UMNO Online - “Khairy Mahu Akta Keterangan Dikaji Semula” plus 3 more

UMNO Online - “Khairy Mahu Akta Keterangan Dikaji Semula” plus 3 more

Link to UMNO Online

Khairy Mahu Akta Keterangan Dikaji Semula

Posted: 12 Aug 2012 11:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini meminta perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuatkuasa 1 Jun lepas.

Beliau berkata akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web.

"Peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.

"Saya telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan," katanya kepada pemberita di Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 1Malaysia di Masjid As-Syakirin, Sabtu.

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran yang disertai 700 pelajar maahad tahfiz sekitar lembah Klang.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 11 4A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet. -Bernama

Pemuda Anjur Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1Malaysia

Posted: 12 Aug 2012 11:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Selepas Kedah,  Kuala Lumpur menjadi destinasi kedua Pemuda UMNO menjayakan program Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1Malaysia yang membabitkan lebih 700 pelajar Maahad Tahfiz Lembah Klang.

Bertempat di Masjid As-Syakirin, KLCC,  program tersebut yang bermula selepas solat Zohor pada Sabtu, tamat lewat petang dengan disempurnakan oleh Imam Masjid As-Syakirin yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta barisan pimpinan Pemuda UMNO yang lain.

Selain daripada program berkenaan, turut diadakan majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal serta anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan lain.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika ditemui menyifatkan program berkenaan cukup baik dan ianya perlu diperluaskan ke seluruh Negara dalam usaha melahirkan generasi Ulul Albab.

"Kita masuk masjid bukan sahaja untuk beribadat tetapi sama-sama berusaha untuk melahirkan generasi Ulul Albab. Titikbertakan pembinaan modal insan yang mana pada masa yang sama turut menekankan soal pendidikan dan sebagainya.

"Sebab itulah kita tengok bagaimana kerajaan cantumkan J-Qaf…Khatam Al-quran, belajar bahasa arab  dan tidak ketinggalan pendedahan dengan Jawi. Inilah yang kita mahu demi generasi akan datang," katanya.

Kata beliau lagi bagi melahirkan modal insan, perlunya penekanan kepada ilmu dan agama agar kehidupan  sentiasa dilindungi rahmat Allah s.w.t.

"Dengan ilmu kita dapat membezakan kebenaran dan kebatilan tanpa dihasut orang lain sekaligus  dapat membezakan kebenaran dan auta,” ujarnya lagi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut berkesempatan memberikan tazkirah pada majlis tersebut yang bertemakan Ummah Bersatu, Negara Maju.

 

UMNO Tidak Guna Agama Untuk Kepentingan Politik

Posted: 12 Aug 2012 05:28 AM PDT

 

KOTA BELUD, 12 Ogos  - UMNO tidak menggunakan pendekatan agama
atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaliknya, UMNO menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah.
 Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata
parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, hariini.

Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada
kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.

 Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Belanjawan 2013 Mesra Rakyat

Posted: 12 Aug 2012 01:51 AM PDT

BACHOK, 12 Ogos - Belanjawan yang akan dibentangkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan adalah mesra rakyat untuk
menghadapi ekonomi global yang tidak menentu, kata  Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

 Beliau berkata pada asasnya belajawan tersebut menjurus ke arah kebajikan
rakyat, meningkatkan hasil, menarik pelaburan dan mengukuhkan ekonomi negara.

“Kakitangan Kementerian Kewangan sedang bertungkus lumus menyiapkannya agar siap mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang zakat kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Jelawat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teratak Pulai di sini, hari ini.

Hampir 700 penduduk miskin terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan
orang tua, masing-masing menerima wang tunai RM100 bagi menyambut Hari Raya  Aidilfitri, minggu depan.

Wang zakat berkenaan disumbangkan oleh 12 institusi kewangan termasuk Bank Islam Berhad, Bank Rakyat dan Lembaga Tabung Haji membabitkan peruntukan berjumlah RM500,000 untuk agihan di kawasan Parlimen Bachok.

Berucap pada majlis itu, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata terdapat kira-kira 40,000 keluarga di Kelantan dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar yang memerlukan bantuan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu melakukan perubahan
kepada golongan terbabit sekiranya diberi peluang pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...