PISAU.NET

PISAU.NET


Bergaji RM1 Mampu Tinggal Di Banglo Mewah RM7Juta!

Posted: 06 Aug 2012 08:00 AM PDT

Ini rumah punaisehat ekonomi Selangor memerangkap ketua umum PKR dan juga anugerah tuhan pakatan. Pemimpin agong ini dikatakan amat suci dan tidak pernah melakukan rasuah mendiami rumah mewah ini.

Hanya bergajikan RM1,beliau mampu untuk tinggal dibanglo mewah ini. Hebat.. dia menabung dari kecik kot?
Pisau kata " munafik "

Hairi Othman Dah Rasmi Jadi Ostad PAS,Tapi Tazkirah Subuh Dia Kempen Untuk BN?

Posted: 06 Aug 2012 01:06 AM PDT

Tarbiah dan ajaran agama khawarij PAS lain dari yang lain. Pasti perubahan yang mendadak kita dapat lihat kepada setiap batang tubuh yang menyertai parti khawarij itu. Yang pertama,mereka akan pandai bercakap soal menghukum orang lain,yang kedua mereka akan mengaku mendapat keimanan sebaik saja tanda tangan borang parti. Ketiga mereka akan anggap orang lain yang tidak menyertai saf perjuangan mereka bukanlah ahli syurga.

Ke empat,mereka diberi lesen untuk memaki hamun orang, Ada takiyah,ada tahaluf dan pelbagai terma dan ayat bombastik berbahasa arab. Kelima mereka akan tiba tiba bertukar menjadi pak arab celup ber ana enta. Bila dah makin advance ..Kelima pelatnya seolah pak arab baru bercakap melayu..kemudian ke enam bertukar menjadi ulama dengan hanya lulus dipentas ceramah.

Selepas Ostad Bob,Ustazah Abby nah yang Pisau perhatikan perubahan drastik adalah si Hairi Othman,mulut beliau lebih kurang serupa neraka jahanam tak ada insuran dan puki ayam pun lebih molek sikit daripada mulutnya.

Sebelum ini Pisau tidak pernah komen mengenai pelakon yang sudah bergelar Ostad nih,memandangkan dia dah langgar kawasan Pisau tak bagi salam jom kita tengok apa dia buat di Pulau Pinang

Dia sudah menggantikan tempat alim ulama dan pemimpin PAS,berceramah dan bertazkirah politik, Kesemua tugas ini seperti yang Pisau gariskan ada ciri cirinya seperti diatas..

Kelmarin bermula dari Surau Permatang Rawa ,Pemuda khawarij Pas Kawasan Bukit Mertajam menganjurkan majlis buka puasa bersama Ustaz Hairi dan Leman Raja Lawak.Mulanya Pisau terkejut jugak atas jemputan,katanya Ustaz Hairi ..pikir punya pikir tak pernah dengar pun nama Ustaz Hairi..bila dijelaskan dia tu bekas artis baru lah Pisau tau si mulut neraka nih rupanya..


Kemudian pagi tadi kuliah subuh di Surau Al Gufron,Taman Kuala Bekah Penaga. ostad Hairi turun bertazkirah.Dalam tazkirah katanya peri pentingnya semua umat Islam untuk bermuahasabah tentang kehidupan hari ini. Beliau berkata umat Islam perlu mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah. Bab ni Pisau terkejut juga ,korang bandingkan apa yang Ostad Hairi buat dalam Twitter dan apa yang beliau tazkirah. Munafik tak?

Ini Pisau petik dari blog buahmulut.com, Tengok akhlak Ostad Hairi ketika berpuasa. Akhirnya beliau disekolahkan oleh masyarakat akibat keceluparan mulutnya.


Pada jam 2.48 petang satu kenyataan twitter dari Hairi yang bercorak 'teori konspirasi' telah dikemaskini dengan tulisan "Najib dah Nazak.. Mahyudin kena baca yassin, Rais jadi anak yatim.. teori UMNO dah nak berkubur ha3″

Dengan andaian ianya hanyalah satu bentuk gurauan kasar dan mungkin untuk menambah nilai personaliti Hairi sendiri kepada para penyokongnya yang ingin disifatkan sebagai lantang bersuara.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila perbuatan tersebut menerima kritikan dan juga kecaman atas laku yang tidak profesional dan lebih kepada kebudak – budakan. Itu apa yang dapat kami baca di Twitter



Bacaan seterusnya : KLIK SINI

Bersambung mengenai tazkirah yang dianjurkan oleh Lujnah Dakwah dan Tarbiyyah Surau Al Ghufron Taman Kuala Bekah Penaga,Kepala Batas. Ostad Hairi berkata kita perlu memilih seorang pemimpin yang bercakap benar,mengotakan janji dan diyakini boleh memimpin rakyat.


