PISAU.NET

PISAU.NET


Demo Bantahan Rumah Pangsa:Lim Guan Eng Bohong Di Taburi,Rakyat Di Tekan.

Posted: 12 Aug 2012 02:31 AM PDT


Hari ini menjadi bukti bahawa regim DAP Pulau Pinang retoriknya dalam membantu rakyat tak lebih kepada wayang opera cina.

Malangnya apabila BN kata dikota janji dilaksana, di perlekehkan oleh pemimpin haprak pakatan. Bertambah teruk lagi apabila janji janji BN dilaksanakan. Ini semua menjadi punca haprak pakatan menyerang slogan hari merdeka ke 55 tahun kali ini.

Sana sini Guan Eng tabur janji ,tunainya tidak, paling best negeri berkebajikan yang rakyat Pulau Pinang terlalu sayang dan sokong selalu sangat menekan rakyat.

Pagi tadi di Rumah Pangsa Jalan Kedah satu demo diadakan kerana rakyat kecewa apabila regim negeri DAP Lim Guan Eng meminta bayaran 20% kos mengecat semula projek perumahan kompleks Jalan Kedah.


Pengerusi perbadanan perumahan Jalan Kedah Tay Chye Hock mengetuai demo tersebut. Katanya mereka berasa tertipu dan ditindas oleh kerajaan regim DAP. Di mana janji Lim Guan Eng yang sebelum ini kelam kabut datang ke setiap perumahan pangsa di seluruh negeri. Guan Eng hadir ke tempat mereka kerana tahu Ds Najib akan hadir beliau terus membuat janji kepada penduduk kononnya kerajaan negeri mendahului kerajaan pusat untuk menjaga perumahan rakyat.Sedangkan tugas menjaga perumahan memang semua orang tahu adalah kerja kerajaan negeri.


Akhirnya janji Lim Guan Eng terlaksana apabila menekan rakyat,jika mahu rumah pangsa dicat ,penduduk harus menangung kos 20% .Sedangkan Kerajaan pusat langsung tidak mengenakan bayaran.


Kos tersebut amat tinggi yang semua orang tahu rakyat tidak mampu untuk menangungnya.Tapi itu semua tidak menjadi masaalah buat Lim Guan Eng,beliau sudah menabur janji.Sekurang kurangnya para juak haprak pakatan akan tersenyum girang walaupun tahu ia hanya menanam tebu dibibir.

Untuk pengetahuan korang banyak rumah pangsa dibantu oleh kerajaan pusat yang sepatutnya adalah tugas kerajaan negeri,satu sen pun tidak dikenakan untuk kos mengecat.






Pisau kata " haprak pakatan anggap rakyat ni bohsia"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...