagian dan dijangka selesai seminggu sebelum Hari Raya, kata Tajul Urus.

Isu Hudud : Pakatan Pembangkang Permainkan Pas Seperti Keldai Hina

Posted: 06 Aug 2012 01:00 AM PDT

Agak melucukan apabila melihat Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hukum hudud sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Dia sebelum ini, sama ada sebelum berkerusi roda ketika mudanya dan sehinggalah kini terpaksa berkerusi roda ketika tuanya, sudah berkali-kali mengeluarkan kenyataan menolak hudud kepada mereka yang "bebal" seperti para pemimpin Pas.

Kononnya dengan penegasan itu, maka Pas akan faham, mengerti dan akur dengan kehendak golongan kafir harbi yang sememangnya menentang sebarang usaha untuk mengimarahkan Islam di negara ini.

Mungkin Karpal fikir bahawa dengan penegasan tersebut maka Pas, khususnya Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi akan diam tertunduk akur dengan keputusan yang dilakukan oleh "boss" atau "mastermind" Pakatan Haram tersebut.

Dia tidak sedar bahawa puak-puak Pas memang bengap untuk memahaminya…

Namun, DAP perlu tahu bahawa dengan bertanding sebanyak 47 kerusi Parlimen pada PRU ke-13 nanti, ia tidak akan menjamin bahawa perlaksanaan hukum hudud tidak akan dilaksanakan oleh Pas!

Untuk menafikan suara Pas untuk melaksanakan hukum hudud, DAP sebenarnya perlu bertanding lebih dari 90 kerusi Parlimen dan menang semua kerusi-kerusi yang ditandingi itu tanpa kalah pada satu pun kerusi tersebut.

Persoalannya, mampukah DAP berbuat demikian?

Baru-baru ini Nasrudin Tantawi yang kurang matang sedikit tentang "tahaluf siyasi" mendedahkan bahawa biarpun tanpa sokongan DAP, Pas tetap akan meneruskan perjuangan parti itu untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

Nasrudin sedar, biarpun dia tahu Pas tidak cukup ilmu untuk bermuzakarah dan mengkaji draf hukum Allah dan hanya mampu mencipta draf hudud yang dipenuhi cacat cela, partinya tetap mahu melaksanakan hukum itu.

Dia berhujah bahawa seramai 130 orang Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu beragama Islam dari Pakatan Haram akan bersetuju untuk melaksanakan hudud, sekaligus menafikan suara DAP dan Karpal Singh!

Sekiranya diteliti dari dua kenyataan dari Pas dan DAP ini, kita akan dapat melihat bagaimana Pas tidak ikhlas dan cuba "menipu" DAP dalam sudut "tahaluf siyasi".

Pada Pas, parti itu kononnya berlakon mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai perlaksanaan hudud dan membiarkan DAP menyalak mengenepikan hukum tersebut bagi memenangi hati kaum bukan Islam pada PRU ke-13 nanti.

 

Dalam masa yang sama, Pas juga akan mendapat keuntungan dari lakonan tersebut di mana para pengundi bukan Islam akan rela hati mengundi Pas nanti kerana menjangkakan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hudud.

Dan Pas akan berusaha bermati-matian untuk meminta kerusi lebih pada PRU ke-13 nanti bagi menjadikan mereka memiliki majoriti Ahli Parlimen di dalam gabungan Pakatan Haram yang menang bertanding.

Dari itu, Pas dijangka akan menekan dan memaksa DAP untuk tunduk pada kemahuannya bagi melaksanakan hukum hudud. Mungkin itulah perancangan Pas…

Tapi perancangan itu ada kelemahannya di mana Pas perlu mendapatkan sokongan dari beberapa Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam untuk menyokong hukum tersebut di dalam sidang Dewan Rakyat kelak.

Persoalannya, apakah PKR akan menyokong Pas? Rasanya dari gerak-geri PKR sekarang, jelas menunjukkan bahawa "telur" Anwar sedang digenggam kemas oleh para pemimpin DAP, termasuk Karpal yang banyak menyimpan rahsia "gelap" Ketua Umum PKR itu.

Nampaknya "pi mai pi mai tang tu" juga. Pas takkan dapat merealisasikan perlaksanaan hukum hudud itu walau apa jua cara pun kecuali parti itu bergabung dengan BN dan mengkaji perlaksanaan hukum itu sehingga "jaamiq dan maaniq".

DAP takkan rela melaksanakan hudud sampai kiamat. PKR pula akan terus "digenggam telurnya" oleh DAP dan Pas pula akan terus "dikeldaikan" sehina-hinanya. Agak memalukan bagi Pas, namun tulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh pak-pak lebai Pas itu…

mykmu.net

Strategi Pembangkang Reka Fitnah Kini Memakan Diri Sendiri

Posted: 06 Aug 2012 12:46 AM PDT

Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah ‘demi rakyat’.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad  mengenai penilaian para pembida projek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah  yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga  bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar  peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.

Mr Beruang Biru

Najib Understands Needs Of Sabah People Better, Says Pairin

Posted: 06 Aug 2012 12:22 AM PDT

TAMBUNAN, Aug 6 – Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan expressed his confidence in Prime Minister Datuk Najib Tun Razak’s leadership through government transformation programmes, which emphasised the people’s needs especially those living in remote areas, as it showed an understanding for the people of Sabah.

“As a young and energetic leader, he (Najib) has brought about changes and progress in a short time to all areas regardless of its location.

“We must support these efforts as transformation programmes will bring benefits, development and improve the lives of people in the state,” he said at a Leader With The People ceremony and presentation of contributions in Kampung Nambayan, near here.

Pairin, who is also State Infrastructure Development Minister, said a good relationship between the federal and state government was also positive for Sabah residents.

“So there is no reason for us not to support a leader who brings changes and focuses on the welfare of the people,” he added.

Therefore, Pairin who is also Tambunan assemblyman, invited the people of Sabah, especially the Kadazandusun Murut community, to help maintain the BN government which has proven its ability to defend the people.

He also touched on the issue of forming a Royal Commission of Inquiry (RCI) on the influx of illegal immigrants in Sabah, saying it has been approved by the central government and only waiting for implementation as it involved provision of terms such as legal aspects.

“Our confidence in the BN leadership will increase when the RCI is implemented,” he said.

Pairin also urged the people to reject the opposition and their empty words.

“They (opposition) are generous in their words and promises when election is approaching…but they fail to keep them. This also goes for the Tambunan Declaration which was an empty promise and not even signed by opposition leaders,” he said, adding that BN has already proven its capability in fighting for the people.

Pahang Welcomes Formation Of Committee On Petroleum Payment

Posted: 06 Aug 2012 12:18 AM PDT

BENTONG, Aug 6 – The Pahang state government welcomes the setting up of the special committee to study the special payment from petroleum revenue for states in the East Coast of Peninsular Malaysia.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said the formation of the committee could resolve all the problems and controversies frequently raised by the Kelantan government.

“We must give an opportunity and time to the committee to make a study so that the noble intention of the federal government will be well received.

“I will seek an audience with the Sultan of Pahang in the near future to appoint the representative from the state government to sit in the committee,” he told reporters here yesterday when asked to comment on the establishment of the committee which was announced by the Prime Minister on Saturday.

Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak had said that the special committee would be chaired by former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad with members comprising legal experts from within and outside the country as well as representatives from the Kelantan, Terengganu and Pahang state governments.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...