Sekali lagi bagaikan meludah kelangit,Kesemua ni korang nampak ada pada pemimpin PAS ,PKR dan DAP?


Setau Pisau yang kuat pembohong dan pembelit si Anwar dengan janji bulan dan bintang,Guan Eng dengan janji yang masih tak tertunai di Pulau Pinang dan Hadi dengan hududnya,bab tak tunai janji memang kita semua tahu 3 orang ni tak pernah tunai janji dan kemudianya 3 orang ni juga rakyat tak berapa yakin untuk mereka menjadi pemimpin negara..


Ostad Hairi kempen untuk BN ka? Atau memang dia tak sedar pemimpin pakatan haram sekupang tak boleh pakai..


Pisau kata " Hairi kempen untuk BN ka? Janji di tepati? hehe.."

Buang Hudud Sekali Lagi,PAS Ajak Bukan Islam Bincang Negara Berkebajikan Pula.

Posted: 05 Aug 2012 11:00 PM PDT

Akibat terkejut mendengar batuk Karpal dan DAP, khawarij PAS secara mengejut terus menukar gear reverse dengan membuang hudud serta merta apabila berbicara mengenai negara kebajikan pula..Ini semua gara gara ketua pemuda khawarij si Nasrudin Tantawi menjadi penyebab kepada kemarahan tuan besar DAP kepada PAS.


Tidak ada seorang pun pemimpin PAS berani angkat muka dan bersuara membantah terhadap Kit Siang,Karpal dan Guan Eng.. apa ertinya?


Bagaikan wahyu yang turun dari langit, Pimpinan PAS pusat diarahkan DAP jangan bercakap soal hudud dan mendahulukan negara kebajikan sepertimana yang termaktub didalam Malaysia Malaysia DAP.


Mana satu yang puak ni mau? Pisau nampak PAS lebih mengutamakan perselingkohan mereka bersama DAP berbanding hudud.

Pisau kata " PAS berjaya lahirkan ramai hibrid DAP"

Guan Eng Sorok Fakta FDI: Pulau Pinang Jatuh Merudum,Kadar Penganguran Meningkat.

Posted: 05 Aug 2012 06:00 PM PDT


Buletin Mutiara akhbar rasmi ketua menteri regim tak lebih kepada suratkhabar untuk mengipas Guan Eng dan juga menjadi akhbar lidah bercabang rasmi kepada ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri.

Apa yang Guan Eng dan regim negeri sorok kepada anda? Meh Pisau dedahkan...Ini berita yang penyokong haprak pakatan dan juga penganut PAS tidak mahu rakyat Pulau Pinang tahu.

Untuk pengetahuan korang, Pulau Pinang tahun ini dalam 4 bulan pertama telah menjunam ke tangga ke enam dalam FDI. Menurut analisis terkini dalam masa 2-3 tahun akan datang Pulau Pinang akan menghadapai masaalah pengangguran yang serius.


Kedudukan Pulau Pinang sekarang ini merosot teruk jatuh ke tanggan keenam dibawah Terengganu apabila jumlah kemasukan pelabur hilang lebih daripada separuh. Sebelum ini Guan Eng dan regim DAP sering berbohong mengenai data dan fakta FDI.


Akibat daripada itu kesannya sudah mula dirasai. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama 2012,ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke 6,manakala jumlah pelaburan domestik dan luar merudum ke tangga ke 7.


Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini jumlah pelaburan bernilai 4.7 billion ke negeri Sabah yang sekarang ini menduduki tempat pertama dari segi kemasukan pelabur,Selangor dan Johor menduduki tempat kedua dan ketiga . Dan selepas itu diikuti oleh Terengganu,Sarawak,Perak, Pulau Pinang dan Kedah.


Lim Guan Eng dan juga regim negeri tidak mendedahkan fakta ini bahawa kemasukan pelabur asing hanya 600 juta, Amat sukar untuk Pulau Pinang menandingi Sabah apabila jumlah pelaburan ke negeri dibawah bayu itu bernilai 4.7billion.


Terengganu juga mempunyai pelaburan asing yang tinggi iaitu 1.3billion ringgit dua kali ganda berbanding Pulau Pinang.Berdasarkan analisis dari pakar ekonomi Pulau Pinang sekarang ini kekurangan pelaburan jangka masa panjang ditambah pula dengan keadaan ketidak stabilan politik menjadi sebab utama pelabur asing menarik diri daripada melabur di Pulau Pinang.


Pakar ekonomi menjangkakan ,Pulau Pinang dalam tempoh 2-3 tahun akan datang bakal menghadapi pengangguran yang serius,kuasa beli dikalangan rakyat dilihat signifikan dan bakal menjerumuskan masaalah keselamatan sosial.


2 tahun sebelum ini,Lim Guan Eng menghebohkan seluruh dunia regim DAP dibawah pemerintahannya mendapat kemasukan pelaburan yang tinggi disebabkan kecekapan CAT dan Pakatan rakyat.

Nah..kenapa apabila kedudukan Pulau Pinang jatuh ke tangga keenam,seluruh kepimpinan regim DAP dan haprak pakatan mendiamkan diri?


2 tahun sebelum ini apabila kedudukan Pulau Pinang ditangga pertama dinegara ini,Lim Guan Eng mendabik dada katanya selama 50 tahun BN memerintah tidak membawa kemajuan berbanding dirinya dan pakatan yang berjaya membawa kemasukan pelabur yang tinggi.


Media crazy dan credit hunter, 2 istilah ini memang melekat di dahi Lim Guan Eng. Sekarang ini apabila pelabur asing menarik diri daripad melabur di Pulau Pinang,apa alasan Lim Guan Eng pula?


Menurut rakan Pisau, 2 minggu lepas,apabila wartawan ekonomi sebuah akhbar Barat bertanya Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar mengenai pelaburan tahun ini di Pulau Pinang. Ketua menteri ini telah mengelak untuk menjawap soalan daripada wartawan tersebut.


Menarik sekali apabila didesak Guan Eng memberi alasan keadaan ekonomi global yang kurang cergas dan lemah menjadi punca kurangnya kemasukan pelabur ke negeri Pulau Pinang.Kenapa Guan Eng tidak jujur dan ikhlas untuk memberitahu kepada rakyat mengenai alasan beliau?
Sedangkan sebelum ini beliau sering kali berbangga diri dengan pentadbiran CAT yang beliau sendiri kata cekap,akauntabel dan telus.


Paling mengejutkan Lim Guan Eng berkata adalah tidak penting untuk menarik pelaburan asing


Tahukah anda bahawa komuniti pelabur mencemuh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang? Ini semua gara gara Lim Guan Eng sering mendakwa kemasukan pelabur berpunca daripada dasar CAT yang memberi keyakinan kepada pelabur.


Para pelabur seolah berasa terhina seolah Lim Guan Eng anggap mereka ini mendirikan kilang dan masuk melabur secara tergesa gesa setelah DAP memerintah. Guan Eng memberi gambaran seolah komuniti pelabur teruja dengan diri beliau.


Menurut sumber Pisau, Guan Eng anggap membina kilang,melabur di Pulau Pinang seperti membuat perniagaan menjual makanan ,seolah pelabur datang ke Pulau Pinang,tengok tanah kosong dan terus buat kilang. Menurut jurucakap Penang Invest ,berdasarkan amalan biasa dan pengalaman beliau.Pelabur asing biasanya menggambil masa 3 tahun untuk membuat keputusan sama ada untuk membuat pelaburan atau tidak. Itu pun setelah memilih dan meneliti beberapa kawasan pilihan sebelum mereka membuat keputusan muktamad


Bayangkan sejak 2008 hingga 2010 ,Guan Eng dah mendabik dada bahawa dasar CAT berjaya menarik pelabur asing. Terang terangan beliau telah berbohong kepada rakyat.


Siapa yang berani nafikan bahawa Lim Guan Eng tak pernah berbohong? Kemukakan fakta anda!

Pisau kata " dia kencing pun ada puak melayu pakatan berebut mau seteguk dua ..."

Ibarat retak menanti belah - Zahid Hamidi

Posted: 05 Aug 2012 04:00 PM PDT



BAGAN DATOH 5 Ogos - Pergeseran yang semakin memuncak antara Pas dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud mencerminkan bahawa hubungan kedua-dua parti itu dalam pakatan pembangkang kini ibarat retak menanti belah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh yang secara terbuka menolak sepenuhnya rancangan Pas melaksanakan hukum hudud membuktikan hubungan 'harmoni' Pas-DAP dalam pakatan tersebut hanya satu sandiwara.

"Bagi saya, mereka kini seperti retak menanti belah. Kita tahu Karpal adalah jurucakap DAP dalam soal dasar. Mereka lantang menolak hudud, malah pernah menganggap Pas terlalu kolot dan terbelakang kerana mahu melaksanakan hukum hudud.

"Pas yang makin hilang identiti tahu mereka perlu mengembalikan falsafah (hukum hudud) kerana perjuangan negara berkebajikan sebelum ini sekadar memenuhi kehendak pakatan pembangkang. Tetapi dalam diam, Pas juga tidak bersetuju dengan DAP.-utusan

Pisau kata " Cinta dan taat PAS terhadap DAP membawa ke surga?"

Shhh!...Guan Eng Tengah Ceramah..

Posted: 05 Aug 2012 02:30 PM PDT


Pisau kata "dengar cerita Guan Eng nak lari daripada bertanding di Dun Ayer Putih..takut kalah?"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...